Sunday, September 1, 2013

Ahli Parlimen Jerantut Perlu Berani Bertanding Ketua UMNO Bahagian...


Blog WZWH bertanggungjawab menyalurkan berbagai pemikiran dan pandangan politik agar 25,000 ahli UMNO Jerantut tidak jumud menerima hanya satu pandangan politik atau berfikiran sempit.

Peredaran masa dan trend terkini dan cita rasa memerlukan perubahan kepimpinan. Untuk meyakinkan perubahan kepimpinan memerlukan pandangan politik baru Jerantut.

Orang UMNO Jerantut perlu berfikiran terbuka...Bukan niat blog WZWH untuk melaga-laga ahli politik-ahli politik Jerantut tapi memberi berbagai pandangan alternatif.

Ahli parlimen Jerantut perlu berani bertanding Ketua UMNO Bahagian

Bila anda dipilih menjadi calon ahli parlimen Jerantut oleh parti dan dipilih oleh pucuk tertinggi kepimpinan tidak timbul soal anda baru, muda, junior, kurang pengalaman, anda bernasib baik kerana ada ramai lagi yang lebih layak di Jerantut, anda belum up to standard....

Apa lagi jika anda menang PRU sebagai ahli parlimen Jerantut dengan majoriti yang besar. Itulah amanah, kepercayaan dan mandat yang pengundi parlimen Jerantut beri kepada anda.

Itulah amanah yang perlu dipikul dan anda sebagai ahli parlimen Jerantut perlu berani melangkah ke hadapan dan bertanggungjawab menguruskan UMNO Bahagian Jerantut.

Adakah anda rasa anda belum ada kekuatan?

Sejarah Jerantut menunjukkan dulu tahun 1982, Wan Abu Bakar bin Wan Mohamad ketika itu hanya calon parachut di luar kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut.

Beliau hanya berjawatan Timbalan Ketua UMNO Cawangan sahaja dan bekas PTD. Bila beliau bertanding parlimen Jerantut pada usia 29 tahun dan menang pada PRU 1982, beliau berani memikul tanggungjawab untuk bertanding Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

Walaupun ketika itu ada ramai pemimpin UMNO yang lebih senior dan berpengalaman serta berpengaruh namun Wan Abu Bakar berani bertanding Ketua UMNO Bahagian Jerantut walau beliau dicabar oleh War Lord- War Lord UMNO Jerantut dengan mempertaruhkan pemimpin terbaik mereka.

Akhirnya Wan Abu Bakar menang Ketua UMNO Bahagian Jerantut, menjadi ahli parlimen 3 penggal, menjadi Timbalan Menteri dan Dato' Wan Abu Bakar...

Ahli parlimen Jerantut perlu berani dan yakin bertanding Ketua UMNO Bahagian. Anda ada kuasa eksekutif maka anda tidak mahu bertanding!!!

War Lord-War Lord UMNO Jerantut hanya dicorak secara sementara oleh semua perwakilan-perwakilan.

Majoriti perwakilan UMNO Jerantut adalah realist politik dan akhirnya perwakilan UMNO Jerantut akan menipu War Lord-War Lord UMNO Jerantut.

Ahli parlimen Jerantut perlu berani bertanding Ketua UMNO Bahagian Jerantut...kena berani dan yakin macam Dato' Wan Abu Bakar....bila anda menang Ketua UMNO Bahagian Jerantut...masa depan  politik yang gemilang dan cerah menunggu anda...

Ahli parlimen Jerantut jangan menghampakan harapan orang Jerantut.

Ahli parlimen Jerantut jangan mengecewakan harapan orang muda Jerantut.

Ahli parlimen Jerantut perlu berani bertanding Ketua UMNO Bahagian Jerantut...tunjukkan ini dia politik baru UMNO Jerantut.

3 comments:

Anonymous said...

di zaman wan abu bakar.. memang beliau yang terhebat..
tetapi..
kini pentas politik kian mencabar dari seluruh sudut...
bermakna..
haji nazlan adalah yang terbaik. kini.. beliau boleh menang PRU13 diwaktu umno jerantut di ambang kekalahan dan kepincangan...
oleh itu, tak salah beliau bertanding jawatan ketua bahagian.
cuma harapannya...
jangan ada ahli umno jerantut yang menidakkan kedudukan beliau itu..
berikanlah kepada beliau jawatan itu,
ahli yang lain jangan usik jawatan itu.
kalau di usik jawatan itu, bermakna orang itu bukan umno sejati, malah mereka2 lah yang ingin menghancurkan umno jerantut keseluruhannya..

usin gampang said...

awok cakap apa ni?umno milik ahli parlimen ke?tak ada dalam perlembagaan umno yang mengatakan ketua bahagian mesti ahli parlimen.

kalau nak sangat jawatan ketua bahagian kena laah ikut peraturan umno,ia itu dipilih melalui undian perwakilan.

kalau orang yang lawan ahliparlimen
itu bukan umno sejati dan ingin menghancurkan umno jerantut maka aku senaraikan ahli umno jerantut yang bukan ahli umno sejati:

1.bazain mahmud
2.kamaruzaman baria
3.ahmad nazlan idris
4.hamidon abu bakar
5.borhan ghazali
6.dr shukri
7.balaci orang2 di atas.mereka inilah yang selalu melawan dengan ahli parlimen jerantut dahulu!mereka inilah yang berhabis wang ringgit yang diberi hantu raya peringkat pusat supaya kalahkan ahli parlimen.

sekarang bila orang mereka jadi ahli parlimen nak free aje jawatan ketua umno bahagian.dan orang yang melawan mereka dilabelkan bukan umno sejati!!!poooorrrraaaahhhh!!!

bapak husin gampang said...

mampus la awk husin gampang dgn org umno awk mengaku umno dgn pr awk lah org kuat pr memang awk gampang sejati

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024