Posts

Showing posts from October, 2011

Kecurian Getah Orang Kampung Ulu Tembeling Berleluasa Apa Tindakan?

Image

Pelancaran Media Baru 1Malaysia Jerantut

Image
YBM Tengku Azlan mahu media baru 1Malaysia Jerantut berperanan dalam PRU 13 nanti. Ku Lan mahu pengundi-pengundi muda Jerantut aktif bersama membina masa depan Jerantut, Pahang dan Malaysia
Petang tadi berlansung perjumpaan media baru Jerantut di Resthouse Jerantut. Program ini hasil inisiasi Biro Media Baru Jerantut yang diilhamkan oleh YBM Tan Sri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut.
Perjumpaan media baru itu dihadiri lebih 60 oleh pengamal hardcore blogger, Facebooker dan Twitter Jerantut. Ramai blogger top Jerantut hadir termasuk bukan saja dari kaum Melayu tapi juga kaum Cina. WZWH anggap ini boleh dikatakan adalah pelancaran Media Baru 1Malaysia Jerantut.
YBM Tengku Azlan mahu Media Baru Jerantut ini diketuai oleh Mustaffa Mat Arof seorang AJK UMNO Bahagian Jerantut mengadakan beberapa program bagi persiapan PRU 13.


Mohd Zukarmi SUB UMNO yang baru dilantik dengan YB Dato' Lau Lee ADUN Damak tekun mendengar misi Media Baru Jerantut. Mohd Zuka…

Memahami Laporan Ketua Audit Negara 2010 Apa Yang Pembangkang Bising?

Image
Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan blog-blog pro Pakatan Rakyat telah cuba mengambarkan Laporan Ketua Audit Negara 2010 itu seolah-olah kerajaan BN yang dipimpin oleh DS Najib ini tidak cekap dan tidak berkesan mengurus perbelanjaan kewangan kerajaan.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 bertujuan untuk memastikan kementerian, jabatan, agensi menyimpan buku rekod perakaunan dengan baik, kawalan dalaman, mencegah fraud dan kesilapan, menjaga aset, mematuhi peraturan dan undang-undang dan memastikan cekap dan berkesan.
Ketua Audit Negara adalah independent bebas dan bertanggungjawab melapur kepada Dewan Parlimen. Ketua Audit Negara kerjanya mengesyorkan cadangan-cadangan dari hasil dapatan auditnya.
Kerajaan berbelanja RM523.72 bilion melebehi RM519.99 bilion dari dana asal sebanyak RM3.73 bilion telah digunakan untuk membiayai pembiayaan mengurus, pembangunan, Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), modal, bayaran balik pinjaman dan amanah ataupun deposit.
Sebanyak 17 kementerian dan 13 jabatan ke…

YBM Tengku Azlan Membimbing Peranan Media Sosial Jerantut Mentransformasi Jerantut

Image
Hari ini WZWH mengadakan perbincangan komprehensif dengan YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar ahli parlimen Jerantut merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut. Sejak dari late lunch hingga afternoon tea.
WZWH bertukar-tukar fikiran dengan YBM Tengku Azlan yang lebih mesra dipanggil Ku Lan. Kami berdiskusi politik menyentuh politik nasional, politik Pahang dan politik Jerantut serta peranan Media Baru Jerantut.
WZWH dan Ku Lan bersetuju Media Baru Jerantut perlu berperanan mentransformasi politik Jerantut. Ada banyak perancangan-perancangan yang tidak dapat dijalankan kerana ada kekangan-kekangan tertentu yang WZWH mula memahami dari Ku Lan  berbincang secara berterus terang, terbuka dan ikhlas.
Ada perkara-perkara struktural yang perlu diperbetulkan dan diperbaiki. WZWH telah dapat gambaran sebenar isu pembangunan parlimen Jerantut. Setiap masalah ada penyelesaiannya. 
Pada 26 Oktober 2011 ini Ku Lan akan merasmikan perjumpaan media baru Jerantut : Blogger, Facebooker, Twitt…

Tahniah ADUN Tahan Dikurnia Bintang DSAP Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang

Image
Patik WZWH pacal yang hina merafak sembah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Tuanku Sultan Pahang semoga Allah lanjutkan usia  dan pemerintahan Tuanku yang berjiwa rakyat.
WZWH juga mengucapkan tahniah kepada ADUN Tahan, YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak kerana dianugerah Bintang Darjah Kebesaran DSAP sempena Hari Keputeraan Tuanku Sultan Pahang.
Semoga kurniaan  Kebawah Duli Tuanku Sultan Pahang ini memberi semangat dan motivasi kepada Orang Tua ADUN Tahan mencari peruntukan RM berbilion-bilion dicurahkan demi pembangunan DUN Tahan khasnya di Lembah Tembeling.
Sesungguhnya Tuanku Sultan Pahang amat berjasa membangunkan pembangunan di DUN Tahan. Apa yang YB Dato' Wan Amizan bawa semua peruntukan pembangunan DUN Tahan itu adalah jua kerana pertolongan dan keprihatinan Tuanku Sultan Pahang.
Bukan saja DUN Tahan, Tuanku Sultan Pahang juga bertanggungjawab mempercepatkan pembangunan infrastruktur Negeri Pahang dan amat kasih dan rapat dengan rakyat Pahang.
Tuanku Sultan Pahang Raja b…

Tun Khalil Yaakob Lelaki Sejati Pahang...

Image
Malam semalam WZWH berkesempatan bertemu mantan MB Pahang TYT Melaka Tun Khalil Yaakob di Hotel Zenith Kuantan. Tun Khalil menziarahi anak sulung Aznan yang terlantar di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan kerana sakit jantung.
Sekembali dari hospital Tun Khalil secara simple makan nasi goreng bersama kawan-kawan lama di balconi  hotel sahaja. Beberapa meja disusun rapat-rapat seperti cara orang UMNO berkumpul. Nyata Tun Khalil orang politik maka itulah kebiasaan orang politik bila berkumpul.
Kelihatan beberapa rakan-rakan lama antaranya Dato' Jabar, Dato' Syeikh dan beberapa orang lagi yang WZWH tidak berapa kenali disamping keluarga. WZWH suka melihat keadaan suasana santai begitu mengingatkan WZWH semasa mengikuti rombongan Tun Khalil semasa menjadi MB melawat ke pelusuk negeri Pahang ini.
Itulah Tun Khalil orangnya tenang, suka bergurau dan berceloteh dengan rakan-rakan. Tun Khalil ini cool politiknya dan background beliau sebagai seorang Diplomat membuatkan beliau lebih tin…

Orang Pahang Hatinya Keras, Sungguh Keras Senang Ditipu....

Image
Sungai Pahang Airnya Deras, Sungguh Deras Libang Libu,  Orang Pahang Hatinya Keras,  Sungguh Keras Senang Ditipu.
Pantun yang dipopularkan oleh Pak Talib Ariffin dari Kg Belengu ini memang kena dengan tepat menceritakan Orang Pahang, iaitu mereka yang mendiami kedua tebing Sungai itu dari Lipis ke Pekan. Orang Pahang Bentong, Raub dan Kuantan mungkin sukar untuk dimasukkan karektor mereka didalam kategori ini.
Episod demi episod sejak zaman Tok Bahaman dan rakan-rakannya menentang Penjajah Inggeris, roh pantun ini terkena kepada Orang Pahang, iaitu rangkap ketiga dan keempat pada pantun itu.
Memang Orang Pahang hatinya keras, walaupun keras sikap ikhlas Orang Pahang amat terserlah, kerasnya hati Orang Pahang itu dan sikap ikhlasnya bolehlah dilambangkan kepada warna Bendera Pahang itu sendiri.
Orang Pahang boleh menerima sesiapa sahaja ke Negeri itu. Yang paling ramai berhijrah ke Negeri Pahang adalah Orang Kelantan. Dimana-mana di Negeri ini ada Orang Kelantan, mereka berniaga di pasar-pasa…

Nyahkan Aziz Bari Dari UIA, Sepenggalkan Saifuddin Abdullah Parlimen Temerloh

Image
Setakat buat buku falsafah politik baru tapi tidak turun padang jaga politik Temerloh belum tentu Saifuddin Abdullah boleh menang parlimen Temerloh PRU 13 nanti...ekekekekekekeke..
Blog Celah Gelegar mengulas samada Isu Aziz Bari : Kenyataan Saifuddin, Pendirian Kementerian atau Peribadi?
Saifuddin sentiasa bercanggah dengan pandangan bosnya Khaled, Menteri Pengajian Tinggi terutama dalam hal-hal berkaitan kebebasan akademik dan perhimpunan haram.
Beliau sepatutnya menyatakan dengan lebih jelas kepada media sama ada kenyataan yang dikeluarkan adalah pandangan peribadi atau pandangan Kementerian Pengajian Tinggi kerana ia akan menyebabkan rakyat keliru apakah pendirian Kementerian yang sebenar.
Saifuddin menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari. Mesej teks beliau kepada Datuk Zaleha Kamaruddin pagi ini, di mana beliau berkata penggantungan itu adalah "memudaratkan".
Menurutnya, apa sahaja (s…

Agenda Membersihkan Ahli Majlis Daerah Jerantut Bagi Merakyatkan MDJ

Image
Blog Suara Prihatin UMNO Jerantut dan Hulu Tembeling telah membincangkan "Local Government" atau Kerajaan Tempatan Jerantut secara kritikal.
Isu-isu yang disentuh ialah : Konspirasi, Kroni, Korupsi, Panel untuk kepentingan diri juga Pemimpin Basi.
Isu-isu yang dibangkitkan : Gerai 'Corner' dihadapan Pasar Basah Jerantut ada beberapa buah yang masih kosong, namun ada juga yang baru hendak diisi semula, malangnya ada berita yang tidak memuaskan hati. Khabarnya ada antara gerai berkenaan milik orang tertentu yang juga memiliki gerai ditempat lain dan menyewakannya kepada orang kedua dengan harga yang tinggi.Minta MDJ supaya menarik kembali gerai-gerai dari mereka yang tidak berniaga sendiri ditempat berkenaan bagi tidak menggalakkan orang ke-3.Supaya MDJ lebih peka kepada masalah sekitar seperti sampah dikutip , papan tanda tidak di baiki dll lagi .Banyak tanah-tanah yang diberikan taraf 'TOL' disepanjang jalan dari Jerantut ke Jerantut Feri kepada individu yang ra…

Aziz Bari Pengikut Mahathir Warnanya Pembangkang

Image
Aziz Bari Profesor Phd Perlembagaan dan Undang-undang selama 22 tahun di UIA. Aziz Bari semasa mudanya terpengaruh dengan pemikiran Mahathir dalam isu pindaan Perlembagaan menyentuh imuniti dan kekebalan Raja-Raja Melayu.

Wok Itam Wok Kelabu Wok Putih Kembalikan DUN Tahan Kepada Wanita!

Image
Ku Lan membisik peransang semangat kepada Ketua Wanita UMNO Jerantut,"Wok kena kerja kuat kalau nak bertanding di DUN Tahan tu!"
Ada komen pembaca blog WZWH yang begitu menyentuh kalbu WZWH. Komen tersebut seperti dibawah.
Anonymous said...
wok itam ka wok kelabu ka wok putih ka....KITA SOKONG SEMUA...kembalikan DUN TAHAN kepada WANITA  October 20, 2011 1:06 PM
WZWH amat faham hasrat dan keinginan Wanita Jerantut. WZWH akui Wanita Jerantut kuat kerja parti, komited, bersatu hati, bulat hati bersemangat memenangkan parti.
Memang WZWH akui Wanita Jerantut bersikap nostalgia kepada kegemilangan lalu.
ADUN Wanita pertama Jerantut dulu di DUN Tembeling Arwah Cikgu Kamariah. Beliau ketika itu berjawatan Naib Ketua Wanita UMNO. Arwah Cikgu Kamariah dua penggal dari tahun 1982 hingga 1990.
Kemudian Dato' Chu Rahimah juga dua penggal di DUN Tembeling @ Tahan dari tahun 1990 hingga 1999.
WZWH terlibat secara lansung dalam kempen PRU memenangkan kedua calon Wanita tersebut.
Selepas itu Wani…

Perjumpaan Bloggers, Facebookers Dan Twitters Jerantut

Image
Mustaffa Mat Arof, tokoh muda pemimpin Jerantut.



WZWH terima call dari Mustaffa Mat Arof petang tadi. Mustaffa baru dilantik oleh YBM Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut sebagai Ketua Biro Media Baru UMNO Jerantut.
Mustaffa adalah Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian Jerantut, AJK UMNO Bahagian Jerantut, Ketua UMNO cawangan Padang Saujana Jerantut. Beliau adalah Pengerusi MAYC Kebangsaan. Beliau bekerja sebagai Senior Manager di Persatuan Francais Malaysia.
Mustaffa Mat Arof berkelulusan degree economics dari UUM. Pemegang Master in Information Technology dari UKM. Memang sesuai dan tepat Ku Lan lantik Mustaffa mengendalikan media baru Jerantut.
Sebelum ini banyak bloggers Jerantut seperti SPU, Urag Drrulug dan WZWH sendiri kritik UMNO Jerantut kerana ketinggalan jauh dalam media baru nampak peranan Ketua Penerangan tidak berjalan.
Mungkin kerana kritikan bloggers Jerantut dan Zaid Ibrahim, Presiden KITA bercadang mahu mengadakan perjumpaan dengan pengama…