Sunday, March 31, 2013

Jangan Cuba-Cuba Calon Parachut Di Parlimen Jerantut!



Ini calon parachut calon Winnable Candidate atau Cable Candidate?

Ramai orang Jerantut mahu tahu siapa calon parlimen Jerantut PRU 13? Lebih lagi 63,000 pengundi berdaftar parlimen Jerantut tidak sabar mahu memangkah calon 'favourite' mereka.

WZWH sebagai blogger politik Jerantut perlu bersuara kerana ramai orang tanya. Blog WZWH tidaklah hebat sangat tapi sebagai blogger WZWH sudah dikenali seluruh Malaysia.

Jentera Pakatan Rakyat melalui media baru-portal, blog, FB, Twitter, instagram juga Harakah, Sinar Harian dan Suara Keadilan telah mempopularkan WZWH.

DS Anwar Ibrahim juga tweet foto WZWH kepada followers beliau...

WZWH telah membuktikan mekanisma jentera Pakatan Rakyat telah buat silap bila spin fakta yang sebenar bila mula sebarkan foto WZWH bersama pemimpin MILF ke seluruh Malaysia.

WZWH bukanlah cerdik sangat setakat ada MBA, BA Hons, Diploma sahaja.

Jadi 63,000 pengundi mahu dengar pandangan WZWH mengenai siapa calon parlimen Jerantut PRU 13.

Parlimen Jerantut sangat luas 755,771.93 hektar lebih kurang 6 kali Singapura dengan 3 DUN. Majoriti 81% daripada 63,000 pengundi berdaftar adalah orang Melayu.

Tengku Azlan penyandang parlimen Jerantut selama 3 penggal mahu mungundur diri. Siapa calon penganti?

Dari segi UMNO, pemimpin mestilah dari pimpinan UMNO Bahagian Jerantut yang memahami budaya politik UMNO Jerantut dan tahu apa kehendak parti dari bahagian, sayap-sayap dan cawangan serta realiti politik Jerantut.

Dari segi masyarakat tahu bagaimana mahu memenuhi kehendak masyarakat. Adalah lebih baik calon parlimen Jerantut dipilih dari barisan ADUN di Jerantut. 63,000 pengundi perlu lihat kepada trek rekod pencapaian pembangunan di DUN.

Selama mana menjadi ADUN dan apa peruntukan pembangunan yang berjaya dibawa baik bagi projek pembangunan yang sudah dijalankan , sedang dibuat, akan dibuat dan mendapat kelulusan.

Jika seseorang ADUN itu berjaya membawa peruntukan ke DUN lebih RM1 bilion maka itu dikira KPI yang baik untuk menjadi calon parlimen Jerantut.

Rakyat perlu melihat ADUN mana yang rajin buat program bukan saja di DUN sendiri tetapi merentasi 1parlimen Jerantut melibatkan DUN-DUN yang lain.

Bagaimana ADUN itu menyumbang kepada pendidikan dan kegiatan PIBG sekolah, keagamaan masjid dan surau, sukan keceriaan masyarakat dan kebajikan pengundinya dijaga.

Bagaimana hubungan ADUN ini dengan anak-anak muda, orang tua, pentadbir awam, orang Cina dan golongan minoriti.

Sudah tentu rakyat Jerantut mahu seorang calon parlimen Jerantut yang mempunyai hubungan yang baik dengan Kementerian, pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan.

Cuba 63,000 pengundi Jerantut bertanya mana janji-janji ADUN-ADUN ini yang telah ditepati?

Yang penting calon parlimen Jerantut PRU 13 mesti orang muda ini kali.

Siapa berminat mahu jadi calon parlimen Jerantut? Mahu jadi calon parlimen Jerantut dan menang mudah bukan macam dulu letak songkok pun menang!

Sekarang kalau letak calon parachut yang duduk di luar politik Jerantut itu tindakan bunuh diri. Pengundi parlimen Jerantut sudah bijak dan matang.

Ada beberapa persoalan yang perlu calon-calon parlimen Jerantut menjawab dalam hati termasuk calon yang berjaya melobi jadi calon parlimen Jerantut.

Berjaya melobi menjadi calon parlimen Jerantut belum tentu boleh menang dalam PRU 13 yang sebenar kerana 63,000 pengundi Jerantut mahu bakal parlimen Jerantut boleh menjawab beberapa persoalan.

Ingat calon-calon parlimen Jerantut semua zaman era ahli parlimen Jerantut duduk saja tanpa buat apa-apa sudah berlalu!

63,000 pengundi Jerantut mahu ahli parlimen Jerantut yang boleh 'deliver'.

13 soalan yang perlu dijawab oleh calon-calon parlimen Jerantut :

  1. Sanggupkah anda berkorban untuk orang Jerantut?
  2. Apa sumbangan anda kepada parlimen Jerantut setakat ini?
  3. Apa program-program yang anda sudah buat bagi parti UMNO, BN dan masyarakat Jerantut?
  4. Apa projek-projek pembangunan samada scale bersaiz kecil, sederhana dan besar yang anda telah berjaya bawa ke parlimen Jerantut?
  5. Apa hubungan PRO anda dengan masyarakat, penjawat awam, orang kampung, grassroot, orang muda, orang tua, wanita, puteri, orang Cina, orang India, orang Asli dan golongan minoriti?
  6. Sejauh mana hubungan anda dengan beberapa NGO, Pertubuhan, Persatuan, Kelab samada perniagaan, sosial dan sukan?
  7. Sejauh mana anda boleh menjiwai budaya masyarakat Jerantut samada di kampung-kampung tradisional, Peneroka Felda dan bandar/suburban Jerantut?
  8. Sejauh mana hubungan anda dengan Putrajaya, Kementerian, Kuantan dan Istana?
  9. Apakah visi dan misi anda bagaimana mahu membangunkan parlimen Jerantut dengan pesat?
  10. Sejauh mana hubungan anda dengan komuniti korporat baik dalam dan luar negara bagi membawa banyak pelaburan bernilai tinggi ke parlimen Jerantut?
  11. Apakah kekuatan-kekuatan anda yang boleh anda yakin memenangi PRU 13 parlimen Jerantut?
  12. Bagaimana anda sebagai komander perang mahu mengarah dan mengurus jentera perang parti PRU 13 parlimen Jerantut dengan lebih cekap dan berkesan?
  13. Akhir sekali adakah anda calon yang bersih kelihatan lebih dan nampak bersih dari segi peribadi, personaliti, sahsiah, ilmu, keagamaan yang boleh menarik minat 63,000 pengundi Jerantut?

Jika anda fikir jentera-jentera parti akan automatik 100% menyokong anda itu tanggapan yang salah kerana anda perlu bagai menunggang kuda yang liar yang perlu dijinakkan.

Tanya 13 soalan ini kepada diri anda dan jawab dengan ikhlas dan hati yang lurus...kalau boleh menjawab dengan penuh yakin maka andalah sememangnya calon yang paling layak menjadi calon parlimen Jerantut PRU 13.

Jika anda hanya boleh menjawah ahh...ochh...aahh...oops... maka lupakan hasrat anda itu baik undur diri takut rebah sebelum bertempur di PRU 13.

Jangan bereksperimen cuba-cuba dengan calon parachut di parlimen Jerantut!

Gendang Perang Parlimen Jerantut Sudah Dipalu...

Petang semalam Pelancaran Bilik Gerakan DUN Tahan dan Gerak Gempur Parlimen Jerantut di Felda Sungai Retang oleh Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut.



















Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli UMNO tidak menyangka ramai penyokong UMNO datang.

Beliau membentangkan apa yang beliau sudah buat untuk DUN Tahan antaranya Projek Jalan Ulu Tembeing fasa 1 RM120 juta, RTK, RPK. RTK, RPK ini macam term ETP, GTP. 

RTK (Rancangan Tanah Kelompok), RPK (Rancangan Pembesaran Kampung) melibatkan infrastruktur seperti jalan dan jambatan.

Masa depan yang cerah untuk DUN Tahan bila pembangunan DUN Tahan dimasukkan dalam ECER.

Kajian Pembangunan DUN Tahan diperuntukan RM5 juta oleh ECER. Semua nilai pembangunan ECER ditaksirkan RM1.3 bilion.

Projek menaiktaraf dan melebarkan serta allignment jalan baru Jerantut ke Kuala Tahan saja boleh mencecah RM700 juta.

Fasa ke 2 Jalan Ulu Tembeling dari Kampung Pagi ke Mat Daling yang diluluskan oleh DS Najib berjumlah RM340 juta.

Projek Agropolitan Dun Tahan seluas 1800 ekar diluluskan dengan infrastruktur asas bernilai RM16 juta telah diluluskan.

Penempatan lot-lot tanah perumahan untuk anak-anak muda yang sudah berkahwin seluas 1500 ekar di Tembeling Tengah.

Projek Perumahan Generasi ke 2 Felda bernilai 50 juta telah diluluskan dan pembinaan 26 unit rumah contoh telah sedang dibina di Felda Padang Piol dan menyusul di Felda Sungai Retang.

Ini tidak termasuk Projek Hidropower Sungai Tekal yang WZWH cadangkan dalam Mesyuarat Pemuda dan Bahagian UMNO Jerantut 2008 yang akhirnya Kementerian Tenaga telah meluluskan kepada TNB untuk membinanya kos RM3 bilion.

Dato' Wan Amizan Wan Razak mengingatkan ini semua kita boleh capai jika DUN Tahan menang majoriti besar PRU 13.



















YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar mahu ahli UMNO Jerantut bersatupadu. Beliau mahu mengundur diri dari politik dan memberi peluang kepada pemimpin muda Jerantut.

Beliau menyatakan sepanjang menjadi ahli parlimen Jerantut selama 3 penggal segala peruntukan yang telah diluluskan samada usaha beliau dan wakil rakyat yang lain bernilai RM700 juta.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan ahli UMNO DUN Tahan, DUN Pulau Tawar dan DUN Damak kerana menyokong beliau selama ini.

Tengku Azlan mahu ahli UMNO menerima sesiapa saja calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan. Jangan cas keting kerana parti boleh kalah.

Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran ramai ahli UMNO pada majlis ini.

WZWH sempat merakam beberapa shot foto suasana...










































































































Maka gendang perang parlimen Jerantut sudah bermula...

Saturday, March 30, 2013

Projek Perumahan Generasi Ke 2 Felda Yang Pertama Malaysia Di DUN Tahan Jerantut



















Terdapat 112,635 peneroka dengan 800,000 generasi ke 2 Felda dan semakin membiak. Ada 56 kerusi parlimen dan 96 DUN dalam 317 kawasan Felda. Potensi tambahan kerusi parlimen dan DUN pada masa akan datang.

Isu perumahan generasi ke 2 Felda perlu ditangani. Bila ada ramai keluarga dalam satu rumah akan memberi masalah sosial.

Justeru itu Projek perumahan generasi ke 2 Felda yang pertama di Malaysia dibina di Felda Padang Piol DUN Tahan parlimen Jerantut.

Itu yang WZWH suka bila cadangan dikemukakan kepada DS Najib untuk keperluan masyarakat masa kini, DS Najib cepat bertindak menyelesaikan masalah.

DS Najib telah mengumumkan projek ini pada bulan Ogos 2012 dengan bajet RM25 juta di Felda Padang Piol.

Biar pun ada ramai generasi ke 2 Felda, DS Najib berkata kita buat sedikit demi sedikit....

Janji Ditepati itulah motto DS Najib. Orang muda Jerantut sangat menghargai dan berterima kasih usaha DS Najib ini.

Foto di atas adalah projek perintis perumahan generasi ke 2 Felda di Felda Padang Piol sebanyak 250 unit tetapi dibuat dahulu 26 unit.



















Di Felda Sungai Retang juga dalam DUN Tahan, projek perumahan generasi ke 2 Felda mahu dibuat 260 unit di sebidang tanah seluas 40 ekar.



















Ada 14 kawasan Felda dalam parlimen Jerantut maka WZWH harap projek perumahan generasi ke 2 Felda akan dibuat beransur-ansur. WZWH percaya kita boleh buat.



















Ini dia pemimpin muda Jerantut anak peneroka Felda Jengka 12 YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan menjadi harapan peneroka dan generasi ke 2 Felda dari 14 kawasan Felda di parlimen Jerantut untuk berjuang merealisasikan impian generasi ke 2 Felda.

Beliau adalah ahli politik yang kuat bekerja, banyak idea dan berani ke depan merealisasikan idea menjadi kenyataan.

Beliau sedang berucap di hadapan generasi ke 2 Felda Jengka 12 DUN Pulau Tawar. Walau pun beliau ADUN Tahan namun beliau juga adalah Ketua Cawangan Felda Jengka 12.

Dato' Wan Amizan malam tadi hadir berjumpa dengan generasi ke 2 Felda Jengka 12 bagi membincangkan memorandum projek perumahan generasi ke 2 Felda.

Walau Felda Jengka 12 bukan dalam DUN Tahan namun Dato' Wan Amizan berjanji membantu mereka dengan cara beliau yang tersendiri.



















Generasi ke 2 Felda Jengka 12 hadir dalam perjumpaan bersama Dato' Wan Amizan.

Friday, March 29, 2013

Lagi Keperihatinan DS Najib Terhadap Orang Kampung Tradisional Jerantut

Sesungguhnya DS Najib perihatin kepada keperluan orang kampung tradisional di Lembah Tembeling, Jerantut. Itu sebab WZWH sokong kuat DS Najib.

DS Najib PM yang datang dari Pahang sangat tahu keperluan orang kampung. Ini buktinya...



















DS Najib telah bersetuju meluluskan peruntukan berjumlah RM4.0 juta bagi membina jambatan dan menaiktaraf jalan luar Bandar dalam DUN Tahan-jalan Kg Sungai Yap ke Kluang, Kuala Tembeling, Daerah Jerantut.

Ini dinamakan Rancangan Pembesaran Kampung, salah satu dari projeknya untuk kemudahan orang kampung tradisional.

Ada lagi yang lebih besar....



















Ini surat dari Kementerian Luar Bandar bahawa satu makmal pengurusan nilai kali ke-2 bagi Projek Jalan dari Kg Tuit ke Kg Mat Daling ( Fasa 2-dari Kg Pagi ke Kg Mat Daling ).

Ini projek infrastruktur terbesar dalam DUN Tahan bernilai RM480 juta.

WZWH boleh beri guarantee kepada orang DUN Tahan dan Jerantut, ada banyak lagi projek pembangunan DS Najib mahu curah ke Jerantut melempah-lempah tapi perlulah kita pengundi DUN Tahan dan pengundi parlimen Jerantut kalau boleh kita sifarkan pembangkang dalam PRU 13.

Tunjukkan sokongan kita semua kepada UMNO, BN dan DS Najib.

Ini baru sikit....banyak lagi benda-benda bagi pembangunan parlimen Jerantut, DS Najib boleh membantu dan menolong kita orang Jerantut.

Thursday, March 28, 2013

PAS Mahu Buat Kejutan Di Jerantut


Sudah confirm, PAS bertanding di parlimen Jerantut, DUN Pulau Tawar dan DUN Tahan. Manakala DUN Damak diberi kepada PKR.

Oleh kerana PAS menguasai calon-calon Pakatan Rakyat bagi kerusi parlimen dan dua DUN maka PAS ini kali mahu membuat kejutan di Jerantut PRU 13.

PAS meletakkan Dr Hamzah Jaafar bertanding parlimen Jerantut bagi cubaan kali ke tiga, dua calon muka baru bagi DUN Pulau Tawar dan DUN Tahan iaitu Yohanis Ahmad dan Zakuan Mohammad.

PKR mencalonkan Rosli Ahmad di DUN Damak walau calon DAP Cikgu Koh Boon Heng masih tidak berpuas hati. Ada kemungkinan besar Cikgu Koh Boon Heng tetap akan bertanding juga memandangkan beliau telah lama bekerja di DUN Damak.

PAS mahu buat kejutan di Jerantut berdasarkan rekod PRU 12 bila mana PAS menguasai 49% pengundi parlimen Jerantut, DUN Damak, PKR kalah majoriti 509 dan DUN Tahan, PAS kalah majoriti 1357. DUN Pulau Tawar pula PAS kalah majoriti 3522.

Oleh kerana PAS masih percaya tsunami PRU 12 boleh berulang ditambah pertambahan pengundi parlimen Jerantut kepada 63,000 dimana terdapat 27,000 pengundi muda yang dipercayai majoriti akan mengundi pembangkang.

PAS perlu turun padang mengkaji semula adakah apa yang PAS percaya itu benar dan fakta.

Trend politik PRU selalu berubah-rubah. Selepas PRU 12, banyak perubahan berlaku pada landscape politik Jerantut dan negara.

Strategi DS Najib menurunkan calon-calon muda, berpotensi, winnable candidate dari generasi baru UMNO dan BN Jerantut pasti memberi outcome dan result yang boleh absorb kejutan PAS di Jerantut.

PAS Jerantut tidak boleh bergantung dan berharap kepada trend dan pola politik Jerantut PRU 12, 5 tahun dulu.

63,000 pengundi Jerantut terutama orang muda mahu lihat senarai calon-calon baru dari DS Najib!

Wednesday, March 27, 2013

Malaysia Perlu Akta Privasi ( Privacy Act) 2013



Tindakan pihak tertentu menceroboh merakam kehidupan peribadi Chua Soi Lek dan Anwar Ibrahim adalah menyalahi Akta Privasi yang belum lagi 222 ahli parlimen Malaysia gubalkan bertujuan berniat jahat menjatuhkan pemimpin. Apa akan berlaku jika video seks pemimpin tertinggi UMNO disebarkan? (Sekiranya ada...!!!)

Ekoran insiden video seks Chua Soi Lek dan yang terbaru dikatakan video seks Anwar Ibrahim (walaupun belum dibuktikan) termasuk Nurul Izzah memberi peringatan kepada kita rakyat Malaysia bahawa hak privasi kita senang dan mudah dicerobohi.

Jika menginap di hotel 3 atau 5 bintang pun ada dipasang kamera canggih dari berbagai sudut maka kita boleh kata rakyat sudah tiada privasi. Ahli parlimen baik dari BN dan PR serta Bebas perlu gubal satu undang-undang menjaga hak privasi rakyat.

WZWH tidak berminat dengan apa yang berlaku di bilik tidur ahli politik. Itu tidak kena mengena dengan politik. WZWH akui majoriti ahli politik Malaysia baik UMNO, PAS, PKR, DAP dll "sihat-sihat belaka" tidak perlu ada orang mahu "dedahkan" kepada umum!

Pelancong-pelancong dari luar negara pasti takut untuk menginap di hotel-hotel baik bertaraf bintang atau bulan. Ini pasti akan menjejaskan industri pelancongan Malaysia. Mungkin pelancong-pelancong terpaksa tidur di masjid-masjid kerana lebih selamat dari "divideokan".

WZWH dapat membayangkan semua orang baik Agong, Sultan, PM, MB, KM, Menteri, PTD, YB, SETPOL, Ahli Majlis, KP, KW, KC dan Ketua Cawangan.....anda semua tidak selamat lagi kerana Malaysia tiada Akta Privasi untuk melindungi kegiatan privasi anda.

Oleh itu berhati-hatilah dengan "aktiviti peribadi anda".

Peredaran gambar YB Elizabeth Wong ADUN Selangor, diambil dalam privasi rumahnya, sekali lagi mencetuskan perdebatan sengit dan perbincangan tentang hak atas privasi, iaitu apakah hak tersebut ada di Malaysia. 

Akta Privacy: Apakah itu ada di Malaysia? 

Sejauh mana perlindungan privasi tersebut harus diberikan? Apakah ada keperluan untuk membezakan antara individu swasta sebagai lawan dari tokoh masyarakat? Sebaliknya, harus pengecualian terhadap perlindungan tersebut berlaku untuk orang-orang yang memegang jawatan awam? Semua ini harus seimbang terhadap hak individu untuk kebebasan bersuara. 

Keprihatinan bahawa undang-undang ini tidak cukup memadai untuk mengatasi masalah privasi. kita harus mengambil tanggung jawab pribadi untuk menghentikan penyebaran bahan berbahaya dengan menghapuskan bahan-bahan tersebut dalam hal kita menerima mereka. Selain itu, setiap media yang sensasi berita seperti itu harus dielakkan. 

Tentang aspek nilai moral dari hujah untuk hak privasi bahawa standard yang berbeza daripada nilai moral yang ditetapkan oleh individu dan masyarakat menimbulkan cabaran dan kesulitan untuk datang dengan undang-undang yang tepat. 

Berbagai kategori privasi dan boleh dihuraikan secara ringkas pada perlindungan privasi yang ada di Malaysia, yang hanya dalam keadaan terhad seperti dalam KUHP, Komunikasi dan Multimedia Act 1998 dan undang-undang kepercayaan. Apa yang tidak kita miliki, bagaimanapun, adalah bahagian tertentu dari undang-undang yang secara tegas memberikan rakyat hak untuk privasi. 

Malaysia, setelah mengadopsi Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia, harus melangkah lebih jauh dengan mengubah perlembagaan untuk memastikan hak kita untuk privasi. Mengingat banyak surveilans digital dan citra-menangkap alat yang terdapat di pasaran, itu hanya akan soal waktu sebelum penggunaan peranti tersebut mengarah ke penyalahgunaan. Dengan demikian, sangat penting bahawa Malaysia harus mempunyai undang-undang Privasi. 

Parlimen harus mengambil langkah-langkah proaktif untuk menetapkan tindakan semacam bukan meninggalkan mahkamah untuk berurusan dengan lacunas. Langkah pertama yang akan harus dilakukan adalah untuk mempercepat perkembangan Perlindungan Data Bill. Ini, bagaimanapun, perlu dibandingkan dengan Privacy Act dicadangkan sebagai Data Protection Act hanya akan merangkumi pengumpul data seperti bank, instansi pemerintah dan setiap badan yang lain yang mengumpul data peribadi.Sesuatu yang lebih komprehensif jelas diperlukan untuk memastikan bahawa privasi rakyat terpelihara. 

keperluan untuk menetapkan undang-undang Privasi di Malaysia. Kita harus mengambil langkah mundur dan meninjau isu-isu dispassionately: kategori yang berbeza dari parameter perlindungan privasi, dan pengecualian.Nampaknya masalah ini perlu dipelajari dan dieksplorasi lebih lanjut sebelum seseorang dapat mengatakan dengan pasti jenis Privasi Malaysia Undang-Undang perlukan. 

Cabaran lain mungkin terletak di Malaysia multi-budaya dan agama make-up di mana ada standard ternyata berbeza daripada nilai moral yang diterapkan pada Muslim dan non-Muslim. Ada potensi konflik antara undang-undang Syariah dan setiap Privacy Act yang jelas harus diatasi. 

Apakah ada keperluan untuk menghukum wartawan atau media yang bertindak tidak beretika dalam penerbitan berita sensasional tersebut untuk mengekang pelaporan rapuh, tidak ada keperluan seperti itu akan menjejaskan kebebasan media. Harus ada standard minimum yang media perlu mematuhi dan ini harus datang dengan cara swa-peraturan. 

Setiap undang-undang privasi tidak boleh memburukkan masalah kekerasan dalam rumah tangga dan harus bersama-sama dengan hak-hak wanita pada umumnya. Misalnya, perlu ada ulasan tentang undang-undang yang melarang seks oral dan seks anal konsensus, yang oleh dan besar tidak dikenakan pada pasangan yang sudah berkahwin. Tidak mungkin ada kes pendakwaan selektif. 

Keperluan untuk menetapkan suatu undang-undang Privasi dan masalah yang muncul terletak pada masalah moral, pergeseran standard moral dan harapan awam orang memegang jawatan awam. 

Perlu ada suatu undang-undang Privasi untuk menangani masalah peribadi umum yang berkaitan dengan e-mel, telefon bimbit dan CCTV, antara lain.

Tuesday, March 26, 2013

Ekonomi Mudah Orang Kampung Tradisional Parlimen Jerantut



Orang kampung tradisional senang faham "ekonomi berpijak di bumi nyata" yang mudah.

Pernah kita dengar pemimpin UMNO Bahagian Jerantut berkata..

"Pemimpin UMNO...errr...kerajaan akan sentiasa berusaha dalam mengatasi isu kemiskinan dan terus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar untuk meningkatkan pendapatan".

Setakat dengar saja? Apa tindakan dan susulan?

Keluasan keseluruhan Jerantut ini adalah 7,563.46 km persegi dan merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang. Populasi penduduk 91,096 banci 2010.

Disempadani oleh Negeri Kelantan dan Terengganu di Utara, Daerah Temerloh dan Maran di Selatan, Daerah Lipis dan Raub di Barat dan Daerah Kuantan dan Negeri Terengganu di Timur. Ia mempunyai 10 buah mukim yang terdiri daripada 295 buah kampung yang ditadbirkan di bawah 58 JKKK.

WZWH tidak berminat bicara ekonomi 14 kawasan Felda di Jerantut yang kebajikannya dijaga oleh kerajaan melalui FELDA.

WZWH berminat dengan ekonomi mudah orang kampung tradisional yang terdiri dari 295 kampung di parlimen Jerantut.

KDNK Jerantut 2010 lebih RM1 bilion. Dengan sektor pertanian 41% dan sektor perkhidmatan 26% bagaimana mahu diagihkan kepada ekonomi orang kampung tradisional?

Ekonomi Berpendapatan Tinggi tidak sampai kepada ekonomi orang kampung. Apatah lagi pelaburan bernilai tinggi yang bergantung kepada bijak atau bodohnya ahli parlimen Jerantut yang akan dipilih nanti berupaya membawa pelaburan bernilai tinggi.

Ekonomi mudah orang kampung lebih kepada "ekonomi yang berpijak di bumi nyata" mudah orang kampung mahu faham.

Hampir 80% penduduk Jerantut adalah orang Melayu yang ramai tinggal di kampung-kampung tradisional.

Bagaimana meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin di kampung tradisional. Dari segi kemiskinan, di Pahang kemiskinan ditakrif berpendapatan bawah RM609 dan bawah RM392 dikira miskin tegar.

Program Peningkatan Pendapatan Golongan Sasar (PPPGS) dan Projek 1AZAM ( Akhiri Zaman Miskin ) perlu digerakkan, diperhebat, diperluas, digalakkan, dikempen secara agresif kepada orang kampung tradisional.

Pengkalan data eKasih perlu menyenaraikan keluarga yang dikategorikan dalam kelompok miskin tegar dan miskin untuk dibantu melalui pemberian bantuan projek ekonomi yang melibatkan sektor pertanian dan agro makanan.

Kebanyakan bantuan yang diberi berjumlah bawah RM10,000. Melibatkan projek-projek seperti berikut:

  • Projek perniagaan makanan dan minuman
  • Projek pemprosesan ayam
  • Projek tanaman padi
  • Projek pembiakan burung peliharaan 
  • Projek pembiakan burung puyuh
  • Projek kios jualan burger
  • Projek ternakan itik penelur
  • Projek ternakan ikan sangkar
  • Projek ternakan ikan keli
  • Projek perusahaan jualan kerisik
  • Projek tanaman sayuran dan tanaman kontan
  • Projek pemprosesan santan segar
  • Projek pemprosesan produk susu soya dan kacang bersalut.
  • Projek pemprosesan makanan sejuk beku
  • Projek penjajaan hasil pertanian
  • Projek gerai makanan
  • Projek pemprosesan makanan-roti canai dan murtabak segera
  • Projek kuih muih
  • Projek penjualan ikan
  • Projek menjual sayur dan ikan di pasar malam.
  • Projek peruasaan kerepek
  • Projek kedai kek dan roti
  • Projek perkhidmatan pertanian dan ternakan kambing dan lembu
  • Projek perniagaan nasi campur
  • Projek pembuatan kuih tradisional
  • Projek madu lebah tualang
  • Projek asam rong biji getah @ perah
  • Projek siput sungai
  • Projek sayur paku pakis tebing sungai

Bila orang kampung tradisional berusaha dengan tekun buat projek-projek ini ianya boleh meningkatkan pendapatan dari RM300-RM500 ke lebih dari RM2500-RM5000 dan ada yang mencecah RM7000 ke atas.

Orang kampung tradisional perlu digalakkan supaya sibuk dengan projek-projek di atas supaya orang kampung tradisional boleh keluar dari belenggu kemiskinan.

Orang kampung tradisional bila sibuk tidak akan buang masa mengetir di kedai kopi, berborak kosong serta tidak lagi mendengar ceramah pandir dari pembangkang sebab letih bekerja menjayakan projek-projek di siang hari.

Pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut perlu pastikan orang kampung tradisional menumpukan pada mengusahakan projek-projek yang berfaedah dan meningkatkan hasil pendapatan.

Siapa Mahu Perjuangkan Pembangunan Ekonomi Kampung Tradisional Parlimen Jerantut?



Pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat tidak akan menguntungkan masyarakat kampung tradisional . Masyarakat tradisional hanya dipandang sebelah mata oleh parti-parti politik.

UMNO tak akan pandang kepada undi masyakat kampung tradisional ini . Siapa yang ingin menjadi juara kepada masyarakat tradisional ini ? Nak harapkan Pakatan Rakyat mereka juga berlumba-lumba untuk merampas undi Felda , yang secara tak langsung mereka juga hanya kelihatan seperti memperjuangkan masyarakat Felda sahaja .

Pembangunan ekonomi kampung tradisional perlu dirancang untuk mengimbangi ekonomi Felda yang meningkat. Di Parlimen Jerantut pembangunan ekonomi kampung tradisional boleh dipecah kepada 9 mukim secara mikro.

Sedikit fakta untuk dikaji. KDNK Daerah Jerantut ialah RM871.1 juta pada 2005. Sektor utama ialah pertanian 41% diikuti oleh sektor perkhidmatan 26%. 

Penduduk Jerantut berjumlah 91,096 pada banci 2010. Lebih 78% adalah orang Melayu. Mukim Pedah paling ramai penduduk berjumlah 27,592 manakala Mukim Hulu Tembeling paling kurang penduduk berjumlah 2,626.

Dari segi kemiskinan, di Pahang kemiskinan ditakrif berpendapatan bawah RM609 dan bawah RM392 dikira miskin tegar. Mukim Hulu Tembeling kadar kemiskinan yang tertinggi iaitu 4.94% yang mana purata pendapatan bulanan isi rumah juga terendah sebanyak RM779.

22 masalah utama yang mana ianya perlu diselesaikan bagi membantu pertumbuhan pembangunan daerah. Antara masalah-masalah yang WZWH kenalpasti adalah seperti berikut:

  1. Sistem perhubungan dan pengangkutan jalan yang tidak menyeluruh 
  2. Pertumbuhan ekonomi yang perlahan 
  3. Kurang penyediaan infrastruktur 
  4. Fokus pembangunan yang tidak menyeluruh 
  5. Risiko banjir 
  6. Pembangunan industri pelancongan yang tidak optimum 
  7. Pembangunan antara setiap mukim tidak seimbang 
  8. Tiada kemudahsampaian yang sempurna ke kawasan yang tidak membangun 
  9. Penduduk tertumpu di Mukim Pedah dan Pulau Tawar 
  10. Perumahan terancang hanya tertumpu di kawasan tumpuan pembangunan 
  11. Kawasan tanah rendah 
  12. Kurang peluang pekerjaan 
  13. Kurang tumpuan penduduk di kawasan banjir 
  14. Bilangan perumahan menurun 
  15. Kepadatan penduduk rendah 
  16. Penawaran perniagaan melebihi permintaan 
  17. Projek pertanian terbengkalai 
  18. Kurang pasaran dan promosi produk IKS ke luar daerah Jerantut 
  19. Perhubungan antara daerah bersempadan 
  20. Kurang teknologi untuk penghasilan produk 
  21. Kurang guna tenaga mahir 
  22. Sumber yang tidak dimanfaatkan

Strategi Pembangunan Mengikut Mukim dalam Daerah Jerantut yang utama iaitu Mukim Pedah, Mukim Tembeling, Mukim Hulu Cheka dan Mukim Pulau Tawar.

Strategi pembangunan di Mukim Pedah adalah untuk memperkukuhkan Bandar Jerantut sebagai Pusat Pertumbuhan Utama khususnya bagi sektor perniagaan, perkhidmatan dan perhubungan yang utama. Cadangan pembangunan‘infill’ digalakkan di Mukim Pedah dalam mengisi kesediaan bangunan-bangunan kosong yang mempunyai fasa bangunan yang masih terpelihara. Pembangunan yang optimum adalah digalakkan di mukim ini berikutan terletaknya Bandar Jerantut sebagai Pusat Pertumbuhan Utama. Strategi pembangunan dalam menjadikan Daerah Jerantut sebagai pusat pelancongan utama juga turut disokong dengan kewujudan Taman Negara Pahang, Taman Warisan Kota Gelanggi dan Tekam Plantation Resort. Selain daripada itu, antara strategi pembangunan sokongan di Mukim Pedah adalah dengan hasil pengeluaran daripada industri-industri terancang di mukim ini. 

Strategi pembangunan di Mukim Tembeling adalah disokong dengan kewujudan Kuala Tahan sebagai pintu masuk utama ke Taman Negara Pahang. Dengan adanya pintu masuk utama ke Taman Negara Pahang di mukim ini, ia menjadi pusat tumpuan para pelancong sama ada dari luar mahupun dalam negara. Ini dapat menyokong aktiviti perniagaan dan perkhidmatan di mana secara tidak langsung dapat menjana ekonomi di mukim ini disamping menjana ekonomi mukim berjiran seperti Mukim Pedah. Selain daripada pelancongan, aktiviti pertanian juga berpotensi dalam menjana ekonomi setempat. Jenis pertanian yang terdapat di mukim ini adalah kelapa sawit, buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman kontan. 

Mukim Hulu Cheka dicadangkan sebagai kawasan R&D utama, terutamanya bagi sektor pertanian bagi mengalakkan hasil pengeluaran pertanian. Pengekalan kawasan pertanian di mukim ini dalam usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi di daerah ini dengan hasil pertanian. Selain daripada itu, kawasan perumahan juga giat dibangunkan di kawasan Damak dan Batu Balai. Ia adalah untuk menampung keperluan perumahan terancang pada masa akan datang di Damak dan Batu Balai serta mukim-mukim lain. Mukim Hulu Cheka juga akan dibangunkan dari segi aktiviti pelancongan iaitu dengan terdapatnya Pusat Perikanan Perlok dan Makam Pawang Nong. Selain itu, aktiviti pembangunan ekonomi di mukim ini juga akan disokong oleh aktiviti industri kecil sederhana seperti perusahaan daging salai. 

Strategi pembangunan utama di Mukim Pulau Tawar adalah dengan membangunkan aktiviti perniagaan sebagai pusat pertumbuhan ekonomi kedua di Daerah Jerantut, dan sebagai pusat pelancongan yang bertaraf antarabangsa dengan adanya Taman Warisan Gua Kota Gelanggi dan Tekam Plantation Resort. Mukim Pulau Tawar juga berpotensi sebagai salah satu kawasan pertanian utama di Daerah Jerantut di mana hasil sumber pertanian di mukim ini adalah seperti kelapa sawit, getah, buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman kontan. Pertumbuhan ekonomi di mukim ini juga akan disokong dengan aktiviti industri kecil sederhana seperti perusahaan tembikar dan kraf tangan.

Harapan Rakyat Biasa Terhadap PRU 13


Pengundi berdaftar PRU 13 hampir 13 juta. Majoriti adalah tidak berparti. Ramai juga atas pagar.

Sebenarnya ramai ahli-ahli yang didaftar ahli apa-apa parti adalah ahli yang diambil IC dan didaftar tanpa ahli itu tahu. Atau ahli itu memang sympatiser atau berkawan saja dengan parti-parti.

Jika ditanya kepada ahli-ahli parti tentang PRU 13 akan menimbulkan polemik walaupun setiap jawapan boleh diakademikkan bagi diberi pengertian.

Namun inilah harapan majoriti dan persepsi rakyat biasa atau silence majoriti....

Apa isu utama kerajaan post PRU 13 perlu tekankan?

Establis kerajaan yang baik pengurusan cekap dan berkesan kepada rakyat. Masa depan kemakmuran Malaysia bukan ditentukan oleh SIAPA mentadbir Malaysia tetapi BAGAIMANA ditadbir.

Apa kekuatan BN?

BN berkeupayaan bergerak sebagai satu pasukan. Nyata kesepaduan, persefahaman antara 13 komponen.

Apa kelemahan ketara BN?

Orang lama (old guard yang dibenci oleh penyokong pembangkang). Deadwood yang masih lagi berkuasa. Kebanyakan kontroversi dan skandal melibatkan old guard.

Apa kekuatan Pakatan Rakyat?

Ideologi berkisar keadilan sosial dan tema anti korupsi.

Apa kelemahan Pakatan Rakyat?

Kekuatan BN ialah kelemahan Pakatan Rakyat. Walau Pakatan Rakyat mempunyai ideologi bersama bagi keadilan sosial dan anti korupsi. Komponen Pakatan Rakyat seperti PKR, DAP dan PAS berbeza dengan cara masing-masing mencapai matlamat. Pakatan Rakyat adalah pakatan yang rapuh dan tidak berdaftar secara legal, tiada mempunyai struktur yang proper, tiada kabinet bayangan kerana tidak mencapai persetujuan di kalangan komponen. Yang membuatkan PKR, DAP dan PAS bersama ialah keghairahan kuasa Putrajaya.

Apa harapan rakyat biasa untuk Malaysia post PRU 13?

Kerajaan bersatupadu menepati janji dan mengutamakan rakyat. Polisi-polisi digubal dan diimplement beri kebaikan kepada rakyat ramai.

Strategi-strategi yang membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mendera golongan berpendapatan tinggi yang terpaksa membayar cukai yang tinggi.

Strategi seperti:
  • Menambahbaik kos taraf hidup termasuk mengurang kos barangan utama dan meninggikan pendapatan.
  • Regulating harga hartanah.
  • Menambahbaik pengangkutan awam ( perhubungan destinasi, keberkesanan dan kepuasan pengguna )
  • Menambahbaik kualiti pendidikan ( membanyakkan universiti luar negara, menggalakan RnD dan inovasi).
  • Mengurangi kadar jenayah.
  • Langkah-langkah menjadi global servis hub. ( Malaysia akan ketinggalan dalam persaingan sektor pembuatan kepada Vietnam, Indonesia, Thailand, Loas dan Filipina di masa depan ).
  • Menjaga perpaduan nasional dan budaya Malaysia yang unik.

Program Pentas Pemuda UMNO Jerantut : PDM Felda Jengka 13

Photo: 25 MAC 2013

PENTAS PEMUDA " WADAH TRANSFOMASI MINDA "
LOKASI : FELDA JENGKA 13
TARIKH : 24 MAC 2013
MASA : 8.45 MALAM

Ini program Pentas Pemuda UMNO Jerantut malam semalam 25/3/2013 di Felda Jengka 13.

Photo: 25 MAC 2013 / 8.45 MALAM

SEKITAR PROGRAM PENTAS PEMUDA " WADAH TRANSFOMASI MINDA " YANG BERLANSUNG DI FELDA JENGKA 13

** Gambar sumber Dato Wan Amizan ADUN Tahan ***

Ini tokoh anak Peneroka dari Felda Jengka 12 yang boleh mematahkan hujah-hujah dan tipu daya dari pembangkang mahu memburuk dan menjatuhkan imej FELDA dan Kerajaan menjaga kebajikan peneroka Felda seluruh negara.

Satu-satunya anak peneroka yang berjaya menjadi YB ADUN Tahan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Anak peneroka yang menjadi lembaga pengarah beberapa GLC dilantik oleh kerajaan.

Juga anak peneroka yang merupakan tokoh korporat muda yang berjaya.

Beliau tidak lain tidak bukan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak 40 tahun.

Perjuangan utama beliau mahu membina seberapa banyak perumahan generasi ke dua di 14 kawasan Felda di parlimen Jerantut.

Tanpa ragu-ragu lagi para peneroka di 14 kawasan Felda dan generasi ke dua Felda menyokong hasrat murni beliau untuk dicalonkan menjadi ahli parlimen Jerantut PRU 13.

Beliau anak peneroka Felda Jengka 12 yang berasal dari Kampung Paya Koran sebuah kampung tradisional yang sudah tidak berpenghuni di Lembah Tembeling.

Peluang yang diberi oleh DS Najib kepada beliau bertanding di DUN Tahan pada PRU 12 telah berjaya beliau laksanakan dengan transformasi Lembah Tembeling secara intensif dengan mencurah-curah masuk projek pembangunan hampir RM1 bilion.

Untuk menjayakan cita-cita mahu merealisasikan hasrat beliau mahu membantu generasi ke dua Felda  dari segi perumahan dan penyediaan peluang pekerjaan untuk golongan muda parlimen Jerantut maka DS Najib perlu memberi peluang kepada Dato' Wan Amizan Wan Razak mengurus parlimen Jerantut.

Dato' Wan Amizan adalah tokoh pemimpin yang boleh menarik pelabur-pelabur bernilai tinggi melabur di parlimen Jerantut. Parlimen Jerantut perlukan perubahan kepada transformasi ekonomi besar-besaran mengunakan potensi-potensi sepenuhnya.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...