Sunday, October 9, 2011

Kehilangan Seorang AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut

Allahyarham Muhammad Razman Sidik, pemimpin Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dan belia Pahang.

AL FATIHAH untuk ALLAHYARHAM Muhammad Razman Sidik yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.40pm di klinik Sungai  Tekam Utara...semoga rohnya dirahmati ALLAH dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...

Muhammad Razman Sidik adalah AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Beliau juga adalah Pengerusi Belia MAYC Pahang. Mantan Setiausaha MBD Jerantut.

Jerantut kehilangan seorang anak muda yang aktif UMNO dan NGO serta belia. Perginya beliau merupakan satu kehilangan besar kepada Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dan persatuan belia Jerantut dan Pahang.

Beliau pada 21 September 2011 telah tercedera terlibat dengan satu kemalangan dua buah kereta di selekoh merbahaya di Bandar Tun Razak Jengka. Beliau dimasukkan ke hospital Temerloh.

Beliau mengadu sakit dada dan kaki lalu berurut di Felda Sungai Tekam Utara tempat keluarga mertuanya. Sejurus itu beliau berasa tidak sihat. Jenazah akan dikebumikan di tempat kelahiran beliau di Kampung Damak Ulu Cheka Jerantut.

WZWH mengucapkan Salam Takziah buat Seisi Keluarga arwah. Semoga Roh arwah diCucuri Rahmat dan tergolong di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah...Amin.

5 comments:

Anonymous said...

2, 3 orang sahabat2 politik kita telah ke rahmahtullah..terbaru arwah razman sidek..
berhati2 dalam mengeluarkan isu atau pendapat.bimbang tak sempat meminta maaf di saat nyawa di kerongkong.
jikalau hendak menegur,niat lah kerana Allah..bukan kerana nak menaikkan seseorang atau menjatuhkan seseorang..
Kerana mati itu pasti...

Anonymous said...

AL FATIHAH.kehilangan besar bg PPU Bhgn Jerantut.sama2lah kita berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan ddikalangan org2 yg beriman.amin

Miecyber said...

Al Fatihah...

Jemaah boleh SMS jika sesat atau ada kemusykilan

PemikirpolitikJerantut said...

AL-fATIHAH

Hjh Fadilah Sallehudddin said...

al fatihah untuk arwah, takziah untuk keluarga allahyarham Muhamad Razman Sidek

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024