Monday, June 4, 2012

4 Flyover Melingkari Bandar Jerantut Dan Suburban Bila Kerajaan Mahu Buat?


WZWH lebih berminat posting politik pembangunan daripada membincangkan polemik ideologi politik dan cerita skandal sex pemimpin.

Rasional WZWH mudah sekarang kerajaan BN memerintah maka perlu pemimpin UMNO memantau implementasi segala keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan.

Memang tugas pemimpin pembangkang membangkang. Mereka tidak boleh buat apa kerana mereka tidak buat keputusan kecuali di negeri-negeri yang Pakatan Rakyat menang.

Oleh kerana kerajaan BN mentadbir Putrajaya maka lebih baik kita bincang perlaksanaan apa-apa keputusan membabitkan pembangunan di parlimen dan DUN masing-masing.

Posting WZWH kali ini tentang isu bila kerajaan mahu buat 4 flyover melingkari bandar Jerantut dan pinggir bandar suburban Jerantut.

Kerajaan telah meluluskan pembinaan 4 flyover dengan kos RM120 juta di bandar Jerantut menghubung pinggir bandar terletak antara sempadan DUN Damak dan DUN Tahan.

WZWH dapat membayangkan bila projek-projek pembangunan pinggir bandar suburban Jerantut siap nanti bandar Jerantut akan lebih besar dari bandar Temerloh dan bandar Kuantan sendiri. Bandar Jerantut akan berkembang pesat sebagai:

  • bandar hub eko resort-Setelah kajian Rancangan Kawasan Khas Kuala Tahan oleh ECER diimplementasikan.
  • bandar automatif industri-Setelah cadangan industri automatif  berdekatan ADTEC Temin dijalankan.
  • bandar pembekal tenaga-Setelah pembinaan Empangan Hidroelektrik Tekai siap.
  • bandar transit kerana kedudukan bandar Jerantut yang strategik ditengah negeri Pahang.

Suburban ialah kawasan penempatan pinggir bandar manakala flyover ialah jalan paras tinggi bertingkat-tingkat melingkar di atas persimpangan jalan.

Jerantut adalah sebuah bandar yang ada jalan kereta api di tengah dan pinggir bandarnya. Di pinggir bandar Jerantut ada banyak tanah-tanah orang kampung yang kalau dimajukan boleh bukan sahaja menambah nilai harga tanah tersebut tetapi menjadikan bandar Jerantut lebih besar dan cepat membangun-"Greater BandarJerantut".

Harga tanah orang Melayu yang banyak di pinggir bandar Jerantut akan melambung tinggi. Cadangan aktiviti ekonomi samada secara usahasama dengan agensi kerajaan, swasta dan persendirian akan membangunkan ekonomi.

Harga properti seperti bangunan kedai dan rumah di Jerantut lebih tinggi dari Kuantan. Diharap tanah-tanah orang Melayu ini dimanfaat sepenuhnya. Orang Melayu Jerantut jangan pula cepat mencari keuntungan jangka pendek dengan menjual tanah-tanah mereka.

Tapi malang tidak ada "accessibiliti" atau jalan ke kawasan pinggir bandar ini kerana jalan kereta api yang sedikit sebanyak menganggu keluar masuk pengangkutan maka 4 flyover perlu dibina mengatasi masalah.

Cuma WZWH mahu DO, Majlis Daerah dan jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dengan perancangan bandar Jerantut perlu lebih kreatif, inovasi, cepat respon kepada kehendak pemaju-pemaju untuk sama-sama bergerak laju. Kita lihat bagaimana China memajukan bandar-bandarnya. 

Isu sekarang bila kerajaan mahu buat 4 flyover ini? Bila ditanya tidak cukup dana baru ada RM30 juta, kerajaan kena cari lagi RM90 juta.

Inilah tugas ahli parlimen Jerantut, ADUN Damak dan ADUN Tahan untuk "push dan follow-up" Projek 4 Flyover menghubung DUN Damak dan DUN Tahan melingkari bandar Jerantut dan suburban pinggir bandar.

Segera dapatkan RM90 juta lagi dari kerajaan!

10 comments:

Anonymous said...

Bila En wan dah mula fokus kepada politik pembangunan, baguslah. kawan pun tumpang gembira. Sekurangnya En Wan dah balik kepangkal jalan...kalau tidak, berkarung dosa fitnah/umpatan berkaitan dgn isu punggung yg En Wan terpaksa tanggung...Syabas.

durian gugur said...

syabas wzwh,
satu transformasi bg blog pemikir politik.sblm ni selepas saudara komen berkaitan ak47 sak,banyak komen berbentuk cacian di dalam blog saudara.keadaan ini akan menyebbkn blog anda digelar wzwh vs ak47 sak.kumpulan pengkomen berbentuk cacian mula menggunakan blog saudara utk melepaskn perasaan.Benar jerantut amat dahagakn pembangunan.hari ini kita lihat jerantut bagai jd anak tiri dlm pengagihan projek pembangunan berbanding kuantan,pekan,rompin,bera dan bentong.Jerantut juga hari ini dilihat dibangunkan oleh tauke bukan islam.diharapkn juga pembangunan yg akn dirancang tidak menggadaikn tanah org melayu di bandar atau pinggir bandar.selain itu,isu permohonan bg tanah2 kg tradisional masih belum diselesaikn.mohon tgk2 sebelum pru13.walaupun mungkin tanah tersebut diluluskn kpd pemohon yg sokong pembangkang,tp inilah sumbangan anda terhadap mqsyarakat yg akan di balas oleh Allah kpd saudara atau keturunan saudara di masa akan dtg.Semoga blog ini terus segar memberikan idea yg bernas untuk pembangunan masyarakat seterusnya membangunkn akhlak muda mudi melalui perbincangan berbentuk ilmiah.semoga blog saudara terhindar dr komen berbentuk cacian dan makian dr pihak PR @BN.

Anonymous said...

Blog Che Wan in popular disebabkan Sakmongkol dari Pahang yang menuduh WZWH macai BN yang tak sepandai dia (Sakmongkol) jadi ramai pandangan yang tidak sealiran dengan PR di blog Sakmongkol didelete.
Komen disini malah lebih baik dari Blog Sak dan Aspan Alias.Sakmongkol fitnah Najib dan Aspan pada Mahathir.Baca fitnah terbaru diblog Aspan- cuba melagalagakan dua pemimpin UMNO. Akibatnya zero komen dari semalam sampai malam ini.Tanggong lah dosa fitnah pada Najib dan Tun.Janganlah cerita Jerantut aje ceritalah politik negara juga.Syabas Wan.

adrianiamri said...

Kawan lebih suka che wan kita ni lebih fokus untuk bercerita tentang jerantut dahulu... kiranya 7 nisbah 3... Baru tepat sebagai pemikir jerantut sejati...

dobit127 said...

flyover di Jerantut.... 4 pulak tu.... Kos RM120 juta.... nampak macam tak realistik jer permohonan tu...

Kata dah ada 30 juta... so buat ler satu dulu..... tu pon tak tahu dimana nak buat... Jalan keretapi bagi kawan bukan menganggu sangat.. Jalan Jerantut bukan jem sangat sepanjang masa...

Malah, sepatutnya jalan keretapi itu digunakan sebagai pemangkin pembangunan Bandar warisan dunia... Minta peruntukan untuk membina jalan keretapi dari jerantut ke Terangganu.. Projek tu lebih bagus dan manafaat... Alang2 buat jer terus keretapi laju.. Kuala Terengganu- Kuala Berang - jerantut - Mentakab - KL... 3jam sampai... berebut orang nak guna.... Buat atas inisiatif swasta..

Cadangan keretapi laju KL - Mentakab - Kuantan, sekarang ni apa cerita... Wahai orang kuat YB dan MB.. aci cerita sikit... Ker sudah ditong sampah dah... Sebab kawan tengok perancangan Pahang 2020, xde pon idea tu...

Anonymous said...

Bagaimanakah kaedah politk ekonomi dan pembangunan di negeri yang diperintah oleh PR?
Sejauh mana kaedah tersebut memberi keselesaan hidup dan keadilan sosial?
Bagaimana bentuk pembangunan itu diadun dalam sistem sosial dan ekonomi pasaran yang sesuai dengan sebuah negara yang begitu 'diverse' dan terlalu sensitif dari segi kaum , budaya dan kepercayaan agama ini.
Apakah pilihan rakyat? BN mempunyai testemoni diepringkat federal sekian lama. Fahamkah kita 'Buku Jingga' dan bolehkan agaknya perancangan 'cash-flow'nya diprakktikkan secara real? The majority has the say about it, no matter how slim it's going to be. WZWH, please!

Anonymous said...

Anon 12:57PM...yg bertukar ialah kerajaan BN kepada kerajaan PR. Ketua2 Pengarah, Ketua2 Jabatan, Gabenor, DO, Tok Penghulu, Felda, Risda, Petronas masih kekal. Lagi pun pimpinan PR bukanlah bahlul sebagaimana sangkaan manusia yg tak mau berubah macam anda......Kalau nak jadi negara maju kena terima hakikat ini. Di Negara2 Eropah, Australia, USA dll sering kali berlaku pertukaran regim...tak ada masalah pun.

Anonymous said...

Ha ha
Pembangunan bandar Jerantut ? Lawak

Ambil contoh,
Kuala Tembeling, sautu ketika dulu amat maju Dan terkenal sebagai pelabuhan sungai yang tersibuk Di semenanjung tanah melayu.
Apa berlaku Sekarang.

Kuala Tembeling mati. BN membina kedai lewat 10 tahun kebelakang , siap hanya setelah perniagaan telah mati.
Untuk memaksa ketapak baru yang tak laku, Ada pegawai yang berpangkat wan memberi arahan untuk meruntuhkan Pekan Asal kuala Tembeling.

Orang Kuala Tembeling dibodohkan dengan cadangan membina taman bunga dan Tapah permainan.

Cadangan tetap cadangan.
Apa yang tinggal Kini Hanya semak samun Dan kuala Tembeling menjadi amat Mundur.
Lihat Pekan lancang
Kedai zaman jepun masih wujud Dan suasana tetap meriah.

Anonymous said...

Jerantut nih ada potensi besar. boleh jadi bandar besar. peluang ekonomi besar. syaratnya kena ada pemimpin yang berjiwa besar... dan pengikut yang juga besar. bukan hanya cakap besar dan perut besar. Betul tak wan...

Anonymous said...

cikgu zali mezah dan cu rahimah yang bodoh jadi kuala tembeling mcm gampang sekarang ni..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024