Thursday, September 12, 2013

Hikayat Tulang Raja Singa Tua Di Bawah Pokok



Ada pun tersebut kisah dua ekor singa jantan muda yang mahu jadi raja singa menyerang raja singa tua dan membunuhnya...Kenapa jadi demikian?

Diceriterakan oleh orang tua-tua di zaman dulu ada seekor raja singa yang sudah lama memerintah di padang ragut yang sangat luas.



Raja singa ini suka duduk berteduh di bawah pokok yang rendang. Ada pun sudah banyak purnama raja singa ini memerintah. Ada banyak singa-singa jantan yang muda mahu mengintai menjadi raja.

Keistimewaan menjadi raja singa antaranya semua singa betina baik yang remaja, muda, dewasa boleh dibuat bini. Segala daging yang enak-enak dihantar oleh singa-singa betina yang rajin memburu.

Dalam kumpulan singa itu ada dua ekor singa jantan yang sama muda dan kuat bercita-cita mahu menjadi raja singa. Disedari oleh raja singa tua akan gelagat dua ekor singa jantan muda ini. Tambahan lagi dua ekor singa jantan muda ini suka mengerling kepada bini-bini raja singa.

Suatu hari raja singa tua berkata kepada dua ekor singa jantan muda ini, " kalau kamu berdua mahu jadi raja singa kamu berdua harus membuktikan kepada aku kejantanan kamu berdua dengan bertarung"

"Siapa yang menang bolehlah mengantikan aku....aku pun sudah tua".

Maka bertarunglah dua ekor singa jantan muda itu dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh.


Sehari bertarung dari pagi sampai petang tiadalah berkeputusan melainkan penat, letih serta luka-luka kena cakar dan gigit. Akhirnya berhentilah pertarungan dua ekor singa jantan muda itu kerana sangat kepenatan.

Berkatalah raja singa tua," tengok...aku bagi kamu berdua berpeluang...tapi kamu berdua belum cukup matang dan berpengalaman bertarung macamana mahu jadi raja?"

"Kalau begitu biarlah aku lagi menjadi raja" titah raja singa tua itu sambil ketawa berdekah-dekah," ha ha ha haaa...haaa"

Dua ekor singa jantan muda itu berpandangan satu sama lain sambil tanpa disedari tangan kedua-dua ekor singa jantan muda itu secara spontan telah mencakar raja singa tua!

Selepas jatuh raja singa tua itu maka mulalah dua ekor singa jantan muda itu menerkam dan mengigit serta akhirnya membunuh raja singa tua itu.

Matilah raja singa tua itu di bawah pokok. Tidak lama kemudian datang pula kawanan dubuk memakan bangkai raja singa tua itu.



Yang tinggal hanyalah tulang-tulang raja singa tua yang malang itu di bawah pokok....

Dua ekor singa jantan muda itu bila bersendirian berfikir,"mungkin satu hari nanti nasib aku akan jadi seperti tragedi raja singa tua...hanya tinggal tulang-tulang di bawah pokok sebagai kenangan..."

Demikianlah Hikayat Tulang Raja Singa Tua Di Bawah Pokok...

9 comments:

Anonymous said...

Aok buat lah ceriter pasal mele pulok cikgu..asyik hal penglipur lara jer haa

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 8:68 mele itu apa? Kg Mela ke...

usin gampang said...

wzwh,

kat jerantut banyak dubuk.bak kata KD,dubuk paria.

dalam umno ramai dubuk paria.asyik tunggu harimau berburu aje kerjanya.tahu tengok dan duduk diam aje.berburu malas.

bila harimau yang bertungkus lumus menggunakan kudrat yang ada sampai banjir peluh berburu binatang buruan,dubuk senang2 berkumpul dari jauh melihat aje harimau mengejar binatang buruan.

bila harimau dah berjaya dapat binatang buruan,kumpulan dubuk paria seperti
dubuk mubarak,dubuk kelas f,dubuk pencacai ikut ketua dubuk,dan juga dubuk pencen penerangan pun berkejar mendapatkan binatang buraan.oleh kerana kumpulan dubuk ini terlalu busuk baunya sampai tersumbat lubang hidung harimau maka harimau meninggalkan binatang buruan tersebut.sambil merampas dan makan hasil usaha harimau,mereka memburuk-burukkan harimau.kata harimau sangat busuk tapi sebenarnya mereka lah binatang yang paling busuk dalam dunia.

inilah dubuk paria umno yang hidup di atas usaha orang lain.akhirnya rimba politik jerantut di penuhi dubuk2 paria yang busuk bau badannya dan busuk juga hatinya dan busuk juga perangainya!

Anonymous said...

Napa manuksia dikebumikan sehingga nam kaki dalam tanah. Bangkai hewan ditimbus taklah sedalam itu!!!

Anonymous said...

mele tu kampung mela lah cikgu..asyik jerantet jerk.hehe

Anonymous said...

cik gu bodo ni mana tau apa2 psl mele..

Anonymous said...

awok cerdik sangat ke?sebab itu bahasa awak serupa bahasa orng bodoh!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon semua WZWH boleh cerita pasal Kg Mela

1)Orang Kaya Mela
2) stesyen kereta api Mela
3) Kg2 kecil sub-kampung dalam mela
4) Moyang WZWH pernah berkahwin dengan seorang perempuan bernama Khaimah anak Orang Kaya Mela 160 tahun dulu
5)Mela girls and Tembeling boys
6)Cinta pertama WZWH bermula di Kg Mela

WZWH banyak cerita mahu cerita pasal Kg Mela.....

Anonymous said...

Kas org mela....
nok dengor jugok cerita kg kas nie...
walaupun dalam daerah lepeh...alamat masih jerantet...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024