Monday, October 17, 2011

United Malaysian National Organisation Dan 1Malaysia


UMNO adalah kuasa baru politik reshape politik Malaysia setelah Portugis, Belanda, Siam, Inggeris dan Jepun melakukan pembedahan politik. 

UMNO bawa kenangan Srivijaya, Majapahit dan Melaka kembali. Inggeris mewariskan realiti politik yang UMNO perlu adaptasi.

UMNO yang lahir pada tahun 1946 dari kekuatan dan harapan majoriti orang Melayu membina negara ini. Realiti politik yang Malaya ini berbilang bangsa Melayu, Cina, India, bumiputera lain dll memerlukan formula baru.

Pemikir dan ahli falsafah UMNO Dato' Onn Jaafar nampak formula ini. Beliau mahu UMNO jadi United Malaysian National Organisation dengan membuka keahlian UMNO kepada kaum lain.

Malangnya orang Melayu pada waktu itu tidak bersetuju. Kerana sebab-sebab tertentu. WZWH tidak mahu bincang polemik ini kerana itu sejarah lepas.

60 tahun selepas itu UMNO dan parti komponen membina negara ini kepada keadaannya sekarang. Isu negara ini mudah:

  • 67%  Orang Melayu dan Bumiputera mahu kedudukan status mereka terbela politik, sosial dan ekonomi. Mereka rasa ketinggalan sangat kerana dasar pecah dan perintah Inggeris.
  • Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 adalah manifesto mahu menaikkan taraf dan kedudukan Orang Melayu. Dasar ini tidak cukup sebenarnya perlu lagi dasar-dasar inovatif yang berterusan.
  • 33% kaum lain tidak puas hati mereka menuntut hak yang sama dan meritokasi. Kerana orang Melayu itu kini berpecah kerana tidak bersatu seperti dulu maka satu paradigma baru muncul.

Politik Malaysia hari ini tidak boleh lari dari ras. Jika ada parti kata parti mereka adalah multirasial sebenarnya jika diperhalusi ada kaum-kaum tertentu mendominasi.

Persoalannya bolehkah UMNO-Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ini menjadi United Malaysian National Organisation? Membuka keahlian kepada lain kaum.

Amerika Syarikat juga berbilang kaum boleh buat sistem 2 parti. England dan negara maju yang lain boleh buat parti terbuka kepada semua rakyatnya. Kenapa tidak Malaysia?

Slogan terkini 1Malaysia sebenarnya jika majoriti rakyat Malaysia bersetuju adalah penyelesaian kepada realiti politik yang diwarisi dari dasar Inggeris. Semua rakyat Malaysia  adalah warganegara kini. Rakyat Malaysia yang terdedah kepada pendidikan global dan lokal mahu kerajaan yang lebih adil, saksama, telus, berorientasikan rakyat, pengagihan ekonomi yang seimbang.

Jika rakyat Malaysia berfikir itu sepatutnya konsep 1Malaysia. Barangkali masa yang lama diperlukan untuk merealisasikan impian itu.

To sum up WZWH thinking:

Is 1Malaysia achieval? Impossible?. Not with politicians from both sides playing up the racial issues to score points every chance they get. Is the PM strong enough to enforce his 1Malaysia slogan upon his own party first. Hardly?. Is UMNO willing to be rebranded UNITED MALAYSIAN National Organisation with MEMBERSHIP open to ALL RACES and its constitution changed to see each member as a MALAYSIAN, not as Malay, Chinese, Indian or Others? That will be the day 1Malaysia can become a probable reality.

3 comments:

Zaidi said...

En Wan

Konsep 1 Malaysia itu bukannya datang dari UMNO kerana tidak pernah ada usul 1Malaysia dibincang dan dipersetujui di dalam mana2 konvensyen sebelum ini. Jika ianya buah fikiran PM, maka JPM akan berhempas pulas memper"tahan"kannya. Cukup kuatkah idea 1Malaysia untuk menjalani proses debat umum, kritikan terbuka rakyat dan seterusnya dipersetujui majoriti cawangan UMNO. Jika ianya setakat memainkan lagu MUhibbah, mengibarkan bendera dan menyanyi beramai2 tidak perlu dibincangkan. Sedangkan sekolah 1 bahasa pun tidak mungkin, apa mungkin 1 bangsa banyak bahasa pengantar? Banyak sekolah pelbagai jenis? Sebenarnya 1 Malaysia itu umpama bentuk tidak bersempadan..apa pun betul asalkan semuanya bersetuju. Tidakkah terhiris rasa hati bangsa Melayu melihat Namewee tidak dikenakan SEBARANG tindakan di bawah akta hasutan dll? Dia menggunakan perkataan Lanc** dan Fu** di dalam YouTube tetapi SKMM membenarkan filemnya ditayang? UMNO tidak sayangkah kami bangsa Melayu yang tidak reti menjerit2 seperti bangsa lain. Diam kami bukan tanda setuju. Marah kami membara didalam, senyum diluar. Sebenarnya pimpinan UMNO itu terlalu lama di didik di luar negara hingga tidak tahu lagi rasa budi orang Melayu.

Kami jarang menagih hak, jarang menuntut itu dan ini tetapi sikap bertolak ansur itu sering dilihat sebagai kelemahan yang sering dieksploitasi tidak lain oleh ketua kami sendiri! Realpolitik Melayu berbeza dengan realpolitik sekular.

Dahulu sewaktu YB Dato' Sharir Samad mempersoalkan Wawasan 2020 dengan mengatakan bagaimana Wawasan 2020 ini berjaya jika orang Melayu tidak selesa dengannya? Nah saya kemukakan soalan yang sama kepada 1Malaysia bagaimana ia boleh berjaya jika orang Melayu tidak selesa dengannya.

zaidi said...

En Wan (sambungan)

Begitu juga pimpinan UMNO, janganlah merasa diri terkehadapan dari yang dipimpin. Tidak semestinya pemimpin itu lebih pandai dan baik dari jumhur yang dipimpin.

Sedarkah mereka bahawa banyak yang dituturkan itu merupakan asap-asap yang merimaskan? Lebih baik diam jika tiada apa yang hendak dikatakan. Sudikah pemimpin UMNO berubah? Mahukah memperjuangkan politik Melayu dan bukannya politik kepartaian? Jika UMNO mendahulukan bangsanya maka bangsanya itu akan menerimanya...seandainya UMNO itu mendahulukan parti dan membelakangkan bangsanya kerana ideologi 1Malaysia, maka Melayu terpaksa meninggalkan UMNO. Parti hanyalah platform perjuangan, bangsa dan agama itu matlamatnya. Jika parti itu rosak, maka parti itu mesti dibaiki atau diGANTI. Adakah 1Malaysia sesuai untuk kita?
Pada saya 1Malaysia mungkin sesuai untuk UMNO tetapi ianya bahaya untuk bangsa Melayu.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Tuan Zaid,
Terima kasih memberi pandangan dan hujah yang memerlukan pemikiran yang kritikal. Dari apa yang WZWH faham Tuan Zaid percaya kepada "The Law of majority ruled". Jika ramai orang Melayu berfikir macam Tuan Zaid maka orang Melayu perlu bersatu seperti apa yang buat lewat 1940an. Negara ini Tanah Melayu nama asalnya. Majoriti perlu mempertahankan status quo ini.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024