Friday, June 29, 2012

Falsafah UMNO Untuk 3.3 Juta Ahli



Inilah satu pandangan pemikiran dari Bro Ghab yang boleh WZWH rasa 3.3 juta ahli UMNO ambil perhatian.

Kadang-kadang idea pemikiran yang baik bukan datang dari pemimpin-pemimpin UMNO tapi datang dari ahli biasa atau yang bukan ahli tetapi melihat perjuangan UMNO dari luar.

Dengan penuh insaf dan kesabaran , Melayu dan Ahli-ahli UMNO khasnya di kehendaki berpegang teguh kepada amanah bangsa untuk terus mengeratkan lagi sillatulrahim di antara satu sama lain . Di kehendaki juga merapatkan saf untuk memaju ke arah kemenangan di pilihan raya yang akan diumumkan tak lama lagi. 

Wujudkan satu tekad diikuti dengan usaha bersama dan semarakkan kesatuan jiwa yang berniatkan Perjuangan Melayu . Dengan kesatuan jiwa ini , Melayu di kehendaki menampilkan diri kepada saudara pengundi-pengundi dengan satu tujuan yang berasaskan Hak asasi Melayu , iaitu memperkasakan dan memperkukuhkan lagi kuasa politik Melayu supaya ia berkekalan ke akhir zaman .

Sebelum mendekati saudara pengundi-pengundi , khasnya pengundi Melayu , tidak kira yang lama atau yang muda , semarakkan semangat di dada dengan erti kata , menghayati dan mengisi garisan akidah perjuangan Melayu . Tidak boleh dinafikan , perjuangan ini berasaskan kebenaran , kebenaran untuk bangsa Melayu terus berkuasa di tanah airnya sendiri , iaitu Tanah Melayu . Dengan semangat ini di harapkan masyarakat dan pusaka warisan Melayu bertambah teguh dan tidak boleh lagi dipermainkan dan di pelekehkan oleh anasir2 keruntuhan hingga membolehkan orang-orang Melayu terpinggir dari dimakan zaman . 

Bersama memohon sematkan di jiwa dengan erti-erti kebenaran perjuangan yang berikut sebagai persediaan apabila mendekati saudara pengundi-pengundi :

(1) Umno memang sebenarnya sebuah parti politik Melayu yang bertunjakkan kepada kemuliaan bangsa . Perjuangan yang berasakan kebenaran bangsa ini telah mendukung cita-cita kebangsaan Melayu . Maruah Melayu berisikan kedaulatan bangsa yang telah pasti diteruskan , diamalkan dan baik dijadikan teladan demi berkekalan selama lamanya . 

(2) Langkah-langkah untuk memertabatkan lagi bangsa adalah tanggungjawab Melayu bersama. Dalam erti kata bangsa Melayu telah diatur satu landasan kebebasan untuk memilih dan mempertahankan martabat bangsa .

(3) Mengekalkan Agama Islam adalah tanggungjawab yang diwajibkan. Selain itu, Melayu memperjuangkan dan mempertahankan Agama adalah amanah Allah SWT kepada bangsa Melayu yang mana tidak boleh dijual beli dan tidak mudah ditolak dengan sewenang-wenangnya .

(4) Negara Malaysia ini wujud dan tanah yang di pijak ialah Tanah Melayu . Bangsa Melayu perlu sedar bahawa ini adalah benar dan wujud . Kemampuan untuk mempertahankan Negara adalah kebenaran Melayu . Melayu telah membuktikan dan terbukti , mempertahankan Negara adalah amanah Melayu . Mempertahankan Negara dari ancaman komunis ialah Melayu . Menjaga keamanan ialah Melayu . Memadam kebakaran ialah Melayu . Menjaga yang sakit ialah Melayu . Yang mengajar keilmuan anak-anak disekolah ialah Melayu . Kaki tangan pertadbiran Negara ialah Melayu . Memberi air bersih dan tenaga ialah Melayu . Penanam padi yang memberi makanan utama ialah Melayu....kerana Melayu bersifatkan ketahanan dan penerimaan , Negara telah memperolehi keamanan dan kesejahteraan .

(5) Dari hasil perjuangan datuk moyang , kemerdekaan telah di kabulkan tanpa setitik darah pun jatuh ke bumi . Adalah tanggungjawab bersama untuk mempertahankan kemerdekaan , kerana ini adalah darah daging Perjuangan Melayu untuk bebas dari ancaman , anasir luar dan dalam . Darah Melayu yang mengalir telah berjuang untuk kebebasan semenjak 1511 sampai tertubuhnya sebuah Negara yang Merdeka . Dan Melayu juga yang akan mewarisi untuk menerus mempertahankan keramat Kemerdekaan ini . 

(6) Ada lah juga dari darah daging bangsa Melayu yang telah mendukung Perlembagaan Negara , Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berperlembagaan yang diperjuangkan oleh datuk moyang akan berkekalan selama-lamanya . Ini adalah satu tekad, ikrar dan amanah bangsa Melayu yang berwarisan 

(7) Perlembagaan ialah merupakan asas yang mengariskan panduan berkerajaan kepada Negara . Tiap-tiap warga Negara tidak kira pegangan , kedudukan pemerentahan atau tidak , mesti mematuhi undang-undang , undang-undang yang lebih tinggi iaitu Perlembagaan . Kepatuhan Melayu tidak songsang untuk mendukung Perlembagaan . Budaya Melayu yang berpegang kepada daya pemikiran dan kerohanian mengalu-alukan pembentukan berkerajaan demokratik yang selama ini tetap Melayu pertahankan . 

(8) Raja Perlembagaan ialah tunjak keagungan Melayu . Walaupun bermaksud Raja adalah ketua simbolik dan kuasa Raja terhad di dalam Perlembagaan namun umat Melayu tetap setia mehormati dan Raja itu ialah Raja Melayu . Dalam masa yang sama , Melayu faham Raja juga perwakilan demokrasi Negara . Raja adalah juga benteng keagongan dan perpaduan Melayu .

(9) Jesteru itu , Melayu tidak segan dan pilu untuk menegak , mempertahan dan mengembangkan Islam . Ini kebenaran bangsa Melayu . Apa tah lagi , Islam adalah agama rasmi Negara . Dan Melayu angkuh dengan menghormati prinsip kebangsaan beragama . Budaya bangsa Melayu tidak seinci pun berpandangan serong kepada yang bukan beragama Islam . Namun Melayu tetap mempertahankan kedaulatan Rakyat dan keadilan rakyat asalkan berasas dan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen .

(10) Bangsa Melayu angkuh dengan perjalanan untuk memajukan lagi ekonomi Melayu peribumi khasnya dan Rakyat Malaysia amnya . Ini tidak boleh di nafikan bahawa kemakmuran Negara telah memberi nikmat kepada seluruh rakyat setelah lebih 60 tahun menduduki kemerdekaan .

(11) Jaminan yang diberi oleh bangsa Melayu di atas kedudukan Bahasa Kebangsaan telah lama dipekasakan . Bangsa Melayu diamanah untuk menerus mempertabatkan Bahasa Kebangsaan selain sebagai bahasa rasmi ialah bahasa pengantaran dan bahasa ibunda Negara berteraskan Kebudayaan Melayu .

(12) Adalah kemampuan budaya Melayu atas sifat ketahanan dan penerimaan telah wujudnya kerjasama diantara kaum . Dengan usaha ini telah melahirkan satu Bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan Hak-Hak istimewa bangsa Melayu dan Hak-hak asasi manusia . 

Ini lah wadah Perjuangan Melayu yang tersemat didada dan harus disemaikan ke anak-anak muda-mudi Bangsa . Untuk Bangsa Melayu ; Buang yang Keruh Ambil yang Jernih .

10 comments:

Anonymous said...

MasalahNya Segalanya telah rosak Dan Sukar utk dibaiki lagi.
Umno diwarisi Oleh generasi , ahli Dan kroni yang telah reput jiwanya Dan tidak pernah melihat kerosakan yang dilakukan. Malah keinginan besar untuk melakukan kerosakan lagi.

Lihat saja Negeri pahang, walaupun Kita melihat Ada kemajuan, sebenarnya banyak kehilangan Dari SEgi kilang, tanah, balak Dan ladang.

Membaca angka Dan text saja tidak mencukupi.Kita perlu Lebih daripada itu.........................

Anonymous said...

assalamualaikum,saya pelajar berumur 16 tahun dah bersekolah di SMK USJ 12,setelah saya membaca pendapat dan pemikiran En.Ghab,saya mengakui setiap perkataan yang saya baca itu menginspirasikan saya untuk belajar lebih rajin.Nescahaya,berjaya dalam pelajaran dan manjadi bangsa melayu yang berguna untuk negara yang saya kasihi iaitu Malaysia.Walau bagaimanapun,sebagai rakyat Malaysia berbangsa melayu,kami hendaklah memberi kerjasama antara kaum seperti cina,india dan lain2,kerana tanah melayu juga tanah satu Malaysia :)

Anonymous said...

Tanpa UMNO pun bangsa Melayu boleh hidup dan berjaya di tanah air ini.

Anonymous said...

Abg Anonymous pukul 8:26pm

Memang betul bangsa melayu boleh hidup tanpa parti,orang kata cacing dalam batu pun boleh hidup,itu cacing,tetapi kita manusia,mana boleh hidup dalam batu,siapa nak membantu saya membayar pembelajaran saya apabila masuk universiti nanti.Bapa saya kerja kerajaan pangkat rendah,tak tau la mampu ke tak mampu bapa saya,mak tak kerja .Saya ada 5 adik beradik kecil2 lagi.Abg Anonymous boleh jamin tak?

Anonymous said...

Ko ni tulis pakai wardah la sket usoh menyamar mcm anak kecik..akai tahap ya allah,tuhan..

BN said...

kenapa dalam parlimen DSAI cabar MP BN bongkar isu RM 3 bil tiada wakil MP BN bangun?

Anonymous said...

Abg Anonymous,apa maksud 'wardah'? saya tak menyamar,umur saya 16 tahun,kelas 4Browser di SMK USJ 12

Anonymous said...

Aslm...saya berpandangan UMNO adalah satu parti yang sememangnya memperjuangan bangsa Melayu dan agama islam. Sepanjang pengamatan sy ttg Umno..parti yang benar2 menjaga dan mempertahankan perlembangan/ undang2 amnya kepada kepentingan bangsa Melayu..
Misi,visi,objektif perjuangan parti umno adalah Benar dalam memartabatkan bangsa melayu, mempertahankan agama islam dan juga tanah melayu..
tapi tidak dinafikan yang membuat sesebuah parti itu kecundang disebabkan sikap individu,yang munafik tidak kira dalam kelompok melayu,cina, india dan lain-lain..itulah norma kehidupan manusia yang tidak pernah jemu dalam melakukan kerja-kerja munafik..
saya amat yakin tentang perjuangan Umno walaupun ada sedikit kekurangan individu dlm menjalankan tanggungjawab..
Apa yang Bro Ghab samapaikan adalah satu nukilan yang amat mendalam jika kita benar2 menjiwai, mendalami setiap baris kata yang dirungkaikan....saya percaya setiap individu melayu itu akan bersatu,bangga terhadap bangsanya,megah dgn agamanya dan tanah air yang dicintai.
Insyaallah sebrg anasir2 jahat dan hasutan "dajjal" dpt kita tangkis.

Dee said...

En Ghab,

Adalah seorang yang berjiwa Melayu dan inginkan semua bangsa Melayu bersatu (walaupun berlainan ideologi politik) supaya negara tanah Melayu ini terus kepunyaan bangsa Melayu.....yang sedihnya ada sesetengah orang Melayu walau pun dalam golongan intelektual sudah lupa perjuangan UMNO dahulu untuk menyatukan bangsa.

Angka-angka kejayaan makin berkurangan dan angka-angka yang menunjukkan kepincangan makin bertambah. Dalam keadaan ini, wajah sebenar perjuangan orang-orang Melayu tidak kelihatan. Wajah tersebut telah dikaburi oleh pelbagai tindakan dan langkah yang mengecewakan, sehingga orang Melayu yang memiliki keinsafan dan kesedaran berada dalam keadaan terpinga-pinga.

Harapan beliau pada setiap individu Melayu, seharusnya, membuat renungan tajam ke arah diri sendiri dan bertanya ke arah manakah hala tuju perjuangan mereka.

TUN SRI LANANG said...

SOALAN SAYA BAGAIMANA TANPA UMNO MELAYU BOLEH TERPELIHARA; BAGAIMANA RAJA RAJA MELAYU BOLEH DIJAMIN KEDUDUKANNYA? BAGAIMANA ISLAM BOLEH DIPERTAHANKAN? SIAPA BOLEH BAGI FORMULA INI SELAIN UMNO? KALAU PAS BAGAIMANA? KALAU PARTI KEDAP (KEADILAN DAN DAP) BAGAIMANA? MOHON DIBERITAHU?

TANPA UMNO ..MELAYU BOLEH HIDUP...??? MEMANG BOLEH HIDUP...KEHIDUPAN MACAM MELAYU DI SINGAPURA.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024