Tuesday, May 31, 2011

Adakah Najib Mahu Ikut Langkah German Hentikan loji Nuklear 2022?



Chancellor German, Angela Merkel mengambil keputusan tutup semua loji nuklear menjelang 2022 kerana lebih kepada faktor mahu menang pilihanraya. DS Najib perlu buat keputusan isu Lynas "rare earth" Gebeng dan projek nuklear Malaysia 2021-mahu terus atau hentikan demi menang PRU 13.

Penangan bencana loji Fukushima cukup berpengaruh. Chancellor Angela Merkel terpaksa tunduk kepada desakan rakyat Jerman mahu hentikan loji nuklear pada 2022 takut kalah PRU.

Isu Lynas menghantui kerajaan BN Pahang. Pakatan Rakyat pandai mengekploitasi isu Lynas ke peringkat nasional. Penduduk Kuantan tidak kira Melayu, Cina dan India cukup phobia dengan radiasi "rare earth".

Orang Cina ditakutkan dengan kehilangan bisnes melibatkan hartanah, industri burung walit, perniagaan dan pelancungan. Politik Fuziah ahli parlimen Kuantan (PKR) hidup kembali!

Jika German betul-betul serious dengan keputusan yang kena dibincangkan di parlimen sekali lagi banyak syarikat tenaga Jerman bimbang bukan saja beri kesan kepada industri tenaga tetapi menjejaskan perindustrian German.

Adakah DS Najib mahu ikut langkah German mahu hentikan cadangan projek nuklear Malaysia yang akan dibina sepuluh tahun lagi?

Jika masalah kilang Lynas "rare earth" Gebeng boleh buat parlimen Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar dan DUN Beserah, Semambu, Teruntum, Tanjung Lumpur kalah calon-calon BN maka DS Najib kena buat keputusan yang tepat.

Rakyat tidak percaya. Rakyat tidak percaya laporan pakar IAEA. Rakyat tidak mahu apa-apa loji radiasi "rare earth" jauh sekali loji nuklear-Itu kejayaan mempengaruhi persepsi rakyat oleh Pakatan Rakyat.

Apalah pilihan DS Najib? Bagi WZWH mudah...jika baik untuk ekonomi dan dapat dipantau oleh IAEA, teruskan. Kerajaan BN mesti berani buat keputusan. Kalau takut dan bimbang tidak payah berkerajaan. Jadilah pengikut pembangkang saja.

10 comments:

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & Sema2...,

Kumbang jarak kumbang jagung, berani buat tanggunglah risiko. Bercakap mengenai ekonomi ala kampung, satu projek bernilai RM468,000,000/=, orang berkepntingan boleh ambil pendahuluan RM10,000,000/=, itu belum kira twentythreepersent dll. Ada satu projek lagi RM178,000,000/=, orang berkepntingan dapat RM54,000,000/=. Itu belum dikira billion2, jota2, ratusan ribu, puluahn ribu, yang ini macam air curah daun keladi atau garam curah ke laut jah. Sebab itu oraang sanggup berbunuhan, kawan jadi lawan. sebab gelap mata... Sekarang timbul maklumat terbaru mengenai Uda Holdings diantara Projek Bukit Bintang @ tapak bekas penjara Pudu. Marilah kita sama2 siasat.

Pang5 Banir, nota dalam simpanan. Fikirkanlah diantara kepentingan, kesejahteraan, kemenagan, dan meracuni fikiran...

Anonymous said...

projek infrastruktur, apa yg x kena?
bnyk retak, kualiti binaan rendah....

projek nuklear,walau tenaga yg dhasilkan bnyk, tpi rod bahan radioaktif yg x boleh dgunakan lagi akn ambil masa yg lama untuk terurai sepenuhnya, x berapa bersih sebenarnya

Anonymous said...

masalah utama manusia, bila projek nuklear memberi manfaat, semua tutup mulut dan mata, hidup bahagia, tpi bila ada bencana, baru bising nak bantah, kpd rakyat pahang, terutama penduduk kuantan, kenapa skrng baru nak kecoh? kenapa bila projek dah mula baru nak bising? kenapa 2-3 thn dahulu x bising? kenapa sebelum pecah tanah dulu x beria kecoh?

Anonymous said...

aku dh check kat alexa, rating blog ni utk Malaysia 31,336, utk international 4,270,503. Kalau betul blog ini hit sampai 87000 dari tahun lepas, tak akan hit alexa sebanyak itu saja.

Mahu tipu sapa?

Anonymous said...

teruskan saja projek nuklear tu..jgn tunduk desakan pkr n dap,tapi mca pun ada main peranan..

alexa tu pedooh je..apa pentingnya rating2 ni,yang penting ada pembaca sudah lah..

Anonymous said...

wzwh tulis sendiri komen bangang kat atas tu, kalau alexa pedooh menda dia sibuk nk up jumlah pembaca dia. dia yh penipunya

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Kenapalah Anon 12:54 bodoh sangat tidak tahu gadget pageviews goggle-blogspot! Program ini goggle-blogspot yang tentukan berapa hit blog itu sejak mula.
Kalau anon ada blog sendiri gi kat New Post, buka Stats lihat berapa Total Pageviews. Pergi kat Design, set gadget pageviews. Belajarlah jadi cerdik sikit!

Anonymous said...

anon 12:54,

pageview tu apps je, bkn pemilik blog yg kawal, die automatik.. anon cek dkt alexa je ke? x cek dkt tmpat lain?

AK BKN WZWH!

Anonymous said...

Takat baru cerdik ape Alexa je da jade busuk hati buat guna cek rating org,tu la manusia pandai xseberapa hati koror yg lebihnya..bio kan wash, yg baru pandai kmputer & bebelog d jerantet ni ramainye spm pan kat 3 je..tu yg jaki sifat azali die tuhan Beri! Nauzubillah.

Anonymous said...

Takat baru cerdik ape Alexa je da jade busuk hati buat guna cek rating org,tu la manusia pandai xseberapa hati koror yg lebihnya..bio kan wash, yg baru pandai kmputer & bebelog d jerantet ni ramainye spm pan kat 3 je..tu yg jaki sifat azali die tuhan Beri! Nauzubillah.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024