Thursday, May 8, 2014

Berita Politik Pembangunan FELDA : Felda Jengka 24


Dato' Wan Amizan Wan Razak wakil rakyat anak peneroka merasmikan Mesyuarat Agung UMNO cawangan Felda Jengka 24.

Beliau menyeru para peneroka supaya bersyukur dengan kerajaan melalui FELDA yang banyak membantu dan berjasa membangunkan ekonomi peneroka , menjaga kebajikan peneroka dan pendidikan dan perumahan generasi baru.

Generasi baru anak peneroka perlu berfikir bagaimana membantu dan merealisasikan martabat komuniti peneroka FELDA di seluruh negara.


Ahli UMNO cawangan Felda Jengka 24 sedang bermesyuarat.

Posting ini mengenai Dato' Wan Amizan merasmi UMNO cawangan Felda Jengka 24. Sebelum itu beliau telah merasmi beberapa cawangan UMNO dalam DUN Pulau Tawar seperti UMNO cawangan Felda Kota Gelanggi 2 dan 4 serta Felda Jengka 12.

Beliau turut seperti biasa menyumbang RM10,000 kepada tabung UMNO cawangan Felda Jengka 24.

Kawasan FELDA seluas lebih 811,000 hektar menjadi idaman pembangkang kerana di dalamnya ada sejumlah deposit pengundi Melayu yang sekian lama setia kepada BN. Ia merangkumi 317 tanah rancangan yang dihuni 112,635 peneroka serta dianggarkan lebih 800,000 generasi kedua dan ketiga.

Satu perempat atau 56 daripada 222 kawasan Parlimen di negara ada di kawasan FELDA, sekali gus menyumbang sehingga 75 hingga 80 peratus undi kepada BN di setiap kawasan itu. Ada 96 kerusi DUN yang ada di kawasan FELDA di seluruh negara. 

Demikianlah besarnya kuasa pengaruh undi lebih sejuta peneroka dan generasi baru.

DS Najib melalui FELDA telah banyak membantu peneroka baik dari pengurusan tanaman kelapa sawit, kebajikan dan kini Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF).

DS Najib begitu sentimental dan nostalgia dengan para peneroka FELDA kerana Almarhum Tun Abdul Razak selalu memberi beliau replika rumah Felda ketika belajar di England sebagai ingatan.

Apa kebaikan dan jasa Almarhum Tun Abdul Razak kepada peneroka FELDA tetap mahu diteruskan oleh anakanda DS Najib membawa FELDA ke tahap global antarabangsa.

Di Jerantut pula Dato' Wan Amizan Wan Razak pemimpin anak peneroka harapan 14 masyarakat FELDA di parlimen Jerantut.

Kehebatan Dato' Wan Amizan Wan Razak pemimpin muda Jerantut bila beliau komited buat sesuatu bukan sahaja beliau cakap tapi beliau berusaha untuk merealisasikan sesuatu hajat orang ramai.

Ini bukan retorik atau cakap penyedap UMNO mahu tarik pengundi muda. Ini realiti penyelesaian sesuatu permasalahan.

Sila klik sini Projek Perumahan Generasi ke 2 Felda Yang Pertama Malaysia Di DUN Tahan Jerantut. Ini ialah posting berkenaan pembinaan perumahan generasi ke 2 Felda Padang Piol dan Felda Sungai Retang yang telah diluluskan dan sedang dibina.

Selepas itu atas rasa tanggungjawab dan keperihatinan Dato' Wan Amizan Wan Razak sebagai anak peneroka Felda Jengka 12 dan kedudukan beliau sebagai Ketua UMNO Cawangan Felda Jengka 12 di DUN Pulau Tawar dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Ketua Pemuda UMNO Bahagian serta EXCO Pemuda Malaysia maka:

  • Beliau telah mengadakan perjumpaan dengan generasi ke 2 Felda Jengka 12 berbincang mengenai isu perumahan, tapak tanah, dan hasrat beliau mahu membantu
  • Beliau telah menulis surat kepada FELDA  dan berjumpa PM 

Akhirnya atas arahan PM maka FELDA telah bersetuju mengenalpasti beberapa bidang tapak tanah bagi tujuan pembinaan perumahan generasi ke 2 FELDA di:

  • Felda Jengka 1, 6 ekar
  • Felda Jengka 2, 20 ekar
  • Felda Jengka 9, 30 ekar
  • Felda Kota Gelanggi 2/4, 12 ekar
  • Felda Jengka 11, 20 ekar
  • Felda Kota Gelanggi 1/3, 40 ekar
  • Felda Sungai Tekam, 40 ekar
  • Felda Sungai Retang, 40 ekar
  • Felda Jengka 12, 10 ekar plus reserve 20 ekar

Datuk Faizoull Ahmad, CEO Felda telah memecah tanah tapak rumah generasi baru Felda Wilayah Jengka serentak yang melibatkan kawasan tanah seluas 218 ekar bagi membina 1872 rumah. Sila klik sini.

CEO FELDA telah menyatakan hasrat DS Najib mensasarkan bina 20,000 unit rumah dalam masa 5 tahun. Bererti setiap tahun 4000 unit rumah. Namun Datuk Faizoull Ahmad percaya dan yakin bahawa FELDA mampu membina lebih 5000 unit rumah setahun.

Generasi baru FELDA dianggarkan lebih 800,000 orang di 317 FELDA seluruh negara. Kini atas keperihatinan DS Najib maka FELDA sedang menyelesaikan isu rumah generasi baru FELDA.

Dato' Wan Amizan Wan Razak mencadangkan kepada FELDA supaya ditubuhkan IKS bagi membantu usahawan kecil dan sederhana generasi baru FELDA di setiap tanah rancangan agar peluang pekerjaan dicipta hasil IKS. Sila klik sini.

Bila kerajaan BN bina rumah kepada generasi baru FELDA maka generasi baru FELDA ini perlu pendapatan untuk menampung kehidupan.

Walau terdapat ramai anak peneroka yang berjaya namun ada juga yang perlu dibantu supaya boleh menjadi usahawan kecil dan sederhana disamping diharap usahawan yang berjaya ini boleh mengembangkan industri IKS dan perniagaan menyediakan dan mencipta peluang pekerjaan.

Selain FELDA yang boleh mewujudkan unit IKS bagi membantu generasi baru FELDA , lain-lain agensi kerajaan yang melibatkan keusahawanan dan dana-dana tertentu boleh disalurkan kepada usahawan IKS generasi baru FELDA.

Dato' Wan Amizan Wan Razak mencadangkan juga di setiap kawasan FELDA ini boleh dibuat pusat penternakan ayam teknologi moden bagi mengurangkan kenaikan harga ayam juga sayur-sayuran ditanam secara meluas. Felda sebagai gedung makanan negara.

11 comments:

Anonymous said...

rasanya dah ramai yg dah menyampah dgn zurik ni,kerja dia mengampu dompok je hari hari.ketahuilah wahai zurik org kat jerantut ni dah menyampah dgn dompok ni.bagi aku duit bukan boleh beli segalanya ingat tu zurik....

Anonymous said...

sebab dia dah minum air kencing dompok tu yg bahlol seumur hidup

Anonymous said...

bodoh betul usin malaun ni,nak menyampuk juga.tapi bahasanya bahasa orang dungu!usin malaun minum air kencing neneknya!

Anonymous said...

teruskan zurik.ada sibodoh yang tak tahu membezakan antara mengampu dan menyampaikan info! dia ya mengampu mat lan gila!

Anonymous said...

Mintak Pahang bukak semula LKWJ dengan DARA.

Anonymous said...

info kepala hotak anon kat atas kalau dlm setiap tulisan hentam hj mat lan.sah anon kat atas spesis yg sama dgn zurik kaki jilat licin punya

Anonymous said...

Raban.....
Ish ish ish....

Anonymous said...

Saya pembaca tetap blog wzwh saya dapati blog ini banyak menceritakan politik pembangunan dan kemajuan di Jerantut. Saya suka baca blog wzwh sebab mahu tahu perkembangan di Jerantut.

Anonymous said...

Brangkali penyokong2 Hj Mat Lan rasa terasa makan pedas sendiri rasa pedas kihkihkihkihkih...

Anonymous said...

Mintak mintak tumbangla umno jerantut nanti,baru aman

Anonymous said...

Memang umno jerantut dah nak tumbang dah,yang zuri ampu dompok memangla menda mak dia sepupu dompok,biar pun dompok buat tak betul,nikah pun cara tak betul dengan bini yang baru tu,patutla dia nikah dengan orang lain,ingat zuri cerita dompok kat hospital damai,tak perlu nak buruk kan mat lan,kalula dema bawah umno memang takde yang baiknya termasukla hj mat lan sekalipun,yang bodoh je sokong bn ni,yg tau mengampu nak tanah nak rumah,dapt pun tak juga,keh,keh,keh

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024