Sunday, October 9, 2011

Memahami Bajet 2012 Secara Mudah Dan Implikasi Politik


Bajet 2012 dibentangkan oleh DS Najib selama 2 jam. Banyak detailnya. Pembangkang melabelkan bajet 2012 dengan berbagai nama:

  • Bajet tak realistik
  • Bajet copycat
  • Bajet pilihanraya
  • Bajet gula-gula

Bajet 2012 RM232.8 bilion disediakan oleh pegawai ekonomi dengan data yang relevan. DS Najib guna info dari berbagai Jabatan Kerajaan dan Agensi. Itu kelebihan DS Najib dia kerajaan yang memerintah. Bajet adalah senjatannya yang ampuh.

Pembangkang hanya ada bajet bayangan. Dikeluarkan awal. Kad sudah keluar. DS Najib dan pengkaji sudah baca dan kaji. DS Najib tidak kisah apa pembangkang nak cakap yang penting bajet 2012 boleh meyakinkan majoriti rakyat dan pengundi yakin dan beri mandat pada beliau.

Kerajaan meninggikan perbelanjaan bagi tahun 2012 dengan imbuhan untuk orang miskin dan kenaikan gaji kakitangan awam sebelum PRU 13.

DS Najib mencadangkan bajet RM232.8 bilion dengan perancangan perumahan, infrastruktur dan projek-projek luar bandar yang membolehkan ekonomi berkembang sebanyak 6%.

Penguasaan penuh orang asing dibenarkan dalam 17 sektor perkhidmatan bagi menarik pelaburan. Defisit bajet boleh mengecil kepada 4.7% dari GDP dari 5.7% tahun 2011.

BN mensasarkan mendapat sokongan dalam PRU 13 dijangka pertengahan 2012 selepas mengalami trauma kejutan tsunami politik PRU 12.

Tidak ada salah untuk DS Najib memberi handout atau goodie kerana 2100 tahun dulu Julius Ceasar seorang Maharaja Empayar Rom pun telah praktik apa yang DS Najib buat.

Pedulikan apa pembangkang nak cakap yang penting bajet 2012 boleh memuaskan hati rakyat. Memang betul pakar ekonomi buat bajet. Namun hanya naluri politikus yang peka dengan kehendak rakyat dan persekitaran boleh memberi sentuhan akhir kepada bajet 2012.

2 comments:

Anonymous said...

Hai HO...Wok WZWH,

Haaaa..... kan bagus posting ini memberi manfaat kepada pembaca, tidak mengaib dan memfitnah sesiapa, terskan posting sebigini ye..wok.

Ini untuk renungan Wok WZWH dan KD... baca 3X....10 X sampai lah wok faham:

Manusia itu kalau kita kaji, nilai, analisa di segi fisiknya tidak mempunyai keistimewaan apa-apa. Karena pada fisik manusia itu, ada 2 perkara yang negatif:

Pertama : Kelemahan

Kelemahan yang kita maksudkan di sini, tubuh atau badan kasarnya tidak memiliki ketahanan. Ia mudah terpapar bermacam-macam penyakit. Mudah diserang demam, mudah ditimpa sakit kepala. Mudah sakit mata, sakit gigi. Ada penyakit yang lebih berat lagi, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, borok, stroke atau angin ahmar dan lain-lain.

Selain itu ketahanan badannya sangat lemah dibandingkan jiwanya. Kalau terantuk, mudah saja luka atau bengkak dan sakit. Kalau jatuh atau tertabrak benda yang kuat atau terlanggar benda yang keras, mudah saja tergeliat, luka patah, remuk dan hancur. Jika menggunakan tenaga, mudah saja letih, lesu. Kalau tidak berhati-hati, ia membawa sakit juga. Bahkan selepas menerima nikmat pun ada 'effect' kepada badan atau ada 'side effect'nya. Contohnya, selepas makan lebih-lebih lagi kalau makan terlalu banyak, badan menjadi berat dan juga dapat membawa berbagai penyakit. Selepas jimak, yaitu selepas bersama dengan isteri, lebih sering lagi berlaku badan menjadi lesu, lemah, hilang tenaga. Kalau terlambat tidur di waktu malam, mata mengantuk di waktu siangnya. Bukan sebatas itu saja. Badan pun menjadi lesu.

Begitulah lemahnya manusia itu. Ketahanan fisiknya sangat terganggu dan selalu terganggu. Ketahanan fisiknya sangat teruji. Gangguan luar ini memberi 'side effect' pula kepada manusia yaitu rohaninya juga terganggu, menjadikan emosinya tinggi, dia akan jadi pemarah, mudah tersinggung, benci, jemu dan lain-lain.

Kalau tidak dibendung dengan didikan Islam serta lemah pula bermujahadah, sifat batin yang negatif itu akan merusakkan orang lain. Maka timbul pula krisis dan pergaduhan di dalam masyarakat manusia. Terganggu pula perpaduan, kasih sayang dan keharmonian hidup.

SAMBONG

Anonymous said...

SAMBUNG

Kedua: Apa yang keluar daripada badan manusia, semuanya kotor dan menjijikkan.

Mari kita kaji kebenaran itu.

Air yang keluar dari badan, peluh namanya, baunya masam, menjijikkan orang.
Yang keluar dari telinga; tahi telinga. Atau nanah yang busuk yang memualkan.


Kalaulah manusia itu tidak ada kebaikan dan keistimewaannya di sudut-sudut yang lain, yang ada hanya seperti apa yang telah disebutkan sebelum ini, di manalah istimewanya? Maka apalah arti hidup manusia? Kehadiran mereka di dunia ini tidak berarti apa-apa. Hanya susah dan menyusahkan orang lain saja. Tidak ada harga dan nilai diri manusia itu. Mereka laksana sampah masyarakat. Bahkan lebih hina daripada sampah. Kalau sampah yang tidak berguna dan mengganggu itu dapat disapu, kemudian dibuang atau dikumpulkan atau dionggokkan kemudian dibakar saja dan abunya dapat juga dibuat pupuk. Sedangkan manusia itu, tidak dapat dibuang apalagi hendak dibakar. Ia benar-benar bangkai bernyawa yang menyusahkan dan mengganggu kehidupan orang lain semata-mata.

Oleh yang demikian, dengan rahmat Allah dan kasih sayang-Nya kepada manusia, sebagai hamba-Nya maka Allah mau muliakan manusia dan meninggikan derajatnya. Maka Allah mengutus para nabi dan rasul alaihimussolatuwassalam dan kepada mereka diberi panduan dan petunjuk. Nabi yang akhir ialah Sayidina Muhammad SAW. Padanya diberikan Al Quran sebagai panduan dan petunjuk kepada manusia, bagaimana manusia itu menjadi orang yang berguna. Di samping hamba-Nya untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Manusia juga adalah khalifah-Nya untuk membangun, memajukan dan mentadbir dunia ini agar selamat dan bahagia di dunia. Di Akhirat kelak diberi ganjaran yang lebih besar lagi istimewa iaitu Surga yang tiada tara dan bandingannya sebagai anugerah Allah kepada manusia. Karena rahmat-Nya kepada manusia yang telah membuat kebaikan waktu di dunia seperti yang Dia mau.

Dengan akalnya manusia selalu saja berpikir untuk melakukan berbagai kejahatan, merancang untuk melakukan kerusakan di bumi Tuhan ini dangi menindas dan menzalimi orang lain.

TK

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024