Thursday, June 14, 2012

Bila Rakyat Malaysia Boleh Bersedia Menyokong Parti Hijau?


Ini WZWH posting tentang betapa pentingnya rakyat Malaysia menjaga alam sekitar, flora dan fauna.

Bukan parti hijau PAS tapi ini parti alam sekitar. Orang putih kata 'Green Party'.

Isunya kita sudah bosan dengan politik Malaysia yang dimainkan oleh BN dan Pakatan Rakyat. Tidak ada kesudahan.

Pakatan Rakyat mahu tawan Putrajaya tidak kira apa kos: tuduhan, fitnah, serang institusi, demonstrasi jalanan, anarki, menyoal hak Melayu dan Raja Melayu.

BN terutama UMNO mahu mempertahankan kuasa tidak kira apa kos: mahu menang macam dulu-dulu lebih 2/3. Bagi macam-macam. Layan orang Cina, layan orang India, dsb.

Isu parti berasaskan ras dan agama. Orang Cina kata mereka 2nd class citizen walaupun mereka ramai kaya dan menikmati kek ekonomi yang lebih besar.

Orang India merusuh 'hindraf' menyoal orang India ketinggalan.

Orang Melayu kata kerajaan belum bagi cukup lagi. Macam-macam tidak puas.

Orang Cina kata cukuplah kerajaan tolong orang Melayu.

Orang Asli pun mahu tuntut hak mereka baik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Ahli politik Pakatan Rakyat ada masuk BN. Ahli politik BN ada masuk Pakatan Rakyat. Ada ahli politik veteran buat parti baru. Ada ahli politik kekal parti bebas.

Apa titik persamaan yang boleh ramai rakyat Malaysia sokong di masa akan datang?

Jika rakyat Malaysia boleh menggunakan pancaindera dengan sebaik-baiknya maka rakyat Malaysia akan mendengar:

  • Pokok-pokok menanggis sebab banyak kena tebang.
  • Gunung dan bukit bersedih sebab kena tarah dek pembangunan
  • Udara dan air, tanah dan laut penuh pencemaran
  • Flora dan fauna dalam keadaan kritikal
  • Harimau, gajah, badak kepupusan.
  • Burung, unggas dan rimba kepupusan.

Alam sekitar di Malaysia mudah dimusnahkan, senang dikompromikan demi ekonomi.

Kerajaan BN dan Pakatan Rakyat gagal mempertahankan alam sekitar Malaysia secara lebih serious.

Ahli-ahli politik Malaysia mempunyai pengetahuan alam sekitar yang paling rendah dalam dunia.

Tidak ada kesedaran alam sekitar buat orang-orang yang berkuasa di Malaysia.

Maka rakyat Malaysia terdidik memandang alam sekitar bukanlah keutamaan dalam hidup. Sedangkan rakyat Malaysia tidak perasan bahawa kehidupan mereka dikelilingi oleh toksik dan racun yang secara senyap bakal membunuh mereka dan anak cucu.

Sebab itu sungai-sungai makin kotor. Sebab itu oksigen makin kurang kualiti kerana banyak pokok kena tebang. Sebab itu ramai rakyat Malaysia dan ahli politiknya makin sewel kerana tidak boleh berfikir dengan baik kerana kualiti oksigen yang bermutu rendah.

Bila rakyat Malaysia boleh bersedia menyokong parti hijau?

Parti Hijau Malaysia telah ditubuhkan lebih dua tahun dulu malangnya parti ini lebih bias kepada Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim!

Susah juga Parti Hijau Malaysia bila bercampur dengan Anwar Ibrahim neh...ekekekekekekek...

5 comments:

Unknown said...

Boleh pautkan blog saya http://siemens-melayumaju.blogspot.com/

Anonymous said...

Wan,

Setiap kali aku melalui jambatan feri di J'tut, Jambatan Rumpun Makmur di K Krau, Jambatan LPT di Temerloh, Jambatan Lepar di Paloh Hinai dan Jambatan Peramu di Pekan, hati ini merasa sebab dan sedih tidak tertahan...air sungai yang dulunya bewarna hijau tetapi telah bertukar menjadi merah (kandungan SS,COD serta BOD yg agak tinggi). Dulu, air sungai inilah tempat aku bermain2...menyelam menangkap udang galah dan kijin, dulu air sungai inilah menjadi sumber air bersih utk aku dan kakak membasahkan tekak selepas sekerat hari bersama Che'gu Rahim di SK Perian...segala2nya sudah tinggal kenangan. Ini semuanya disebabkan kerakusan manusia...merobek hutan bagi meng'emas'kan balak selain membuka ladang2 sawit(tanpa RSPO) dgn nama pembangunan.

Wan, kekadang elok juga kita lupakan sebentar tentang politik kepartian dan mari kita tumpukan kepada gerakan bagaimana cara utk menyelamatkan sungai Pahang dari pencemaran yg serious oleh tangan2 rakus ini. Walaupun kamu orang UMNO dan aku orang PAS, tetapi dalam soal ini kita tetap ada persamaan...demi mengekalkan warisan alam yg Allah SWT kurnikan untuk kita uruskan sebagai t/jb bersama. Aku cadangkan kita tubuhkan NGO-Meghijaukan Sg Pahang.

Objektif utama gerakan NGO ini ialah bagi meningkatan kesedaran dikalangan rakyat tentang peri mustahaknya menjaga sg Pahang sebagai warisan hijau serta sumber bekalan air utama negara...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anonymous 8:43,
Satu idea yang baik dan bernas untuk menyelamatkan dan membaik pulih Sungai Pahang. Ekologi dan alam sekitar tidak mengenal ideologi. Itu tanggungjawab kita semua. Apa pahala jika kita boleh selamatkan sebatang pokok hutan dara dari ditebang? Fikirkan kebaikan kepada manusia sejagat dan anak cucu generasi mendatang.

Durian Gugur said...

wzwh,sungai pahang bukanlah tempat asing bagi saya.spt anon diatas banyak nostalgia berkaitan sg pahang saya lalui.pernah dizaman sek men, sahabat saya hampir lemas semasa mandi di sg pahang.sehingga hari ini,sg pahang lah tempat saya memancing dikala waktu terluang walaupun tidak pernah dapat ikan yg diharapkan.Namun bicara wzwh lupakan politik untuk selamatkan alam sekitar memang idea yg bernas.tapi ayat terakhir wzwh spt berikut:-
"susah juga parti hijau malaysia bila bercampur dengan anwar neh" telah menyergah minda mudaku untuk
mengajak mempolitikkan alam sekitar.
pendapat saya, kuasa politik boleh menjadi penentu penambahbaikan ekologi sistem alam sekitar..bagaimana?
1)pendidikan
2)penguatkuasaan
pendidikan di peringkat kanak2 sehingga dewasa banyak menceritakan ttg apakah halatuju apabila melangkah ke alam pekerjaan nanti.Namun pendedahan berkaitan alam sekitar tidak menjadi subjek penting dalam ruang lingkup pendidikan.tidak perlu mewujudkan subjek khas untuk matapelajaran tersebut cuma perlu masukkan subjek tersebut ke dalam semua subjek yg di pelajari,contohnya subjek mekanikal,perlu diajar bagaimana menjadi engineer yg sayangkan alam sekitar dalam membuat keptusan.Pendidikan ini bukan hanya kepada budak sek @ atau universiti shj,ia perlu diajar kepada pemimpin negara termasuk jkk ttg setiap pembangunan yg hendak dilakukan berpaksikan keselamatan alam sekitar.. siapakah yg boleh melakukannya? sudah tentu org yg memiliki kuasa politik.
2.penguatkuasaan
penguatkuasaan yg menybbkn manusia terikat dalam membut keputusan.selepas diberi pendidikan yg cukup kpd rakyat,tindakan susulan akibat penguatkusaan akan difahami dan diterima oleh rakyat.Penguatkuasaan juga perlulah dilakukn terhadap semua rakyat iaitu bermula dari pemungut kayu api sehingga pemungut kayu balak.Jadi siapakah yg boleh melakukannya? sudah tentu org yg diberi kuasa untuk memerintah.. Wzwh, sementara BN sedang memegang kuasa politik malaysia,lakukan yg terbaik untuk memelihara alam sekitar.ingatlah bahawa kuasa dan pangkat hanyalah anugerah yang diberi disertakan tanggungjawab untuk memikulnya.. tepuk dada tanya hati"

Anonymous said...

melayu berpecah sbb mahadir kenakan amwar, ratusan ribu ahli amno menyertai Parti Keadilan Rakyat Malaysia.....

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024