Tuesday, June 19, 2012

Pahang Kehilangan 'Timbalan Menteri Besar Pahang' Terakhir

Allahyarham Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak.

Exco Pahang Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak, 64, meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh pagi ini, selepas hampir dua minggu dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang itu menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 8.55 pagi ini.

Anak jati Chenor itu merupakan Ketua Umno Bahagian Maran dan telah lima penggal menjadi ADUN Chenor. Beliau juga pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang.

Ketua Umno Bahagian Maran yang terkenal dengan panggilan Dato’ Tan, beliau mulai dipilih sebagai Adun Chenor pada pilihan raya umum 1990 setelah menggantikan tempat Allahyarham Datuk Mahmud Mat. 

Sebelum itu beliau merupakan Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Pahang, Tun Khalil Yaakob.

Beliau juga pernah diangkat sebagai Timbalan kepada Menteri Besar Pahang, tetapi tidak dilantik semula oleh DSD Adnan Yaakob selepas PRU 2008 kerana jawatan itu dikosongkan sehingga kini.

Dato’ Tan Exco kanan Kerajaan Negeri Pahang berusia 64 tahun itu meninggalkan seorang balu, Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang anak, manakala anak sulungnya telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Seingat WZWH sewaktu hadir di Dewan Undangan Negeri Pahang sebagai pemerhati, Allahyarham seorang ADUN yang nampak pendiam tapi bila keadaan memerlukan beliau akan bangun bersuara dan menyatakan pandangan.

Soal pertanian dan hal ehwal Felda menjadi isu yang Allahyarham suka ambil berat di Pahang.

UMNO Pahang kehilangan seorang ahli politik yang berpengalaman, pemimpin yang kerap bersama akarumbi dikawasan, taat setia kepada parti dan pucuk pimpinan tanpa berbelah bagi.

6 comments:

Bicara Mekna said...

al-fatihah & Salam Takziah untuk keluarga Allahyarham..

Quiet Despair said...

Takziah kepada keluarga allahyarham. Al-Fatihah kepadanya dan semoga rohnya dicucuri Allah.
Keluarga saya dari moyang hingga sedara mara saya menggangapnya bukan saja sebagai kawan malah macam sedara sendiri
Harap Pahang mendapat pengganti yang sededikasi dan sesetianya kepada UMNO.

Durian Gugur said...

salam takziah.. Al-Fatihah...

Kampong man said...

Al- Fatihah dan Salam Takziah dari Kampong man, Melaka.

Ghab said...

Al-Fatihah , ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham Tan . Sama2 kita berdoa kepada Allah SWT semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman . Alhamdullilah Allahyarham telah selamat dikebumikan .

Allahyarham adalah sahabat karib saya . Saya dan allahyarham adalah penuntut di University of Alberta , Kanada dan juga teman serumah . Allahyarham seorang yang pendiam tetapi rajin lagi tekun dalam bidang fakulti akademiknya.

Dalam tahun keempat kami jarang bertemu muka dengan Allahyarham kerana masanya banyak diluangkan diperpustakaan sahaja . Walaubagaimanapun. Allahyarham tetap tunaikan tanggungjawabnya kerana peraturan telah diputuskan atas persetujuaan bersama . Tiap2 teman rumah di wajibkan memasak satu kali dalam seminggu dan tugas seterusnya ialah menjaga kebersihan ruang tamu , bilk air dan ruang dapur mengikut giliiran hari yang ditentukan .

Yang hendak menjadikan cerita dalam tugas memasak ini , kita tidak boleh menyuruh kepada Chef ( Allahyarham ) apa2 yang ia hendak dihidangkan mengikut selera kita . Kita hanya boleh bertanya sahaja ( house rule) .

" Tan , lu masak apa hari ini ? " . Sambil gelak Tan menjawab " Hari ini istimewa , gua masak TELOR masak kicap ala Jepun Tokyo kei kei " . " Apa jadi dengan Jepun Kioto itu? " Saya bertanya . " Lu lupa , lu tak boleh tanya masakan gua , ini rule " Begitu juga dengan minggu2 yang lain , berbulan2 dan malah bertahun , tak habis2 dengan TELOR sambal tumis , TELOR masam manis dan ada kalanya TELOR mata lembu dan TELOR rebus juga menjadi hidangan utama bagi kami bersama .

Allahyarham saorang peminat setia kepada ' Edmonton Oilers' satu pasukan ice hockey , Alberta National Team , yang jurung kali menjadi juara pemenang Stanley Cup ( NHL) . Wayne Gretzky ialah hero sukan kepada Allahyarham . Allahyarham sering ke skating ring bermain ice hockey bersama kawan2 yang berminat dalam sukan itu . Dalam American Football League , Allahyarham adalah peminat Miami Dolphin .

My family and I are going to miss him very much , agar doa2 kita kepada Allahyarham akan dimakbulkan oleh Allah SWT .

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Bro Ghab,
Terima kasih memberi satu info maklumat Allahyarham Dato' Tan. Yang ini orang Pahang kena tahu. Kalau bro Ghab tak cerita, WZWH mati-mati ingat Allahyarham belajar local U. Semoga Allah menempat Allahyarham dimakam yang tinggi.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024