Thursday, January 31, 2013

Calon-Calon DUN Tahan The All Wan Amizan Men!



















Wan Halim bin Wan Omar bertopi merah duduk sebaris dengan Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan.

Ada komen dalam blog WZWH seperti berikut:

Anonymous said...

Salam 1Malaysia WZWH.
Penduduk Lembah Tembeling mohon jasa blogger seperti WZWH agar menulis pula tentang bakal calon DUN Tahan iaitu Wan Halim yang mula disenangi oleh penduduk Lembah Tembeling setelah wujudnya KAWAT yang kini ahlinya sudah mencecah 3000 orang terdiri dari orang lama dan anak muda.
Terima kasih.

Pada mulanya WZWH tidak mahu menulis pasal calon DUN Tahan kerana tidak mahu pembaca blog WZWH menganggap penulisan posting itu bersifat bias kerana WZWH ada banyak kepentingan dalam DUN Tahan.

Tapi bila orang DUN Tahan sendiri request minta WZWH sebagai blogger Jerantut yang berasal dari DUN Tahan (sepanjang Sungai Tembeling melibatkan kampung-kampung baik di Ulu Tembeling, Tembeling Tengah dan Kuala Tembeling).

Serta tambahan pula 90% penulisan posting WZWH berkisar kepada pembangunan DUN Tahan maka   adalah tidak elok jika WZWH tidak melayan permintaan tersebut.

WZWH hanya akan menulis mengenai calon yang diminta iaitu Wan Halim. Ada lagi 10 calon yang layak yang majoritinya adalah 'the all Wan Amizan men' dan hanya dua calon dari luar DUN Tahan.

WZWH tidak mahu menonjolkan nama-nama lain atas alasan privasi...WZWH akan menulis secara akademik dan seobjektif yang boleh.

Wan Halim bin Wan Omar adalah sedara rapat WZWH. Oleh kerana beliau berasal dari Kampung Mat Daling yang boleh dikatakan 99% adalah keluarga WZWH yang bercampuraduk sesama mereka menyebabkan WZWH kadang-kadang panggil abang, kadang-kadang panggil ayah sedara.

Wan Halim aktif berpolitik di UMNO Bahagian Pekan. Memegang jawatan Biro @ AJK UMNO Bahagian. Dulu seorang juruteknik sebuah jabatan kerajaan sekarang seorang kontraktor.

Penubuhan KAWAT sebuah NGO mengumpul orang Tembeling adalah usaha beliau yang setakat ini telah berjaya mengumpul 3000 orang. Sasarannya ialah 10,000 orang.

Wan Halim banyak mengadakan program-program kemasyarakatan di DUN Tahan seperti aktiviti di Masjid dan riadah orang muda- bola sepak terutamanya. Banyak program sudah dilaksanakan. Memang orang DUN Tahan selalu menyebut namanya.

Wan Halim sudah melabur lebih RM100,000 setakat hari ini. WZWH selalu mengingatkan Wan Halim yang kebiasaannya UMNO Bahagian Jerantut dan sayap-sayap parti diberi keutamaan untuk dipilih menjadi calon di parlimen dan DUN di Jerantut.

Wan Halim tidak kisah dan sedar itu semua. Apa yang beliau lakukan adalah berusaha. Soal dapat atau tidak itu adalah ketentuan ilahi dan tidak penting.

Beliau dan NGO KAWAT tetap menyokong siapa saja calon yang AKHIRNYA nanti dipilih oleh pucuk pimpinan. 

WZWH percaya pada akhir pemilihan DS Najib dan DSD Adnan Yaakob akan bertanya kepada YB Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan siapa dia calon yang terbaik untuk DUN Tahan. 

Dato' Wan Amizan sebagai ADUN Tahan yang set the standards so high juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dan EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Selain Wan Halim ada lagi beberapa calon yang kuat bekerja untuk DUN Tahan. Ada yang sudah bekerja 5 tahun dulu dan ada juga yang bekerja last minit 3 bulan dulu.

Terserah kepada pucuk pimpinan untuk memilih. Ada kemungkinan Istana akan turut campur kerana DUN Tahan adalah DUN eksklusif!

Ada fakta yang penting terdapat dua kawasan Felda dalam DUN Tahan yang merupakan 'vote bank' terbesar. Tetapi sayang tidak ada anak-anak peneroka yang menonjol dalam politik DUN Tahan.

Kepada calon-calon dari luar yang berminat dan berhajat...WZWH berpendapat jika dari DUN Tahan sendiri ada lapan calon yang hebat bersaing sesama sendiri apatah lagi calon-calon dari luar DUN Tahan mahu bertanding maka tepuk dada tanya selera....

Itulah sedikit coretan WZWH mengenai DUN Tahan yang eksklusif...



















Foto terbaru WZWH bersama jentera, dibelakang; Tok Penghulu Zul dan Tok Penghulu Wan Ahmad Saifuddin mudik Sungai Tembeling...

17 comments:

Anonymous said...

habeslah duet wan halim dibantai oleh penasihat beliau, three stooges iaitu wan bazlishah,wan hizam n wan syabu..
kekekekeke.. matiiiiiiii

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 2:06, please jangan memfitnah dan memburuk serta melabel buruk nama-nama yang disebut di atas. itu semua sedara rapat WZWH. Apa bukti Anon 2:06 untuk menuduh begitu? WZWH percaya dan yakin sedara rapat WZWH ini hanya ikhlas ingin membantu Wan Halim. Please bro...jangan burukkan keluarga WZWH.

Anonymous said...

CARA WAN MENULIS INI, RAKYAT DAH BOLEH BACA APAKAH SEBENARNYA MATLAMAT HIDUP ORNAG POLITIK UMNO INI. INI BUKAN SEMATA2 PERSEPSI TETAPI REALITI...MAAF WAN!!!

Perangai orang UMNO ini sama saja sanggup berhabisan asal dapat jadi calon..RM100,000 sikit tu. Hanya lekat celah gigi. Paling kurang RM1,000,000. Bila dah 'berabih', takkan tak boleh tuntut balik dan tak dapat gali balik...Mana ada istilah 'melabur banyak' untuk akhirat..Kamus ini hampir tertutup bagi orang UMNO zaman ini yg berpaksi hidup kpd matlamat BENDA.

Dapat jadi calon kemudian terpilih pula jadi MP atau ADUN pasti tak cukup. Paling kurang boleh dilantik jadi EXCO agar kuasa ada dalam tangan. Dgn kuasa boleh dapat harta. Itu yg sapu dan songlap segala peluang yg datang terhidang..Kalau rasa WANG MASUK boleh dapat lebih, apa masalahnya jika tanah reserve Melayu dipajak kpd taukeh Cina. Hutan reserve taman negara habis disapu..Cerita pasal nak jaga Melayu dan nak jaga Islam cuma sebagai IKLAN saja agar orang Melayu terus dibodohkan...sama seperti Anandakrisnan (taukeh Astro) mengarahkan penerbit TV Astro agar buat program IMAM MUDA semata2 nak tambah hit penonton demi duit...

Maka adakah golongan ini yg KITA PATUT BERI UNDI untuk meneruskan KELANGSUNGAN MELAYU, ISLAM dan RAJA2...sudahlah...

WAHAI UMNO, KONTRAK KAMU MELAKSANAKAN KERJA MEMBODOHKAN SERTA MEMBONSAIKAN PEMIKIRAN MELAYU TERMASUK MELAYU LEMBAH TEMBELING SUDAH TAMAT. MELAYU JERANTUT SAMA MACAM MELAYU DILEMBAH KELANG DAH MULA CERDIK..




Anonymous said...

Anon 8:09, Orang PAS kedekut ada wang tak mahu pemurah bagi orang kampung. Sudahlah bakhil siap tadah karung minta duit dan emas dari orang kampung. Bila buat ceramah PAS lebih ramai orang datang lebih bagis...banyak masyuuk...orang kampung sudah tahu orang PAS lebih hipokrit dari orang UMNO!!!

Anonymous said...

Op terlupa nak kasi tau, anon 8:09AM ialah kerabat Wan MAT PERIBA.

Anonymous said...

WZWH,

"Anon 2:06, please jangan memfitnah dan memburuk serta melabel buruk nama-nama yang disebut di atas. itu semua sedara rapat WZWH. Apa bukti Anon 2:06 untuk menuduh begitu? "

Aik, bila kena batang hidung sendiri, gegak gempita minta bukti.

Time aok fitnah orang lain, tak pernah pun bagi bukti apa-apa. Pakai tuduh dan fitnah je.

Anonymous said...

Bila time dah hampir nyawa di khalkum, bermacam2 hal peruntukan dan sanggup berhabislah plk. Yang paling hebat ada yg sanggup tunjuk "batu". Memang sesetengah "batu" makin membesar kerandutnya. Tak tawlah samada berisi air atau hampas atau saki baki ataupun dah mula "merenyam" nyat nyat nyat... Maklumlah bakal bergelar calon aka sebagai exco Pahang. Wow... Bila dah dapat kuasa, inilah dinamakan jenis "Melayu" yang akan menghapuskan integriti Melayu sendiri. Maaf cakaplah, setakat ini masih belum nampak, apakah tanda2 seseorang pemimpin di DUN Tahan atau Jerantut benar2 ikhlas menolong masyarakat yang sentiasa dahagakan kepimpinan berkesan, termasuk dari segi penyuburan minda berkaitan dengan kesucian Islam. Tidak dinafikan projek mega telah "mendebukan" seluruh penduduk DUN Tahan dengan "peruntukan" lebuhraya TAHAN - KG PAGI, membawa masuk ke kawasan tadahan air Sungai Lentun/Bubut/Pengau. Jadi jika setakat ada pihak nak menunjukan "batu" masing2, carilah jalan yang benar2 ikhlas untuk pejuangkan nasib rakyat, kerana rakyat semuanya tidak ada yang mampu, seperti sesetengah mereka itu, petik "swiss", buka "paip" segala2nya akan terpancar atau terpancut.

Maaf, salam Maulid Rasul,
Banir...

Anonymous said...

Like like like

Anonymous said...

Sekali imbas tgk rupa Wzwh dh mcm Patrick Star bl posing cmtu.

Anonymous said...

Wan dan Sahabat2 UMNO,

UMNO semakin gagal dalam missinya nak jadikan Malayu punya taraf ekonomi yg setara dgn kaum lain...purata pendapatan org Melayu termasuk Melayu UMNO cuma RM1,500 sebulan. Apa lagi nak memperkasakan agama Islam....(petunjuk kegagalan boleh diperolehi drp Mufti Perak). Nak kata terror sangat jaga Raja2 dan Sultan pun tidak juga...kekebalan Raja2 makin terhakis...


Jalan mudah utk menutup kegagalan ini, tidak lain melainkan menyalahkan musuh politik utamnya PAS serta pembangkang. DIA yg dapat kontrak utk tadbir negara sampai 12 kali tapi PEMBANGKANG YG DISALAHKAN....KAN GILA namanya.

Yg menyebabkan Melayu ramai murtad dituduhnya PAS (alasan, PAS benarkan org Kristian guna kalimah Allah), yg jadikan Melayu susah pasti PAS yg kena (alasan: PAS asik main politik dan tak reti buat kerja). Institusi raja2 diperlekehkan pasti dituduh PAS puncanya...

Bila dah terdesak, ulur tangan utk berbaik dgn PAS...bila PAS tak setuju 'telor' orang PAS habis disepaknya.

Usaha terakhir ialah dgn mengeluarkan 'fatwa', "haram melawan pemerintah" dgn lain perkataan, "Haram lawan Najib".
Orang PAS yg faham Islam memang kata "WAJIB BERBAIAH atau TAAT KEPADA PEMERINTAH". Namun faham PAS tak sama macam faham UMNO. Faham PAS cuma berlaku jika negara ini melaksanakan pemerintahaan sistem Khalifah...sistem satu Parti. Macamana nak patuh kepada fatwa, sedangakan UMNO walaupun tidak beraqidah kristian tepai mengguna pakai sistem yg diperkenal orang Kristian Roman Khotalik.."SISTEM DEMOKRASI BERPALIMEN"..pemilihan pemimpin/pentadbir negara melalui PRU..5 tahun sekali.

Mat Periba.

sang sapurba said...

mat periba,dah tau sistem demokrasi berparlimen tu kristian katolik punya idea kenapa pas sibuk-sibuk nak terlibat sekali.

lebih baik jangan campur.pulau aje sistem kafir ni.tapi nampak gaya pas yang lebih-lebih sampai buat banyak demonstrasi jalanan nak raih seberapa bnyak undi daripada puak kafir,lgbt,dan syaitan sekalipun.yang penting tegak kan sistem ciptaan kafir.pas cakap macam burung tiung.

Anonymous said...

PAS siap tiup lilin happy besday Nik Aziz di rumah ulama Nanak Karpal singh hehehehee...

Ustaz Nasharudin gi Gaza tunjuk sokongan dgn PM pun PAS pecat ahli Majlis Syura dan mungkin pecat keahlian sekali...!!!

Anonymous said...

Sang Sapurba,

Mengikut kaedah Feqah seperti yg disebutkan oleh Dr Yusof Qardawi dalam kitab Fiq Syiasah...menjatuhkan kerajaan yg zalim adalah wajib. Namun cara menjatuhkan kerjaan yg zalim ini mesti dgn mengambil pendekatan 'kaedah mudarat yg paling minimum'.

Dalam hal tsb PAS tidak memilih jalan revolusi atau keganasan mahu pun peperangan bagi mengulingkan kerajaan sedia ada. Piliahan terbaik yg ada cuma dgn menyertai pilihan raya.

Nanti, pasti Sang Sapurba tanya balik...kerajaan UMNO zalim sangatkah???

Saya tak nak jawab..."TEPUK KEPALA dan DADA tanya AKAL dan IMAN"...

Anonymous said...

sang sapurba,

"mat periba,dah tau sistem demokrasi berparlimen tu kristian katolik punya idea kenapa pas sibuk-sibuk nak terlibat sekali."

Abih tu UMNO bukan Islam macam PAS ke maka boleh terlibat pulak? Ini sifir mertua si abdul wahub je punya stail....kalu PAS tak boleh atas sebab sistem kafir, UMNO pun tak boleh le, sang sapurba weh.

org umno said...

Anon 8.09..adakah melayu kelantan PAS mcm nik ajis yg dh nyanyuk tu menjaga melayu,islam raja2?tanah2 dia agih ke kapir laknat,bg duit suruh org buat rusuhan?ulama di buang kononnya sudah tak bguna,bangga dgn artis yg konon dh insaf?hahahahaha bodohnya org melayu jtut kalau masih membodohkan sesama melayu krn taksub dgn Parti Angkatan Syaitan-PAS

Kutukandewata said...

SAUDARA2 KU SAYANG,

NABI DAH PESAN SELAGI PEMERINTAH ITU MENUNAIKAN SOLAT WALAUPUN ZALIM JANGAN DI PERANGI.

APA TAH LAGI KERAJAAN NAJIB YANG LANGSUNG TAK ZALIM.

YANG KATA ZALIM HANYALAH PEMBANGKANG.AKU TAK SALAHKAN PEMBANGKANG DALAM HAL INI KERANA MATLAMAT MEREKA SERUPA AJE DENGAN KERAJAAN IA ITU KUASA.

JADI TERPAKSA LAH PEMBANGKANG MENUDUH KERAJAAN ZALIM DENGAN HARAPAN RAKYAT TERPENGARUH.ITU STRATEGI SEBAB NABI DAH KATA POLITIK ITU STRATEGI.SIAPA BIJAK DIA LAH MENANG.

PEMBANGKANG MESTI KATA KERAJAAN ZALIM WALAUPUN DALAM HATI MEREKA MENGAKUI KERAJAAN YANG ADA HARI INI BAIK PRESTASINYA.KALAU TAK CAKAP MACAM TU SUSAH PULAK NAK DAPAT PENYOKONG.

BERLAINAN DENGAN KERAJAAN KERANA MEREKA ADA KERJA YANG PERLU DI SELESAIKAN.

PEMBANGKANG TAK ADA KERJA JADI KERJA MEREKA HANYALAH MENGUTUK KERAJAAN.ITU TAK SALAH,ITU ADALAH STRATEGI.

BETUL TAK SAUDARA SEDARAH DAN SEDAGINGKU MAT PERIBA???

Penggali Kubur said...

Assalamualaikum,
Saudara ku Mat Periba
koi ni dari umur 16thn telah diasuh dan dididik dgn fahaman pas,hinggalah koi bereumur 40thn.
dulu bila pemiminpin dan ulamak pas cakap berkerjasama dgn india,cina tu haram sebab mereka kafir,koi percaya dan akur,tapi bila PAS,joint dgn DAP,koi terkejut
macam nak mati,nape bila UMNO buat haram,bila PAS buat tak haramke?
sekarang koi dah cerai talak 3 dgn PAS (PARTI AJARAN SESAT)
semuanya sama baik UMNO,PAS,DAP semuanya nak BERKUASA.Koi tak percaya mana mana parti mlagi dah,koi yakin dan percaya hanya pada ALLAH saja

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024