Friday, October 14, 2011

Bila Politik Budu Mahu Cabar Asam Rong di Jerantut Analogi PRU 13

Bila politik budu mahu menguasai politik asam rong di Jerantut.

Budu makanan orang Kelantan. Sedap. Ianya hitam kecoklatan dibuat dari ikan yang diperam. Orang Jerantut pun sekarang memang suka makan budu. Cicah dengan lada kampung.

Gelombang politik Budu mula bangkit di Jerantut. Budu ada adik. Orang Jerantut panggil adik Budu dengan nama Pede'. Pede' pun hebat juga 2 kali sudah bertanding parlimen Jerantut.

Asam rong dibuat dari perah. Oleh kerana buah perah susah nak cari kat hutan orang Jerantut guna biji getah sebab banyak ladang getah di Jerantut. Biji getah ini dijemur, diketuk-ketuk dan ada prosesnya.

Asam rong ramai pengikut. Sekali rasa pasti nak rasa lagi dan ketagih. Saintis kata asam rong ada drug sebab itu ketagih. Boleh makan berpingan-pingan berpeluh.

Kenapa Budu bersemangat dan aktif? Sebab towkay Budu dari KL ada sokong. Budu sangat laju politiknya malah mengalahkan adiknya Pede'.

Berapa banyak treler towkay Budu nak curah di Jerantut? Tanya towkay asam rong. Barangkali towkay asam rong tengah mencongak kekuatan towkay Budu.

Towkay Budu dan Budu mahu bertanding PRU 13 nanti di Jerantut. Towkay Budu mahu bertanding parlimen, Budu mahu bertanding di DUN aje. Towkay Budu disuruh juga bertanding di DUN Asam Rong!

Ada orang Jerantut cakap kat towkay Budu,"towkay kalau mahu bertanding di Jerantut kena belajar makan asam rong". 

Towkay Budu tanya balik," asam rong tu apa?"

Asam rong adalah simbol kekuatan politik Jerantut. 

Towkay Budu tanya lagi," asam rong dibuat dari apa?"

Orang Jerantut jawab,"dari bijih getah towkay".

Towkay Budu tergamam...lalu secara spontan berkata," hanya babi aje makan biji getah ni! sambil ketawa besar "ha ha ha ha ha". Budu turut gelak ketawa bersama towkaynya.

Berita "hanya babi aje makan biji getah" ini sudah sampai ke pengetahuan towkay asam rong. Maka berkumpullah semua saudagar-saudagar Pahang kesemuanya membincangkan perihal politik Budu mahu mencabar asam rong mahu menguasai politik Jerantut dan Kuantan.

6 comments:

Anonymous said...

Inilah orang politik. Cakap berbelit-belit. Tak pahang aku...

Mengangguk maknanya Tidak, menggeleng maknanya Ya.

Cuba cerita secara jelas, street two de poing....

Anonymous said...

Anon kena belajar sastera politik Jerantut ekekekekekeke baru enjoy karya WZWH heheheheheeh

Anonymous said...

tiada BUDU..tiada ASAM RONG....semuanyer masih rakyat malaysia....kalu org indon pun boleh dapat IC...PR.dan xlamer lge mukin akan memerintahh malaysia..mukin akan berlaku..x perlu kite balah kerana kite masih rakyat Malaysiaaa.......yg tololnyer WZWH sekejap memuji sekejap cuba melaga-laga kan (kenegerian).

Anonymous said...

pada fahamam aku,asam rong untuk org pahang,budu untuk org kelantan....kalau beginilah fahamam WZWH cuba sampai kan aku rasa lebih rentikanlah....kalau awak teruskan blog begini....wan mizan ada masaalah untuk menang dun tahan...D,S,B,A,T,N,K,SEBAB PLAT NI RAMAI DUK DUN TAHAN

Anonymous said...

WZWH NAK RISO MENDE...DIA DAH TAU WAN MIZAN TAK DAPAT BERTANDING DAH...DUN TAHAN SEKARANG NAMA PENGHULU WAN SHAMSURI DAN DATO'WAN BAKAR YANG PALING MELETUP!!!!!!!!!! tulislah blog gini wzwh tak masalah pun

Anonymous said...

daripada bagi orang luar jadi tuan di jerantut baik bagi anak jati pahang walaupun dari daerah mana pun asalkan anak jati pahang(bukan lahir di pahang tapi keturunan orang luar)

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024