Wednesday, January 16, 2013

Pakcu Kadir Pengali Kubur Tertua Di Jerantut



















Pakcu Kadir, 65,  pengali kubur paling senior di Kuala Tembeling, Jerantut.

Selalunya blog WZWH memaparkan tokoh-tokoh politik, korporat dan Istana. Ya, mereka ini golongan yang berpengaruh, berada dan elite.

Dalam kehidupan, ada banyak lagi profesyen yang penting dalam kehidupan kita. Mereka ini cukup membantu kehidupan kita seharian.

Tukang gunting, tukang kebun, tukang elektrik, tukang paip, tukang mekanik, tukang masak, driver itu semua orang biasa 'ordinary people' yang berjasa dalam hidup kita.

Akhir sekali dalam kehidupan kita buat kali akhir-final destination, pengali kubur diperlukan untuk menyedia liang lahad.

Sejarah awal kehidupan WZWH  bermula di Kuala Tembeling. WZWH kenal Pakcu Kadir sejak kecil.

Beliau telah menggali beribu-ribu kubur sejak tahun 1970an lagi. Sebelum itu apa yang WZWH diberitahu terdapat tiga lagi pengali kubur yang lebih lama berkhidmat.

Kubur di Kuala Retang adalah tempat persemadian bagi penduduk Kuala Tembeling dan sekitar. Di perkuburan ini juga bersemadinya keluarga WZWH yang telah lama pergi.

Walau perkuburan ini dikira baru kerana sepanjang Sungai Tembeling dari Ulu Tembeling ke Tembeling Tengah hingga Kuala Tembeling terdapat banyak lagi makam perkuburan keluarga WZWH.

Di Kg Pulau Besar, Kg Chenih, Bukit Hangus (Kg Bantal), Kg Merting, Kg Labu, Kg Jong Berlabuh, dan makam Ketapi (Kg Chebong) tempat moyang leluhur serta kubur Kuala Retang (Kuala Tembeling).

Jika WZWH pergi...WZWH mahu bersemadi di Kg Labu Tembeling Tengah kerana disitu di atas tanah keluarga terdapat kubur Moyang, Datuk, Nenek yang rapat dengan WZWH.

Baru-baru ini bila WZWH menghadiri pengkebumian sedara WZWH yang berpangkat nenda, WZWH telah diberitahu sebahagian kubur siapa empunyanya. Elok kubur-kubur keluarga ini diberi tag nama yang jelas identiti dan tahun persemadian.

Akan datang senang anak-cucu-cicit melawat dan tahu root family. Makam perkuburan keluarga WZWH bertaburan disepanjang Sungai Tembeling. Ini belum termasuk lagi keluarga WZWH yang bukan Wan juga berada di Kg-kg sepanjang Sungai Tembeling termasuk Sungai Sepia.



















Tidak kira anda seorang PM, TPM, MB, Menteri, EXCO, YB, Korporat dan Royalis akhirnya final destinasinya adalah bersemadi disini dengan pakaian serba putih.



















Alfatihah kepada nenda Wan Sauja Ratna bt Wan Muhammad yang telah kembali ke rahmatullah pada 15 Januari 2013. Kelihatan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan berdoa sambil diamimkan oleh Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar Wan Muhammad (Adik kepada almarhumah).

16 comments:

Anonymous said...

Hai kawan2. susah jg nak tgk org UMNO tulis pasal kubor ni.

Org ingat kubor bila dia dah hampir dgn kematian. apakah UMNO dah hampir dgn "KEMATIANNYA"

Nampaknya UMNO dah mula berani nak gali kubor. Dah buang tabiat kot. Tapi apapun ingat kubor sebelum mati tu lagi bagus dari ingat kubor bila dah dekat sgt dgn kematian.

Astaghfirullah Al Azim.

Anonymous said...

Salam Wan,

Syabas WZWH, hidup sebagai blogger bukanlah sematamata menonjolkan isu politik hari, minggu dan bulan.Penggali kubur juga perlukan perhatian dan mempunyai tempat dan kerjanya dihargai.

NST today on comment.In PAHANG , realistic approach on the word Allah.
There is a high tolerance and respect for each other.People of various racial and religious backgrounds have been living in harmaony for decades, the paper said.

Yang untung DAP. Yang rugi Melayu yang berpecah.

@ KM



Anonymous said...

Anon 8:41, bila WZWH cerita kubur, kena faham betul2...kubur keluarganya bertaburan sepanjang Sg Tembeling dan Sg Sepia termasuk juga agaknya Sg Kembir, Sg sat, Sg Pengor, Sg Tahan...itu mesej dia mahu beritahu ada lebih 10,000 kaum keluarganya di dun Tahan.

Anonymous said...

Bila UMNO lemah maka org akan kata melayu dah berpecah. Masa UMNO kuat UMNO bunuh melayu di memali, sekat royalty kerajaan melayu terengganu yg di perintah PAS dan sekat bantuan kepada kerajaan melayu PAS Kelantan. Org sokong PAS susah dapat bantuan walaupun org PAS org melayu.

Apakata kita jangan bagi org melayu berpecah dgn cara pakat bersatu bawah PAS pulak.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 9:52,
PAS tidak ada pendirian strategik bila bersama DAP dan PKR. Lebih malang sanggup jual maruah agama dengan akur kepada muslihat musuh Islam yang licik mahu melemahkan Islam. Isu Kalimah Allah yang dan Amanat Hadi yang buat orang Melayu dan Islam tidak boleh terima PAS untuk lead orang Melayu/Islam. Walau Majlis Syura Ulama PAS memaksa PAS buat pendirian U-Turn Kalimah Allah namun tidak menarik balik pendirian bersama Pakatan Rakyat. Orang Melayu sudah tidak ada keyakinan kepada PAS. Orang Islam di Malaysia juga sedar sebenarnya...UMNO lah yang MengIslamkan PAS dulu..kini..dan selamanya...

Anonymous said...

Wan,

Pak Cu Kadir dah bersedia untuk menguburjan UMNO yg berusia 67 tn (U lama + U Baru. Tua dah....macam2isu dispin kerana nak meneruskan kelangsungan hidup.

Macam2 perangkap cuba dikenkan kepada PAS agar gabungan PAS, DAP dan PKR berpecah...dulu bolehlah. Sekarang orang dah bertambah cerdik. Dak tak termakan dgn politrik bodo...

Ada ke lojik...kalau PAS jahat sebagaimana digambarkan UMNO selama ini, masakan UMNO nak bebaik dgn orang jahat..ini kerja orang gila atau pasti ada muslihat. TGNA tau, TRHA pu tahu muslihat UMNO ni...Kalau benar2 nak menyatukan Melayu/Islam (konon) mengapa tak dipanggil PKR sekali...apakah orang PKR bukan Melayu Islam...

Bro KM tak payahlah sebut pasal perpaduan Melayu lagi....isu basi. Kamu baru 2 hari masuk politik. Manu tau fasal politik jahat UMNO ni...

Berkenaan TGNA dan TGHA buat U turn pasal isu kalimah Allah...sepatutnta tidak menjadi isu lagi. Inilah pencacai UMNO, setuju 'gaduh' tak setuju pun gaduh'...apa nih.

Wan dan KM, sekali lagi saya nak beritau, pendirian kedua2 ulama PAS ini sebenarnya berdasarkan ijtihad masing2 kerana tiada nas qatie yg melarangnya. Masing2 ada hujah. Namun setelah berlaku berbagai pandangan melalui Majlis Sura Ulama maka pendapat secara ijma' adalah lebih utama...

Jiak anda suka mengkaji bagiaman al Imam Syafie menentukan sesuatu hukum feq..anda pasti tau, ada kes2dimana beliau sendiri terpaksa merubah pandangan selepas menemui nas2 baru...jadi apa masalahnya.

Mat Periba

Anonymous said...

Takziah kepada keluarga si mati dan alfatihah disedekahkan untuk arwah. Semuga Allah mencucuri rahmat kepada arwah dan semuga kita semua mendapat hidayah Nya.

Kampong man said...

Salam sdra Mat Periba,

Ramai yang di luar sana tidak menjadi ahli parti tetapi tetap mempercayai perjuangan parti dan mengikuti perkembangan parti kesayangan mereka.

Bagi seluruh keluarga kami Datuk, nenek, emak, bapa dan seluruh adik beradik semuanya walaupun tidak semua yang menjadi ahli UMNO adalah sentiasa dibelakang UMNO dahulu kini dan selama lama nya setahu saya.Malah 95% di kampong kami adalah penyokong UMNO.Arwah ayah adalah AJK Bendahari UMNO Bahagian Mesjid Tanah dan Tun Dr Mahathir tetap KM hormati sebagai saorang NEGARAWAN ,satu satunya pejuang bangsa Melayu.

KM cuma bersikap positif mahukan persatuan bagi semua orang Melayu secara umum.Sekira Mat Periba masih bersikap negatif dan UNISLAMIC dengan tidak inginkan bersatunya orang melayu itu hanyalah pandangan dan pendirian beliau dan hak peribadi beliau yang tetap kita hormati sebagai ahli Pas.Mat Periba tidak punyai apa apa kuasa menentukan arah tuju parti Pas pun.Maaf bro, di Melaka Pas tidak ada tempat berlain di Kelantan dan juga Kedah.Baru menjadi ahli UMNO tidak bermaana tidak tahu apa yang berlaku.Of coursa mengetahui kekuatan, kelemahan dan kepincangan dalam UMNO dan perlu di perbaiki berterusan.


YANG UNTUNG DAP dan YANG RUGI ORANG MELAYU.

Apa masih belum buka mata ?


Anonymous said...

Setelah 22 Tahun TGNA menjadi BM Kelantan, apa yg jelas, "TAK NAMPAK PUN HARTA KEKAYAAN YG BERTIMBUN2 YG DIMILIKI OLEH TUAN GURU". Ketua Bhg UMNO macamamana, ADUN Tahan macamana, MB KM Melaka macamana, KJ macamana, Datuk JJ macamana?? Mahathir macamana...

Yg banyak bukan wang tetapi kitab..KITAB2 yg menjadi bahan rujuk ustaz2 termasuk ustaz UMNO untuk mengajar dimasjid2. Yg ramai..ribuan anak murid yg mendapat pencerahan ilmu drp Tok2 Guru ini.

Pemimpin UMNO tak dapat apa2 melalui Tok Guru ini melainkan dosa kering kerana menjadikan Tok2 guru ini sebagai subject dan object untuk dicaci maki dan menabur fitnah...

Anonymous said...

Anon 7:12,

Orang melayu tidak boleh lihat Melayu lain kaya.Mereka senang kalau semua orang melayu terus miskin.
Ada orang cina kisah kalau kaum mereka kaya raya.Pada mereka tidak ada yang haram.Wang adalah tuhan.

PR akan kalah teruk sebab perhimpunan Shamdidar gagal capai sasaran 1 juta dan rakyat benci cara gitu.Huhuhu.. 45k saje ?.Saktongkol tu pedulikan ,dia orang gila kuasa dan gila duit tak kesampaian.Biarlah dia merapu .

Anonymous said...

Anon 10:35AM,

Sapa tak kasi kamu kaya...tapi nak jadi kaya raya biarlah macam Bro Kampung Man...usaha sendiri. Masuk tender secara terbuka dan beliau menang kerana bidaan terbaik. Dapat kontrak cara halal...

Yg aku kesah ni ialah mereka yg curi kayu balak, dapat ban balak percuma, dapat saham melalui pink form dgn tak perlu susah payah.. bank pasti kasi loan punya. Setelah saham diapungkan dan harga naik, saham tsb pun dijual...untung atas angin.

Satu lagi yg aku kesah ialah bagaimana sebuah Lembaga Pembangunan Wilayah setelah diperbadankan (dikoprat) masih menerima geran kerajaan. Dgn geran tsb taukehnya senang2 berjoli. Bawak...pegawai2 kanan kerajaan yg ada kaitan dgn pemberian geran tsb makan angik ke oversee dgn kasi 'angpau' sekali...aku tau ini semua. Anon 10:35AM kamu tak tahu...kamu duduk diKg Bantal Ulu Tembeling...

Bagi kamu, asal boleh makan dan dapat loan bank untuk beli kereta dan rumah dah kira OK walau pun hutang sampai mati pun belum tentu selesai.. kamu tak ambik peduli apa yg berlaku kat luar sana...

Kmau jenis Melayu mandul...

Anonymous said...

jgn babit kg bantal la...org kg bantal pun dah sokong PR wei....

Anonymous said...

maaf anon 2:58PM. Gau caya lu...
Yg kas maksukan pillow village di Sarawak..

sang sapurba said...

NIK AZIZ TAK KUMPUL HARTA???ANAK BERANAK NIK AZIZ TAK KUMPUL HARTA???
KAH KAH KAH KAH KAH KAH!!!ORANG TAK TAHU BOLEHLAH TIPU.MAKSUM SUNGGUH NIK AZIZ.DAH BERTARAF NABI.

BODOH SUNGGUH ORANG YANG MINUM AIR BASUH KAKI NIK AZIZ.

tywhot said...

this websiteGet More Information have a peek at this web-siteclick for more get redirected herego to this web-site

tooshou said...

you can try here p3g07g6s68 best replica designer bags replica bags and shoes replica bags chicago click reference z1z46w8n79 replica bags vancouver replica bags gucci fake gucci o2a81v8k63 replica bags lv

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024