Wednesday, June 13, 2012

Istana, Parti Politik Dan Kuasa : Memahami Politik Malaysia


Bila insiden Nizar tweet isu Sultan Johor bida WWW1 RM520,000 menimbulkan kemarahan rakyat yang sayangkan Raja.

Lantas NGO mengumpul 30,000 rakyat Johor bersetia kepada Raja.

UMNO menembak Pakatan Rakyat anti Raja, pro-republik.

Pakatan Rakyat counter attack balik dengan menyiar episod lama UMNO buli Raja.

Mahathir berjaya buat UMNO buli Raja bagi kepentingan jangka pendek.

Kalau Mahathir tahu UMNO dan BN seperti hari ini pasti Mahathir tidak buli Raja!

Mudah faham Mahathir kenapa bertindak begitu kerana pengaruh mamak kuat dalam darahnya buat pemimpin UMNO pada 1983 dan 1993 terpengaruh menyokong Mahathir.

Dulu orang Bugis pun berpengaruh dalam politik hingga orang Melayu minta Belanda halau orang Bugis.

Bezanya orang Bugis tidak sanggup buat macam Mahathir.

15 juta pengundi Malaysia keliru tertanya-tanya adakah Raja itu masih relevan.

Kita pun tahu Pakatan Rakyat kalau ditanya hati kecil mahu Malaysia jadi negara republik.

Pemimpin UMNO ada juga mahu Malaysia jadi negara republik.

Ironinya Pakatan Rakyat dan UMNO mahu negara republik tapi malu....

Kalau ditanya kepada orang Cina pasti mereka pun tidak berani mahu jawab!

Kalau dilihat negara luar England 80% rakyatnya mahu Raja monarki. Perancis tidak boleh buat apa sebab Rajanya digulingkan. Amerika adalah puak protestan yang lari dari Eropah.

China dan India dulu ada Emperor dan Maharaja tapi ideologi komunis tidak mengizinkan.

Jepun ada Raja. 

Bila England dan Jepun ada Raja maka tidak salah Malaysia pun ada Raja.

Ahli sejarah kata Malaysia ini tidak wujud. Ini negeri-negeri Melayu Raja yang punya. Sebab itu British minta persetujuan Raja-Raja Melayu bentuk Persekutuan.

Maka lahirlah Raja Berpelembagaan.

Perkataan republik itu pun sudah dikira "treason" kepada Perlembagaan. Pakatan Rakyat dan UMNO perlu lupakan hasrat mahu jadi negara ini negara republik tidak beraja.

Tetapi rakyat Malaysia yang liberal akan diskusi apa relevan Raja kepada  politik Malaysia.

Kata retorik yang indah, "Tiada rakyat tiadalah Raja. Berpisah Raja dan rakyat tiada"

"Jika Raja tidak dekat rakyat bagaimana rakyat mahu sayang Raja?" Itu retorik baru.

"Jika Raja mahu balun semua...apa yang tinggal kepada rakyat?"

Bagaimana mahu menjelaskan fenomena ini?

Ini pemahaman WZWH....berkenaan Istana, Parti Politik dan Kuasa.

Sejarah Raja-Raja Melayu sudah lama. Ada yang beratus-ratus tahun malah lebih 1000 tahun pun ada.

Tidak ramai rakyat yang tahu pengaruh Raja-Raja Melayu terhadap politik negara kerana ianya topik yang dilupakan tidak dibincangkan. 

Pembangunan politik institusi Raja Melayu jika diperhalusi dari rentetan sejarah:

  • Zaman British: Raja Melayu hilang kuasa tapi kekal prestij
  • Zaman Jepun: Raja Melayu hilang kuasa dan prestij
  • Zaman merdeka: Elit Melayu mengembalikan prestij Raja Melayu
  • Sumbangan British ialah memodenkan institusi Raja Melayu kepada Raja Berperlembagaan.
  • Sumbangan Jepun ialah Melayu Elit baru telah mengambil peranan kepimpinan Melayu dari Raja Melayu dengan mengekalkan prestij Raja Melayu.

Terdapat perhubungan yang kompleks antara saingan dan kuasa antara UMNO dan Raja Melayu.

Jepun bertanggungjawab menghapuskan aura,mistik, kehebatan, dan authoriti (kedaulatan) Raja-Raja Melayu. 

Selepas tahun 1945, Elit Melayu sudah tidak takut dan kurang taksub kepada Raja Melayu kerana Jepun telah membuktikan Raja-Raja Melayu tidak berkuasa, tidak berupaya melindungi diri mereka sendiri apa lagi mahu mempertahankan rakyat.

Elit Melayu sedar bahawa Raja-Raja Melayu bergantung kepada 'goodwill' siapa yang berkuasa.

Jepun sebenarnya banyak mengubah orang Melayu. Melalui pendidikan, ramai anak-anak Melayu dihantar ke sekolah, maktab perguruan, sekolah kepimpinan (kurenjo). 

Jepun telah melahirkan 'Melayu Baru'. Ini yang buat sikap British dan Raja Melayu berubah terhadap Elit Melayu Baru selepas kekalahan Jepun.

Elit Melayu Baru inilah UMNO yang mengangkat Raja dari sembilan Raja menjadi sepuluh dengan Yang DiPertuan Agong dipilih dikalangan sembilan Raja Melayu.

Namun terdapat sengketa kuasa antara Raja-Raja Melayu dan UMNO dalam mendefinasi peranan de facto dan de jure raja berperlembagaan.

  • 1946- Raja Melayu, UMNO dan rakyat mempertahankan hak Raja Melayu.
  • 1948-1951 UMNO adalah kuasa Elit Melayu Baru dan Raja Melayu dinobatkan.
  • 1951-1955 rundingan kemerdekaan UMNO berkuasa.
  • 1983-1984 dan 1993-1994 UMNO melalui Mahathir menguasai Raja Melayu.
  • 2008 UMNO lemah dan Raja Melayu semakin kuat. UMNO perlukan Raja Melayu.

Untuk perbandingan, Raja Berperlembagaan model Westminster menekan peranan Raja tidak politik tetapi Raja Perlembagaan Malaysia ada sedikit reserves the ultimate extra-constitutional power to interpret, intervene, reject or direct a course of action in affairs of state.

Sebenarnya Malaysia masih lagi mengamalkan 'feudalism'. Raja Berperlembagaan hanya atas kertas sahaja. Setakat mana itu terpulang kepada UMNO dan Raja Melayu menentukannya melalui rundingan.

Bagaimana Pakatan Rakyat mahu menyaingi UMNO dan Barisan Nasional? Itu adalah soalan yang menarik untuk dibincangkan. Pakatan Rakyat perlu guna:

  • Idea universal sejagat
  • Islam dan agama

Masalahnya idea universal sejagat ini belum difahami dan dimergerti oleh majoriti rakyat Malaysia. DAP dan PKR tercari-cari apa nilai universal sejagat sesuai dengan rakyat Malaysia.

PAS pula hala tuju Islamnya samada secara addin atau ideologi nampak tidak keruan kerana tidak jelas apa Islam mahu dibawa. PAS sebenarnya sudah keliru bila bicara kuasa Putrajaya.

UMNO dan Raja-Raja Melayu sangat berpengalaman dan arif tentang Istana, parti politik dan kuasa.

10 comments:

Anonymous said...

mcm penoh tgk jek fact nih..d sauk dr mane yek

dinoscots said...

Apa kita sudah lupa menghormati Raja ?

"Ampun Tuanku, sembah patik harap di ampun.Patik pacal yang hina hampir mengadap.Ampun Tuanku "

Kalau kita melihst filem melayu lama beginilah penghormatan orang melayu pada rajanya.

Di Perak pengikut PR dari PAS dan PKR sanggup baring atas jalan menghalang kereta Sultan Perak kerana tidak puas hati kuasa sekejap mereka berkuasa bertukar kepada BN setelah DUN mereka hilang keyakinan pada PR.

Yang penting dalam sekejap masa memerintah hak tanah diberi 999 tahun pada orang cina atas arahan DAP pada MB puppet PAS mamat Nizar ni.Sungguh handal DAP racis di Perak rupanya, a tip of the iceberg.

Anonymous said...

Anon 11.47 am
Dia bagi geran 999 tahun tu, nak bagi tunjuk pada orang Cina, betapa PR tidak perkauman dan apa mereka boleh dapat jika undi PAS/DAP/PKR. Hebatnya mereka, orang Cina mana yang tak tertarik. Lepas tu berani baring atas jalan halang kereta Raja lalu. Benar-benar berani mereka menunjukkan kehebatan, berbeda dengan UMNO. Saya nak kata di bumi Malaysia, ini bukan langkah yang strategik untuk berkuasa.

Anonymous said...

Apa susah bagi saja Tanah Melayu ni pada kaum itu.Mereka mampu beli Tanah Melayuni dan kita bolehlah belah masok hutan atau gua.

Nak tahu sejarah baca " Ketuanan Melayu "Wilkipedia dan faham sejarah.Tak boleh bagi muka DAP dan PKR bi.

Anonymous said...

waaaa peluli apeeeeee, waaaa mhuuu kayeeee, lu tgok indelapula, jelantuuu, guaaa bangunnnn mase latok Lim Ahlimmmm semua campurrrr, meLAYU tadeeee leeeee, wan pun tadeeeee

Durian Gugur said...

tahukah anda sejarah bagaimana cukai dikenakan oleh kerajaan kepada rakyat?
dapatkn buku "Rich Dad,Poor Dad" segera..

Kampong man said...

Sdr durian gugur,
Thank you for something away from politics Lets continue this culture for sanity.

Rich Dad , Poor Dad - Robert T .Kiyosaki is a begnning.It has a Malay version too at about RM29-00.

For advance business readers please read :

1) Rich Dad's Guide to Investing- what the Rich Invest in, That the Poor and the Middle Class .

2) Rich Dad's CASHFLOW QUADRANT- Richdad' s Guide to Financial Freedom.

Had the two books 12 years ago .Essentially everyone can achieve FINANCIAL FREEDOM if one is focus to achieving it and also the DISIRE and WILL and DETERMINATION which are the prerequisites.This too require good planning.

Readers may wish to read the current Kiyosaki book like
3) " If you want to be RICH and HAPPY - Ensuring Lifetime Security For yourself and Your Children.

4) also try " How to GET RICH , STAY RICH& BE HAPPY- Strategies, Tips and advice for investing your time and money- Fred Young.

All the above books make good reading for young aspiring businessman like DG and QD.

For old business man like kampong man i strongly suggest this must to own book:
a) THR RULES OF WEALTH- Richard Templer.

Orang Melayu yang terlalu ghairah berpolitik dan mengharapkan KAYA melalui politik elok tukar mindset .Kita mahukan Melayu yang berdaya saing dalam business .You have to determine your destiny while you are young enthusiastic and passionate about making a success fot you and your family.

Remember these words of wisdom as well about money that:

Money can buy you a house, but not a home.
Money can buy you a CLOCK but not TIME,
BOOKS but not KNOWLEDGE,
POSITION but not RESPECT,
BLOOD but not LIFE and
SEX but not LOVE !!


@ Kampong man - Passionate about bussiness.GOOD LUCK.Salam.

Anonymous said...

suke tngok filem Mat Sentul bertajuk Raja Kapor...

Anonymous said...

Mais l'engouement des quelques stars du sport pour cette marque tr s discr te est presque aussi r cent que la soci t . Kevin Plank en a eu l'id e en 1995. A cette date, il confectionne ses teeshirts prototypes dans le Bronx avec ses 17.000 dollars d' conomie et un pr t de 40.000 dollars.
Se faire op茅rer des mollets [url=http://www.footlockerfrancepascher.com/]nike air max chaussures[/url] Affinit茅s amoureuses du verseau
Reponse a l annonceje travaille chez b2s depuis le 06 aout 2007 c est une entreprise super le travail y est quand meme rude il faut etre tres actif je suis egalement en interim leur but est de vous faire passer en cdi le plus rapidement possible si vous voulez vraiment travailler b2s c est ce qu il vous faut j ai eu quelques problemes perso j ai du m arreter pendant 2 mois ils sont tres humains ils m ont repris par la suite je vous encourage a y travailler c mieux que le chomage [url=http://www.chaussuresfootlockerpascher.com/]foot locker france jordan[/url]
A cette date, il confectionne ses teeshirts prototypes dans le Bronx avec ses 17.000 dollars d' conomie et un pr t de 40.000 dollars.
Bisous et courage 脿 toutes!Bonjour les fillesje me sens aussi concern茅e par ce syndrome, car j'ai exactement les m锚mes sympt么mes, je deviens boulimique mais ne me fait pas vomir (j'ai horreur de 莽a) je suis capable de prendre 3 脿 5 kg en tr猫s peu de temps. Pendant cette p茅riode je n'arrive pas a contr么ler mes convulsion face 脿 l'alimentation et je suis capable d'engloutir du sucr茅 et du sal茅 voir les deux en m锚me temps en grosse quantit茅. [url=http://www.footlockerfrancepascher.com/]foot locker pas cher[/url]
par amour et etre d茅pendante de lui pour tout (surtout financi猫rement au d茅but). certains me disent qu'a la longue, j'aurais le mal du pays, que je risque d'etre malheureuse loin de mes proches.

Anonymous said...

The community''s Town Center plays an active role in bringing together area residents. In celebration of its grand opening, the Brambleton Town Center hosted a family fun day. [url=http://www.flipflopsingaporesale.com/]fitflop singapore[/url] The plants, which are for the most part hemiparasitic on the branches and roots of other plants, have green leaves and root suckers (haustoria).
If you have any concerns about your own health or the health of your child, you should always consult with a physician or other healthcare professional. Please review the Privacy Policy and Terms of Use before using this site.
The last century observed the opening and ending of a lot of jogging sneakers. Throughout the graduation of this century, the sneakers were rubber-soled effortless plimsolls. Presently, all of the leading sportswear firms have come up with air-cushioned types that're occasionally stuffed with gel caplets. They not simply truly feel and seem good, but are furthermore lofty on efficiency. [url=http://www.fitflopsuk-sale.com/]fitflop uk[/url] which al
He was assured it was. didn want to be a doubting Thomas, but I never won anything in my life, says Shute. Well, he has now..
Splash about freely in the Chaco Z/2 Yampa women's water sandals, which bring back the classic Colorado sole design for sure, lightweight and supportive performance in wet environs. Adjustable polyester strapping system uses pull-through design to give you a secure fit while avoiding the bulkiness of extra buckles and straps. Polyester webbing dries faster than nylon, maintaining a uniform fit in all conditions; adjustable toe loops add extra measure of security. [url=http://www.birkenstockinaustraliaonline.com/]birkenstock australia sale[/url] 50 for 30ml

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024