Wednesday, January 2, 2013

Akhirnya Pakatan Rakyat Guna Strategi Kuno : Fitnah Kepada DS Najib Menjatuhkan BN!



Strategi yang berkesan dari zaman purba hingga medieval adalah menyebarkan fitnah. Ini dipanggil strategi kuno.

Orang Melayu panggil bohong, bobok, reba atau orang Jerantut panggil pungkarisme.

WZWH akui strategi yang digunakan oleh Pakatan Rakyat pada PRU 12 menjadi...walau majoriti pengundi  Malaysia adalah lebih well educated dari negara jiran namun terkena juga!

"It is the recycling of the old perception game based on outright lies and half-truths that got Pakatan Rakyat an unprecedented amount of votes during the 2008 general election."

Mari kita lihat kronologi event:

  • PI Bala 2 kali buat SD perakuan bersumpah. PC pertama bersama Anwar Ibrahim.
  • RPK menulis posting-posting mengenai penglibatan DS Rosmah Mansor dengan pembunuhan Altantuya. 
  • Kemudian RPK menafikan DS Rosmah terlibat.
  • DS Rosmah Mansor shopping sakan di Perth. Ternyata itu tidak benar dan anak perempuan DS Najib tidak hadir di Perth.
  • DS Rosmah Mansor beli cincin berlian RM24 juta ternyata itu pun tidak benar.
  • Sekarang pula ada Deepak dengan Rafizi.
  • Deepak kata bagi RM8 juta kepada DS Rosmah Mansor.
  • Rafizi dalam PC kata Deepak beri RM13 juta kepada DS Rosmah Mansor beli barang kemas? Mana satu figure amount yang betul?
  • Deepak kata itu bukan dokumen syarikatnya yang Rafizi dedahkan!
  • Anwar Ibrahim kata Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan isu Deepak. Tapi mengapa Rafizi buat PC siap linkkan pembelian barang kemas kepada DS Rosmah dengan bukti resit yang diragui!
  • Akhirnya Deepak menafikan pembelian barang kemas yang disebar oleh Rafizi untuk DS Rosmah Mansur!
  • DAP pula semasa Konvesyen buat laporan polis berkenaan isu Deepak!
  • Itu belum ambil kira Amanat Palsu Hadi Awang memporakperanda orang Islam/Melayu sejak 30 tahun dulu.
  • Dakwaan Ambiga konon PRU di Malaysia paling kotor dan keji dalam sejarah demokrasi moden menjengkelkan inteligent rakyat.

13.1 juta pengundi Malaysia mahu Pakatan Rakyat mengemukakan vision dan misi bagaimana mahu meningkatkan ekonomi negara, bagaimana mahu menaikkan taraf standard of living, bagaimana mahu menyediakan peluang pekerjaan, bagaimana macam-macam lagi harapan rakyat dari berbagai lapisan.

13.1 juta pengundi Malaysia sudah bosan dengan cerita palsu remeh temeh yang tidak membantu kesejahteraan negara. 

13.1 juta pengundi Malaysia sudah bosan dengan strategi Pakatan Rakyat yang sentiasa menyerang isteri PM!

Kenapa Pakatan Rakyat mempersendakan DS Najib yang mendiamkan diri dengan fitnah rekayasa ini semua kerana untuk apa DS Najib perlu melayani cerita karut marut ini lebih baik tumpu kepada hal-hal negara.

Cukuplah DS Najib telah bersumpah 4 kali di masjid....ada banyak kerja-kerja lain yang DS Najib perlu lakukan sebagai memegang amanah seorang Perdana Menteri.

Will voters fall for the same trick, five years on?

Anwar Ibrahim spin...
Rafizi spin...
Hishamuddin Rais spin...
Sakmongkol AK47 spin...
Aspan Alias spin...
PAS spin...
DAP spin...

Majoriti pengundi Malaysia lebih mengetahui dan mengerti....kini menjelang PRU 13!

23 comments:

Anonymous said...

Tunggu ajerlah PRU13 ni..siapa betul siapa salah, siapa penipu siapa jujur, siapa amanah siapa perompak...kalau takpun tunggu ajerlah malaikat maut memanggil...masa tubaru tau siapa sebenarnya kita.

Anonymous said...

Ye Wan memang banyak lagi fitnah .termasuk:-
1) perbelanjaan kempen 1 m'sia yg dibayar kpd APCO RM76.8juta
2) Mebayar subsidi RM17billion kpd IPP
3) Cincin RM24 juta utk Rosmah dan bukan tujuan pameran
4) Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 semalam diburj AlArab Dubai
5) Rosmah &Najib sewa bilik Hotel Darling Sydney pd kadar RM65,100 sehari semalam
6) Lawatan ke ArabSaudi, Oman, Bangladesh Rosmah & the geng (FLOM@FIRST LADY OF M,SIA) ditanggung kerajaan RM134,317.76
7) Perbelanjaan Rosmah utk mengendalikan sidang kemuncak 1st lady yg disertai 15 org isteri ketua negara RM4.5 juta utk 3 hari
8) Kos ubah suai seri perdana RM12.5juta
9) Bil elektrik kediaman redmi pm & tpm RM160,000sebulan
10) Kos pertunangan anak pm RM409,707

Kebanyakkan Angka2 yg disebutkan diatas diperolehi drp persidangan parlimen. PARLIMEN PUN PANDAI BUAT FITNAH

Anonymous said...

he3333 lawak orang ameno ni,baru serang najib pun dah goyang ke?
tengok pemimpin PR, dari ketua pembangkang dan semua pemimpin komponen PR diserang hari2 dlm telibision , relaks je...

Anonymous said...

kalau berani,bg peluang haji hadi terangkan amanatnya yg korang dok kecoh dlm tv... tapi rakyat terutamaya generasi y dh tau ketakutan b-end

Anonymous said...

generasi Y tahu menilai mana yang baik dan buruk.kami tahu siapa yang lebih layak memerintah.

tak usahlah membodohkan kami dengan menyatakan kami sokong pembangkang.

pemimpin pembangkang lagi teruk perangai.orang bodoh dan generasi Y(NYANYUK)aje sokng pembangkang.Allah pun tak suka pembangkang.

Anonymous said...

Generasi Y yg duduk kat Felda, anak Polis sikit2, anak askar sikit2, anak org Ulu Tembeling dan anak artis sikit2 yg setuju Bn kekal memerintah. Anak che'gu2, anak deribor teksi, anak ustaz, anak orng KL, anak oang bandar yg tidak menggunakan TV3 dan Utusan sebagai media utk dapat maklumat kebanyakkan dah mula menyokong pembangkang..

Budak universiti pulak cuma budak UiTM dan koleh swasta yg telah dibonsaikan otaknya yg suka kat UMNO. Yg cerdik2 seperti penuntut UIA, UM, UKM, USM dan UPM lebih ramai yg menyokong PR...

Anonymous said...

Baru WZWH n the geng tau apa ertinya fitnah atau mendedahkan keburukan org. Tungguuuuu akan terdedah pula keburukan W... sbb w... byk dedsahkan keburukan org.
pendedahan sesuatu terhadap Najib n Rosmah di kategorikan sbg wajib dan perlu kerana ianya melibatkan kepentingan negara dan mempunyai bukti dan penyaksian.
berbeza dgn kes Anwar, nampak sgt penipuan dan ianya dikategotikan sbg fitnah.

Anonymous said...

Debat Najib vs Anwar bila nak sahut ya? Napa takut haji hadi cakap live bila hari2 belasah orang tu guna saluran tv.malah sebaik live tv haji hadi pun boleh belasah balik.bila haji hadi dibelasah dia rela beri penjelasan live tv....bila najib/rosmah yg punya segala mcm saluran takkan tak leh guna 5 minit utk ulas.
saya suka tengok org gentleman, face to face.tak kira side politik apa pun.
- suka pidato -

Anonymous said...

d dun tahan guaneee....cikgu2, pgawai felda budak kilang sawit d dun tahan mcmneeee.... sokong BN ke PAS cube ceter2......

Hamba Allah said...

Utusan sokmo kena bayar saman akibat suka buat fitnah.

Anonymous said...

saudara wan,

sudah sampai masanya orang2 politik berpolitik secara gentleman bagi ruang kepada mereka menyampaikan hujah masing2 dan kita sebagai rakyat dengar, nilai dan buat keputusan. Apa guna pemimpin kita laungkan negara kita menuju ke arah negara maju, negara demokrasi tetapi cara berpolitik bagai negara yg tidak bertamadun. Beri peluang kepada rakyat buat pilihan. yang lama tak semestinya bagus dan yang baru juga tidak semestinya lebih bagus. Kita (rakyat) mempunyai kuasa dan kembalikan lah kuasa ini kerana jika kami rasa tidak sesuai kita boleh tukar dan kita pilih yang terbaik demi masa depan rakyat. sepatutnya kita sebagai rakyat perlu menuntut hak kita

Anonymous said...

Kalau nak tamadun,
Kalau nak berita telus
Kalau nak orang umno cerdik
Kalau nak orang ulu celik
Umno kena kalah dulu

Anonymous said...

kepada anon2,jangan bimbang,di Dun Tahan,umeno akan tewas..generasi y disini mmg menyokong PR,tapi kami layan je janji BN...lagipun sebelum2 ni pun BN dah banyak janji.

Anonymous said...

Terbaru tinjauan dan kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) meletakkan hampir separuh rakyat Malaysia yang akan mengundi dalam Pilihanraya Umum Ke 13 kelak “lebih gemar dan selesa” memilih parti Barisan Nasional berbanding Pakatan Rakyat. Walaubagaimanapun, angka bagi pengundi atas pagar dijangka bakal menjadi penentu pada Pilihanraya Umum Ke 13.

Barisan Nasional VS Pakatan Rakyat (Pilihanraya Umum Ke 13)
Hasil tinjauan tersebut menghasilkan keputusan seperti berikut :

Barisan Nasional : 49 peratus
Pakatan Rakyat : 21 peratus
Pengundi atas pagar : 30 peratus


Mungkin dengan kajian terbaru bakal memberikan keyakinan yang tinggi kepada Perdana Menteri Malaysia untuk bubar parlimen dalam masa terdekat seterusnya mengadakan Pilihanraya Umum ke 13 yang dinantikan sekian lama oleh semua rakyat Malaysia yang sudah layak mengundi

Anonymous said...

Sdra Anon 5;25,

"Budak universiti pulak cuma budak UiTM dan koleh swasta yg telah dibonsaikan otaknya yg suka kat UMNO. Yg cerdik2 seperti penuntut UIA, UM, UKM, USM dan UPM lebih ramai yg menyokong PR...

January 3, 2013 5:25 PM "

Fakta anda salah .Lihat dibawah.


Ringkasan Keputusan Pilihanraya Kampus,Siswa Tolak Politik Gampang!

Keputusan pilihanraya kampus secara keseluruhannya dimenangi oleh Pro Aspirasi. Penguasaan 18 daripada 20 pusat pengajian memberi bukti bahawa mahasiswa menolak politik kotor Pro M yang condong kepada pembangkang.


Indikasi ini menandakan bahawa politik gampang yang dibawa oleh pakatan ditolak oleh orang muda.Menurut sumber dalaman di UIA ,Pro M dikatakan tewas tipis menyebabkan berlakunya sabotaj seawal jam 3 petang untuk menafikan Pro Aspirasi.


Khabarnya Anwar cukup marah apabila melihat keputusan ini kerana beliau mahu menggunakan keputusan pilihanraya kampus ini sebagai modal kempen pilihanraya nanti kononnya orang muda menyokong pakatan..










1. UiTM 50/50 menang

2. UniMAP 31/31 menang

3. UTHM 25/27 menang

4. UniSZA 24/24 menang

5. UTeM 28/28 menang

6. UKM 10/28 kalah

7. UPM 39/47 menang

8. UTM 48/54 menang

9. UUM 34/36 menang

10. UNIMAS 13/13 menang

11. UMS 36/38 menang

12. UPSI 24/29 menang

13. USIM 24/24 menang

14. UMT 18/20 menang

15. UMP 22/24 menang

16. UMK 10/14 menang

17. UPNM 14/14 menang

18. UM 21/41 (2 re-elect) menang

19. USM 37/44 (1 re-elect) menang

20. UIAM (semua 31 re-elect)

Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan keputusan ini Pro Aspirasi menang besar di 18 IPTA.
Kalah di UKM ,manakala di UM (2 re elect) dan UIA (31 re elect)

@ Kampong man

Kampong man said...

Salam,

Oppss...Fakta diatas adalah terdapat dimerata rata di internet.Bukan direka.Harap Maklum.

Sdra Wan,

Saya harap kita tidak terperangkap dalam permainan politik Pirates of Putrajaya.

Anonymous said...

WZWH,
iI am new to your blog but my writings in swk were deleted so i tompang your blog for pro BN people to know.Paid Sakmongkol writers in swk blog is pulling a fast one for sure.


Anonymous said...
swk,

You become like Sakmongkol now deleting comments praising UMNO /BN and Najib.That Pilihanraya kampus for BN is a fact in favour of BN winning.Pro Aspirasi which is pro government won almost all seats {85%) in 95% universities.True as per deleted comments above that 2/3 majority is achievable.Wa caya lu !

QD fan

3 January 2013 18:43

Anonymous said...

Bro kampongman,

Bro can do better that memaparkan keputusan piliharaya kampus untuk menyokong PRU.

Apa yang hebat sangat dengan pilihanraya kampus. Semua orang tahu, pilihanraya kampus adalah pertandingan antara gabungan mahasiswa pro kerajaan + HEP+KPM + UMNO melawan mahasiswa biasa.

Unless bro cuba menunjukkan bahawa PRU 13 nanti ialah pilihanraya antara BN + SPR + Seluruh jentera Kerajaan Malaysia melawan Pakatan Rakyat.

PRU 13 sepatutnya pertandingan antara parti-parti politik yang sah berebut mandat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan yang baru...

Tetapi tidakkah selepas parlimen dibubarkan, mandat Kerajaan BN tamat. Kerajaan yang ada adalah kerajaan sementara( Caretaker gomen) yang tidak mempunyai mandat politik.

Fungsi kerajaan sementara ini adalah untuk menjalankan fungsi kenegaraan agar urusan negara tidak terhenti sehingga menunggu kerajaan baru yang dimenangi oleh mana-mana parti politik yang bertanding membentuk kerajaan.

Jangan konpius Bro!

Sebenarnya, hasil kajian UMDEL yang dipaparkan oleh salah seorang pembahas diatas lebih relevan untuk dijadikan asas perbincangan.

Saya rasa mmenggunakan senario pilihanraya kampus untuk menerangkan senario politik nasional adalah satu tindakan yang tidak cermat, callous. Nak kata ia satu tindakan desperado rasanya agak kertelaluan, kita kata callouslah, lembut sikit.

Anon 5:05

Anonymous said...

Komen QD fan patutlah didelete dan tidak disiarkan. Bila kena delete naik angin sedangkan komenitu sendiri adalah cetek dan sangat bercanggah dengan realiti yang ada dan kajian akademik.

jadi nasihat untuk QD fan yang terbaik ialah buat blog sendiri. Blog orang, milek orang dan dia mempunyai hak mutlak macamana dia mahu kendali blog dia.Macam kita pi rumah oranglah, takkan kita nak buat macam rumah sendiri.Siapa kita nak komplen.

Buat blog sendiri, kalau sakmongkol post sebarang komen didalam blog sdra - sdra delete je posting sakmongkol tu, balas dendam!...habis cerita.

macam la dia sorang je kena, orang lain tidak!

Anon 5:05

Kampong man said...

Salam,

Tanpa fakta yang sahih agak susah kita mengikuti trend.Ianya bukan isu 50:50 lagi.Hasil Kajian di UM dan Pilihanraya kampus 2012 bukan ultimate hanya dapat memberi gambaran bagaiman pelajar kampus berfikir kerana mereka inilah yang akan memberi halatuju masa depan negara menolak pemikiran Pakatan Rakyat kini.

Sekira PR bekerja kuat sadikit ,insyallah mereka boleh deny 2/3 majoriti kepada BN.Itu sahaja.

@ Kenapa POP mula delete opinion yang favour BN?.Apa masih tidak faham ?

Kampong man said...

Anon 5.05,

OPPss terlupa kerna terlalu nak cepat.Hasil Kajian di UMCEDEL diatas KM yang paste dari blog Beritasemasa.com.Banyak fakta di situ.Sorry bro ,telephone samsung galaxy buruk ini terlalu kecil .Note 2 yang sdra guna tu pulak terlalu besar untuk poket.

Sesekali pujilah sikit UMNO BN bro.Barulah neutral.Mana Zack dan QD agaknya ?

SANG SAPURBA said...

KAJIAN TERBARU MENDAPATI BAHAWA PKR AKAN KEHILANGAN 17 KERUSI PARLIMEN.PAS DAN DAP BERTAMBAH 5 KERUSI.BN AKAN TERUS MEMERINTAH BAK KATA KUTUKAN DEWATA BAHAWA ALLAH MENYAYANGI KERAJAAN YANG TIDAK ZALIM KEPADA RAKYATNYA.

YANG AKU NAMPAK BN HANYA ZALIM KEPADA PEMIMPIN PAKATAN YANG BANYAK BUAT TAIK MENGHURUHARAKAN NEGARA.

Anonymous said...

Jordan Travis Scott
palm angels hoodie
supreme hoodie
golden goose outlet store
off white

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024