Tuesday, September 10, 2013

DS Najib Hargai Sumbangan Media Sosial Jerantut


DS Najib bersama Blogger Braveheart @ Azam Abd Rahman dari Jerantut, Pahang. Ini foto yang sempat WZWH ambil baru-baru ini.

DS Najib menghargai sumbangan media sosial Jerantut yang terdiri dari Pemuda UMNO, Puteri, Wanita dan AJK UMNO Bahagian yang terlibat dalam media sosial seperti blog, Facebook, Twitter, dsb terutama semasa PRU 13.

Gerakan media sosial ini turut membantu kemenangan UMNO dan BN Jerantut memenangi parlimen, DUN Damak, DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar.

Media sosial terutama blog memainkan peranan dalam menentukan kemenangan UMNO dan BN Jerantut.

Bandar Jerantut sahaja ada lebih 40 pengamal blog politik menjadikan Jerantut bandar bloggers Pahang.

Penerangan dan mesej disampaikan melalui blog.

Adalah menjadi habit orang Jerantut samada ahli UMNO, kakitangan kerajaan, kontraktor, surirumah suka membuka blog dan Facebook selepas sembahyang subuh.

Kalau tidak sempat buka media sosial di Pejabat masa free atau lunch hour.

Di Jerantut maklumat politik UMNO samada cerita politik terbaru disampaikan melalui blog. Media sosial lebih berperanan sebagai Penerangan UMNO.

Itu sebab Amanat DS Najib sebagai Presiden UMNO kepada UMNO Bahagian Jerantut disebarkan melalui blog dan Facebook serta Twitter.

Diharap media sosial ini tidak digunakan untuk menjatuh atau memburukkan pemimpin UMNO atau calon-calon yang berminat menawarkan diri untuk bertanding dalam kepimpinan UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri.

WZWH ucap terimakasih kepada DS Najib yang menghargai sumbangan Media Sosial Jerantut  yang berjuang secara sukarela tanpa imbuhan demi perjuangan agama, bangsa dan negara.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024