Thursday, June 28, 2012

The Genius Of Mohamad Aziz MP Sri Gading


Siapa pemimpin-pemimpin UMNO yang berani sanggup membawa kapak "memenggal kepala-kepala Vampire" dalam Pakatan Rakyat dan NGO merosakkan negara? The genius of Mohamad Aziz MP Sri Gading adalah permulaan langkah pertama...

Mohamad Aziz ahli parlimen 4 penggal. Jika media dan pemimpin Pakatan Rakyat kata Mohamad Aziz (MA) itu stupid, IQ rendah, keterlaluan itu sebenarnya tidak betul.

Kenyataan MA mahu Ambiga digantung kerana pengkhianatan kepada Agong sama taraf dengan teroris Al-Maunah sebenarnya patut diucap awal-awal lagi.

Ahli politik UMNO perlu kenyatan ini awal-awal lagi. Sebab itu ramai ahli parlimen UMNO menyokong MA.

Ambiga mencetuskan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 dengan tujuan utama mahu melakukan kekacauan atas nama kebebasan demokrasi dan menjatuhkan kerajaan BN yang mendapat mandat secara sah dari PRU 12.

Ambiga bernasib baik kerana pemimpin UMNO hari ini dari PM ke Menteri KDN adalah pemimpin lembut. Tidak ada tindakan ke atas Ambiga walau ramai rakyat majoriti membantah dengan beribu laporan polis dibuat.

Setelah didesak barulah saman dikeluarkan.

Sejurus kenyataan MA mahu Ambiga digantung maka LGE pun PC memukul gendang bahawa kenyataan MA itu rasis dan mahu semua MP Pakatan Rakyat buat laporan polis.

Tak semena Vell Paari anak Samy Vellu dan G Palanivel bos MIC pun bising mempertahankan 'kesucian' Ambiga. Dulu dimana suara Vell Paari dan G Palanivel bila Ambiga mahu melancarkan Bersih 3.0?

Jika Pakatan Rakyat kata Anwar Ibrahim itu genius, TG Nik Aziz itu pun genius, LGE juga genius, dan Ambiga tersangatlah genius...

Maka WZWH boleh kata Mohamad Aziz MP Sri Gading juga genius.

Ahli politik UMNO perlu berani memperkatakan apa yang betul. Jika Pakatan Rakyat menuduh bahawa UMNO itu 'rasis' tapi kalau sikap begini baik untuk negara kenapa tidak?

UMNO adalah UMNO. UMNO bukan Demokrat atau Republikan.

8 comments:

Quiet Despair said...

Syabas Dato' Aziz. Orang dah bagi minyak. Takkanlah kita bodoh sangat tak buat api dan bakar dia.
In the first place she started the fire. Pak Aziz cuma main ikut rentak dia. Memang beliau genius untuk mengajar Aci Nga yang memangnya kurang ajar.
Gertak sikit aje, ramailah geng LGE dan Ah Jub Bor termasuk Pak Yeh Arief dan AA ikut melatah. Kalau
Ambiga buat takpe, kalau orang UMNo tak boleh.
Selama ni Achi bangga kononnya dia heroine Brahmin ala Aung San Suu Ki. Yang Anae-anae turut berdemo menyokong dia.
Dan apa ke halnya yang Si Vel tu bising-bising pulak. Takut MIC kalah kerana isu Ambiga? Kalau tak kerana Ambigapun, Vel bergantung hidup atas undi orang Melayu.
That woman is not angelic. using Bersih to bring down the goverment. And berating Malaysia world-wide. She and Anu-War are traitors and must face the music.
Cakap knonnya perjuangkan clean and fair elections. Podahchi.
Boss EC cakap takdepun seorang dari yang heboh demo bersih pergi check electoral rolls yang dipamirkan for public display. The display will end soon. Takde seorangpun buah bantahan electoral rolls tu.
Pecah tembelang Achi dan Nuk-War.

Anonymous said...

Jawa macam ni yang Cakap besar Dan membuka pintu kubu melayu satu masa dulu.

Ambiga bukan beragama islam Dan menyokong asas-asas persamaan diantara manusia termasuk menolak usul penipuan Dan perhambaan Di zaman moden ketika ini.

Ambiga memang tidak boleh disokong Dalam perjuangan islam dan begitu juga yang lain .
Termasuklah yang fasik yang tidak percaya islam melinkungi semua kehidupan.

Nampaknya wan macam chip more.

Anonymous said...

Lu aa buka kota melaka..ikut la persamaan hak sangat,bab tu ikut,bab quran suh taat pd pemimpin 'wala' tak ikut..MIC jgn nk jadi hero,Palanivel pun sama,betis da makan,peha badan kepala suma pun nak juga.abis tuan tanah balik2 makan tulang??

Durian Gugur said...

kenapa hanya marah Ambiga?A.Samad Said?cuba kira mana ramai jumlah yg membantah himpunan bersih 3 berbanding jumlah yg hadir?bagaimana pula akhlak melayu yg membuat senaman punggung?kenapa ekonomi org melayu masih ketinggalan?kenapa bahasa melayu dianaktiri? kenapa tanah org melayu di pulau pinang berkurang?kenapa pemimpin umno kaya tp org melayu miskin?kenapa gunakan nama melayu untuk kepentingan politik?????

adakah jawapannya disbbkn oleh kerjasama PAS-PKR-DAP.sedangkn PR masih belum mentadbir Negara.

cukup la guna nama melayu untuk tipu melayu...

Ghab said...

Salam sejahtera saudara Wan Zamzuri ,

Dengan penuh insaf dan kesabaran , Melayu dan Ahli2 Umno khasnya di kehendaki berpegang teguh kepada amanah bangsa untuk terus mengeratkan lagi suraturahim di antara satu sama lain . Di kehendaki juga merapatkan saf untuk memaju ke arah kemenangan di pilihan raya yang akan diumumkan tak lama lagi.

Wujudkan satu tekad diikuti dengan usaha bersama dan semarakkan kesatuan jiwa yang berniatkan Perjuangan Melayu . Dengan kesatuan jiwa ini , Melayu di kehendaki menampilkan diri kepada saudara pengundi2 dengan satu tujuan yang berasaskan Hak asasi Melayu , iaitu memperkasakan dan memperkukuhkan lagi kuasa politik Melayu supaya ia berkekalan ke akhir zaman .

Sebelum mendekati saudara pengundi2 , khasnya pengundi Melayu , tidak kira yang lama atau yang muda , semarakkan semangat di dada dengan erti kata , menghayati dan mengisi garisan akidah perjuangan Melayu . Tidak boleh dinafikan , perjuangan ini berasaskan kebenaran , kebenaran untuk bangsa Melayu terus berkuasa di tanah airnya sendiri , iaitu Tanah Melayu . Dengan semangat ini di harapkan masyarakat dan pusaka warisan Melayu bertambah teguh dan tidak boleh lagi dipermainkan dan di pelekehkan oleh anasir2 keruntuhan hingga membolehkan orang2 Melayu terpinggir dari dimakan zaman .

Continue........

Ghab said...

Continue.......

Bersama memohon sematkan di jiwa dengan erti-erti kebenaran perjuangan yang berikut sebagai persediaan apabila mendekati saudara pengundi2 :

(1) Umno memang sebenarnya sebuah parti politik Melayu yang bertunjakkan kepada kemuliaan bangsa . Perjuangan yang berasakan kebenaran bangsa ini telah mendukung cita-cita kebangsaan Melayu . Maruah Melayu berisikan kedaulatan bangsa yang telah pasti diteruskan , diamalkan dan baik dijadikan teladan demi berkekalan selama lamanya .

(2) Langkah2 untuk memertabatkan lagi bangsa adalah tanggungjawab Melayu bersama. Dalam erti kata bangsa Melayu telah diatur satu landasan kebebasan untuk memilih dan mempertahankan martabat bangsa .

(3) Mengekalkan Agama Islam adalah tanggungjawab yang diwajibkan. Selain itu, Melayu memperjuangkan dan mempertahankan Agama adalah amanah Allah SWT kepada bangsa Melayu yang mana tidak boleh dijual beli dan tidak mudah ditolak dengan sewenang2nya .

(4) Negara Malaysia ini wujud dan tanah yang di pijak ialah Tanah Melayu . Bangsa Melayu perlu sedar bahawa ini adalah benar dan wujud . Kemampuan untuk mempertahankan Negara adalah kebenaran Melayu . Melayu telah membuktikan dan terbukti , mempertahankan Negara adalah amanah Melayu . Mempertahankan Negara dari ancaman komunis ialah Melayu . Menjaga keamanan ialah Melayu . Memadam kebakaran ialah Melayu . Menjaga yang sakit ialah Melayu . Yang mengajar keilmuan anak2 disekolah ialah Melayu . Kaki tangan pertadbiran Negara ialah Melayu . Memberi air bersih dan tenaga ialah Melayu . Penanam padi yang memberi makanan utama ialah Melayu....kerana Melayu bersifatkan ketahanan dan penerimaan , Negara telah memperolehi keamanan dan kesejahteraan .

(5) Dari hasil perjuangan datuk moyang , kemerdekaan telah di kabulkan tanpa setitik darah pun jatuh ke bumi . Adalah tanggungjawab bersama untuk mempertahankan kemerdekaan , kerana ini adalah darah daging Perjuangan Melayu untuk bebas dari ancaman , anasir luar dan dalam . Darah Melayu yang mengalir telah berjuang untuk kebebasan semenjak 1511 sampai tertubuhnya sebuah Negara yang Merdeka . Dan Melayu juga yang akan mewarisi untuk menerus mempertahankan keramat Kemerdekaan ini .

(6) Ada lah juga dari darah daging bangsa Melayu yang telah mendukung Perlembagaan Negara , Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berperlembagaan yang diperjuangkan oleh datuk moyang akan berkekalan selama2nya . Ini adalah satu tekad, ikrar dan amanah bangsa Melayu yang berwarisan

Ghab said...

Continue.......

(7) Perlembagaan ialah merupakan asas yang mengariskan panduan berkerajaan kepada Negara . Tiap2 warga Negara tidak kira pegangan , kedudukan pemerentahan atau tidak , mesti mematuhi undang2 , undang2 yang lebih tinggi iaitu Perlembagaan . Kepatuhan Melayu tidak sunsang untuk mendukung Perlembagaan . Budaya Melayu yang berpegang kepada daya pemikiran dan kerohanian mengalu2kan kebentukkan berkerajaan demokratik yang selama ini tetap Melayu pertahankan .

(8) Raja Perlembagaan ialah tunjak keagungan Melayu . Walaupun bermaksuh Raja adalah ketua simbolik dan kuasa Raja terhad di dalam Perlembagaan namun umat Melayu tetap setia mehormati dan Raja itu ialah Raja Melayu . Dalam masa yang sama , Melayu faham Raja juga perwakilan demokrasi Negara . Raja adalah juga benting keagongan dan perpaduan Melayu .

(9) Jesteru itu , Melayu tidak segan dan pilu untuk menegak , mempertahan dan mengembangkan Islam . Ini kebenaran bangsa Melayu . Apa tah lagi , Islam adalah agama rasmi Negara . Dan Melayu angkuh dengan menghormati prinsip kebangsaan beragama . Budaya bangsa Melayu tidak seinci pun berpandangan serung kepada yang bukan beragama Islam . Namun Melayu tetap mempertahankan kedaulatan Rakyat dan keadilan rakyat asalkan berasas dan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen .

(10) Bangsa Melayu angkuh dengan perjalanan untuk memajukan lagi ekonomi Melayu peribumi khasnya dan Rakyat Malaysia amnya . Ini tidak boleh di nafikan bahawa kemakmuran Negara telah memberi nikmat kepada seluruh rakyat setelah lebih 60 tahun menduduki kemerdekaan .

(11) Jaminan yang diberi oleh bangsa Melayu di atas kedudukan Bahasa Kebangsaan telah lama di mempekasakan . Bangsa Melayu di amanah untuk menerus mempertabatkan Bahasa Kebangsaan selain sebagai bahasa rasmi ialah bahasa pengantaran dan bahasa ibunda Negara berteraskan Kebudayaan Melayu .
(12) Adalah kemampuan budaya Melayu atas sifat ketahanan dan penerimaan telah wujudnya kerjasama diantara kaum . Dengan usha ini telah melahirkan satu Bangsa Melaysia yang kuat dan bersatu berasaskan Hak-Hak istimewa bangsa Melayu dan Hak-hak asasi maknusia .

Ini lah wadah Perjuangan Melayu yang tersemat didada dan harus disemaikan ke anak2 muda-mudi Bangsa . Untuk Bangsa Melayu ; Buang yang Keruh Ambil yang Jernih .

Anonymous said...

Wan Zurik,

dato Aziz memang genius. Kalau dah tak mahu pilihanraya bersih dan telus, tak payah nak berhujah dengan depa ni, takkan memang punya. Jadi nak wat camne .....kita minta ketua dia, si ambiga tu kena gantung je senang....dah kena gantung, dia dah tak boleh berhujah. Jadi kita menang, tak payah berhujah-hujah...bijak...bijak kepala hotak Dato aziz....hahahaha

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024