Monday, January 14, 2013

Kegagalan HKR Kerana Kebijaksanaan Dan Populariti DS Najib



Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka mengikut sumber Polis adalah 45,000 orang. Ternyata gagal yang sangat nyata jauh dari sasaran 1 juta!

DS Najib boleh tidur lena kalau itu sebenarnya kekuatan Pakatan Rakyat mengumpul penyokong. Perhimpunan ahli UMNO di Stadium Bukit Jalil tahun lepas saja 100,000 jauh lebih besar.

Kenapa HKR gagal dengan sambutan begitu hambar? Berikut sebab-sebab ringkas:

  1. Penyokong Pakatan Rakyat mulai jemu menyertai demonstrasi demi demonstrasi.
  2. Ketiadaan isu besar yang mampu menaikkan kemarahan rakyat.
  3. Rakyat sudah hilang keyakinan kepada pemimpin Pakatan Rakyat.
  4. Populariti DS Najib telah meningkat semakin tinggi.
  5. Kebijaksanaan DS Najib mengurus perhimpunan pembangkang dengan lebih baik.

Tinjauan terbaru Merdeka Center menunjukkan populari DS Najib amat tinggi diparas 77% dikalangan kaum Melayu, 76% di kalangan kaum India dan 34% dari kaum Cina.

Majoriti rakyat sudah pasti akan menterjemah suka kepada DS Najib kepada menyokong dan mengundi BN pada PRU 13.

DS Najib telah mejawab segala tohmahan yang kebelakangan ini banyak cerita karut marut disiarkan untuk merosakkan imej kerajaan.

“Boleh mengkritik tapi jangan sampai mengeluarkan fitnah tanpa berdasarkan fakta,” 

Ini gambar yang sebenar dari ihsan sahabat blogger...



Ini dia kehadiran 700,000 yang didakwa oleh Profesor Matematik Kangkong...kah...kah..kah...



700,000 kena duduk atas bumbung dan pokok...kah...kah...kah...

52 comments:

Anonymous said...

Wan,

Polis pun sama macam Wan juga...pembohong! Mana ada orang sampai 45,000. Bohong! Bohong! Aku anggar cuma 150 orang je.

Aku bertolak dari Tebing Tinggi kira2 pukul 10 pagi, sampai ke Tol Gombak kira2 pukul 12.10 t/hari. Kerana taktutkan jalan sesak, aku parking kereta dekat surau Nurul Al Mutaqin Taman Melati kemudian menaiki LRT putra utk berhenti distesyen Pasar Seni lalu ke Maj Negara. Solat zuhur macam tak ada orang...anggaran 10 orang je. Selepas solat Zuhur bersama2 pemimpin PR yg diketua PAS bearak ke Stadium. Memang tiada siapa yg ikut...anggaran 20 oarng. Sampai kat stadium..ingatkan penuh, tak sampai pun 200 orng...itu pun termasuk budak2 sekolah.

PERHIMPUNAN GAGAL. DS NAJIB BOLEH TIDUR LENA...Jangan runsing. PRU13PASTI BN MENANG LAGI. KERJA2 MENJARAH HARTA AWAM TERMASUK HUTAN SIMPAN DI LEMBAH TEKAL, KG MAT DARLING dan SEKITARNYA BOLEH DITERUSKAN.

Anonymous said...

45,000 orang? Ini semua persepsi je WZWH. Tak sampai 4,500 orang pun. Itu pun yg datang diangkut dengan bas, bagi nasi bungkus lagi. Mula-mula aku pergi Semenyih, tengok Najib kat situ. Amboi...ramainya orang, berpusu-pusu orang datang nak jumpa Najib. Paling kurang pun 10,000 orang. Itu pun tak termasuk yg jam teruk dijalanraya menuju lokasi perjumpaan.

Lepas tu, aku pergi stadium. Terperanjat beruk aku. Stadium lengang...tak ada orang pun. WZWH, ini real punya, bukan persepsi.Aku tanya Mat Myanmar yang sedang menyapu sampah dekat pintu masuk stadium, " Mana semua orang, kata ada perhimpunan. " Mat Myanmar itu menjawab. " Oo...itu perhimpunan bukan kat sini, kat Stadium Merdeka, ini Stadium Bukit Jalil. Awak tidak tahu ke? Saya orang Myanmar pun tahu, tambahnya.

Jelantut Mali

Anonymous said...

En. Zurik, belajar2 lah jadi cerdik... ke...awok masih duduk di ceruk ulu tembeling nun.........

Anonymous said...

Aku pun pergi bermula naik bas dari Felda Jengka.Wan Zurik dan kau orang semua salah.Estimate aku adalah 1.2 juta hadhir melebihi sasaran 1 juta.Di Stadium Merdeka melempah sampai ke luar dengan sepanduk anti BN .Kanak kanak kecil pun ada tapi tak banyak.Anuwar bersyarah macam Sukarno bersemangat.Maalumlah Anuwar bakal menggantikan DS Najib PM kita nanti.Hebat perhimpunan Shamidar ni.Patut buat tiap tiap bulan.Aku dapat RM300.00.

Anonymous said...

Like Jelantut Mali.

Memang tak ramai pun ...aku tengok dalam berita kat TV. Harpan untuk BN menang tinggi.

Anonymous said...

Anon-anon seme,
Nak kabar ke awak wok, fenomena ni sejak sekian lama memang dinanti-nanti dek musuh-musuh Melayu dan Islam di Malaysia.
Tanya diri sendiri gerakan ini lebih kepada mabuk kuasa atau perjuangan masa depan Melayu-Islam dan anak cucu. Nampak pun banyak yang bawak anak kecik sekali.
Only time will tell bilakah kita akan dapat berpadu.

Anonymous said...

Hidup Najib 3 x. Tumbang BN. Kenapa Najib perlu hidup. Nak bagi dia tengok PR Perintah.

Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, semalam.

Memetik Penang Insight, bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di laman facebook beliau.
“Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000.
“Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.

“Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per kilometer).

“Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000,” katanya dengan mengambil kira pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer.

Anonymous said...

Ini fakta kapasiti Stadium Merdeka:

Tempat duduk campur halaman padang hanya boleh muat 45,000.

Macamana nak isi 700,000?!!!!

Tolak polis tidak beruniform 10,000, SB, maka jumlah penyokong PKR yang hadir ialah 45,000-10,000 = hanya 35,000 sahaja kah..kah..kah

Itu saja kekuatan Pakatan Rakyat? Jangan mimpi nak tawan Putrajaya.

Kembara anak Dun Tahan said...

kembara anak Tahan HK112.
tanggal 11/01/2013,aku bergerak dari jerantut ke KL,aku agak hairan kenapa kawan2 seusia dgnku (30-an) beria2 mengajakku utk menghadiri HKR112 di stadium merdeka.aku sbg org yg tidak berparti amat hairan,apa sebenarnya yg dicari oleh penyokong PR ni.kami berjalan kaki dari jalan sultan,dalam perjalanan saya agak hairan melihat orang kg,org tua yg bertongkat,org buta turut berjalanan menuju destinasi yg sama..hatiku makin kuat ingin mencari jawapannya..kulajukan lagi langkahku..ditepi2 jln ternampak pakcik2 sedang menyapu minyak angin di lututnya. mungkin lengoh akibat berjalan jauh...kawanku memandangku sambil tersenyum dan berkata,"kita semakin hampir ke destinasi dan akan jd sebahagian dr sejarah kebangkitan rakyat Malaysia".aku semakin keliru.Akhirnya stadium merdeka tersergam di hadapanku.Sementara menunggu pintu dibuka,kami berjln santai melihat peserta yg hadir,kami telah disapa oleh satu kumpulan yg memakai pakaian tertulis "unit amal" di bajunya..mereka menjemput kami makan nasi bungkus berkongsi dgnnya.Dengan bersopan kawanku menjawab"kami telah makan dan mohon cari mana2 peserta lain yg blm makan utk berkongsi nasi bungkus.."subhanallah"kuatnya ukhwah mereka.Dalam keadaan tersebut tiba2 terasa hendak membuang air kecil,aku meninggalkan kwnku untuk ke tandas..aku beratur panjang bersama peserta lain.tiba2 ada seorg peserta mengumumkan bahawa air sudah kehabisan.aku mula bimbang,namun peserta didalam barisanku yang membawa air mineral telah menawarkan air mineralnya utkku.aku melihat mereka yg membawa air terus mempelawa peserta yg tidak mempunyai air walaupun saling tidak mengenali."subhanallah" semoga allah merahmatinya.Setelah siap membuang hajat aku kembali ke Stadium Merdeka dgn segera krn kwnku telah menghantar sms mengatakan pintu stadium telah dibuka.kami terus meredah lautan manusia utk masuk ke dalam stadium. Akhirnya kami kini telah sampai di dalam stadium jam 12.15pm.Kwnku mengajakku mencari tempat yg strategik untuk duduk.Dalam pd itu,aku melihat peserta sdg berpusu2 utk masuk.Pada masa yg sama Helikopter berlegar2 diudara.Kawanku tersenyum sinis memandangku.Aku masih belum mengerti!!!perhimpunan apakah ini?detik hati kecilku.sedang asyik melihat telatah peserta himpunan,kedengaran azan di Dalam Stadium Merdeka menandakan Zohor telah masuk."kita niat jamak"kata kwnku.Jam 2.30 pm,kawasan padang serta bangku tlh mula di penuhi peserta.Tiba2 kedengaran bunyi Takbir bergema di Dalam Stadium,kwnku tersenyum dan memaklumkn bhw kehadiran KPP "ustz nasarudin".selepas itu kedengaran sorakan peserta apabila pemimpin PR telah mula masuk.jam 3.30 pm,stadium sudah mula sesak..hanya kedengaran laungan takbir serta sorakan memenuhi stadium.di bawah panas terik mereka berdiri utk mendengar amanat pemimpin mereka.aku juga sudah mula dapatkan suaikan diri bersama himpunan itu.Apabila sampai giliran Md Sabu berucap,beliau tlh memberitahu kos menyewa stadium berjumlah 100k dan perlukan sumbangan dari org ramai.anehnya peserta bersorak dan berlumba2 utk bersedekah.aku semakin serasi dgn kumpulan himpunan ini.Tiba2 sorakan dan takbir berhenti dan laungan azan telah menandakan Asar telah berkumandang di dalam stadium lagi."Hatiku sebak".jam 5 apabila acara sudah selesai,kami mula keluar stadium utk pulang ke negeri masing2.Terima kasih kpd kwnku yg telah memberiku pengalaman baru.Sblm berpisah,kawanku sempat berkata"apabila balik nnti tgk berita tv1 dan TV3.jika laporannya sama dgn pengalaman kamu sokonglah mereka,dan jika ia bertentangan dgn pengalaman kamu,buat lah kesimpulan sendiri terhadapt mutu media negara kita.Kini aku telah mula mengakui bahawa byk info yg dipertontonkan kpd rakyat bknlah situasi yg sedang berlaku.Aku jg telah bertekad akan bersama2 menghukum mereka yg berdusta melalui PRU 13 ini...takbir!!

Anonymous said...

Seronok baca cerpen Mat Anon 10:10am.

Tapi aku percaya, mat anon bukan cakap benar...yg memang tulus dan 'pulus' ialah TV3 dan Utusan. Sianr Harian pun kaki bodek Nuar....laporannya semalam memang mengarut...

Nak tau KARUR MARUT ini tunggu PRU13 namti.

Aik..aku lupa nak kabor yg Mat Batu Leja akan dicalonkan oleh UMNO sebagai calon MP J'tut. Tengku Lan namakan beliau sebagai calon...Wan tentu tekejut beruk. Mat Batu Leja ini bukan sebarangan orang, bekas pegawai kanan kastam negeri. Dia sekarang ahli koperat...MD kpd sebuah syarikat milik Tengku Muda Phg. Lagi pun dia berharta...ada mini estate 60 ekar lengkap (macamana dia dapat tanah seluas itu, aku tak berapa tau..mungkin umno kasi)...TUNGGU KEJUTAN PADA HARI PENAMAAN CALON PADA 16 March nanti....

Bila akau kaji balik mengapa nama Wan tak layak dicalonkan...memang patut..dahlah 'bodo' tapi seka membodokan orang dgn berita yg tak masuk akal......

Anonymous said...

Rata rata yang datang adalah dari parti pembangkang yang mahu huruhara keharmonian negara.Konon mereka lah yang hebat dengan menunjuk kehandalan kebangkitan rakyat mereka konon.

Cara mereka akan memberi kesan negatif pada pengundi.Bijak menggunakan ugama bagi kepentingan politik malah bersetongkol pulak dengan DAP haprak dan budak Nuar LBGT.Takbir !! Aku tetap bersama UMNO.

Anonymous said...

Anon 11:24

rata-rata yang datang itu memang dari pembangkang.

Mengikut istilah yang digunapakai sekarang,

"ahli pembangkang" dalam politik malaysia adalah mereka-mereka yang bukan ahli UMNO bagi orang melayu manakala yang bukan melayu pula, mereka adalah bukan ahli-ahli mana-mana komponen BN.

" ahli kerajaan" adalah ahli-ahli UMNO atau mana-mana komponen BN

Oleh sebab itu, kerajaan negeri di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan kelantan,

kerajaan negeri adalah "pihak pembangkang".

Pembangkang negeri adalah "pihak kerajaan".

Biaq betoi istilah ni!!...pelik je bunyinya

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 11:21,

Siapa nama penuh calon parlimen Jerantut itu Mat Batu Leja? Itu tak jadi masalah WZWH akur kepada siapa saja yang DS Najib dan MB Pahang pilih. Boleh WZWH tolong kempen dalam blog WZWH supaya 68,000 pengundi parlimen Jerantut kenal.

Anonymous said...

WZWH,

hahahahahaha....abih nak kata macamana lagi kan!

Anonymous said...

Wan,

Aok takkan tak kenal siapa dia Mat Batu Leja...sesaja je ni. Org J'tut semua kenal dia..pemilik kebun sawit yg menternak kijang dan pelanduk secara intergrated di kws simpag ke Bnadar Pusat...

Pada PRU12 dulu pun nama dia telah disebut2 sebagai calon...masa tu Ku Lan kata dia nak teruskan menjadi wakil..next term bolehlah beri peluang kat Mat Batu Leja. Ha....Wan. Awok tolong kasi tau hal ini kat ketua team awok Wan Mizan tapi jangan hebohkan sangat... nanti team pungkor satu lagi yg diketua oleh Dr Sukri dapat tau pulok...habih melopong!!

Anonymous said...

Siapa Mat Batu Leja? Dia nak guna jentera mana? Jentera Wan Mizan?, jentera Dr Shukri?, Minta maaflah Ku Lan takda jentera.

Bila jentera Wan Mizan dan Jentera Dr Shukri palar atau lipat....terjun jambatan Ferry Mat Batu Leja heheheheheheehe...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 1:20,
Sebagai ahli dan penyokong UMNO dan BN kita mesti setia. Kita sokong saja siapa yang DS Najib pilih sebagai calon ahli parlimen. Kalau semua puak-puak UMNO dimana-mana bahagian berfikir dan bertindak macam ini UMNO dan BN akan hancur. Ini akan menjejaskan peluang DS Najib mengekalkan jawatan Perdana Menteri Malaysia yang mendapat mandat penuh dan pertama. WZWH tetap menyokong, berkempen dan mengundi BN walau Dato' Dollah Kicap bertanding parlimen Jerantut!!!

Anonymous said...

WZWH,

Dalam PRU 13 ni, calon-calon UMNO bukan najib yang pilih, Muhyiddin dan Mahathir akan tentukan..hahahaha

Anonymous said...

Aku tak kira dia pakar matematik lagi kalu dah politik.
Nak tanya satu je. Kalu dah atas bumbung ada orang, jadi yang mana satu gambar yang betulnya Zurik?

Anonymous said...

Anon 2.11,
DAH NAMPAK PR TAK MAMPU TUMBANGKAN BN.

Anonymous said...

Anwar Ibrahim can say good bye to politics...DAP yang untung....PAS yang bodoh bila Nik Aziz dan Hadi Awang menjual dan menjatuhkan maruah Islam demi KUASA Putrajaya!!!

Anonymous said...

Anon 2:38 PM,

Sekarang PR menguasai 80 kerusi Parlimen...nak cari cuma 32 shj lagi. Kat Sabah jangka dapat 7, Sarawak 7, Johor 6, Phg 3, NS 4 lain2 negeri 5. So, inshaAllah kesemuanya berjaya dan akan dapat112 kerusi.

Penguasai orang Melayu/Islam dalam parlimen juga dijangka bertambah..sebab PKR yg diwakili calon Melayu akan melawan calon MCA dibeberapa tempat. Manusia Melayu bangang saja yg akan memangkah Cina MCA dlm PRU13 nanti. Manakala PAS akan menggantikan calon Melayu UMNO yg kalah.

Sekarang suara Melayu dalam Parlimen dah ada 129. Kalau kesemua calon Melayu PKR menang maka jumlah suara Melayu dlm parlimen dijangka bertambah kpd 132...jadi, tak rugi pun pilih PR. Cuma menyokong dan pendokong UMNO yg 'bodoh sombong' saja yg tak reti bacaan sifir bagini...otak bonsai.

DAP tak akan dapat menguasai PR punya....tak mungkin dgn bertanding hanya 50 kerusi mereka boleh memiliki suara majoriti dalam PR yg berjumlah 132tsb...jadi Melayu yg layu macam anon termasuk Wan, KD, KM saja yg tak faham2.

Ungkapan, Melayu akan hancur, Islam terabai dan Raj2 hilang takhta hanya alasan UMNO untuk mengekalkan kuasa...bimbang wang, harta benda dan berbagai2 kemewahan yg mereka miliki secara haram akan langsai dgn sekelip mata.

Hei Melayu macam anon 2:38PM, PR nak jatuhkan kerajaan BN bukan melalui revolusilah.. tetapi masih berpaut kepada sistem demokerasi..pilihanraya menjadi asas. Jadi perlembagaan persekutuan yg melindungi kepentingan Melayu, Islam dan Raja2 tak akan tergugat...Lagi pun kita menguasai ATM dan Polis selain kuasa tertinggi yg dimilikui oleh yg diPertuan Agung. Apa takut....

Ubahlah fikiran yg kolot tu...jangan jadai pencacai UMNO sepanjang zaman. Wan zurik nak jadi pencacai sebab ada kepentingan sama macam Wan Mizan..kamu dapat kemende? Nak jadi cerdik tak payah kena ada MBA macam Wan Zurik..aku sekolah kg pun cerdik. Cerdik politik!!

Kampong man said...

Salam semua,

Yang penting akhirnya Pas bersetuju satelah berbagai desakan dan pandangan dari ahli sendiri dan dan mufti mufti negeri malah dari mufti Kelantan serambi Mekah bahawa kalimah Allah adalah khusus untuk agama Islam dan tidak boleh digunakan oleh agama lain sekurang kurang nya di Malaysia.

TGNA dan Datk Dr Harun Din bersetuju kalumah God atau Lord dari kitab agama bukan Islam adalah TIDAK dibolehkan dan harus perlu di cegah.KM setuju dengan Dr Haron Din 100%.

Berkenaan angka 700,000 hadhir di perhimpunan rakyat baru ini adalah satu angka yang SALAH .Pada tahun 60 han KM selalu menonton bola zaman Raja bola Arwah Ghani Minhat, Arthur Koh dan Govindarajo semuanya hero Merdeka Cup di mana Malaya belasah Korea Selatan dan juga Jepun dengan 5-0 dan 3-0 itu biasa.KM anggarkan kapaiti Stadium Merdeka anggaran 40,000 sahaja dan yang hadir KM anggar 60,000 at best bukan 700K.Hanya professor buta sahaja yang boleh memberi anggaran ini.Kalau tanya Proff Bahari mungkin lain atau tak hairan mungkin salah juga.

Alhamdulillah, perhimpunan berjalan baik tanpa ada insiden yang tidak baik berlaku.Ini juga membuktikan kerajaan adil dengan syarat hadirin menghormati syarat dan tidak lagi menuding jari lagi pada PDRM dan pihak berkuasa.Syabas dengan Transformasi politik kini dan harap sangat dengan segala ketelusan ini.Kita tidak mahu huruhara dan kata mahu memandang kehadapan .KM tetap bersama dengan kerajaan yang ada.Itulah hebatnya satu Demokrasi (Shuhaimi Mior Hasan).Maaf bro kalau tidak setuju.

@ KM mahukan ulama saperti Dr Haron Din dan campakkan puak Erdogan dan Anwarinas ke Lautan Hindi kerana sanggup menggadai maruah bangsa pada DAP racis dan PKR yang sangat meragukan.


Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

WZWH dah tulis banyak posting mengenai Kalimah Allah TIDAK BOLEH diguna oleh orang bukan Islam terutama mahu guna Allah dalam Bible Melayu tapi ramai penyokong PAS percaya bulat-bulat tanpa berfikir apa yang Nik Aziz dan Hadi Awang kata sebelum ini bersetuju dengan kehendak Kumpulan Gereja Kristian kerana terlalu menghormati DAP dan Anwar Ibrahim.

Yang hadir HKR KL121 cuma 45,000 itu belum tolak anggota polis dan SB serta military dan orang UMNO sendiri yang diarah pergi ekekekekekeke

Anonymous said...

cik gu wan, malang sungguh anak2 sekolah yang bergurukan cik gu wan. cik gu wan adalah satu satu nya guru yang suka mendedahkan kelemahan nya walaupun niat asalnya ingin memperbodohkan rakyat ramai. dah dah lah tu......... jagalah maruah... malu kat anak murid. belajor2 lah jadi cerdik sedikit.....

Anonymous said...

Laa..saya tak tahu WZWH ni cikgu. Anak murid Cikgu Ngah ke?

Anonymous said...

Alahai Bro KM,

Sekalipun TGNA atau TGHA berijtihad membolehkan (secara bersyarat)penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam...tetapi ini adalah merupakan pandangan peribadi yg berhujah berdasarkan ilmu...
Bro KM, saya nak tanya kalau berdasarkan displin ilmu Islam..salah ke mereka berpendapat sedemikian. Tolong kemkakan nas qatie yg mengharamkan penggunaan kalimah Allah ini.

Bro, pandangan peribadi tidak boleh mengatasi pandangan jamaah..pandangan Majlis Sura Ulama adalah pendirian PAS secara ijmak.

Satu perkara lagi, sehebat mana pun keputusan Majlis Sura Ulama ini, ia tidak memberi apa2 makna disebabkan mereka tidak mempunyai apa2 autoriti. Malah pasti akan diputarbelitkan...kerja jahat!

Yg menjadi kepelikan, mengapa orang2 UMNO termasuk Wan Zurik suka menyerang pimpinan PAS dgn memainkan isu yg komplek dan sensitif ini. Sedangkan kerajaan (pimpinan UMNO) pada tahun 2011 telah membenarkan penganut Keristian di Sabah/Sarawak menggunakan kalimah Allah dalam sebarang upacara kegamaan mereka. Mengapa tidak pula dipertikaikan....Ini tidak lain semata2 mahu memecah belahkan kesatuan pimpinan PAS selain untuk meraih sokongan Melayu secara murahan...


Lihatlah betapa hodohnya politik UMNO ini...setiap kali kenyataan TGHA atau TRNA pasti akan cuba diputar belitkan....mengambil kenyataan sekerat2 dan buang sekerat. Umpama dalam syarah TG Nik Aziz menyebut umat Islam boleh makan babi dalam keadaan dharurat...maka puak2 jahat ini pun terus mengulasnya kononnya TG Nik Aziz membenarkan kita makan babi...!!!

Mat Periba

Anonymous said...

Kalau UMNO/Kerajaan betul2 memperjuangkan bangsa Melayu, tak kira lah samada yg datang itu 1 juta atau 45k orang yg lebih penting kenapa rakyat sanggup keluar berhimpun. Belajar dari kerajaan US yg menetapkan hanya 25000 rakyat membangkitkan satu- satu isu untuk memastikan maklumbalas pejabat presiden. Jangan terlalu angkuh, ingat ada yg kalah pilihanraya hanya kerana 5/6 undi sahaja.

Anonymous said...

wan zurik,

45,000 adalah muatan tempat duduk stadium ini dah melimpah ketengah padang. kamu ingat org lain semua bodoh kamu seorang saja yg cerdik. keldai punya cik gu

Anonymous said...

Bro kampongman,

Dalam kekecohan isu kalimah Allah untuk kali ke2 ini, kita naik heran apa seebenarnya pendirian UMNO dan kerajaan?

nampak sangat mengasak kepada PAS, PAs pun dah bagi pendiriannya. Kita nak dengar apa pendirian najib, apa pendirian Muhyiddin sebagai pemimpin utama UMNO.

Apakah kebenaran kerajaan tentang penggunaan kALIMAH ALLAH yang dibuat dulu masih pakai lagi ke tidak? Kalau masih pakai, apa tujuan ditimbulkan semula.

giliran pemimpin utama pula la nyatakan pendirian. Ahli-ahli biasa dan penyokong punya pendapat tidak boleh diambil sebagai pendirian UMNO.

yang lebih pelik pihak berkuasa yang menjaga hal ehwal Islam dah bubar ke? settlekan isu ini dengan segera dan muktamad. jangan biarkan ULA(RSE)MAK-ULA(RSE)MAK yang dok berfatwa dan berhujah tanpa menggunakan nas yang sahih. Depa ni dah terlampau terrer dan muktabar sehingga nas sahih depa dah tak pakai. Depa pakai kepala hotak depa je berhujah.

Anon 5:05

Anonymous said...

Oleh Mat pusing
Macam2lah ko org tulis kat sini...tapi yang aku nak kata kat WHWZ ialah kalau nak menulis dengan ikhlas dalam blog ni..kena hadir sendiri kat stadium tu...jadi pemberita..jangan ambil dari blog orang lain..akhirnya dapat maklumat paslu...lihat dan teliti gambar2 kat internet yang di ambil oleh pemberita-pemberita sambilan tuu..jangan pakai satu sumber ajer. Gunakan semua teknologi yang ada untuk mendapatkan maklumat. Ko nak tulis maklumat yang salah...sedangkan orang lain dah surf kat internet...ciba ko lihat kat sini kalau nak menulis lain kali...http://www.tranungkite.net/v12/
kat sini ramai makluamat yang diberikan oleh pemberita sambilan. Ucapan kepada WHWZ agar kalau nak menulis tu kena banyaklah sumbernya...rujukan pelbagai sumber..bunyi ajer belajar tinggi.

Kampong man said...

Alahai Mat Periba,

KM tidaklah terlalu taksub kepada TGNA ulamak pondok yang diagongi saperti Ayatollah Khomeni di Kelantan.Mungkin di Kelantan beliau hebat dan disanjungi.Bagi kami di Melaka beliau tidak releven hanyalah murshidul Am parti Pas, psrti berkebajikan , itu sahaja.Ada baik nya perbincangan isu kalimah Allah dibincang bersama oleh para ulamak tidak kira apa pegangan politik mereka.Malah di Pulau Pinang dan rata rata NGO Islam dari Pas dan UMNO sama sama menentang LGE yang celupar.

Kalimah Allah telah digunakan di Sabah dan Sarawak sebelum negeri ini bergabong dalam Malaysia lagi. Percubaan bagi memasokan bible ke Semenanjung Tanah Melayu di sekat dan bersyarat masih menjadi isu.

Mat Periba ada pernah tinggal di Sabah dan Sarawak ? Kalau ada berapa tahun ?.KM pernah tinggal dan bekerja di Miri ,Sarawak Shell bro bertahun maka memahami hati perut orang Sarawak dan fanatiknya mereka dengan Christianity sapertilah kita di Semenanjung dengan ugama Islam kita.Uniknya masing masing menghormati ugama masing masing walaupun berbeza.Pejabat kerajaan dihiasi dengan Christmas tree dan lampu lampu bagi menyambut Christmas.Sama saperti kita di Semenanjung menghisi pejabat dengan gantungan ketupat, buluh lemang dan lampu berwarna warni menyambut Hari Raya.Beza sekali.

Tahukah Mat Periba memasoki Sarawak memerlukan passport/kad pengenalan dan sekira kita dari Semenanjung bekerja disana memerlukan Work Permit?.Sabah dan Sarawak yang sungguh unik walaupun dalam Malaysia.Tahukah Mat Periba UMNO tidak dibenarkan menapak di Sarawak ? dan Kenapa ?.Tahukah sdra parti PAS langsong tidak dapat diterima di Sabah dan Sarawak ? dan Kenapa ?.

Tahukah anda demoragrafi terbaru bagi Sarawak dan Sabah ? Pecahan terkini adalah saperti berikut:

Sarawak 44% Kristian dan 30% Islam.

Sabah 65.4% Islam dan 26.6% Kristian.

Missionari Kristian bekerja kuat masok ke dalaman Sarawak menyibar Christianity dari zaman Dinasti James Brooke, the white Rajah di Sarawak dari tahun 1842 sebagai Rajah.Ini fakta buksn khayalan.

Kesimpulanya , dalam isu kalimah Allah biarlah ulama ulama yang memberi pandangan bukan KM dan bukan Mat Periba.Harap maklum.Maaf kalau ada yanf tidak betul dan salah.




Anonymous said...

Pasal Mat Batu Leja tu, pedooh lalu. Dr maklumat yang disampaikan iaitu bekas pegawai kanan Kastam, mini estet kat Ibol Tunggal menghala ke Jengka 1 dan syarikat petroleum Tengku Muda, kwn pasti dia ialah Ecik Zul. Mana mungkin sb beliau adik kepada Ustaz Wahab Bendahari Pas kawasan Jerantut. Dan kwn pun pernah beberapa kali berborak dgn dia sendiri, yang dia memang pro Pas. Bekas pelajar Pengajian Islam UKM ni. Banyak kepincangan Umno diceritakan kpd kwn sendiri. Kwn pernah beberapa kali pergi ke ladang 'pelanduk@kancil' dia tu.

Jgn percaya la Wan maklumat yang kabo Ecik Zul ni bertanding atas tiket Umno. Takkan dia nak 'derhaka' kat kekanda kesayangan dia Ustaz Wahab tu?

Kampong man said...

Salam anon 5.03,

Soalan dari manakah PR boleh mendapat 112 kerusi selalu KM tanya pada penyokong PR dan tidak siapa yang dapat memberi jawapan .Akhirnya mamat anon dibawah tampil memberi jawapan saperti dibawah.

"Sekarang PR menguasai 80 kerusi Parlimen...nak cari cuma 32 shj lagi. Kat Sabah jangka dapat 7, Sarawak 7, Johor 6, Phg 3, NS 4 lain2 negeri 5. So, inshaAllah kesemuanya berjaya dan akan dapat112 kerusi. "

Apakah semudah itu ?.Ini mesti datang dari blog bro Sakmongkol DAP yang begitu optimistik tapi tidak realistik.Kelskar betul mamat anon ni.KM boleh juga berkata BN punya 140 kerusi confirm berdasarkan keputusan 2008 dimana BN terkejut besar.Isunya

1.PKR akan kehilangan banyak kerusi dari 31 di 2008 ( 2004 hanya 1) dan dari analisis dan sentimen kini 20 seat pun amat sukar PKR dapat mencapainya.Sebab ? Semua tahu simpati pada DSAI telah luntur tambahan pula sebagai PM baik lupakan saja, bermasaalah.

2.DAP benar kuat tetapi paling banyak pun 40 kerusi di kawasan Cina.

3.Pas pula tidak kemana dengan parti kebajikan mereka.Bersekongkol dan mempertahan DAP menentang UMNO tidak akan memberi impak yang bagi orang Melayu yang amat benci pada DAP yang racis dan cauvanis.Umpsmsnys dalam isu kalimah Allah dan terbaru pemilihan CEC bagi DAP tanpa ada anak Melayu.Bro Sakmongkol dan bro Aspan langsong tidak laku dan tidak dicalonkan pun.Wal hal dari penulisan mereka ini hebat!!.Penulisan saja lah.

4.Benar, kuasa Melayu tidak akan luntur .Ini satu Malaya tahu mamat oii.Kenapa yang sibuk sangat juga hebat dan sombong sana sini dengan berbagai cara memburukan kerajaan yang diterajui UMNO?.Mahukan kuasa kan ?.

Ingat hari ini adalah 14 Januari .Tahu kah signifikannya ?.Kalau tidak tahu ini dia.Arwah Tun Razak dari Pahang satu satunya PM dari UMNO meninggal dunia di London pada tahun 1976 .Alfatihah bagi beliau.Saorang pengasas FELDA.Mana mungkin Najib tidak mahu memperbaiki FELDA buah fikiran ayahnda beliau ?.Niat Najib tetap suci dan bersih.Cuma niat PR yang tidak sama, demi politik dan kuasa.Selamat mengundi.

Kampong man said...

Oppss..tahukah anda pada 24 Jan pula Professor Di Raja Ungku Aziz akan menyambut hari jadi beliau ysng ke 92 dan Tun Dr Mahathir pula Dec lepas berumur 87.Hairan, ada banyak percubaan memburukan usha dan legasi Tun memerintah selama 22 tahun yang tidak masok akal.Ada yang mahu masokan beliau ke Penjara Sungai Buluh lagi sekira PR berjsya di PRU 13 ? Saolah olah Tun bersalah besar demi mempertahankan kebenaran DSAI .Tun ada 44 billion USD ?.Ini bukan fitnah ?

Mahu tahu lebih bacalah blog AIDC baca dan dengar apa Ezam Nor (Orang kanan DSAI) kata.Jangan dengar apa yang Zulkifli Nordin kata sahaja.DSAI bukan calon yang baik sebagai PM, itu sahaja.Dengarnya dari rakan KM yang hadhir di Stadium DSAI hebat berpidato.PR di ramal menang katanya.

@KM - Ucapkan selamat berjaya pada DSAI sebagai jiran yang baik tetapi tidak menyokong beliau sama sekali.

Anonymous said...

Kedua-dua pihak baik PR atau BN masing-masing nampak yakin akan menang dalam PRU13 ini. Wallahualam. Tapi apa yg membezakan PR dgn BN, PR sentiasa berkerja mencari undi rakyat walaupun 1 undi. BN nampaknya hanya melihat dari tepi sambil memberi komen-komen yang menyedapkan hati sendiri (samada komen itu jujur atau sebaliknya, wallahualam).

Anonymous said...

Nak cari merdeka yang sebenar? He he he
Cina DAP tak bodo. Dia tahu cita-cita jangka panjang akan tercapai melalui gagasan PR.
Mereka laungkan ketidakadilan. Tapi sedang menghirup kebebasan dan pembangunan di serbuah negara Malaysia sejak lebih 50 tahun yang lepas.
Transformasi keadilan telah membolehkan mereka berhimpun dan menghasut rakyat.
Tidak kah ini mengelirukan rakyat?
Rakyat terbanyak yang cerdik pasti dapat memikirkan.

Anonymous said...

Out of the expectation, just a fraction had turned up at the rally. The event was called the march of the million attendee of People's upraising. Of that fraction it could only recalled the gatherings  of people's Up-Roused. They came to realize with collectively selves-awareness that their presence were nothing more than wasting of their time for good, fun and fair time with much regrets.

What they heard were 'Noises' rather than 'Voices' from their old recordings of damped-spinning melodies of Noises-Over. The distorted noises amplified through the speakers bursting out their ears repeatedly soliciting with lyrics domineering of haughty in spinning heads ,  'Putrajaya hear we come, Putrajaya is ours. Barisan National is dead.'

When it was all over they congratulated among themselves but  left Stadium Merdeka in much despair. The feeling from the echo of repulsion keep on pondering into their heads. The divination of Hadi's lyrics,  Putrajaya is near and yet so far. Malay is just a Malay language.

The lyrics of Anwar with Samsidar constantly in his mind mimicking Tengku Abdul Rahman lauding Merdeka smearing Rakyat for his damnation and adulteration  were totally unaware but popping up for realization.

The solider of fortune, Lim Guan Eng spelt out his stuttering possum, Wau loves Malaysia, Melaka Wau tinggal, Penang Wau mali, Singapore Wau impikan , were lyrics of Tokong mirroring a Chauvernist. 
 
As one of the blind participants remark , " The rally demonstrated that we are really one people and one Nation." IS IT, Bro ???, Betul ke Bro ???

Anonymous said...

Pemimpin PR pakai 'reverse psycholofgy', konon BN cakap macam mana pun BN kena pertahankan Putrajaya .Dan PR mula berhujah untuk pastikan menang BN akan tipu undi.
Saya cadangkan Pemimpin PR bahawa kalu PR kalah itu tanda majoriti Rakyat terutama orang Melayu tidak terima konsep gagasan mereka.
Jangan psiko , kalu itu hakikatnya bagi sebuah negara berbilang kaum saperti Malaysia.
Buat lah macam mana rakyat tidak boleh dipaksakan pilihan dan pemikiran mereka.
Kalu yang datang tu fanatik sangat itu hak mereka, yang lain mereka boleh fikir sendiri mana baik. Kalu kalah juga jangan pandai-pandai salahkan SPRM pulak. Hu hu hu.

Anonymous said...

Wan, kas tak endok buat pedooh. Kas hadir sendiri kat satdium Merdeka hari Sabtu lepas. Dalam Stadium penuh dan memang sesak dan kat luar pulok semua jalan menuju ke stadium turut sesak. Kas congok2 jumah peserta termasuk pasukan keselamatan dalam dan luar stadium antara 100,000 ke 150,000 orang. Wan kata peserta cuma 45,000 oranag manakala Prof Saharil pakar matematik kata sekitar 700,000 orang. Awok dan Prof kedua2 bapok pedooh.

Kas harap topik ini berhenti kat sini je...merepek macam2. Wan buatlah artikal lain. Kas rindu dgn tulisan awok...bobook ke tidok ke...itu soal lain. Minat tetap minat. Asik nok bukak blog dia jer..

Wan ni jenis memakai agoknya...

Anonymous said...

Listen, Listen, Listen

Anonymous said...

LISTEN, LISTEN, LISTEN.

BOIKOT TV3!!!

sang sapurba said...

pencacai pakatan dalam blog ni adalah dua orang aje.guna banyak nama samaran.nampaklah dia orang ramai.tak apa ramai asalkan bodoh.cakap banyak tapi faktanya ke laut.

pru13.

menurut sumber risikan tentera,
pkr akan hilang 17 kerusi.pas akan hilang 4 kerusi.dap akan tambah 3 kerusi. jd siapa akan ke putra jaya???
fikir lah sendiri wahai pencacai yang cakap berdegar-degar.

Anonymous said...

Sang Sapurba,
Ini contoh terbaik bagaimana UMNO menyakahguna jentera/ajensi kerajaan. Tentera, polis, SPR, RTM dan pegawai2 kerajaan tu bukan kamu dan UMNO yg bayar gaji. Yg bayar gaji mereka adalah rakyat termasuk kami pembayar cukai.. Sepatutnya mereka bertugas mempertahankan negara demi kesejahteraan rakyat bukan bekerja mempertahankan BN/UMNO/Najib..

Ini 'akidah' sonsang yg melanda orang macam Sang Sapurba....yg percaya, "UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu adalah UMNO, duit kerajaan adalah duit UMNO"...

Ini jenis politik dunggu dan kunu...

Unknown said...

nk edit gmbar pun biar la cerdik sikit. x kan la smpai ats bumbung stadium pun pserta nk naik. saya sndiri prgi stadium tempoh hari, mana ada smpai ats bmbung. edit gambar tu pihak pnyokong umno/bn sndiri yg edit, pastu ckp pnyokong PR plak yg palsukn gmbar trsebut..sudah2 la membohong rakyat umno/bn !!hentikan politik KOTOR!!!!

Unknown said...

hentikan politik KOTOR wahai puak2 umno/bn!!!!!

sang sapurba said...

anon 4.05,

kau lah yang dungu.sape2 memerintah dia berkuasa.tanah yang diberi oleh pas kepada dua orang dap untuk pertukaran jawatan menteri besar perak tu tanah bapak pas ke?tanah bapak nik aziz ke??

kau dungu kerana hanya nampak keburukan orang sedangkan punggung kau penuh tahi cirit kau cuba sembunyikan.

patut lah tak pernah bersyukur sbbdungu sangat!!!

Anonymous said...

Wahai sang sapurba,

Suka sangat kamu menabur fitnah...sah kamu berguru dgn TV3.

Anonymous said...

Syabas dan tahniah WZWH. Harap teruskan berblog membuka minda orang Jerantut.

Anonymous said...

satu kajian terbaru meletakan Malaysia sebagai negara pilihan pertama (Top Choice) oleh bagi pelawat Muslim dengan grade 8.3 daripada 10.diikuti Egypt dengan 6.7.

"Malaysia is one of the few countries when you can find a prayer place in almost every location, be it mall or the airport"

That speaks volume.

Yang untung DAP dengan agenda halus.Yang rugi Melayu yang berpecah.

@ KM

sang sapurba said...

ANON 7.08,KAU BERGURU DENGAN HARAKAH.TV3 BERITANYA MMG PROPA BN.HARAKAH LAGI TERUK.SEMUA BN TAK BETUL.FAKTA PUN BANYAK REKA.TV3 ADA ETIKA KEWARTAWANAN.HARAKAH ADA ETIKA KITAB KUNING,HARAMMU HALALKU!!!

Unknown said...

Salam Semua..

Bagi saya pemilik blog ini tersilap/tidak membuktikan maklumat yang benar, saya telah melihat beberapa gambar & video yang diambil oleh beberapa kenalan selepas mereka pulang ke Jerantut..Gambar & video sangat berbeza dari gambar yang tuan blog ini telah paparkan..harap tuan blog meminta maaf atau menarik balik artikal ini kerana bagi saya ini membuktikan berlaku fitnah/penipuan..dosa tersebut akan berterusan jika tidak diperbetulkan..sekian, maaf jika saya tersilap

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024