Friday, October 7, 2011

Rasuah Yang Akan Menghancurkan UMNO dan BN Jerantut PRU 13


UMNO Jerantut perlu dibersihkan dari ahli politik yang kuat makan rasuah. Rasuah merugikan Jerantut. Banyak kepentingan-kepentingan orang ramai terlepas dan terjejas kerana rasuah memberi kelebihan kepada korporat untuk cari keuntungan berlipat ganda.

Rasuah boleh buat banyak hutan ditebang dan bukit gondol dengan lebih kerap menjejaskan alam sekitar. Jerantut yang kaya dengan hutan tropika tertua di dunia dengan keunikan flora dan faunanya akan terjejas. 

Rasuah juga akhirnya akan buat UMNO dan BN Jerantut tumbang pada PRU 13 nanti. DS Najib perlu pastikan calon-calon PRU 13 UMNO dan BN Jerantut bebas dari rasuah. 19,000 ahli UMNO perlu tolak ahli politik rasuah. Sudah tentu 52,000 pengundi parlimen Jerantut tidak berminat dengan calon UMNO Jerantut yang kuat makan rasuah.

Maka orang Jerantut mahu calon-calon UMNO dan pembangkang yang juga bersih dari amalan rasuah. Pujian dan galakan perlu diberi kepada blogger Kutukan Dewata (KD) kerana berani mendedahkan ahli politik yang suka dan kuat makan rasuah di Jerantut. 

Begitulah blog KD yang suka posting kontraversi tapi walau pun pahit untuk ditelan dan kunyah namun kebenaran tetap kebenaran demi menjaga nama baik UMNO dan BN.

Berikut WZWH CnP lagi sekali posting blog KD yang perlu kita 52,000 pengundi parlimen dan DUN-DUN Jerantut ambil iktibar. Kita tolak pemimpin yang suka dan kuat makan rasuah.

Dari blog KD....

Grandmas Rasuah RM1 Juta Untuk Luluskan Tanah 21 Ekar Di Bandar Jerantut!

KD mahu YB kuat makan rasuah ni mengaku apa betul Grandmas Sdn Bhd beri dia rasuah RM 1 juta untuk luluskan tanah 21 ekar di bandar Jerantut bagi projek bandar baru Jerantut.

Banyak tentangan dari orang Melayu Jerantut marah YB kuat makan rasuah luluskan dalam mesyuarat EXCO. Belum lagi hal projek silang bersilang. Orang Cina pun marah. Itu sebab Ku Lan ahli parlimen Jerantut hanya dapat majoriti 1946 pada PRU 12 dan di DUN Damak Ku Lan kalah majoriti 2000!

Begitu kesannya rasuah dalam pilihanraya. Kalau tidak betul YB kuat makan rasuah perlu bersihkan namanya kalau tidak namanya yang sudah busuk susah untuk dibersihkan malah akan tewas PRU 13 nanti kalau dia bertanding.

Seorang ADUN tulis dalam facebook....

...tanya YB berapkah harga yang diminta oleh YB ketika menjadi EXCO untuk luluskan projek Grandmas Sdn Bhd sapu tanah dalam bandar Jerantut seluas 21 ekar,Grandmas Sdn Bhd,bayar dia tidak kurang RM 1 juta, bawa perkara ini kemahkamah dan dakwa saya jika tidak betul, proksinya X dan Y, tanyanya lagi projek silang Lim Ah Chap berapa kah harga yang dibayar oleh Lim Ah Chap kepada YB, proksinya Z, tanya YB macamana dia bayar hutang RM 13 juta dengan apa? Berapa banyak balak JKKK dia jual. Ini lah barisan kepimpinan UMNO dan pejuang Melayu yang mulia haaaa jika saya salah ini semua palsu tuduhan fitnah dakwa saya kemahkamah.

KD mahu tanya YB kuat makan rasuah ini kenapa tak saman ADUN itu, bawalah ke mahkamah untuk bersihkan nama. Orang Jerantut semua sudah tahu...

Ini komen dari blog  Suara Prihatin UMNO Jerantut.  KD petik...

Anonymous said...
Awas KD, anda akan ke mahkamah? DR akan nyah kau dari UMNO.

Anonymous said...
Dr kasi saman ini budak kd, memfitnah dr ambik duit rm3ook kat kfc jerantut, dia bercakap memang dah ada bukti, cukup dengan no keta sekali.

lawan sama dia kort dalaamm, kasi ajar c kit, terkencing lah dia nanti?, mana ada duit dia mau jawab itu saman, kadang kadang dia mintak duit haji nazri bila dah cupair cupair ujung bulan, dapat duit g main macuk,?

KD pun mahu lihat itu YB kuat makan rasuah ada berani saman ke?

12 comments:

Anonymous said...

WZWH,

Teruskan KD palu WZWH ketuk, bertambah lah kuat bunyi nye, bergermercing kuat nya.

WZWH kata bukti ada tentu saksi juga ada, jadi elok sekali lapor kepada SPRM untuk di ambil tindakan dan di hukum jika mahkamah kesalahan yang berlaku. Cabar maecabar saman ke mahkamah, pertanda takut. Kalau sudah ada bukti kukoh seperti kata WZWH dan KD, jumpa SPRM Negeri serahkan bukti dan nama saksi sekali, apa macam.

Kalau cabar mencabar nampak sangat kedua-dua pihak ada barang punya. Itu sebab terasa ccuak dan takuuuuuuuuuuuuuutttttt. Wzwh dan KD berani kan diri lah , ketepi kan ugutan. Berani kerana Benar,


sekian.

Anonymous said...

tak berani lah..smua tau ckap je. kalau berani tulis semua n tunjuk semua dalam blog ni 1 prsatu. tapi hati2, nanti makan diri.

Anonymous said...

WZWH, nampak sangat kau ni kaki kelentong, komen tang awok petik tu aka CnP diperenggan bawah posting awok tu kau CnP daripada KUTUKAN DEWATA aka KD Aka....BUKAN kau CnP Suara Prihatin UMNO Jerantut, nampa sangat mkemerapuan awok weh WZWH. SPU bagaimana?. AKUQ MINTOK ONG BETOKAN.....WEH GINI TEBIAT NYA.

patpatsikulipat said...

Ada sikit maklumat utk ditambah didalam posting ini. Arwah dato Ghazali Sulaiman telah di paksa oleh Hanafisah & Dato Halim Chap menandatangani 10 keping cek book kosong umno bahagian Jerantut. Cek tersebut telah ditandatangan oleh Dato Zali dlm keadaan terpaksa. Di minta Ajk UMNO Bahgian siasat perkara tersebut. Apa tujuan cek itu ditandatangan? Dikatakan cek tersebut diminta oleh Hanafisah seminggu sebelum Arwah Dato Zali meninggal dunia. Patpatsikulipat cabar Hanafisah bukti akan ada projek umno yg akan dilaksanakan berkenanan sepuluh cek tersebut, atau ia digunakan utk kepentingan peribadi bendahari dan ajk yg kalah itu.

Anonymous said...

dah lama dah rasuah bertapak di hati dan sanubari rata rata ahli ahli umno, ianya di pelopori oleh pemimpin pemimpin politik umno, khusus nya pemimpin ATASAN, DARI PM HINGGA LAH KE YB YANG DI BAWAH INI, JUGA PEMIMPIN BAHAGIAN?. mat nye weh baru sekarang sedar?, duk tiap kali dalam pemilihan jawatan di perhimpuna agun umnu dan bahagian tu berlaku tak sedar ke?, jangan persoalkan, JIKA SUDAH RATA RATA PARA PERWAKILAN YANG HADIR MESYUART MENDAPAT HABUAN RASUAH DARI POLITIKUS YANG BERTANDING, SUDAH PASTI HASILNYA ADA LAH PEMIMPIN PEMIMPIN YANG KAKI RASUAH JUGA LAH YANG DI PEROLEHI OLEH UMNO, LUCU LUCU, CERITA PASAL RASUAH, DIA SENDIRI MERASUAH ATAU DI RASUAH?'

Jika di ikutkan cerita dari seorang perwakilan yang menghadari perhimpunan untuk memilih wakil g 7 baru lalu, masa itu di kl pun di perlukan bertanding juga, beliau memperolehi rm7000, tanpa berjalan siang malam berjumpa calun yang bertanding, bayangkan, punya busuk nya pemimpin UMNO ini, duit yang dilabukan tu pasti akan di cari ganti oleh mereka para pemimpin, bagaimana caranya mereka mendapatkannya?, jangan tanya, terima jer lah duit tersebut, jika tak mau terima, tepuk dada tanya IMAN?

Anonymous said...

Kerana dari dulu mereka berjaya menggunakan kaedah dan taktik ini, maka terus gunakan tanpa memikirkan kesan kepada parti masing. Kerana nak menguji?, Allah naik kan mertabat pemimpin mereka. Agak nya ini kerja WZWH dan KD, kedua-dua nya terpewlajar daa master lagi, tetapi minda nya...sendiri mahu tahu.

SPU adakan ini cerminan orang jerantut, pemikiran nya?. adakah ini pertanda UMNO/BN Jerantut akan bertukar tangan. Aku rasa WZWH perlu di tarbiahkan. Katakan apa berlaku kepada beliau jika ketua nya tidak lagi jadi wakil rakyat?.

Apakah orang yang dikatakan tidak sebangsa dan seugama dengan WZWH dan KD?, adakah mereka tak serupa warna darah, atau mereka berdarah hijau kerana kesan hentaman radioaktif ?, atau mereka sudah hampir nak andropose?, biasa nya minda akan bercelaru, nafsu kuat , benta nya lentok? . Haha.....ha..ha, perangai nya.

Anonymous said...

BUAT RENUNGAN DAN KAJIAN wzwh,



Profesor UM: ‘Pengajian sejarah kita sebenarnya silap’

SHAH ALAM, 8 Okt — Sementara polemik mengenai sejarah dan pejuang kemerdekaan menjadi kontroversi ketika menjelang sambutan Hari Kemerdekaan baru-baru ini, seorang ahli akademik berkata, pengajian sejarah di negara ini sebenarnya “silap.”

Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya menegaskan, rakyat negara ini tidak mengikuti proses pembelajaran sejarah secara menyeluruh dan “kita tidak memahami sejarah itu sendiri dari peringkat awalnya.”

“Sejarah ini ibarat mumia, masyarakat kita tidak melihat mumia itu secara keseluruhan, sebaliknya hanya melihat tunggul mumia itu sahaja,” kata beliau pada forum anjuran Akademi Pak Sako di bawah tajuk “Malaysia Dan Sejarah Yang Belum Selesai” di sini malam tadi.

“Kita harus melihat sejarah secara makro, secara keseluruhan sejarah, bukan hanya melihat satu petikan kecil di antara keseluruhan sejarah dan kita mentaksirkan itu adalah sejarah secara makronya,” kata beliau lagi.

Sambil menjelaskan sejarah adalah pemikiran yang akan tetap membawa ke akhir zaman, beliau turut menyangkal dakwaan sesetengah pendapat dan pendirian Majlis Profesor Negara (MPN) yang menyatakan dengan lantang Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

“Saya minta maaf, saya bukan menentang, tapi saya mengkritik pendapat sedemikian. Tanah Melayu sebenarnya adalah tanah jajahan British, yang tidak dapat disangkal lagi,” katanya yang turut mendapat jolokan “Profesor Google” negara ini.

“Ketaksuban seorang sejarawan itu sendiri sebenarnya satu kesilapan, saya menolak seseorang individu itu sebagai sejarawan tulen sekiranya mereka lebih taksub kepada seorang tokoh berbanding melihat secara keseluruhan berkenaan tokoh itu,” ujarnya lagi.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh aktivis Hishamuddin Rais, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, penulis dan budayawan Hasmi Hashim, dan juga Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai ahli panel.

Penganjur berkata forum itu diadakan untuk memupuk budaya diskusi secara sihat dan beretika di kalangan masyarakat khususnya anak-anak muda dan menggalakkan perbincangan isu-isu yang dilihat penting dalam konteks Malaysia dengan merentasi latar bangsa, agama dan fahaman politik.

Selain itu, forum ini akan turut membincang dan mengupas pelbagai persoalan sejarah yang selama ini menjadi subjek perbualan dan perdebatan harian rakyat Malaysia.

Anonymous said...

hELLO wzwh,
cUBA AUDIT DAN RENUNGKAN.


Bagaimanakah cara untuk AWAK menghindari diri daripada sifat buruk sangka terhadap orang lain?

Sifat buruk sangka termasuk sifat yang tercela, kerana ia dapat menimbulkan fitnah yang sangat besar. Dalam Al Quran, Allah berfirman maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu menggunjing atau memfitnah sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". (Al Hujarat : 12)

Jadi jelaslah berprasangka buruk itu berdosa, maka berusahalah menghindarinya dengan cara banyak mengingat kebaikan seseorang. Ketika prasangka itu datang, banyakkan berzikir kepada Allah dan tepis sifat tersebut dengan mengingat dosa yang akan kita terima jika tetap dalam berprasangka buruk.

Anonymous said...

hAIHO...WOK WZWH.


Dosa Pemfitnah
Rupanya ada lagi antara kita yang menaburkan fitnah. Kita ini orang Islam, kuat beramal dan beribadat kerana inginkan pahala dan takutkan dosa. Tetapi ada juga yang tidak endahkan tentang betapa besarnya dosa menyebar fitnah. Cubalah halusi Firman-Firman Allah dan hadith-hadith di bawah ini mengenai dosa memfitnah orang. Semoga mendapat pengajaran:-

Mengumpat
Al-Humazah : 1
"Celakalah mereka yang mengumpat dan memfitnah"
Fitnah
An-Nur : 19
"Orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Allah mengetahuinya, sedang kamu tidak mengetahui."

Fitnah
Al-Isra'a : 36
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggung jawabnya tentangnya."

Fitnah
Al-Baqarah : 191
"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"

Fitnah
An-Nur : 23-24
Mereka yang memfitnah perempuan suci, celakalah di dunia dan akhirat; bagi mereka hukuman yang dahsyat dihari pengadilan; lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi diatas perbuatan mereka.
Al-Buruj : 10
Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar.

Khutbah Rasul Allah di Mekah
23 / 2 / 632
"Menyebut 15 aspek sosial. Satunya : Jangan Memfitnah."

Dari Imam Ghazali
"Mengumpat itu dosanya sama dengan berzina 30 kali."

Dari Imam Al-Mawardi
"Orang yang biasa mengumpat, isi batinnya kotor"

Dari R. Muslim
"Seseorang yang menutup cela seseorang yang lain didunia, akan ditutupi celanya oleh Allah pada hari kiamat."

Daripada Abu Huraira, Termidzi:
"Sesiapa yang duduk didalam perhimpunan yang tidak baik hendaklah membaca doa (memuji Allah dan meminta ampun darinya) sebelum berundur diri"

Daripada Al-Nabari:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah S.W.T dan Hari Akhirat maka hendaklah ia mengucapkan perkara-perkara yang baik atau diam"

Daripada Al-Nabari:
"Wahai Rasul Allah S.A.W, manakah orang Islam yang paling baik? Rasul Allah S.A.W menjawab : Ialah yang mana orang Islam lain terselamat dari gangguan lidah dan tangannya"

Cakap benar
Pepatah arab:
"Wa ma a'layna illal balagh"
---->>>Tiada beban bagi kita melain untuk bercakap benar.

Ihsan
Al- Maidah : 1
Wahai orang-orang yang beriman, sempurnakanlah janjimu.

Pembohong
Al-Imran:
Akhirnya kami jadikan laknat Allah atas orang-orang pembohong.

As-Shaf : 2-3
Hai orang beriman, mengapa engkau ucapkan apa yang tidak engkau lakukan? Besar dosanya disisi Allah jika engkau mengucapkan apa-apa tetapi tidak engkau lakukan.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon-anon semua,
Amat malang sekali di Jerantut ini ahli politik yang belajar agama sampai ke Mesir adalah penipu besar yang merompak segala-galanya demi kepentingan peribadi melebihi kepentingan rakyat.

Anonymous said...

SAPE GAMOKNYA NAMA PEMIMPIN TERSEBUT WAHAI WZWH, AYAH ENGKU WAN KAMARUDDIN PUN BELAJAR KE MESIR JUGA, BELIAU PERNAH TERLIBAT DALAM KANCAH POLITIK JERANTUT?.

JIKA DI BANDINGKAN DENGAN PEMIMPIN HOK DAPAT IJAZAH BELI DARI USA TU, SIAPA AGAKNYA YANG KUAT MEROMPAK ANTARA MEREKA?

Anonymous said...

wzwn betul ker?bagaimana pula dengan yang lain?lombong sana sini tu?bukan merompak namanya tu?bkn ke lbh mementingkan peribadi drpda rakyat?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024