Inilah Kampung Pagi Ulu Tembeling yang selalu DS Najib Perdana Menteri sebut dalam banyak ucapan beliau terutama mengenai pembangunan luar bandar dari KL hingga ke United Nation New York.
Bagaimana Kampung Pagi @ Morning Village mendapat namanya?
Perkataan 'Pagi' pada nama kampung itu turut mempunyai sejarahnya sendiri kerana ia datangnya daripada pedagang dari Sumatera dan Brunei yang singgah di situ pada waktu pagi apabila menggunakan perahu galah dari Kuala Tahan.
Pedagang berkenaan akan mudik dari Kuala Tahan pada sebelah petang dan akan singgah di Kampung Pagi pada keesokan paginya yang menjadi latar dan sinonim bagaimana kampung berkenaan menempa nama.
Migrasi pedagang dari Acheh dan Bukit Tinggi, Sumatera dan Brunei sejak 400 tahun lalu meninggalkan warisan keturunan Melayu tradisional yang masih belum diterokai untuk kajian ilmiah termasuk dari sudut dialek penduduk berkenaan.
Kampung Pagi di Hulu Tembeling di sini, adalah antara destinasi pelancongan selepas Taman Negara Kuala Tahan yang menjadi tumpuan utama pelancongan ke daerah ini sejak beberapa tahun lalu.
Ia kerana hutan tropika itu dipenuhi flora dan fauna selain terdapat kehidupan tradisional penduduk Melayu termasuk suku Orang Asli Batek di persisiran Sungai Tembeling.
Kedua-dua faktor itu menjadi antara aset penting pertumbuhan sektor pelancongan berasaskan alam sekitar di daerah itu.
Perkara yang turut menggamit keindahan Sungai Tembeling juga ialah habitat ikan air tawar iaitu ikan kelah, ikan patin, ikan jelawat, ikan lawang, ikan baung, ikan temoleh dan pelbagai spesies akuakultur lain yang boleh dilihat di kawasan tersebut.
Ikan Kelah Sungai Tembeling-King of fish. Ini anak muda Kampung Pagi namanya Aanm Naim yang sedang belajar Perakaunan di IPTA.
Kedudukan Kampung Pagi berdekatan dengan Taman Negara Kuala Tahan antara faktor ia menjadi persinggahan kedua pelawat yang cuma memudiki bot penambang dalam masa 45 minit dari jeti Kuala Tahan.
Laluan Sungai Tembeling yang mempunyai lapan buah jeram selain pusat rekreasi dan calet di Jeram Nusa serta Jeram Terenggan ternyata telah memberi impak kepada sektor pelancongan di kampung itu.
Kampung Pagi merupakan destinasi lawatan unik kerana program inap desa di bawah pengurusan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) berkenaan memberikan pengalaman baru kepada mereka.
Cabaran menyusuri Sungai Tembeling untuk sampai ke Kampung Pagi juga sudah pasti mampu menyuntik pengalaman unik kepada pelawat.
Budaya penduduk tempatan yang masih betah dengan ciri tradisional termasuk juadah makanan berasaskan sumber hutan dan sungai juga pasti menjadi tarikan pengunjung yang mahukan suasana tenang dan jauh daripada kesibukan kota besar.
Kebiasaannya pelawat yang singgah di kampung berkenaan gemar memancing ikan air tawar di Sungai Pengau dan meredah Hutan Lipur Pengau untuk menghayati keindahan alam sekitar termasuk melihat pelbagai jenis flora dan fauna.
2 comments:
WZWH jangan nak menipu, mana ada lagi ikan di sg.pengau tu. Orang kg pagi bodoh tak boleh di ajar, cerdikl tak boleh di ikut, phd sesama anak beranak cukup tebal.
Ha ha ha
semua orang tahu
kampung pagi tak boleh pakai
Post a Comment