Sunday, September 22, 2013

Mengenali Siapa Tengku Azlan Mantan Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut?


















YM TS Tengku Azlan calon Ketua UMNO Bahagian Jerantut 2013-2017 dan YH Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar sebagai wakil calon Tengku Azlan. Dato' Wan Abu Bakar adalah mantan parlimen Jerantut tiga penggal 1982-1995.

YM Tan Sri Tengku Azlan Ahli Parlimen Jerantut sejak PRU 1999 hingga PRU 2008. Tiga penggal YBM Tengku Azlan menjadi Ahli Parlimen Jerantut. Dikenali sebagi Ku Lan. Siapa Ku Lan? Putera kepada Almarhum Sultan Abu Bakar, adinda kepada Sultan Ahmad Shah, menantu Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Bapa saudara DYMM Agong Sultan Mizan yang dulu.

Dulu dari tahun 1980an hingga 1990an, Ku Lan merupakan pemimpin parti Semangat 46 pimpinan YBM Tengku Razaleigh. Ku Lan pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda Semangat 46 Malaysia dan Pengerusi Perhubungan Semangat 46 Pahang.

Pertama kali WZWH berjumpa dengan Ku Lan pada petang sewaktu ribut menyebabkan sebatang pokok tumbang menghalang kenderaan dekat dengan Felda Padang Piol pada tahun 1989 sewaktu WZWH mahu pergi ke Kuala Lumpur berlepas ke England. WZWH sempat berbicara secara peribadi dengan Ku Lan berkenaan hal keluarga dan politik semasa.

Pada tahun 1996 parti Semangat 46 dibubarkan dan diserap masuk ke dalam UMNO. Ini adalah atas usaha Ku Lan memujuk Tengku Razaleigh. Inisiatif Ku Lan ini sangat dihargai oleh Tun Mahathir yang ketika itu menjadi PM kerana mahu balance pengaruh DS Anwar Ibrahim TPM ketika itu.

Sejurus pembubaran parti Semangat 46, Ku Lan menjadi Ketua Cawangan UMNO Ulu Tembeling dan sungguh tidak menyangka Ku Lan akan bertanding di Parlimen Jerantut pada PRU 1999. Begitulah politik serba kemungkinan. WZWH teringat sebelum PRU 1999, WZWH dan blogger Sri Tri Buana selalu pergi ke rumah Ku Lan di Bangsar. WZWH selalu membayangkan Ku Lan akan bertanding di Jerantut semasa perbincangan. Ku Lan hanya gelak sahaja.

Ku Lan pernah memegang jawatan Timbalan Menteri di JPM dan Pengangkutan dan ditawar Timbalan Menteri Luar tetapi menolak atas alasan peribadi semasa zaman terakhir Tun Abdullah sebagai PM. Ku Lan kecewa kerana sebelum itu Tun Abdullah menjanjikan kepada beliau jawatan Menteri KKLW.

Mungkin ini alasan utama ada satu kumpulan UMNO Jerantut melawan kepimpinan Ku Lan pada pemilihan UMNO Bahagian Jerantut 2008 yang menyaksikan  kumpulan itu tewas. Ahli-ahli UMNO masih mahukan kepimpinan Ku Lan dibantu oleh YB Dato' Wan Amizan dan Dato' Hj Nazri Ngah.

Semasa gelombang PRU 12 bila mana ramai Ahli Parlimen BN tumbang namun Ku Lan tetap menang di Parlimen Jerantut dengan majoriti 1946. Walaupun tewas majoriti 2000 undi di DUN Damak tapi DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar membantu. Kalau bukan Ku Lan sudah tentu Parlimen Jerantut hanyut ke tangan PAS dan Pakatan Rakyat!

Pengkritik Ku Lan mengatakan semasa menjadi ahli parlimen Jerantut, Ku Lan tidak berbuat apa-apa di Jerantut, kurang menemui pengundi-pengundi, tidak servis, rumah pun tidak ada di Jerantut susah Ketua-ketua cawangan UMNO dan pemimpin-pemimpin kampong hendak berjumpa, hubungan dengan pengundi-pengundi kaum Cina kurang dan bukan penduduk asal Jerantut sebab orang Jerantut mahu Ahli Parlimennya anak jati Jerantut.

WZWH ingin menjawab beberapa persoalan-persoalan yang dibangkitkan pengkritik Ku Lan. Sebagai seorang yang dilatih dengan ilmu perakaunan, WZWH memandang kepada fakta dan angka. selama tiga penggal Ku Lan menjadi Ahli Parlimen, WZWH telah menyemak segala peruntukan-peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan pusat dan negeri di Parlimen Jerantut adalah berjumlah lebih RM2.5 bilion.

Ku Lan banyak berperanan dibelakang tabir dalam menjayakan projek-projek pembangunan di Jerantut. Selama tiga penggal banyak perancangan pembangunan yang telah dirancang dan sudah nampak projek-projek yang sedang dibuat, Work-in-Progress, dan akan buat menyusul. WZWH akan bentangkan dan senaraikan segala projek-projek atas usaha inisiatif Ku Lan dalam posting-posting yang akan datang.

Ku Lan adalah anak Raja Pahang yang "the most gentleman", berbudi bahasa, rendah diri, tidak sombong, melayan semua orang tidak kira pangkat,darjat,kaya, miskin. Tidak ada istilah berpuak-puak dalam pemikiran Ku Lan. Sebab itu semua "warlord-warlord dan godfather-godfather" tunduk lemah kepada Ku Lan. Cuma nampak riak-riak ombak mahu membadai Ku Lan pada pemilihan UMNO Bahagian Jerantut 2008 tapi tersangkut di beting pasir hanya membasahi kaki sahaja! Ku Lan percaya kepada gagasan 1UMNO Jerantut.

Hanya Ku Lan yang boleh membuktikan beliau adalah tokoh perpaduan yang boleh mengabungkan semua puak-puak dalam 25,000 ahli UMNO Jerantut sejak mengambilalih kepimpinan UMNO Jerantut pada tahun 1999 hingga kini.

Ku Lan bukan orang luar. Rakyat Pahang kena faham Ku Lan adalah anakanda Almarhum Sultan Abu Bakar Pemerintah Negeri Pahang dan Jajahan takluknya bererti Ku Lan boleh pilih mana-mana Parlimen yang Ku Lan mahu. Siapa kata Ku Lan sebatang kara? Ku Lan bukan sebatang kara dan tiada saudara mara di Jerantut ini. Sebatang Sungai Tembeling itu tempat kediaman saudara mara dan penyokong tegar Ku Lan disamping ramai lagi rakyat Parlimen Jerantut yang meminati personaliti Ku Lan.

WZWH merasakan Ku Lan adalah aset kepada Jerantut dan bukannya liabiliti. Usaha Ku Lan memujuk Tengku Razaleigh dari mencabar DS Najib Presiden UMNO amat DS Najib hargai.

Demikianlah cerita Ketua Bahagian UMNO Jerantut- Ku Lan yang WZWH sayangi. Ku Lan diperlukan lagi oleh rakyat Jerantut dan 25,000 ahli UMNO untuk mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut pada pemilihan UMNO 19 Oktober 2013 nanti.

WZWH berharap Perwakilan UMNO Jerantut berikan peluang kepada Ku Lan untuk memimpin UMNO Bahagian Jerantut buat penggal terakhir.

26 comments:

Anonymous said...

Jangan lupa sahabat-sahabat pilihlah calun2 dari kem YB haji nazlan,sebab sekarang ni dia yg berkuasa..ku lan tinggal sejarah aje dan jgn lupa calun no 10 ajk bahagian Roslan Kamaruddin dari jerantut feri yg berwawasan

Anonymous said...

Dah berpenggal2 dah bagi...mesy perhubungan pn tk pergi...mesy tindakan daerah pn tk penah hadir..nk bantu menda yg lebih besar?...

Anonymous said...

cukuplah......., dah habis jadi ahli parlimen tu akur jelah, kita bagilah kuasa tu kepada Ahli Parlimen Baru sebab: (1) kuasa sebagai Ketua Bahagian itu boleh digunakan oleh Ahli Parlimen untuk memudahkan beliau membawa pembangunan di Jerantut ni.. (2) Sebagai Ketua memudahkan beliau mendekati rakyat

Anonymous said...

sudah sudah lah tu...rakyat Jerantut dah puas dengan Ku Lan. Terima kasih atas jasa beliau. Masa untuk tampuk pimpinan yang lain (Ahli Parlimen Jerantut sekarang) untuk berjasa kepada Jerantut

Anonymous said...

Ahli Parlimen sekarang nak jaga cawangan Sg Jan pun X bole jaga camna nak jaga UMNO Jerantut. Duit pilihanraya simpan kat rumah tak turun. Weiii gini rupenya calon warak macam malaikat...

Anonymous said...

Woooooii Usin Gampang bile lagi aok nok komen....kome nunggu neh...

Anonymous said...

Salam,Koibukannya tak suka ke Ku Lan tu.Keknya dia dah bukan ahli parliment.Bagilah ketua tu kat ahli parliment,Senang sikit dia nak buat kerja.Dah 3 penggal pun Ku Lan jadi ketua UMNO jerantut,Cukuplah tu.Dah banyak jasa dia buat kat jerantut,Sekarang bagilah pulak kat orang baru untuk memberikan khidmat dan jasa kepada org jerantut.

Anonymous said...

Anon 8.17 koi nok cite skit, Nazri Aziz 4 penggal ahli parlimen tak ketua bahagian pun.

Husni jadi Menteri hanya bendahari bahagian.

Najib jadi ahli parlimen Pekan berapa lama tak jadi ketua bahagian pun. Bila Khalil Yaakob pindah Bahagian lain baru Najib jadi ketua bahagian.

Setakat ahli parlimen biasa aje....tak layak jadi ketua bahagian Jerantut.

Anonymous said...

mana Usin Gampang...kami mahu komen aok..

Yes...we want Usin Gampang
We want Usin Gampang
We want Usin Gampang
We want Usin Gampang...

Anonymous said...

persoalan skrg kita memilih pasal calun tu ahli parlimen atau tidak, yang kita perlukan adalah kepimpinan dan kerja yang akan dijalankan oleh mereka setelah di pertanggungjawabkan.... jadi pendapat saya kita bagi peluang orang baru pulak sbb Ku Lan pun dah diberi peluang 3 penggal, jadi kali ini biarlah kita cuba orang baru pulak bagi lah peluang kpd Hj Nazlan memimpin pulak..... DAH LAMA DAH

Anonymous said...

Di Kedah Tun Mahathir diberi peluang 22 tahun jadi PM dan Ketua Bahagian...

Di Kelantan Tengku Razaleigh diberi peluang 40 tahun jadi ahli parlimen dan Ketua bahagian...

Tidak salah kalau di Pahang Tengku Azlan diberi sepenggal aje lagih jadi Ketua Bahagian...

Apa masalah bila Najib dan MB Pahang sudah bersetuju...cuma Hj Nazlan tak faham2 dan tak RETI BERPOLITIK DI NEGERI PAHANG.

Hj Nazlan neh orang Singapore ke?

usin gampang said...

berterimakasihlah kepada orang yang berbudi kepada kita.jangan mudah lupa diri.berterimakasih kepada manusia bermakna berterimakasih kepada allah kerana allahlah yang menggerakkan hati manusia supaya berbuat baik kepada kita.

orang yang bersyukur akan allah tambahkan rezekinya.orang yang tak tahu bersyukur tunggulah azab allah yang pedih.

kepada ahmad nazlan berterimakasih dan bersyukurlah!

Anonymous said...

jerantut perlu perubahan kalau nk maju....contoh bandar jerantut banyak prubahan bila s.u lama diganti yg baru ...

Anonymous said...

Jong pecoh you kenyang

Anonymous said...

hormatilah keputusan rakyat-rakyat jerantut.Mohon dengan horamat YM mulia tengku berundurlah dari Jawatan ketua bahagian.Duduklah Ajk sahaja untuk memberi sumbangan kepada UMNO.

Anonymous said...

Ku lan menang...yg senang dan kenyangnya sape...semua org jtut tahu

usin gampang said...

tak perlu nak desak dan halang orang yang nak bertanding.bila kau orang desak jangan bertanding bermakna kau orang tak ada kekuatan sendiri dan hanya mahu menang percuma.kalau semua nak free hiduplah awok sorang.

kalau rasa kuat sangat pengaruh tu kenapa bising-bising memperlekehkan orang lain.buatlah keje mengempen bersungguh-sungguh.

ini memperlekehkan orang lain bermakna awok penakut dengan kekuatan orang lain.

biar perwakilan yang tentukan siapa dia orang nak pilih.jangan bengong sangat!!!

nadi utama said...

Berkhidmat secara terus dan belakang tabir? kita perlukan pemimpin yg menggunakan kedua dua kaedah ini utk kemajuan rakyat jerantut. kalau bangunan 80 tingkat sekalipun batang hidung yb tak pernah masuk kg mcm mana nak tau kualiti hidup rakyat? hopefully perwakilan bijak berfikir

Anonymous said...

ajk no 10 tu mulut dia lancang sangat.tak dapat menda yang dia nak, berbakul-bakul umpat keji keluar dari mulutnya.pak sedara aku hj rusdi habis di makinya krn tak dapat projek.nak jadi ajk bahagian pun sebab nak dapat projek dari mat lan.kalau tak dapat esok mat lan pulak kena maki.

Anonymous said...

Yer ke ni???

Kg. Serama said...

ye la bg la peluang sekali lg senang beliau nak menghabiskan balak dengan hasil bumi yang lain..Hj lan x mcm tu sebab tu la dia org nak pancas awal2..siapa yang pilih tengku lan memang bodoh sampai mati...

Anonymous said...

wahai semua perwakilan..

tengku lan dan dato wan pertahankan lah..yang lain2 lantak deme lah nak pilih sapa..2 kepala kat atas ni kena pertahankan..demi umno jerantut.

Kg Serama said...

wahai pewakilan semua jangan pilih si botak ini..dia dah tenggelam dalam sejarah sg.pahang..sebenar dia hanya gilakan kuasa dan tamak haloba..hanya nak mengaut balak dan projek2 aje..bukan nak menaikkan umno dan menjaga rakyat terutama di jerantut..pilih la Hj Lan..

Anonymous said...

aku tak pilih hj lan..dia kerat cikgu halim dulu..pengkhianat umno..

Anonymous said...

Kg Serama,

Siapa yg tamak haloba ?.......Ku Lan beri laluan untuk MP, maka bernasib baiklah Hj Lan yg dilantik sbg K/Penerangan oleh Ku Lan bertanding MP.....kalau tak dilantik jangan haraplah dpt jadi MP tu...Ku Lan mempertahankan jawatannya ...kenapa Hj Lan lawan?...sepatutnya tidak....bagi org yg tahu mengenang budi. Dah jadi MP nak ketua bahagian pulak...Hj Lan lah yg tamak dan haloba serta perasan yg dirinya terbaik sangat....padahal luarannya saja nampak bersih...........wahai perwakilan semua pilihlah Ku Lan.

Kg. Serama said...

Hj lan bersih la dr tengku lan..apa awak ingat tengku lan bagus sangat..sebenarnya tengku lan dah tenggelam di sg pahang...kita semua kena pilih org jerantut sendiri..org dah tau tengku lan kuat pungkor...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024