Saturday, October 22, 2011

Agenda Membersihkan Ahli Majlis Daerah Jerantut Bagi Merakyatkan MDJ


Blog Suara Prihatin UMNO Jerantut dan Hulu Tembeling telah membincangkan "Local Government" atau Kerajaan Tempatan Jerantut secara kritikal.

Isu-isu yang disentuh ialah : Konspirasi, Kroni, Korupsi, Panel untuk kepentingan diri juga Pemimpin Basi.

Isu-isu yang dibangkitkan :
  • Gerai 'Corner' dihadapan Pasar Basah Jerantut ada beberapa buah yang masih kosong, namun ada juga yang baru hendak diisi semula, malangnya ada berita yang tidak memuaskan hati. Khabarnya ada antara gerai berkenaan milik orang tertentu yang juga memiliki gerai ditempat lain dan menyewakannya kepada orang kedua dengan harga yang tinggi.
  • Minta MDJ supaya menarik kembali gerai-gerai dari mereka yang tidak berniaga sendiri ditempat berkenaan bagi tidak menggalakkan orang ke-3.
  • Supaya MDJ lebih peka kepada masalah sekitar seperti sampah dikutip , papan tanda tidak di baiki dll lagi .
  • Banyak tanah-tanah yang diberikan taraf 'TOL' disepanjang jalan dari Jerantut ke Jerantut Feri kepada individu yang rapat dengan pemimpin politik Jerantut untuk disewakan kepada peniaga-peniaga. Sedangkan dalam kes lain PTG lewat memproses tanah yang dipohon oleh orang-orang kampung sehingga ada yang sudah menjangkau hampir 20 tahun tapi masih belum selesai diproses.
  • Lantikan ahli majlis, kita dapat lihat sesetengah orang yang dilantik untuk memimpin pembangunan bandar kita, dah berkurun-kurun lamanya, seolah-olah berjawatan tetap dan berpencen, ada yang telah melebihi had pesaraan kerajaan masih dilantik, mereka bukan dilantik diatas kemampuan mereka, tetapi dilantik atas kapasiti mereka sebagai orang-orang kuat pemimpin yang sudah basi ini.
  • Jika mereka yang dilantik, berkerja mengikut peraturan, tidaklah terjadi ada gerai yang kosong, seperti yang di nyatakan oleh SPU akan di sewa oleh penyewa kepada orang lain dengan harga yang tinggi, penyewa pulak boleh mengaut untung, sebagi contohnya sewa dari majlis sekitar RM200 sebulan, tapi di sewakan kepada orang lain dengan sewaan RM600 sebulan, dan beliau berniaga di tempat lain, di bawah pokok.
  • Ahli majlis pun mungkin ada yang melakukan perkara yang sama?, sewa pada majlis lepas itu sewa pula pada kepada peniaga lain, untung atas angin?
  • Begitu juga lah dengan pemberian kerja kerja melalui sebut harga atau tender untuk pembangunan imfra maupun perkhidmatan, ada yang berkatakata rata rata orang yang sama sahaja yang dapat? Ini bukan kerja undi yang di lakukan oleh PLB, kerja kerja yang melalui proses sebut harga? Proses yang di jalankan mengikut peraturan,?, tapi kata mereka mungkin di sebab kan ada kospirasi orang dalaman, hanya mereka yang tertentu sahaja yang memperolehi, walau pun nama lesen pemaju mengunakan nama orang lain, tapi kerja yang dilakukan oleh orang sama?, sesetengahnya kerja belum siap lagi di tempat lain dah dapat kerja baru, sana buat sini buat, tapi nama pemunya lesen berbeza. jika ini betulah berlaku, apa kata para kontrektor lain yang tidak mempunyai kerja?
  • Begitu jugalah dengan perlantikan ahli ahli majlis, INI LAH SUSAHNYA JIKA KITA MEMPUNYAI PEMIMPIN PEMIMPIN YANG BASI!!!!!!!
Maka oleh itu posting WZWH kali ini mengutarakan agenda membersihkan Ahli Majlis Daerah Jerantut bagi merakyatkan Majlis Daerah Jerantut.

Kerajaan BN perlu memilih calon-calon Ahli Majlis Daerah Jerantut yang berintegeriti, bersih, cekap, amanah, berkebolehan, aktif menyumbang, selalu turun padang mendengar masalah warga MDJ. Mana-mana Ahli Majlis yang tidak relevan dan menyumbang serta tidak bersih perlu dibuang diganti dengan calon-calon yang sesuai dan berkelayakan.

Senarai Ahli Majlis Daerah Jerantut sebelum rombakan hujung tahun ini:
  1. YH. Dato' Haji Ismail Bin Mohd Ali, DIMP.,AAP.,AMP.,PJK., Pegawai Daerah.
  2. Supt. Jamaludin bin Abd. Rahman,AMN., PPP., AAP., Ketua Polis Daerah
  3. Dr. Wan Abdul Rahim bin Wan Muhammad, Pegawai Kesihatan Daerah
  4. Encik Mohd. Naim bin Ibrahim, Jurutera Daerah
  5. YH. Dato' Haji Rosdi bin Awang Sulong, DIMP., 
  6. Encik Goh Say Joo, AMP., 
  7. Encik Yap Chung Huah
  8. YH. Dato' Hajjah Nazilah binti Haji Abdul Latif, DIMP.,AMP., 
  9. Encik Mohd. Ghazali bin Hamzah 
  10. Puan Khatijah binti Haji Mohd. Said, PJK.,
  11. Encik Lim Ah Kau
  12. Encik Nordin bin Abdul Wahid, PJK., 
  13. Encik Zamri bin Yaakob, PKC., PJK.,
  14. Encik Ibrahim bin Sulaiman
  15. YH. Dato' Ng See Teong, DIMP., AAP., PKT., 
  16. Puan Norhelan binti Mahmud
  17. YH. Dato' Mohd. Taufek bin Tan Sri Abdul Razak, DIMP.,
  18. YH. Dato' Azizan bin Yaakob, DIMP., SAP., 
  19. YH. Dato' Haji Nazri bin Haji Ngah, DIMP.,
  20. Encik Abd. Halim bin Mahasan 
  21. Tuan Haji Abd. Rahim bin Yahya
  22. YH. Dato' Ganesin al Supayah, DIMP.,
  23. Encik Vellaithan al Murugan, PKC
  24. Encik Low Cheong Seng 
  25. Encik Lai Chee Kian
  26. Puan Ng Geok Khim
  27. Encik Sam Hon Soo, PJK., 
90,000 warga Jerantut jika ada tidak puas hati kepada perkhidmatan Ahli Majlis daerah Jerantut sila nyatakan ketidakpuasan hati, komen dan cadangan dalam blog WZWH ini. 

Blog WZWH adalah blog kepunyaan warga Jerantut semua.

12 comments:

Anonymous said...

Apa Susan WZWH kita semua dah setuju tukar kerajaan baru Negeri PAHANG milk PKR PRU 13

Anonymous said...

Kah orang LKNP,,,,,Saudara WZWH lantik Wan Shahril,Wan A Badzli Shah,Wan Izam,Wan Samsuri,Wan Kheru,Wan Jo baru awak Dan puak puak awak puas hati

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Sorry Anon 9:47 orang LKNP,
WZWH memperjuangkan kehendak warga Jerantut kenapa Anon bersikap rasis dan prejudis terhadap WZWH. Anon perlu lihat dan kaji isu-isu yang dibangkitkan. WZWH akan bersihkan Ahli Majlis Daerah Jerantut bagi merakyatkan MDJ demi kepentingan warga Jerantut.

Anonymous said...

Jembalang tanah bekata, kenape orang JERANTUT masih kelabu asap siapa Nordin Wahid orang mana penting sangat ke nak lantik dia jadi Ahli Majlis ........dia ni kroni Dr Shukri Dan Dato Sri Lim Ah Chap.......halau aje Nordin Wahid tu balk kelepis.....

Anonymous said...

Saya sokong jika ambil Wan Shahril jadi Ahli majlis dia tak Ada kerja tulis blog aje lobi abang dia jadi YB haaaaaa orag drulug .... Lawan Tembeling Tengah....kita nanti tengok sapa menang

Anonymous said...

Saya sokong jika ambil Wan Shahril jadi Ahli majlis dia tak Ada kerja tulis blog aje lobi abang dia jadi YB haaaaaa orag drulug .... Lawan Tembeling Tengah....kita nanti tengok sapa menang

Anonymous said...

anon 9.47,
kas tahulah awok talibarut hj rosdi.sebab itu awok marah.tapi pasal apa pulak sebut nama orang yang tak berkenaan langsung jadi ahli majlis.setakat 300rm sebulan kita orang tak kebulur lah.

awok waris hj rosdi tentulah kebulur 300rm sebab boleh beli syabu.layaaaannn!

Anonymous said...

mengenai lantikan ahli majlis, betulah mereka telah dilantik apa yang kita nak bising.

mereka bagus buat keje, mereka tidak mempunyai kepentingan...

lihat senarai nama pun kita tau,,,mereka bagus...kerana mereka banyak buat pembaharuan.

satu lagi , boleh lantik orang perseorangan yang tidak ada kepentingan politik?

nak tanya aja....sbb nama2 tu banyak org politik

Relevan said...

Kasi tukar mana2 yang sudah terlalu saka itu.. haha!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Wow! Relevan Sokmo pun mahu ambil tahu Ahli Majlis Daerah Jerantut...ekekekekekekeke

Anonymous said...

Nama WAN dri Jantut x de dalam senarai Ahli Majlis ada sorang pn entah wan dri mne..kalau ada 2 ataupn 3 orang wan dri daerah jerantut baru laa WZWH tak komen apa2...kikikikikiki

dobit127 said...

penting sangat Ahli Majlis ini.. Sampai kawan tengok berkelahi macam seolah-olah kalau sesiapa dapat jadi ahli, seolah macam menang PRU..
Kalau penting sangat, moh minta WZWH tulis kat sini apa kerja ahli Majlis ni.. Kalau takat meeting dan menasihat, baik tak payah..
Buat jer laman web khas untuk MDJ, pastu minta pandangan orang ramai tentang sesuatu isu..
Contohnya pembangunan Stesen Bas Baru, penduduk Jerantut mahu di mana, Perlu ke tidak stesen baru atau sekadar memantapkan stesen sedia ada..
Idea wakil dari Ahli Majlis kadang kala bagus tetapi lebih bagus jika kita dengar idea dari orang ramai..
Memang banyak idea tidak relevan akan dikeluarkan tetapi tak salah kita mendengarnya..
Buat web ini, kos kurang, birokrasi kurang, kerja banyak dan lebih penting apa yang hendak dibuat fokus kepada penduduk sendiri...
Sesuai dengan slogan 1 Malaysia.. Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan....

Cadangan sahaja...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024