Sunday, October 2, 2011

WZWH Bersama Merasa Denyut Nadi DUN Tahan

Ini laporan WZWH turun padang bersama merasa denyut nadi DUN Tahan. WZWH adalah blog turun padang bukan blog Urag Drrulug yang duduk dalam rumah hanya berblog berdasar fakta separuh benar tapi cerita macam pakar DUN Tahan!

Hari Sabtu semalam WZWH telah mudik ke beberapa kampung Ulu Tembeling. WZWH telah singgah di Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal dan Kampung Bukit Mat Daling. WZWH bermalam di Kampung Bantal.
















Kampung Pagi, Ulu Tembeling. DS Najib dalam ucapan sering merujuk kampung ini.
















Balairaya Kampung Pagi.

ADUN Tahan YB Dato Wan Amizan Wan Razak memberi sumbangan kepada ibu tunggal, anak yatim, OKU dan warga emas mewakilkan kepada Tok Empat Zakaria Ramli.

Penduduk Kampung Pagi yang hadir dalam perjumpaan dengan ADUN Tahan.

ADUN Tahan memberi jaminan Projek Jalan Kg Tuit ke Kampung Pagi akan siap pada tahun 2013. Penduduk Kampung Pagi bertuah kerana tanah yang diambil diberi pampasan yang lebih tinggi nilai. Ada orang kampung yang dapat pampasan antara RM60,000 ke RM130,000. 1000 ekar tanah direzab untuk kegunaan masa dapan Kampung Pagi. Juga tanah rezab 1000 ekar bagi setiap kampung di Ulu Tembeling.

Felcra mahu buka ladang kelapa sawit di Ulu Tembeling seluas 10,000 ekar. Bagi fasa pertama 3000 ekar tanah telah ditebang dan dibersihkan. Keutamaan peserta Felcra diberi kepada penduduk Ulu Tembeling.

Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling.

ADUN Tahan sedang berucap dan memberi  memberi sumbangan kepada ibu tunggal, anak yatim, OKU dan warga emas. Kelihatan Tok Empat Rahim Manggi sedang meneliti senarai nama penerima. ADUN Tahan menjelaskan masjid baru Kuala Sat bajet RM2 juta akan dibina tahun depan. DS Najib telah memberi peruntukan membaiki masjid lama sebanyak RM100,000 agar orang kampung boleh guna bagi kegiatan agama.

Oleh kerana masjid baru ambil tapak padang maka budak muda kampung mahu padang baru. ADUN Tahan berkata DS Najib telah meluluskan Dewan Komuniti Masyarakat kepada DUN Tahan sebanyak 7 buah. Dewan Komuniti Masyarakat ialah sebuah dewan yang ada berbagai kemudahan, dapur untuk kegiatan wanita selain court badminton, bolajaring, bolatampar, dan futsal.

Kos sebuah Dewan Komuniti Masyarakat ialah RM500,000. 7 buah bermakna DUN Tahan mendapat peruntukan sebanyak RM3.5 juta. Dewan yang pertama akan dibina di kampung Merting. Seterusnya akan dibina di Kampung Kuala Sat, lagi 5 buah dewan akan ditentukan kemudian.

Penduduk Kampung Jipang di seberang sungai dalam Kampung Kuala Sat akan dipindahkan ke Kampung Kuala Sat kerana sebuah penempatan baru di tepi jalan akan diusahakan oleh ADUN Tahan.

Masih ada penduduk kampung Kuala Sat yang masih tinggal menumpang dirumah saudara dan rumah hampir tumbang kerana uzur. ADUN Tahan bertanya masalah. ADUN Tahan telah menambah peruntukan membaiki lima buah rumah lagi. Pada masa sekarang kontraktor sedang membina 25 buah rumah di Kampung Kuala Sat.

Sebelum meninggalkan Kampung Kuala Sat, ADUN Tahan sempat mengetih mendengar permasalahan orang kampung.

Tepat pukul 5.30 petang WZWH sampai di Kampung Bantal 'city centre' Ulu Tembeling. Penduduk kampung Bantal dan Kampung Gusai telah lama menunggu. Perhatikan kompleks Istana Seri Tembeling sebagai 'landmark' bila mula sampai ke kampung. 

Kegembiraan orang kampung menerima sumbangan dari ADUN Tahan di Kampung Bantal. Penduduk dari dua kampung iaitu Kampung Bantal dan kampung Gusai yang terdiri dari ibu tunggal, anal yatim, OKU dan warga emas.

Tok Empat Wan Maba bin Wan Zakaria memberi ucapan kepada penduduk Kampung Bukit Mat Daling mengalu-alukan kedatangan ADUN Tahan dan menceritakan permasalahan orang kampung terutamanya bekalan elektrik yang sering terputus.

ADUN Tahan menjelaskan memang bekalan elektrik bermasalah ke Ulu Tembeling. Sebenarnya TNB rugi hampir ratusan juta bila bekalkan elektrik ke Ulu Tembeling. Apa yang WZWH usulkan dalam Mesyuarat Pemuda UMNO dan Bahagian Jerantut pada tahun 2009 supaya dibina empang hidroelektrik Sungai Tekai bagi menyelesaikan masalah telah didengar oleh kerajaan dan TNB.

Pada 28 September 2011, TNB Pusat telah memberi taklimat khas kepada Jawatankuasa Tindakan Daerah Jerantut tentang hasrat TNB mahu bina dua projek hidroelektrik Sungai Tekai. Terima kasih kepada kerajaan dan TNB yang mendengar dan mahu implemen idea WZWH.

Walaupun hujan lebat turun orang Kampung Bukit Mat Daling tetap tekun mendengar ucapan ADUN Tahan dengan penuh minat. Setakat ini RM7 juta peruntukan telah disalurkan ke Kampung Bukit Mat Daling.

16,000 ekar tanah telah diluluskan kepada Yayasan Pahang untuk buat ladang kelapa sawit. Sudah tentu Yayasan Pahang akan membina infrastruktur berdekatan dengan Kampung Bukit Mat Daling.

DS Najib telah mengumumkan ladang herba Pasir Raja, Terengganu berbilion nilainya. Jarak dari  Kampung Pasir Raja ke Kampung Bukit Mat Daling hanya 55km. ADUN Tahan berkata jarak itu boleh dikurangkan sehingga 30km mengikut allignment baru cadangan beliau. Limpahan ekonomi kampung Pasir Raja pasti akan memberi kesan kepada Kampung Bukit Mat Daling.

Sumbangan kepada orang kampung dan kanak-kanak.

WZWH balik semula bermalam di Kampung Bantal. WZWH sedang menikmati 'live band' di tepi Sungai Tembeling di sebuah 'cafe bistro' Kampung Bantal. Sambil menikmati beberapa lagu terasa sama saja dengan live band di Shang-Ri-La hotel Kuala Lumpur!

Tok Empat Manap Kampung Bantal sedang mengambil foto WZWH yang sudah mula mahu hilir ke Kuala Tahan. WZWH rasa puas hati bersama merasa denyut nadi DUN Tahan. Ada banyak lagi idea pelan pembangunan untuk DUN Tahan. Hanya kita sendiri anak jati kampung yang perlu bangkit berjuang demi orang kampung dan DUN Tahan.

11 comments:

Anonymous said...

ini semua belajar dari yb dato lau lee lah, macam macam ada?

uRag dRrulug said...

UD ucapkan syabas kpd ADUN Tahan, teruskan usaha baik itu...

uRag dRrulug said...

...tapi dlm masa sama, kurangkanlah tabiat 'memungkor' selama ini...hehe!

Anonymous said...

Ibat amat hakurk dingork. Urag Kg Pagi ramai amat datag oi, 30 urag ajerk ai tapiknyerk urag Pagi aderk 500. Urag Kg Sat aderk 400 gi manerk lagik oi.Urag Kg Batal dan Gusai, Mat Daling ramai tapinyerk ari turk ujan habis kenerk banjir gamoknyerk torknyerk dapat gi mejlih. Mejelih benyayik pon demerk bewoyat torknyerk mulek amat, biornyerk demerk katerk buat mengajik Quran lagi mulek nork sambut YB...

Usaha keras sungguh2...

P5 Banir, Peminat politik dan pengkaji politik sepanjang zaman..

dobit127 said...

salam..
Bila tuan blog bercerita tentang tanah tumpah tahan ni, maka bersemangat nak memberi pandangan..
Kawan merasa bangga dan sukcita di atas kerja-kerja yang dilakukan oleh ADUN Tahan yang mana jika dilihat pada pelaporan ini, maka usaha itu amatlah terpuji...
Kata-kata orang berkenaan usaha murni YB Tahan tolak ketepi.. YB makan duit, bolot balak, berebut tanah bagi kat kroni dan pelbagai lagi.. Kawan rasa rakyat sendiri dapat menilai seseorang dengan menilai bagaimana seorang YB dapat memberi tumpuan dengan melakukan perkara-perkara yang diminta oleh penduduk kawasannya tidak kira susah apakah lagi kalau mudah dilakukan seperti lawatan kerap melawat kawasan...

Bagi kawan, YB Tahan teruskan usaha dan berbaktilah kepada penduduk yang pada PRU12 yang mengundi beliau...
Buat WZWH, teruskan pelaporan kerana melalui blog ini, rakyat dapat melihat bentuk pembangunan yang dibuat. Usaha WZWH ini selaras dengan pelaporan gerak kerja parti PKR Kuala Krau yang secara terperinci dibuat oleh team Hj suhaimi Said...

Orang-orang sebegini yang akan disokong... Teruskan usaha anda semua...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Dobit127,
Terima kasih memberi sokongan.

dollah tomato said...

komen negatif anon di atas tak perlu diambil pot.dia orang ni penuh dengan dendam kesumat terutama sekali pang5 banir.dia ni orang upahan UD blogger pencacai gila dan mulut busuk.
teruskan usaha murni mu wzwh!

Anonymous said...

Tq. dollah tomato. Respon sangat baik. Sayang jilat kamu tak cukup hebat hanya setakat tangkai tomato berbulu. Nikmat isi dan zatnya dikebas orang.

Pang5 Banir, tak pernah mencari keuntungan dengan wang politik. Cukuplah pesanan Almarhum ayahnda, "usplah dengan tangan kamu terhadap keluarga kamu menuju ke syurga Allah tanpa hisab"

dollah tomato said...

mengata dan memperlekehkan orang tidak akan membawa ke syurga.belajar aje tinggi sampai ke mesir tapi mendustakan agama tak guna juga

Anonymous said...

WZWH,

Beruntung lah aok bekerja bersama dengan WR TAHAN, Yang Berkhidmat Wan Dumpok. Wan Dumpok tengok cara dia berpakaian sesuai dengan keadaan dan tempak. Ini lah WR berjiwa rakyat dan memperjuangkan untuk rakyak, tengok baju dia bersenje dan jas peluh. Jadi aku tak faham kenape deme-deme kutuk wan dumpok, deme nak WR macam mane lagi...akuq beto tak faham nie, jadi anom anom diatas lah ganti wan dompok sebulan ..baru tahu.. ketere lah deme tu. FIKIR LAH.....


pemancing Udang Jeram Pai.

Anonymous said...

Org tak heran dgn muka kering tapi berkedut. Org nakkan muka lembut tapi basah dgn peluh. Ada seri tu jer. Faham ke tak faham soalnya dua tu tetap berlainan. Org juga tak persoalkan ong tu kaya ke meskin. Otg nak tau jika kamu betul kaya tolong orang dengan ikhlas. Bukan dengan menggunakan kemewahan hasil selingkuh dan car kuit car kais. Pas tu pandai sindir2 org tak pandanglah tanah sekar dua ekar. Sebobnyo banyok doh kekoh sokmo2...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024