Tuesday, September 18, 2012

Tengku Muda Pahang Minta Ku Lan Pertimbang Hasrat Berundur Parlimen Jerantut



YAM Tengku Muda Pahang menyampaikan ucapan diiringi YBM Tan Sri Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut, YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan, Dato' Tuan Syed Mutalib DO Jerantut.



















YAM Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Ahmad Shah beramah mesra dengan rakyat DUN Tahan dalam Majlis Sambutan Aidil Fitri di Dataran Kuala Tahan pada malam 15 September 2012. Turut Mengiringi Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut.

Lebih 5000 penduduk di pesisiran Sungai Tembeling meraikan keberangkatan Tengku Muda Pahang. Tengku Muda Pahang begitu tersentuh dengan kehadiran ramai penduduk DUN Tahan dan budi bahasa orang Tembeling.

Keindahan Tembeling dengan flora dan faunanya, udara yang nyaman, buat Tengku Muda Pahang merasa segar dan sihat. Tengku Muda Pahang minta rakyat DUN Tahan bersatupadu, tolong menolong dan menjaga kebersihan dan keindahan Lembah Tembeling.

Tengku Muda Pahang menaruh harapan pembangunan infrastruktur yang pesat di DUN Tahan boleh memberi manfaat kepada penduduk Tembeling sebaik-baiknya. Anak-anak muda DUN Tahan perlu rajin belajar dalam pendidikan dan jangan terjebak dengan gejala-gejala negatif.

Dalam Majlis yang turut dihadiri oleh Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut dan Dato' Wan Amizan ADUN Tahan, Tengku Muda Pahang menyatakan bahawa baginda sangat kasih dan sayang kepada paduka ayahanda Tengku Azlan yang disifatkan sangat baik, simple, tidak mempunyai kepentingan apa-apa, menerima saja apa yang ada.

Tengku Muda Pahang merayu kepada Tengku Azlan supaya menimbangkan hasratnya untuk mengundurkan diri bertanding parlimen Jerantut walau tidak menafikan bahawa Jerantut ada mempunyai tokoh-tokoh muda.

Dalam sebulan dua ini saja DUN Tahan bertuah kerana menerima tetamu VVIP Diraja termasuk Tuanku Sultan Pahang, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Muda Pahang dan Tengku Temenggong Pahang.

WZWH sangat faham mesej ini. WZWH ingat pesan nenek moyang WZWH. Bila Raja minta pertolongan kamu wajib tolong. Jika kamu dalam kesusahan kamu pergi minta tolong dari Raja.

Termasuk juga lawatan DS Najib PM sebelum bulan Ramadan. DS Najib akan melawat Ulu Tembeling DUN Tahan sekali lagi pada bulan Oktober nanti Insyallah.

Apa-apa pun WZWH mengharap yang terbaik untuk DUN Tahan dan parlimen Jerantut.



















Tengku Muda Pahang menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan. Sewaktu majlis berlansung Tengku Muda Pahang telah 'walkabout' bersalam-salaman dengan rakyat Jelata. Ramai rakyat mengambil kesempatan bergambar kenangan dengan Tengku Muda Pahang.





YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan sangat berbesar hati dengan kehadiran Tengku Muda Pahang. Beliau sentiasa menjunjung titah Tuanku Sultan Pahang dan Kerabat Bergelar. Beliau sentiasa taat dan patuh kepada DS Najib PM dan DSD Adnan Yaakob MB Pahang.







Tetamu VVIP Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai, Tok Raja ke -10 Wan Abdul Rahman. Orang Besar Berempat Pahang. Walau title itu telah pendekkan kepada Orang Kaya Perba Jelai oleh kerajaan Negeri Pahang. Namun WZWH suka guna title original kerana sentimental nostalgia peranan Tok Raja dan keluarga Wan Tembeling mengangkat Kesultanan Pahang yang wujud pada hari ini.


Kemuncak acara hiburan adalah dendangan artis Rossa dibawa khas dari Indonesia yang begitu menghiburkan para tetamu dan penonton.

Sebelumnya pada sebelah petang sempena keberangkatan Tengku Muda Pahang, diadakan perlawanan persahabatan bola sepak antara Belia Kuala Tahan dengan Pahang FA.

Pasukan Belia Kuala Tahan seperti Chelsea lagak dan gayanya.

Pasukan Pahang FA dibimbing oleh Dollah Saleh dan Zainal Abidin. Ada pemain import dari Brazil lagi.

14 comments:

Anonymous said...

Wan,

Saya nak tanya sikit...Tengku Muda Pahang ini merupakan Tengku Muda kepada Rakyat Pahang atau Tengku Muda kepada kpd rakyat Phg berfahaman UMNOisme.

Adakah benar bagida merayu agar Tengku Lan utk terus bertanding dalam PRU13??? Atau Wan sengaja tokok tambah bagi memburukan institusi raja seolah2 Tengku penyokong UMNO...

Jika benar, sebagai Tengku Muda kpd Rakyat Pahang eloklah baginda bersikap berkecuali...tidak berpihak kpd mana2 parti..

Drp: Rakyat Pahang Jati

Anonymous said...

ProfMuhd Nazrin
WEIII ZURI, JANGAN POST PASAL POLITIK YG MELIBATKAN KERABAT RAJA LAAA...PASA ONG NI BUDO AMAK...KAMI SAYANGKAN KAUM KERABAT RAJA-RAJA PAHANG LAA, WALAUPN KAMI BUKAN KETURUNAN RAJA, KAMI SAYANGKAN RAJA KAMI TAU...KAMI TAK NK RAJA KAMI DIKUTUK OLEH PEMBANGKANG...ONG NI MMG NAK KAN NAMA SANGAT...KALU JUMPA NANTI AKU TUMBUK ONG...

Anonymous said...


Anon 4:01 kenyataan ucapan Tengku Muda itu dibuat secara public. Kalau Anon 4:01 tidak suka pembangkang jangan undi pembangkang PRU 13 nanti. Kalau pembangkang mulut celupar Anon 4:01 tumbuk aje pembangkang!

Anonymous said...

Woi Anon 3:26, Rakyat Pahang Jati tidak mempersoalkan titah Sultan Pahang dan Kerabat Bergelar, mereka Rakyat Pahang Jati menjunjung kasih titah Diraja kecuali Orang PAS Kelantan Pahang dan Sakmongkol AK47 aje yang tidak menghormati adat dan budaya Pahang.

Anonymous said...

Anon 4:09, jangan kuat sangat bodek!! Bodek macam mana sekalipun jangan harap nak dapat balak/bijih...pergi motong getah lagi elok walau pun harga dah jatuh.

Tak menghormati adat dan budaya tak sampai berdosa tetapi kalau tak berlaku adil kpd rakyat pasti akan dipersoalkan nanti...

Anonymous said...

Gon tingok pemimpin walaupun santai tapi majlis tu tetap rasmi dihadiri oleh pembesar negeri YAM Tengku Muda Pahang "kasual". Berdiri dihadapan hadirin semasa YAM TMP bertitah, apakan daya pemimpin tidak berwibawa diangkat jadi pemimpin, lihatlah selok poket dok bilang berapa banyak batu akan dapat dan berapa batang lagi tumbang di kawasan DUN Tahan...
YAM TMP nak cakap politik itu hak dia, kita sebagai rakyat tetap sanjung...

Anonymous said...

Jangan nk tumbuk2 sgt la prof nazrin! Mcm budak terencat..

Kampong man said...

Salam wz dan pembaca yang dihormati,

Kampong man hanya mengenali Tengku Azlan melalui blog Wan Zuri dan Kampong man bukanlah rakyat Pahang tetapi mengenali Dato Siti Zaharah dan hubbynya semenjak zaman student lagi.Secara kebetulan hari ini ada sahabat karib(nama MA) Jiran rumah di Kuala Lumpur menceritakan beliau insyallah akan ditawarkan darjah kebesaran Pahang yang membawa gelaran Dato' atas reccommendation Tengku Azlan .Beliau menceritkan banyak kebaikan Tengku Azlan yang sangat merendahkan diri, mesra rakyat dan kadang kadang menamakan dirinya "Patek" sedangkan beliau berketurunan raja !

Kampong man yakin dan berharap Tengku Azlan dapat memberi pertimbangan semula bagi bertanding bagi penggal ke empat di PRU 13 nanti demi rakyat Jerantut. Kesinambungan ( maaf tak sure spelling) bagi daerah ini penting walaupun saya orang luar.Tak kenal tak cinta dah kenal Jerantut ni sudah jatuh cinta pulak.Ini disebabkan blog WZ .Harap Ku Lan tidak mengecewakan harapan UMNO Jerantut.WZ tolong sampaikan Salam saya pada Ku Lan .

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Kampong Man, WZWH akan sampaikan salam Kampong Man kepada Ku Lan, insyallah. Terima kasih.

PROFESSOR KANGKUNG said...

PROFESSOR TAIK KUCING!PROFESSOR CERDIKLAH,TAK TUMBUK ORANGLAH.AGAKNYA PROFESOR TUK-TUK MAJALAH GILA-GILA!!!

Anonymous said...

Apa makna lawat-lawat ini...huhuhu
Kalau nazir datang lawat sekolah 4 kali sebulan...huhuhu
Mesti guru besar ada problem...huhuhu
Guru besar sudah paw cukong ganti atap sekolah bocor...huhuhu
GB banyak projek belakang-belakang...huhuhu
Kerja hakiki sudah tunggang-langgang...huhuhua
Report card murid-murid sekolah semua sudah jahanam...huhuhu
Orang kampung sudah marah-marah...huhuhu
Nazir-nazir sudah cuak muak...huhuhu
GB sudah kawtim sama nazir pujuk orang kampung...huhuhu
Orang kampung minta GB BARU...tak paham2 ke!!!!
Tak payah pujuk-pujuk lagi hati sudah panas...huhuhu

Anonymous said...

kawe sokong YBM Ku Lan YB Dompok, deme ok apeee, tapi jangan ambik geng Cikgu2 tak cerdik tuuuu, jadi tuan penasihat deme, byk cikgu2 nie d inderapuleeee, heeee

Anonymous said...

Salam sejahtera,

Saya mendengar ucapan Tengku Muda Pahang pada malam Majlis sambutan Aidilfitri di Dataran Kuala Tahan dan memang benar sebagaimana yang di laporkan oleh WZWH. Pada pendapat saya, saya memang tidak bersetuju pihak istana campurtangan dalam hal politik dan biarlah pihak Istana bersikap berkecuali sebagaimana amalan dahulu kala agar Institusi dihormati oleh semua masyarakat bukan hanya sebahagian puak sahaja sebagaimana apa yang berlaku sekarang ini. Wallahuallam......

Anonymous said...

Suatu pencerahan:

Tiada ketaatan kepada wakil2 rakyat hatta kpd PM kerana mereka adalah wakil kpd rakyat yg bekerja untuk rakyat serta dipilih oleh rakyat. Jika rakyat tidak mahu lagi memilih mereka sebagai wakil, maka tiapa siapa yg berhak menyuruh mereka untuk terus mewakili rakyat...ini rakyat khusunya orng Melayu UMNO ulu Tembeling kena tahu.

Raja merupakan wakil Allah untuk menegakkan Syariat...ketinggian daulat dan darjat bagi seseorang raja tertakluk kpd sejauh mana mereka dapat melaksanakan tuntutan syariat. Memandangkan mereka adalah ketua agama dan bukan pilih rakyat maka menjadi kewajipan bagi rakyat memberi bai'ah kpd mereka. Rakyat tiada diberi hak untuk menukar raja2. Jika raja2 melakukan kesilapan, adalah menjadi kewajipan bagi para2 ulama' untuk menasihatinya...ini orang Melayu Islam kena faham...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024