Nuffnang Ads

Pages

Sunday, September 30, 2012

Haji Jajuli bin Yaakob, Mantan Ketua UMNO Cawangan Damak Kembali Ke Rahmatullah...



















Allahyarham Haji Jajuli bin Yaakob, 62 , Ketua Cawangan UMNO Damak, Jerantut kembali ke rahmatullah.

Alfatihah, WZWH ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Haji Jajuli bin Yaaakob, pemimpin dan pejuang UMNO dari Pekan Damak, Jerantut yang meninggal dunia di Hospital Jerantut pukul 4 pagi tadi. Jenazah beliau akan disemadi di Perkuburan Islam Pekan Damak tengahari ini.

Haji Jajuli nama sebenar ialah Haji Muhammad Faisal @ Jajuli yang lebih mesra dikenali sebagai Haji Juli adalah pemimpin yang disegani di Pekan Damak dan Kampung Batu Balai terutama pada komuniti orang Kelantan Jerantut.

WZWH telah lama mengenali Haji Juli sejak era Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamad menjadi ahli parlimen Jerantut 1982-1995.

Beliau tetap merupakan penyokong kuat UMNO dan BN dan masih aktif walau tidak memegang jawatan Ketua UMNO Cawangan Damak.



















Foto arwah Haji Juli yang terakhir semasa Majlis Sambutan Aidil Fitri Parlimen Jerantut di bandar Inderapura Jerantut.

Kenangan terakhir WZWH bersama arwah Haji Juli bila di Majlis Sambutan Aidil Fitri Parlimen Jerantut arwah telah memeluk WZWH dari belakang dengan mesra. 

Arwah Haji Juli berkata pada WZWH, "Dulu 3,4 tahun dulu kalau ada program macam ni kita tak datang tapi kali ini kita jadi bersemangat. Kita bersemangat betul sekarang".

Ya WZWH bersetuju dengan kata-kata terakhir arwah Haji Juli. Kepimpinan DS Najib PM dan DSD Adnan Yaakob MB Pahang telah memberi inspirasi dan semangat baru kepada orang UMNO dan BN terutama di Jerantut dan Pahang.

Semoga Allah memcucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Haji Jajuli bin Yaakob dan ditempat dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Friday, September 28, 2012

Parlimen Kuantan Dan Indera Mahkota WAJIB Diambil Demi Maruah UMNO/BN Pahang!


Bandar Kuantan dan Indera Mahkota adalah ibu negeri dan ibu kota Negeri Pahang Darul Makmur. Inilah tempat paling bertamadun di Pahang.

Dalam kitab sejarah lama bila musuh berjaya menawan ibu kota itu bererti kerajaan itu kalah dan tumbang. Ibu kota mesti dipertahankan kerana itu maruah negara dan kerajaan.

Pada PRU 12, bila berita ke dua bandar ibu kota Pahang ini jatuh ke tangan pembangkang maka tercalarlah maruah UMNO dan BN walaupun kemenangan pembangkang dari PKR berbangsa Melayu cuma majoriti seribu lebih.

Dari itu pembangkang mula bercita-cita tinggi mahu merampas Pahang dari BN dengan bertapak di bandar Kuantan dan Indera Mahkota. Isu Lynas mempopular tokoh pembangkang dan alasan untuk NGO yang ditaja orang asing menghasut rakyat Kuantan dan sekitarnya membenci BN.

Kedua ahli parlimen pembangkang di Kuantan dan Indera Mahkota itu mempunyai kekangan dari segi peruntukan untuk membaiki taraf hidup pengundi di konstituen.

Dengan kesibukan ahli parlimen yang dilabelkan "Wakil Rakyat Hujung Minggu" tentu pengundi PRU 13 parlimen Kuantan dan Indera Mahkota berfikir dengan lebih berhati-hati bila membuat keputusan mengundi.

WZWH mahu lihat parlimen Kuantan dan Indera Mahkota WAJIB diambil kembali demi maruah UMNO dan BN Pahang.

WZWH percaya DS Najib PM dan DSD Adnan Yaakob MB Pahang sudah tentu mempunyai strategi dan ramuan terbaik untuk merampas kembali parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.

DS Najib sudah tentu lagi membuak-buak hatinya mahu ambil kembali parlimen ibu kota simbol maruah orang Pahang.

Soal calon-calon itu terserah kepada DS Najib menentukannya samada mahu meletakkan orang veteran UMNO, Orang muda UMNO, Wanita mahu pun calon luar UMNO 'winnable candidate'.

WZWH berharap yang terbaik dan keputusan 'final say' dari DS Najib perlu semua jentera BN parlimen Kuantan dan Indera Mahkota mematuhinya 100% buat PRU 13 kali ini.

Ambil kembali simbol maruah ibu kota Pahang yang tercalar!

Thursday, September 27, 2012

Ujian DNA: Mohd Nor Jaafar TIDAK BERSALAH



Mohd Nor Jaafar, Presiden KITA Pahang.

Suspek utama yang dikaitkan dengan isu 'sumbang mahram' yang sedang hangat diperkatakan di Jerantut, Mohd Nor Jaafar terbukti TIDAK BERSALAH kerana hasil dari keputusan ujian DNA bukan milik Mohd Nor Jaafar dua minggu lepas.


Jika awal bulan lepas ramai blogger Jerantut terutamanya dan blog WZWH sendiri ghairah memperkatakan saspek kes sumbang mahram ini maka dengan keluarnya keputusan ujian DNA secara sah dan rasmi dari Polis Pahang maka kita blogger Jerantut perlu juga menyatakan yang benar bahawa Mohd Nor Jaafar tidak bersalah dari segi undang-undang.

Jika ada posting-posting kita blogger Jerantut termasuk blog WZWH yang menyentuh isu ini melibatkan dan mengaitkan Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang dan Tok Guru Nik Aziz maka itu tidak profesional dari segi etika kewartawanan blogging dan perlu kita blogger Jerantut termasuk WZWH sendiri meminta maaf. Termasuk banyak fakta salah yang diberikan.

Dalam menyampaikan berita media baru: yang benar tetap benar yang salah tetap salah. 

Kita kena tunjuk kita orang Jerantut menjaga aib dan maruah seseorang sesama Islam walaupun berlainan parti dan ideologi.

Sebagaimana Allah menutup aib hambanya yang berdosa kerana sifatnya AS SATTAR (MENUTUP KEAIBAN HAMBA) maka kita juga harus menutup keaiban manusia lain yang berdosa apatah lagi kalau manusia itu tidak berdosa atau tidak bersalah. Itulah akhlak Islam.

Apa Strategi Dapat Undi Penuh 20,424 Dari Ahli UMNO Parlimen Jerantut?



Siapa-siapa yang dipilih oleh pucuk pimpinan bertanding parlimen Jerantut PRU 13 nanti kena tahu matematik bagaimana nak dapat sokongan terutama dari ahli UMNO Jerantut sendiri. Termasuk jentera kempen.

Fakta PRU 13 parlimen Jerantut:

Pengundi berdaftar = 56,146
Ahli UMNO layak mengundi 20,424

Calon dan jentera kempen tidak boleh 'take it for granted' bahawa semua ahli UMNO undi ke UMNO PRU 13 nanti. 

Memang UMNO mendambakan ahli yang setia. Tapi realiti politik tidak selalu begitu. Kalau ahli setia, calon UMNO parlimen Jerantut siang-siang lagi boleh dapat undi basic 20,424 cuma kena kerja kuat sikit mahu undi baki lagi 24,852 orang Melayu. 

Bekerjasama dengan komponen BN: MCA, Gerakan , MIC dll bagi mendapat sokongan 7,837 orang Cina dan 1,624 orang India.

UMNO perlu pandai memujuk undi 1,296 orang asli.

Berdasar senario politik Jerantut terkini atas kertas calon UMNO parlimen boleh menang  namun kena kerja lebih kuat.

PAS dengan kekuatan ahli hardcore seramai 5,000 ahli dan DAP yang claim ada 7000 ahli (dengan sekelip mata saja) serta PKR yang tidak diketahui berapa ahlinya dengan berharap kepada undi pengundi atas pagar, pengundi Cina dan orang UMNO yang sabotaj boleh memberi saingan sengit.

Apa strategi dapat undi penuh dari 20,424 ahli UMNO sendiri?
Berapa undi ahli UMNO yang tinggal di parlimen Jerantut?
Berapa undi ahli UMNO yang tinggal di luar Jerantut?
Bagaimana mahu memanggil semua pengundi luar ahli UMNO balik mengundi?
Bagaimana mahu memujuk sekumpulan ahli UMNO yang calon kesukaan mereka tidak terpilih?

Ini persoalan yang bakal calon dan jentera kempen kena fikir.

Menarik undi pengundi muda seramai 9,000 orang, pengundi atas pagar itu elemen-elemen yang boleh menentukan kemenangan BN.

WZWH berdoa BN boleh menang parlimen Jerantut PRU 13 dengan majoriti yang lebih besar.

Wednesday, September 26, 2012

Transformasi Luar Bandar China: Apa Pahang Boleh Belajar?



















Lebih kurang separuh penduduk China tinggal di luar bandar sangat bergantung kepada sektor pertanian. Pada tahun 1985 peratus penduduk luar bandar ialah 76% maka nampak satu transformasi ekonomi dan sosial yang besar kepada 'greater' urbanisasi.

Ada 2 proses asas bagaimana urbanisasi berlaku. Orang luar bandar berhijrah ke bandar atau bandar boleh tumbuh membesar mengelilingi orang luar bandar. Kedua proses telah berlaku selama 30 tahun di China. Lebih kurang 210 juta pekerja sektor industri  pembuatan dan pembinaan China datang dari luar bandar. Kebanyakan bandar-bandar di China telah membesar tumbuh di atas tanah yang dulu adalah tanah pertanian dan kampung-kampung.

Pembangunan bandar disebabkan kehilangan perkampungan pertanian yang diguna untuk kilang, loji tenaga, zon pembangunan dan  lain-lain kegunaan bandar.

Apakah teori transformasi dari luar bandar ke bandar yang diamalkan di China?

  • Membantu peluang pekerjaan dalam aktiviti industri dan pembinaan tumbuh pantas bila pekerja dan petani diusir dari ekonomi luar bandar supaya taraf kehidupan meningkat.
  • Pertumbuhkan industri kampung dan pertanian khas nilai tinggi supaya orang luar bandar duduk di kampung.
  • Rancangkan 'sosial safety net' yang menyeluruh dalam bentuk bantuan pendapatan, subsidi kesihatan, skim persaraan sehingga populasi luar bandar yang berlebih boleh diserap dan ekonomi bandar.
  • Biarkan 'market-based adjustments'. Ada strategi pembangunan luar bandar yang boleh menyelesaikan masalah: Meransang penambahbaikan produktiviti pertanian yang memerlukan kurang buruh tetapi meninggikan pendapatan petani secara individu.

Daripada 28 juta jumlah penduduk Malaysia, kira-kira 35 peratus daripadanya tinggal di kawasan luar bandar. Di sesetengah negeri, hampir 60 peratus penduduknya tinggal di luar bandar. Sehingga kini, pecahan penduduk yang besar ini masih lagi tertinggal daripada kemajuan ekonomi yang telah dinikmati sejak berdekad yang lalu.

Populasi penduduk Pahang tahun 2012 ialah 1,500,817. 
Populasi penduduk Pahang yang tinggal di bandar tahun 2010 ialah 758,014  (55.5%  dari populasi Pahang).

Bererti Pahang pun sama dengan China separuh dari populasi penduduk tinggal di luar bandar.

Transformasi Luar Bandar Pahang apa kaedahnya?

Tidak dinafikan ramai anak-anak muda Pahang berhijrah ke Lembah Kelang mencari peluang ekonomi.

Namun Pahang telah lama transformasi hutan-hutan menjadi semi-urban dengan penubuhan Felda dan Felcra membuka beratus hektar tanah bagi penanaman kelapa sawit dan getah dengan penyertaan peneroka.

Ramai peneroka dari luar negeri Pahang migrate ke Pahang menjadi peneroka Felda. Peneroka ini menghasilkan generasi ke dua yang memerlukan kehendak ekonomi dan sosial.

Ditambah dengan pertumbuhan penduduk di kampung tradisional di luar bandar Pahang maka keperluan ekonomi dan sosial juga perlu disediakan.

Untuk melancarkan transformasi luar bandar Pahang secara holistik : 


TRANSFORMASI SEKTOR PERTANIAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT TANI LUAR BANDAR


Tradisionalnya, peranan sektor pertanian dalam pembangunan ekonomi dilihat sektor yang pasif dan hanya merupakan sektor sokongan (supportive/peripheral). 

Pengalaman barat – pembangunan hanya boleh dicapai melalui perubahan struktur daripada sektor pertanian kepada sektor perindustrian dan perkhidmatan yang lebih moden dan kompleks. 

Akibatnya – peranan utama sektor pertanian hanya sebagai penyedia sumber makanan yang mencukupi pada harga yang murah kepada populasi bandar dan juga lebihan buruh luar bandar sebagai sumber buruh kepada sektor bandar yang semakin berkembang.

Sekarang – ahli perancang pembangunan mula menyedari bahawa sektor pertanian dan ekonomi bandar luar seharusnya menjadi elemen yang dinamik dan maju bagi membawa pembangunan secara keseluruhannya kepada majoriti masyarakat. 

Pembangunan sektor pertanian seharusnya memainkan peranan penting atau dapat memberi kesan langsung terhadap usaha-usaha pembasmian kemiskinan.

Pembangunan Pertanian dan Kawasan Luar Bandar

Objektif utama pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar adalah peningkatan berterusan dalam tahap kehidupan masyarakat tani luar bandar melalui peningkatan pendapatan, output dan produktiviti hasil pertanian.

Pembangunan sektor pertanian dan kawasan luar bandar :-
  • perubahan teknologi dan innovasi
  • polisi ekonomi dan insentif yang sesuai dan menggalakkan
  • institusi sokongan sosial
  • Pemulihan tanah (land reform)
  • Kepentingan Pembangunan bersepadu (integrated development)

Tuesday, September 25, 2012

YB Sampai Mati...2 Penggal Cukuplah!


Setiap kali PRU pucuk pimpinan UMNO pening kepala pilih calon.

Dalam UMNO Bahagian ada warlord. Ada yang ada dua tiga warlord. Masing-masing mahu calon.

Untuk justifikasi calon 'winnable candidate' maka ada cadang letak calon luar @ paracut. Ada pro, ada kon.

Dulu....mudah pucuk pimpinan sebut nama semua orang UMNO terima...tanpa banyak soal. Tiada niat mahu sabotaj. Kalau ada tidak suka simpan dalam hati tapi kerja kempen pilihanraya buat dengan   rajin, tekun dan ikhlas.

Itulah rahsia kenapa UMNO dan BN selalu menang majoriti 2/3.

Oleh kerana cara fikir, budaya, keghairahan orang UMNO sudah berubah maka elok dicadangkan kepada pucuk pimpinan:

  • Ahli parlimen dan ADUN layak diberi 2 penggal sahaja bertanding
  • Kecuali ahli parlimen dan ADUN itu berjawatan Menteri atau EXCO boleh diberi tambahan sepenggal lagi
  • Kecuali kalau YB itu pegang jawatan tertinggi parti seperti Presiden, Timbalan Presiden, dsb.
  • Perdana Menteri pun elok dihad kepada 2 penggal sahaja

WZWH percaya kalau UMNO menerima cadangan ini mungkin boleh menyelesaikan isu siapa calon parlimen dan ADUN dekat PRU.

Mana-mana wakil rakyat baik ahli parlimen dan ADUN yang 4, 5, 6 penggal tu....cukuplah bagi orang lain pula terutama orang UMNO muda.

Kita kekal memegang jawatan dan kedudukan di atas bukan kerana kita smart sangat dan pandai politik tapi kerana sistem parti yang memberi kelebihan kepada kita.

WZWH mahu pandangan semua ahli UMNO akar umbi.

Sunday, September 23, 2012

MB Yang Berpengaruh Boleh Menjatuhkan Sultan

Tengku Ali Sultan Terengganu yang digulingkan oleh MB sendiri. Tengku Ali ibni Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Bondanya adalah Tengku Ampuan Maryam bt Al-Marhum Sultan Ahmad 1, Pahang. Melanjutkan pelajaran ke Andrew School, England sewaktu berusia 15 tahun dan menyambung pelajaranya diperingkat ijazah di Oxford University dalam bidang Geography. Berkahwin dengan bekas Tengku Ampuan Terengganu iaitu YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang, Tengku Ainon Jamil bt Al-Marhum Sultan Abu Bakar

Kita biasa dengar MB takut ke Sultan. Bila berlaku krisis antara MB dan istana biasanya MB yang selalu gulung tikar biar pun MB itu genius dan disokong rakyat. Biasanya PM akan mengalah gantikan MB itu dan Sultan pun 'gumbira'.

Dalam sejarah politik Melayu klasik dan moden ada 2 kes yang melibatkan MB boleh jatuhkan Sultan. Ini adalah MB yang mempunyai politik kelas tertinggi, berkeyakinan dan 'in command'.

Dulu di Johor pada 1699 waktu itu MB di gelar Bendahara berjaya mempengaruhi para pembesar Johor jatuhkan Sultan dengan cara pembunuhan atas alasan 'raja sudah gila'. Akhirnya keturunan Bendahara ini memerintah 3 negeri Johor, Pahang dan Terengganu.

Pada tahun 1945, Sultan Ali dijatuhkan oleh MB Terengganu dengan alasan 'raja banyak kelemahan' diganti dengan bapa saudara Sultan Ali. Posting WZWH ini menceritakan kehebatan politik seorang MB yang boleh manoeuvre dengan politik yang licik boleh buat kuasa besar Jepun dan British dengar cakap MB.

24 September 1942, Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah telah mangkat. Tengku Ali anakanda Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah yang ketika itu adalah Yang di Pertuan Muda Terengganu adalah bakal Sultan ditabal menjadi Sultan Terengganu pada 26 September 1942 ketika berumur 27 tahun.

Seorang yang berjawatan bekas SUK Terengganu tidak bersetuju dengan alasan Tengku Ali banyak '.kelemahan'. Ini berlaku zaman Jepun dan Thai memerintah Terengganu. Walau Tengku Ali melantik bekas SUK ini menjadi MB.

Bila British kembali ke Tanah Melayu selepas perang, MB ini telah mempengaruhi British bahawa Tengku Ali tidak layak menjadi Sultan kerana banyak 'kelemahan', sangat baik dengan Jepun dan anti British akhirnya Tengku Ali dipecat pada 10 November 1945.

Bapa saudara Tengku Ali iaitu Tengku Ismail ditabal sebagai Sultan Terengganu yang baru pada 16  Disember 1945.

Bukan tujuan WZWH untuk mengatakan yang mana pihak yang benar dan yang salah cuma mahu mengingatkan ahli politik bahawa MB yang berpengaruh boleh menjatuhkan Sultan atau buat Sultan dengar cakap MB!

Ahli Parlimen England


Pernahkah orang Jerantut bertanya apa kerja ahli parlimen? Ada yang boleh jawab. Ada yang tidak berapa pasti. 

Jerantut adalah konstituensi baru sejak 1974 hinggalah PRU 2008. Bermakna konstituensi Jerantut baru ada 4 ahli parlimen dari 1974 hingga 2012. PM Malaysia pun sudah ada 6 orang.

Posting WZWH kali ini mengajak 56,000 pengundi Jerantut berfikir apa tugas sebenar ahli parlimen Jerantut. Setengah dari pengundi yang berumur bolehlah melihat pengalaman kerja ahli parlimen Jerantut yang dulu dan sekarang.

Kalau ditanya kepada pengundi Jerantut tentu sering kita dengar tugas ahli parlimen ialah membawa masalah dan isu konstituensi Jerantut ke Dewan Rakyat, kepada Menteri yang berkenaan seterusnya kepada Kementerian.

Cakap mudahnya bawa pembangunan ke Jerantut.

Elok kalau WZWH bandingkan ahli parlimen Malaysia dengan ahli parlimen England berdasar pengamatan WZWH semasa belajar di UK dulu supaya kita orang Jerantut memahami:

  • Apa ahli parlimen  buat?
  • Apa ahli parlimen Jerantut boleh buat untuk orang Jerantut?

Ahli parlimen England (MP) dipilih oleh konstituensi mewakili kepentingan dan keperluan pengundi di House of Commons (Dewan Rakyat). MP terlibat mengubal dan mencadang undang-undang baru, bertanya kepada Menteri soalan-soalan tentang isu semasa.

MP membahagikan masa diantara:

  • Bekerja di parlimen.
  • Bekerja di konstituen pengundi
  • Bekerja dengan parti.

Ada MP dari kerajaan menjadi Menteri dengan tangungjawab tertentu seperti Menteri Pelajaran, Pertahanan dan Kesihatan.

Bekerja Di  Parlimen

Bila parlimen bersidang, MP menghabiskan masa bekerja di House of Commons. Ini termasuk membangkitkan isu-isu memberi kesan kepada konstituensi, menghadiri perbahasan dan mengundi undang-undang baru. Kebanyakan MP adalah ahli members of commitees yang melihat isu-isu dengan lebih detail dari dasar kerajaan kepada topik yang meluas seperti human right.

Bekerja Di Konstituensi Pengundi

Di kawasan pengundi, MP selalunya melakukan 'pembedahan politik' di pejabat bila orang tempatan boleh datang berjumpa dengan MP membincangkan apa-apa hal menyentuh orang tempatan. MP juga menghadiri function majlis, melawat sekolah dan perniagaan serta cuba berjumpa seramai orang tempatan sebolehnya. Ini memberi MP pandangan mendalam tentang isu-isu pokok yang boleh MP bawa ke parlimen (Westminster).


Apa MP Boleh Buat Untuk Pengundi

MP boleh menolong konstituensi dengan berbagai cara dari menanya persoalan dan kemuskilan peribadi  bagi pihak pengundi kepada membangkitkan hal-hal secara publik di House of Commons.

Langkah Pertama

Menyimpan isu secara sulit, MP anda mungkin menulis surat kepada Jabatan atau Pegawai berkaitan, hantar surat kepada Menteri yang berkenaan atau buat appointment secara peribadi membincangkan isu. Langkah ini boleh ambil masa lama untuk menyelesaikan masalah.

Mengistihar Isu Secara Publik

MP boleh memutuskan untuk membawa isu secara publik di House of Commons dimana ianya akan direkod secara official (hansard) dan boleh berpotensi mendapat perhatian dari press dan publik.

Diluar Parlimen

Diluar parlimen, mengikut budi bicara individu MP, anda boleh minta MP anda bercakap di sebarang majlis mengenai isu, minta sokongan MP kepada kempen apa-apa isu atau menulis kepada media tempatan bagi pihak anda.

WZWH rasa 56,000 pengundi parlimen Jerantut sudah faham sekarang apa yang mahu diharap kepada ahli parlimen Jerantut PRU 13 nanti.

Anda kena tahu bagaimana cara mahu mengunakan ahli parlimen Jerantut bagi kepentingan anda. Jangan guna ahli parlimen mahu bayal bil peribadi anda seperti bil api dan air, tayar kereta dsb.

Kalau masalah longkang tersumbat, hal-hal perumahan itu anda boleh suruh Ahli Majlis Daerah Jerantut selesaikan.

Kalau masalah yang lebih besar sikit di DUN-DUN itu boleh ADUN-ADUN menyelesaikannya. 

Ingat pengundi 56,000 Jerantut tugas ahli parlimen Jerantut kena banyak masa di Kuala Lumpur kerana mahu mengkaji, mengubal, menderafkan dan meluluskan undang-undang di parlimen. Banyak masa dan otak kena guna dan perah untuk buat bekerja di parlimen.

Dalam seminggu sekali setiap hari Jumaat dan Sabtu sekali sekala balik ke Jerantut berjumpa pengundi konstituensi.

Hal-hal parti UMNO dan BN itu boleh diselesaikan samada di Kuala Lumpur atau Jerantut. Boleh wakil kepada AJK UMNO Bahagian tiada masalah.

Begitulah cara ahli parlimen England....

Friday, September 21, 2012

Siapa Calon MCA DUN Damak PRU 13?

Satu kejutan telah berlaku bila UMNO Bahagian Jerantut dalam mesyuarat 2012 telah mengusulkan:

  • MCA perlu letak calon baru yang boleh menang untuk bertanding di DUN Damak PRU 13.
  • Jika MCA tiada calon boleh menang maka UMNO  mahu kuota DUN Damak.

Rasional UMNO Bahagian Jerantut begini:

  • Majoriti undi DUN Damak semakin merosot.
  • PRU 11 MCA menang majoriti 2544.
  • PRU 12 MCA menang majoriti 509.
  • Calon MCA yang sama sejak 4 penggal lepas.
  • MCA Jerantut kurang berjaya menarik perhatian dan minat orang Cina.

Mari lihat data terkini DUN Damak:

Bilangan pengundi berdaftar: 22,098 dengan pecahan mengikut kaum:

  • Melayu      12,336 (55.82%)
  • Cina              7690 (34.8%)
  • India              1328 (6.01%)
  • Orang Asli       676 (3.06%)
  • Lain-lain             68 (0.31%)

Untuk mengkaji apa kesan jika MCA Jerantut gagal tonjolkan calon baru dan jika UMNO Jerantut berkeras mahu ambil kuota DUN Damak mari kita lihat data Parlimen Jerantut pula:

Bilangan pengundi berdaftar: 56,146 dengan pecahan mengikut kaum:

  • Melayu        45,276 (80.64%)
  • Cina               7837 (13.96%)
  • India              1624 (2.89%)
  • Orang Asli      1296 (2.31%)
  • Lain-lain          113 (0.20%)

Dengan data yang ada MCA dan UMNO Jerantut perlu berbincang berdasar fakta bukan dengan emosi.

Apa yang disarankan oleh UMNO Jerantut ada baiknya. MCA Jerantut perlu terima cabaran UMNO Jerantut supaya jentera MCA Jerantut lebih cekap dan berkesan.

Apa MCA Jerantut perlu buat?:

  • Kenalpasti siapa ahli-ahli  MCA Jerantut?
  • Dimana cawangan dan AJKnya?
  • Aktif atau tidak aktif?
  • Bagaimana menarik minat pengundi Cina?

WZWH sebagai blogger dan ahli politik Jerantut telah menyatakan bahawa DUN Damak perlu dikekalkan kepada MCA cuma WZWH mahu MCA perlu bekerja lebih keras supaya lebih ramai pengundi Cina menyokong calon parlimen BN Jerantut.

Tiada erti jika UMNO Jerantut bersusah payah memenangkan MCA di DUN Damak namun tiada usaha yang serupa dilakukan bagi memenangkan calon parlimen Jerantut yang diwakili oleh UMNO!

Siapa calon MCA DUN Damak PRU 13 itu hak pemimpin tertinggi MCA. Namun WZWH sebagai blogger Jerantut juga perlu  menyuarakan kehendak beberapa kumpulan komuniti Cina Jerantut. 

Mereka mahu WZWH tonjolkan calon-calon mereka dan WZWH terpaksa akur dengan kehendak mereka kerana blog WZWH adalah blog politik Jerantut dan suara rakyat Jerantut.

Walau dikatakan pengundi Cina  Jerantut pada masa sekarang lebih tertarik kepada perjuangan DAP berbanding MCA tapi bila WZWH turun padang berjumpa dengan orang Cina Jerantut WZWH dapati  untuk mendapat sokongan orang Cina Jerantut kita perlu mendekati juga pertubuhan NGO dan persatuan Cina Jerantut termasuk Dewan Perniagaan dan clan-clan.

Yang penting pegang kepala-kepala pemimpin Cina Jerantut. Orang Cina Jerantut bukan macam orang Cina Bangsar. Orang Cina Jerantut juga majoriti orang Cina Pahang ada juga adat dan sejarah mereka yang berkait dengan politik tradisional Pahang.

Siapa calon MCA DUN Damak PRU 13 jika berlaku perubahan calon? Disini WZWH perkenalkan nama-nama dua calon:
  1. Dato' Ng See Tiong
  2. Dato' Lam Kuang Yau

ng see
Dato' Ng See Tiong, 52 tahun.

Seorang peguam di firma Ibrahim Kamaruddin & Associates. Graduate Universiti Malaya. Anak jati Jerantut. Ahli MCA yang berpengalaman. Ahli MDJ. Mesra dengan orang Melayu. Suka bergaul dengan masyarakat. Pandai bercakap dengan hujah yang meyakinkan. Juga aktif dengan pertubuhan NGO Cina Jerantut.


Dato' Lam Kuang Yau, 50 tahun.

Seorang ahli perniagaan dalam bidang pembinaan. Graduate Bsc Civil Ingineering dari University of Aberdeen, Scotland, UK. Anak Cina Sungai Jan Jerantut. Ahli MCA yang aktif dengan Persatuan Pertubuhan Cina, Naib Presiden. Aktif dengan masyarakat Cina Jerantut terutama sukan.

Jika ada pemimpin tertinggi MCA membaca posting blog WZWH ini harap pandang-pandanglah dan jeling-jelinglah calon-calon MCA DUN Damak PRU 13 ini.

Thursday, September 20, 2012

Penduduk Kampung Paling Terkaya Di Malaysia!

Sudah tentu tajuk ini tidak dipersetujui  oleh wakil Forbes Malaysia atau panel Malaysian Business sebab mana orang kampung paling terkaya di Malaysia.

Selalunya orang kaya atau penempatan kaya terletak di ibu kota. Dengan rumah besar dan kereta mewah menjalar.

WZWH masih berpendapat ada satu tempat dimana penduduk kampung atau penempatan itu adalah yang paling kaya dalam Malaysia. Kenapa WZWH buat penilaian begitu?

Ini penempatannya....


















Penduduknya tidak mahu apa-apa hatta kemudahan asas air, elektrik dsb.

Penduduknya tidak mahu apa-apa pembangunan.

Penduduknya tidak mahu geran tanah.

Penduduknya tidak mahu menyusahkan kerajaan.

Penduduknya tidak perlukan bank, pejabat kerajaan dan swasta, hospital.

Penduduknya boleh cari makan sendiri gali ubi depan rumah, cari ikan di sungai, cari daging, sayur dan buah di hutan. Tidak perlu Giant, Carrefour, Tesco dsb.

Penduduknya ambil makanan dan air yang perlu saja.

Penduduknya tidak perlu kerja kelas F apa lagi kelas A.

Penduduknya tidak minta wang dari ahli politik.

Penduduknya tidak berebut kontrek dan projek.

Penduduknya tidak pengaruh orang itu peluk agama itu dan ini.

Penduduknya tidak perlu politik apa lagi mempengaruhi orang lain.

Penduduknya selalu ceria tidak pening kepala dan stress memikirkan berbagai masalah.

Penduduknya selalu optimis hari-hari mendatang.

Penduduknya tidak pernah menggugut mendesak minta itu dan ini.

Penduduknya tersangat bahagia.

Ramai jutawan dari Amerika dan Eropah mahu jadi seperti penduduk penempatan ini.

Sebab penduduk kampung paling terkaya di Malaysia dan mungkin di dunia.

I am jealous...we are jealous about your happiness!

Tell me...tell us your secret of happiness?

Cukuplah WZWH berceloteh tentang penduduk kampung paling terkaya di Malaysia yang tidak perlu apa-apa cukup sekadar yang ada.....

Untuk renungan ahli politik dan korporat semua...

Wednesday, September 19, 2012

Sakmongkol AK47 The Lost Pahang Man?



Dalam posting blogger Sakmongkol AK47  sila klik sini dan sila klik sini dan banyak beratus posting beliau adalah jelas:

  • Sakmongkol terlalu membenci UMNO dengan berbagai tuduhan tidak baik
  • Sakmongkol juga ada masalah peribadi dengan DS Najib hingga keturunan dan family DS Najib dicerca dan dinista.
  • Juga family WZWH dilibatkan sama.

Dulu masa Sakmongkol menjadi ADUN Pulau Manis dalam parlimen Pekan (2004-2008) tidak pula beliau berkempen bahawa UMNO seburuk hari ini.

Sakmongkol meninggalkan UMNO dan masuk DAP itu tiada menjadi masalah. Ianya menjadi masalah bila untuk membuktikan kepada LKS dan LGE bahawa beliau adalah ahli DAP 'on trial' yang baik atau komrad yang cemerlang dengan memburukan UMNO dan DS Najib.

The lost Pahang man ialah orang Pahang yang tidak tahu adat dan sejarah Pahang. Pahang ada politik moden dan tradisional yang saling lengkap melengkapi dengan struktur dan hierarkinya berakar umbi beratus tahun dulu.

Ketika Pahang dan Malaysia dibawah era kepimpinan DS Najib anak Pahang jati yang mempunyai susur galur sejarah moden dan tradisional Pahang di persada Perdana Putrajaya maka secara natural dan logik orang Pahang secara majoriti menyokong kepimpinan DS Najib.

Maka Sakmongkol mahu mempengaruhi orang Pahang bahawa jangan sokong DS Najib dan UMNO maka sebab itu Sakmongkol adalah the lost Pahang man!

Dalam posting WZWH sila baca sini WZWH menyatakan...... Pada WZWH mudah. Tidak perlu terlalu akademik sangat dan dalam analisa. Cuma satu amat kurang bijaklah orang Pahang jati kalau menolak DS Najib PM orang dari negeri Pahang sendiri.

Ini yang Sakmongkol sebagai orang Pahang tidak boleh terima!

WZWH percaya Tok Shahrom dan Moyang Khatib Amin jika hidup pada hari ini tidak akan menyokong perjuangan cuit @ gamitnya Sakmongkol menentang DS Najib dan UMNO.

Dulu....Tok Bahaman, Tok Gajah (Khatib Rasu) dan Mat Kilau sebenarnya menentang Inggeris selama 4 tahun (1891-1894) adalah mendapat restu secara rahsia dari Sultan Ahmad. 

Bagi operasi kebangkitan Tok  Gajah dan Mat Kilau di Jerantut dibantu oleh keluarga bangsawan Tembeling dengan membekalkan senapang, ubat bedil, beras dan wang. Itu semua adalah persetujuan rahsia yang direstu oleh Sultan Ahmad.

Sebab itulah bila British akhirnya tahu persetujuan rahsia ini maka Sultan Ahmad terpaksa membayar 7200 dolar setahun dengan jumlah semua ialah ( 7200 X 4 = 28,800 dolar) menanggung kerugian British. Pembesar Tembeling yang terlibat dilucut jawatan dan ditarik balik pencen kerabat atas pengaruh British.

Jika Sakmongkol tidak cuba untuk memahami politik moden dan tradisional Pahang maka itu sebab beliau memilih jalan beliau yang sebegini hari ini....

Orang Pahang terutama Melayu Pahang masih kuat berpegang kepada adat dan sejarah.

Tengku Muda Pahang Bermain Ikan Kelah Sungai Tahan



















Sungai Tahan sepanjang 55km dari punca air Gunung Tahan. Sungai Tahan yang berwarna hitam  teh-O  bertemu dengan Sungai Tembeling di Kuala Tahan. Sungai Tahan adalah sungai yang unik kerana warnanya yang tidak seperti warna biasa anak-anak Sungai Tembeling.

Umum mengetahui Sungai Tahan antara sungai yang masih terpelihara khazanahnya. Bukan sahaja tumbuh-tumbuhan malah sumber ikan pada sungai derasnya memang masih banyak terutama spesis ikan yang gemar bermain di kawasan jeram.. apalagi kalau bukan kelah  kegilaan kaki pancing. 

Kawasan sungai adakalanya terdapat tunggul kayu dan batu yang berubah-ubah tempatnya apabila hanyut akibat arus sungai yang deras.

Hari ini merupakan hari WZWH  berada di Taman Negara Pahang mengikuti rombongan Tengku Muda Pahang ke Kelah Sanctuary. Masih lagi teruja dengan keindahan alam dan kedinginan suasana di tengah-tengah hutan belantara Malaysia.

Di kiri kanan kami penuh dengan kehijauan rimba. Saat-saat yang mendamaikan dan mengkagumkan. Dan juga jangan lupa mengenakan jaket keselamatan walaupun memudiki sungai hanya sebentar. Hari semakin panas dan mengigit kulit. Air sungai mengalir deras, tapi keruh macam teh susu.

Kami mula bergerak perlahan-lahan menuju ke hulu Sungai Tahan. Air sungai yang mengalir dari cabang sungai ini turunnya dari punca air sungai di Gunung Tahan.

Ketika kami mula memasuki cabang Sungai Tahan, air sungai semakin deras di sesetengah tempat. Lagi banyak batu atau lagi besar batu di tengah sungai, lagi deras air sungai akan mengalir. Bunyi air menghentam batu memang menggetarkan.

Adakala macam nak terbalik bot bila bot meredah jeram di laluan dan adakalanya rasa macam menggelungsur di atas air apabila bot meluncur laju menuruni jeram. Suka pun ada . . . . kecut perut pun ada !!

Sesekali air sungai terpercik masuk ke dalam bot . . . Semakin jauh kami bergerak, suasana pun semakin sunyi. Hanya bunyi-bunyi daripada irama hutan dan penghuninya sahaja yang berkumandang. Sesekali bertemu dengan bot lain yang menghala pulang.

Air sungai yang keruh umpama teh susu di Kuala Tahan bertukar lebih jernih. kekuningan Warna kekuningan akibat daun kering yang luruh jatuh ke dalam Sungai Tahan.

Air sejuk memang tak payah cakap. Sesekali usik kawan dengan menitiskan air sungai di lehernya. Apalagi menjerit kesejukkan. Ekekekekekeke... !

Pokok-pokok bersimpang siur, menutupi sungai. Suasana gelap. Ada akar dan ranting pokok yang berjuntaian. Pandai-pandailah mengelak.

Kadang-kadang ada batang pokok yang agak besar merintangi sungai. Dan WZWH telah lihat ada pokok yang jauh lebih besar dan tinggi daripada yang ini. Sayup-sayup bila melewati di bawah pokok ini terasa betapa kerdilnya kita.

Akhirnya selepas lebih kurang 20-30 minit perjalanan, kami tiba di Kelah Sanctuary. Seakan-akan tahu ada pelawat yang hadir, ikan-ikan mula menghampiri pinggir sungai tanpa rasa takut. Jelas kelihatan ikan-ikan berenang-renang di gigi air.

Kelibat ikan Kelah kelihatan. Juga yang hadir ikan-ikan Jelawat, Lampam dan lain-lain. Makanan ditaburkan di permukaan air, ikan-ikan pun berebut-rebut . . . air berkocakan !



















YAM Tengku Muda Pahang santai menikmati keindahan dan ketenangan di Sungai Tahan.



















Tengku Muda Pahang memberi makanan ikan kepada ikan-ikan Kelah di Kelah Sanctuary.



















Tengku Muda Pahang berasa tenang dan 'ralit' melihat kekawan ikan Kelah memakan pelet makanan ikan.



















Tengku Muda Pahang pergi ke hujung tebing Kelah Sanctuary menabur pelet makanan ikan ke Sungai Tahan.



















Ikan Kelah Emas Sungai Tahan yang  dilepaskan oleh Tengku Muda Pahang ke Sungai Tahan sebagai acara simbolik betapa kita rakyat Pahang perlu jaga khazanah flora dan fauna Taman Negara.

Ikan Kelah (bahasa Inggeris: Mahseer) adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di Malaysia dan secara amnya di Asia Selatan.

Spesies Golden Mahseer diketahui mencapai 2.75 meter panjangnya dan 54 kilogram beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang dinampak pada hari ini.

Ikah Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas.

Selain daripada ditangkap untuk sukan, ikan kelah juga merupakan sebahagian perikanan komersil di Malaysia.




Tengku Muda Pahang mahu menghilir Sungai Tahan secara berkayuh tanpa menggunakan enjin bot. Ini dipanggil berhanyut.



















Ini pose WZWH mengiringi Tengku Muda Pahang melawati Kelah Sanctuary di Sungai Tahan.




















YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan mengucapkan Selamat Berangkat Pulang terbang dengan helikopter kepada Tengku Muda Pahang.

Tuesday, September 18, 2012

Tengku Muda Pahang Minta Ku Lan Pertimbang Hasrat Berundur Parlimen Jerantut



YAM Tengku Muda Pahang menyampaikan ucapan diiringi YBM Tan Sri Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut, YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan, Dato' Tuan Syed Mutalib DO Jerantut.



















YAM Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Ahmad Shah beramah mesra dengan rakyat DUN Tahan dalam Majlis Sambutan Aidil Fitri di Dataran Kuala Tahan pada malam 15 September 2012. Turut Mengiringi Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut.

Lebih 5000 penduduk di pesisiran Sungai Tembeling meraikan keberangkatan Tengku Muda Pahang. Tengku Muda Pahang begitu tersentuh dengan kehadiran ramai penduduk DUN Tahan dan budi bahasa orang Tembeling.

Keindahan Tembeling dengan flora dan faunanya, udara yang nyaman, buat Tengku Muda Pahang merasa segar dan sihat. Tengku Muda Pahang minta rakyat DUN Tahan bersatupadu, tolong menolong dan menjaga kebersihan dan keindahan Lembah Tembeling.

Tengku Muda Pahang menaruh harapan pembangunan infrastruktur yang pesat di DUN Tahan boleh memberi manfaat kepada penduduk Tembeling sebaik-baiknya. Anak-anak muda DUN Tahan perlu rajin belajar dalam pendidikan dan jangan terjebak dengan gejala-gejala negatif.

Dalam Majlis yang turut dihadiri oleh Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut dan Dato' Wan Amizan ADUN Tahan, Tengku Muda Pahang menyatakan bahawa baginda sangat kasih dan sayang kepada paduka ayahanda Tengku Azlan yang disifatkan sangat baik, simple, tidak mempunyai kepentingan apa-apa, menerima saja apa yang ada.

Tengku Muda Pahang merayu kepada Tengku Azlan supaya menimbangkan hasratnya untuk mengundurkan diri bertanding parlimen Jerantut walau tidak menafikan bahawa Jerantut ada mempunyai tokoh-tokoh muda.

Dalam sebulan dua ini saja DUN Tahan bertuah kerana menerima tetamu VVIP Diraja termasuk Tuanku Sultan Pahang, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Muda Pahang dan Tengku Temenggong Pahang.

WZWH sangat faham mesej ini. WZWH ingat pesan nenek moyang WZWH. Bila Raja minta pertolongan kamu wajib tolong. Jika kamu dalam kesusahan kamu pergi minta tolong dari Raja.

Termasuk juga lawatan DS Najib PM sebelum bulan Ramadan. DS Najib akan melawat Ulu Tembeling DUN Tahan sekali lagi pada bulan Oktober nanti Insyallah.

Apa-apa pun WZWH mengharap yang terbaik untuk DUN Tahan dan parlimen Jerantut.



















Tengku Muda Pahang menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan. Sewaktu majlis berlansung Tengku Muda Pahang telah 'walkabout' bersalam-salaman dengan rakyat Jelata. Ramai rakyat mengambil kesempatan bergambar kenangan dengan Tengku Muda Pahang.





YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan sangat berbesar hati dengan kehadiran Tengku Muda Pahang. Beliau sentiasa menjunjung titah Tuanku Sultan Pahang dan Kerabat Bergelar. Beliau sentiasa taat dan patuh kepada DS Najib PM dan DSD Adnan Yaakob MB Pahang.







Tetamu VVIP Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai, Tok Raja ke -10 Wan Abdul Rahman. Orang Besar Berempat Pahang. Walau title itu telah pendekkan kepada Orang Kaya Perba Jelai oleh kerajaan Negeri Pahang. Namun WZWH suka guna title original kerana sentimental nostalgia peranan Tok Raja dan keluarga Wan Tembeling mengangkat Kesultanan Pahang yang wujud pada hari ini.


Kemuncak acara hiburan adalah dendangan artis Rossa dibawa khas dari Indonesia yang begitu menghiburkan para tetamu dan penonton.

Sebelumnya pada sebelah petang sempena keberangkatan Tengku Muda Pahang, diadakan perlawanan persahabatan bola sepak antara Belia Kuala Tahan dengan Pahang FA.

Pasukan Belia Kuala Tahan seperti Chelsea lagak dan gayanya.

Pasukan Pahang FA dibimbing oleh Dollah Saleh dan Zainal Abidin. Ada pemain import dari Brazil lagi.

Thursday, September 13, 2012

Ramalan Sakmongkol AK47 Tentang Parlimen Jerantut PRU 13


Orang Pahang terutama Melayu Pahang masih kuat berpegang kepada adat dan sejarah.

Sakmongkol AK47 @ Dato' Arif Sabri blogger berpengaruh DAP. Dulu beliau mantan ADUN Pulau Manis. Dalam posting terbaru blog beliau ada buat ramalan PRU 13 politik Pahang.

WZWH lebih berminat dengan ramalan Sakmongkol mengenai parlimen Jerantut. Kita lihat analisa Sakmongkol:

In 2008, results for selected parliamentary areas are as follows:-
Table 1

Parliament seat
Actual
voters
BN
PR
% opposition
Racial structure
%age






M
NM
1
CAMERON HLANDS
16400
9164
6047
37
43
57
2
RAUB
34000
18078
15326
45
49
51
3
KUALA LIPIS
21646
12611
8474
39
74
26
4
JERANTUT
37969
19543
17597
46
81
19
5
TEMERLOH
41245
21381
18940
46
63
37
6
INDERA MAHKOTA
39287
18796
19823
50
65
35
7
KUANTAN
35593
16572
18398
52
60
40
8
PAYA BESAR
30887
19355
10852
35
80
20
9
KUALA KRAU
27544
16165
10900
40
90
9
10
BENTONG
39004
25134
12585
32
43
56
11
BERA
33064
18051
14230
43
61
38
M=Malay; NM=Non-Malay

Di parlimen Jerantut, pembangkang menunjukkan prestasi yang baik 46%. Walau pengundi Melayu adalah majoriti 81%. Ini bermakna pengundi Melayu Jerantut mengundi mengikut isu-isu nasional.

Walau ada pendapat mengatakan undi protes namun BN yang kuat tidak dapat menang majoriti besar di Jerantut. Sakmongkol percaya formula undi Melayu pecah  50:50 jika PR letak calon Melayu di Jerantut.

Dengan Tengku Azlan tidak bertanding, Sakmongkol percaya lebih mudah PR menang. Jika swing undi 4% kepada PR di Jerantut dan undi bukan-Melayu 80% menyokong PR maka:
Table 3
PARLIAMENT SEAT
% PR
Racial structure
Malay 50:50
NM= 80% for PR
Scenario # 1
Probable scenario

With 4% swing
M
NM
M
NM

Deduct 5%
CAMERON HLANDS
41
43
57
21
45
66
61
RAUB
49
49
51
24
40
64
59
KUALA LIPIS
44
74
26
37
20
57
52
JERANTUT
50
81
19
40
15
55
50
TEMERLOH
50
63
37
31
29
60
55
INDERA MAHKOTA
54
65
35
32
28
60
55
KUANTAN
56
60
40
30
32
62
57
PAYA BESAR
39
80
20
40
16
56
51

Jelas parlimen Jerantut tumbang kepada PR dengan menguasai 50-55% undi!

Sekarang WZWH mahu bagi analisa WZWH pula mengenai parlimen Jerantut dengan beberapa persoalan:

Adakah dengan Tengku Azlan tidak bertanding di parlimen Jerantut BN mudah kalah?

Adakah dengan Tengku Azlan bertanding di parlimen Jerantut BN boleh mempertahan?

Apa makna DS Najib kepada pengundi Jerantut yang terdiri 81% pengundi Melayu?

Apa makna DS Najib kepada pengundi Jerantut yang 19% terdiri dari pengundi bukan-Melayu? (Ah Jib Gor)

Orang Melayu Jerantut dari segi sejarahnya adalah pencetus revolusi pertama di Pahang tentu orang Tembeling, Pulau Tawar dan Ulu Cheka ingat ini.

Orang Melayu di Felda-Felda Jerantut adalah 70% berasal dari Pahang.

Tidak semua orang Kelantan Jerantut menyokong PAS. Berapa peratus WZWH tidak tahu.

Pada WZWH mudah. Tidak perlu terlalu akademik sangat dan dalam analisa.

Cuma satu amat kurang bijaklah orang Pahang jati kalau menolak DS Najib PM orang dari negeri Pahang sendiri.

Jadi berapa undi pengundi Melayu Pahang kepada BN? Anda pembaca blog WZWH jawablah sendiri.