Wednesday, October 19, 2011

Perjumpaan Bloggers, Facebookers Dan Twitters Jerantut


Mustaffa Mat Arof, tokoh muda pemimpin Jerantut.



WZWH terima call dari Mustaffa Mat Arof petang tadi. Mustaffa baru dilantik oleh YBM Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut sebagai Ketua Biro Media Baru UMNO Jerantut.

Mustaffa adalah Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian Jerantut, AJK UMNO Bahagian Jerantut, Ketua UMNO cawangan Padang Saujana Jerantut. Beliau adalah Pengerusi MAYC Kebangsaan. Beliau bekerja sebagai Senior Manager di  Persatuan Francais Malaysia.

Mustaffa Mat Arof berkelulusan degree economics dari UUM. Pemegang Master in Information Technology dari UKM. Memang sesuai dan tepat Ku Lan lantik Mustaffa mengendalikan media baru Jerantut.

Sebelum ini banyak bloggers Jerantut seperti SPU, Urag Drrulug dan WZWH sendiri kritik UMNO Jerantut kerana ketinggalan jauh dalam media baru nampak peranan Ketua Penerangan tidak berjalan.

Mungkin kerana kritikan bloggers Jerantut dan Zaid Ibrahim, Presiden KITA bercadang mahu mengadakan perjumpaan dengan pengamal media baru Jerantut membuatkan Ku Lan mahu Mustaffa Mat Arof segera mengambil langkah mengadakan pertemuan dengan bloggers, Facebookers, Twitters Jerantut.

Mustaffa bercadang mahu mengadakan perjumpaan dengan pengamal media Jerantut pada 26 Oktober 2011 di Resthouse Jerantut pukul 4 petang. Semua bloggers, facebookers dan twitters Jerantut dijemput hadir.

Bloggers Jerantut menaruh harapan yang tinggi kepada usaha Mustaffa Mat Arof ini. 

Blog SPU mengulas...

Khabarnya semalam (16hb Oktober 2011) satu pertemuan dengan bloggers dan facebookers telah berlangsung di Rest House Jerantut bermula jam 4.30 petang. Pertemuan berkenaan adalah hasil usaha pemimpin muda yang berpandangan jauh, Sdr. Mustaffa Maarof diatas kapasitinya sebagai Ketua Biro Media Baru UMNO Jerantut.

Sehingga kini masih belum ada yang dapat dilaporkan mengenai pertemuan berkenaan, namun SPU yang peka terhadap perkembangan media sosial di Jerantut ini sentiasa mengharapkan sesuatu yang baik dan berguna telah terlaksana. SPU juga berharap pertemuan semalam telah dapat mengumpulkan dan mendekatkan penulis maya setempat untuk kembali menghampiri UMNO.

Walau apapun, SPU percaya bahawa Mustaffa Maarof telah melakukan sesuatu yang betul yang sepatutnya sudah dilakukan sejak lama dulu. Sekiranya perancangan dilakukan dengan teliti serta campurtangan orang-orang yang berkemahiran dan berpengalaman pasti bilangan kehadirian mampu menceceh ratusan orang pada majlis tersebut. Apa pun SPU ucapkan syabas kepada mereka semua yang telah berjaya mengatur langkah pertama serta berjaya membebaskan diri dari kegelapan dunia IT. SPU cuma kecewa kerana tidak dapat bersama dalam program yang berkenaan.

Blog Urag Drrulug juga mengulas...

Khabarnya, Sdr. Mustafar Maarof telah menggerakkan media sosial Jerantut. Jika beliau bijak menentukan hala-tuju kemungkinan besar beliau akan berjaya merakyatkan media sosial seterusnya jadi calon yang sesuai untuk Ahli Parlimen Jerantut. Jerantut bukan saja harapkan wakil rakyat muda dan bertenaga, bahkan mengharapkan seseorang yang memahami hasrat dan aspirasi golongan muda yang akan mewarisi segalanya dari negara kita.

WZWH juga berharap Mustaffa Mat Arof serious dan bersungguh dalam usahanya memimpin Biro Media Baru UMNO Jerantut. Ku Lan telah melantik orang yang terbaik dan berkelayakan. WZWH tidak mahu Mustaffa bersikap hangat-hangat tahi ayam dan kemudian menghilang seperti isu perletakan jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut yang Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut perlu perjelaskan kepada ahli-ahli Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.

16 comments:

Anonymous said...

Lah !! timbul semula dia ni!!

Anonymous said...

presiden mayc malaysia pun kalah.pa guna ini org pn x tau. bengong org jerantut

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Ku Lan memberi peluang kepada Mustaffa Mat Arof membina kepimpinan politik semula. Mustaffa harus ambil peluang ini dan kembali bounce back ke atas. Kejayaan ialah bila kita jatuh, kita bangkit lebih tinggi lagi. WZWH ucap tahniah kepada Mustaffa. Ku Lan adalah ahli politik yang smart. Bila Ku Lan up Zukarmi dan Mustaffa kita dapat lihat tinggi sains politik Ku Lan.

bRAVEhEART said...

Salam. Tidak terlambat untuk langkah permulaan,cuma perlu kuat untuk mengejar yang dihadapan ~ BH

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Terimakasih Blogger Braveheart yang sudi memberi galakan dan dorongan kepada Mustaffa Mat Arof mengetuai Biro Media Baru UMNO Bahagian Jerantut. WZWH berharap bloggers Jerantut SPU, Urag Drrulug, Parlimen 81, Laksamana Jebat, Pemikir Politik Jerantut, Kutukan Dewata, Patpatsikulipat, 123silekuk dll boleh beri sokongan.

Anonymous said...

takyahlah budak mustafa ni, zuri aok bkn suka sgt kat dia pun, knp aok tak bela masa dia letak jawatan n/ketua dulu, aok ni talam 2 muka jap suka jap benci, aok layak jaga dompok je takyah jaga org lain lah

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 1:02,
Mustaffa letak jawatan NK adalah keputusan peribadinya. WZWH menghormati keputusan beliau.

Anon ke respek WZWH sebagai blogger Jerantut. WZWH selalu kritik UMNO Jerantut supaya aktif media baru.

Bila YBM Tengku Azlan mahu Mustaffa mengepalai Biro Media Baru UMNO Jerantut dari segi moralnya WZWH kena sokong dan bantu.

Harap Anon 1:02 puas hati. Soal DUN Tahan itu dibawah tanggungjawab WZWH sendiri kerana DUN WZWH.

WZWH mahu jaga Jerantut. Itu komitmen WZWH. Tq Anon.

Anonymous said...

semua org kalau buat keputusan dikatakan peribadi, tapi wzwh tau tak masalah apabila seseorang itu meletak jawatan, mesti ada sebab sebabnya..takkan lah nak bagitau yang mustaffa ni tak suka dengan pimpinan dompok tu...sepatutnya jika aok respek kepimpinan mustaffa aok dan dompok kena pertahankanlah dia jgn letak jawatan....ramai tau sebab mustaffa letak jawatan adalah perancangan dari dompok juga... dah lah mustaffa jgn percaya kepada dompok dan kroni dia wzwh ni PEROSAK PARTI

PemikirpolitikJerantut said...

ELAKAN BERBALAH SESAMA SENDIRI KITA PUNYA VISI YANG PERLU DISELESAIKAN!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 1:41,
Anon jangan emosional. Itu hak peribasi Mustaffa. Kalau Ku Lan mahu letak jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerantut pun WZWH tidak boleh buat apa-apa.

YB Dato' Wan Amizan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut TELAH MENGESAHKAN kepada WZWH bahawa Musataffa Mat Arof bukan lagi Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Jawatan ini dipilih tidak boleh dilantik bererti NK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut kosong.

Mustaffa Mat Arof minta tolong WZWH bagi hal media baru. WZWH tolong secara ikhlas. Kalau Anon mahu hasut Mustaffa itu hak politik Anon.

Ada 19700 orang UMNO Jerantut lagiyang percaya WZWH bukan PEROSAK PARTI.

Cuma WZWH mahu beritahu Anon hanya bloggers sahaja yang faham dan memahami dunia cybermaya cybernatic..

Yang penting Anon mesti datang pada 26 Oktober 2012 di Resthouse Jerantut pukul 4 petang dan memberi sokongan.

Anonymous said...

PemikirpolitikJerantut
inilah perangai org-org UMNO memang suka berbalah sesama sendiri, selalunya yang suka berbalah ini adalah mereka yang selalu menyokong kepada Pemimpin yang tidak mempunyai Kelulusan dan Pendidikan Tinggi, kerana mereka tidak mahu org-org begini naik diantara sebabnya akan menyusahkan mereka untuk bersaing didalam parti, jika bersaing dgn sama taraf pendidikan tidak memerlukan byk wang utk membeli undi tetapi jika pesaingnya org yang berkelulusan dan berpendidikan Tinggi kena guna byk wang untuk membeli undi..... penyudahnya Pemimpin ini naik bukan kerana ketokohan dan kewibaan sebagai pemimpin tapi kerana WANG yang disogok untuk membeli undi... siapa tak ambik duit bila dah dihulur...maka dapatlah pemimpin yang selalu menimbulkan masalah dalam parti... dik kerana pemimpin sebegini Penyokong tegar mereka kata mengata dan berbalah... akibatnya parti akan jadi lemah... apakah tidak layak kita kata ini adalah ....PEROSAK PARTI

Anonymous said...

Anon kalau nak meniru Pemikir Politik Jerantut jangan menipu begitu sekali. Ini PPJ palsu!

Anonymous said...

sila faham betul-betul Anon 3:11 bkn menulis atas nama PPJ tapi memaklumkan kpd PPJ hal berkenaan...ada faham

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Sila Anon-anon yang pandai bercakap di atas tu harap hadir ke Perjumpaan Media Baru Jerantut mengetih dengan WZWH di Resthouse Jerantut.

dobi7t said...

kawan memerhati dahulu dari jauh....nak bersama, terasa diri kecil..lagipon masa tidak mengizinkan....

Harap ada idea positif dan inovasi ke arah apa yang dicari...
Jangan ke arah yang sebaliknya sudah...

Getah nangka said...

Anon2 ni lah yang menjadi virus yang merosakkan bukan saja perpaduan UMNO malah perpaduan umat Melayu dan umat Islam. Mereka ini hanya berani dalam gelap sahaja ..... melaga-lagakan orang. Semua orang tak betul, semua orang salah, semua orang tak reti berfikir, semua orang tak reti mencongak tapi hakikatnya satu apa pun tiada yang disumbang oleh anon nih. Pantang orang lain nak buat sesuatu ..... anon2 inilah yang menjadi batu apinya. Bila WZWH ajak hadir ke Perjumpaan Media Baru Jerantut ..... berbagai helah la, macam2 hal la ..... tapi sebenarnya anon2 hanya berani baling sembunyi tangan sahaja, hanya berani pukul curi sahaja ......

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024