Friday, January 10, 2014

"Reforestation" Menjaga Hutan Disamping Memberi Ekonomi Kepada Rakyat Pedalaman


Hutan flora dan fauna DUN Tahan terutamanya Lembah Tembeling dan Taman Negara (Pahang) adalah aset yang tidak ternilai. Nilai biodiversiti hutan Tembeling berbilion-bilion tak ternilai. Membekalkan oksigen berkualiti dan tadahan air membekalkan air bersih.

Keluasan Lembah Tembeling ialah 570,068.78 hektar iaitu 75% dari keluasan Daerah Jerantut. Kalau dari keluasan tanah Lembah Tembeling sangat dominan di Daerah Jerantut.

Oleh kerana keluasan tanah Lembah Tembeling adalah 75% dari seluruh keluasan Daerah Jerantut seluas 755,771.93 hektar maka ini adalah aset ekonomi kepada Lembah Tembeling. Kita harus perlu terima fakta bahawa sebahagian dari kawasan Taman Negara adalah dalam Lembah Tembeling namun ianya masih lagi luas tanahnya.




















Kebanyakan hutan di Ulu Tembeling telah ditebang banyak kali demi ekonomi negeri Pahang. Hutan sudah jarang. 

Daripada dibiar menjadi repuh dan belukar pada dibiarkan kosong untuk balak kembali tumbuh memakan masa beratus tahun lebih baik satu bentuk "reforestation" diusahakan secara besar-besaran bukan sahaja boleh menjaga hutan tapi juga memberi ekonomi kepada rakyat pedalaman.

Ini projek serampang dua mata; hutan selamat dan rakyat bergendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati. Penanaman getah dan gaharu akan memberi pulangan ekonomi kepada rakyat pedalaman dalam bentuk saham felcra dan saham rakyat serta peluang pekerjaan full employment disamping kemudahan perumahan disediakan termasuk kemudahan infrastruktur dan awam.





















Ladang getah 10,000 ekar di Kg Kuala Sat.



















Ladang getah 10,000 ekar di Kg Bantal.



















Ladang getah 6000 ekar di Kg Mat Daling.




















Ladang gaharu 20,000 ekar tambahan bagi projek "reforestation" boleh menjana pendapatan tinggi kepada penduduk Ulu Tembeling.



Foto WZWH sedang meninjau projek-projek "reforestation" menjaga hutan disamping memberi ekonomi kepada rakyat pedalaman Ulu Tembeling.

Pada posting akan datang WZWH  akan menulis secara konsep Pembangunan Rancangan Kawasan Khas Kuala Tahan yang akan dibangunkan oleh ECER dan pihak swasta bernilai lebih RM3 bilion.

Terima kasih kepada DS Najib yang sungguh prihatin kepada pembangunan di Lembah Tembeling dengan dibantu oleh ADUN Tahan yang kuat bekerja demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

4 comments:

Anonymous said...

Tengah mencari hutan balak mana yang belum ditarah lagi,nak bikin duit masuk poket yb dan yang terdekat,kenapa pengundi dun tahan masih percaya lagi ke bn ni,dema bkn dapat ape pun,bila yb dtg kmpung buat2 majlis makan je hinggala pru akan datang nanti,tengok penggal dulu dato wan buat ape kat ulu tembeling,jalan pun cnfirm diaorang akan buat sekerat untuk menunggu pilihanraya yg ke 14 nanti,org ulu pun bodo mngharap sgt,tp tulis sini tak guna,orang ulu bkn tau internet sgt kn

usin malaun said...

sebab pengundi dun tahan bodo.org dun tahan suka hutan ditebang dompok,jln berlubang,hasil bumi ditelan pemimpin,barang mahal,kos sara hidup tinggi,tiada rumah sendiri merempat rumah emak bapak birpun anak dah sedozen.cuba ko org tengok pernah tak lori bijih tu ditahan oleh jpj atau trafik.kat jambatan timbang pun tak pernah masuk dan jpj tengok aje mata tergedik2.cuba rakyat buat kesalahan mampos kena saman..

Anonymous said...

sedap betul usin bodokan org sedang mana ke cerdiknya usin.kalau dinilai pada ayat penulisan rasanya org boleh nilai sedang mana otak dia...

Anonymous said...

betul kata usin tu.apa engkau termasuk dlm golongan bodoh tu ke.kenyataan usin tu ada kebenarannya.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024