Monday, September 30, 2013

Bagaimana Tengku Azlan Restrategize Menguatkan UMNO Jerantut Mempertahankan Parlimen Dan 3 DUN PRU 13?

Keputusan PRU 13 menghasilkan kemenangan parlimen Jerantut dan 3 DUN dikala pembangkang cukup yakin parlimen Jerantut, DUN Damak dan DUN Tahan akan tumbang.

Kenapa keputusan sebaliknya favour kepada BN Jerantut?

Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar adalah Ketua UMNO Bahagian Jerantut yang sentiasa memikir dan mencari strategi bagaimana mencari adunan terbaik UMNO Bahagian Jerantut.

Bagaimana Tengku Azlan sebagai Ketua UMNO Bahagian restrategize menguatkan UMNO Jerantut mempertahankan parlimen dan 3 DUN PRU 13?

Sebenarnya tidak ramai orang Jerantut yang tahu Tengku Azlan telah dilatih di dua kolej ketenteraan di Pakistan dan England serta Kolej Teknologi Kent, England dan PhD Phoenix International University New Zealand.

Tengku Azlan bijak mengadunkan kekuatan Dr Shukri dan Wan Amizan serta mengilap potensi Hj Nazlan Idris selain memperkemaskan kekuatan dan perpaduan sayap-sayap Wanita, Pemuda, Puteri dan sekaligus ke dua Dr Shukri dan Wan Amizan yang bersemangat tinggi sudah tentu menguatkan setiap cawangan di DUN masing-masing termasuk di DUN Damak.

Buat pertama kali, UMNO Jerantut fokus dalam mengambil bahagian untuk mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenangi dalam PRU 12 dimenangi lagi pada PRU 13.

Setelah 3 tahun dalam keseronokan dan dalam gempak gempita di alam siber tuduh menuduh, maka Ketua Bahagian mengambil inisiatif untuk menggerakkan UMNO Bahagian Jerantut.

Ucapan strategis Ku Lan agar dapat mengerakkan program-program di cawangan masing-masing sila klik sini, menguatkan UMNO dan BN Jerantut mempertahankan parlimen dan 3 DUN PRU 13.

Bagaimana pada akhirnya sokongan orang Jerantut kepada Tengku Azlan sebagai ahli parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut menjadi semakin kuat sila klik sini.

Tengku Azlan memohon pertimbangan jasa baik dan budi 679 perwakilan UMNO Bahagian Jerantut agar beliau dapat dipilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Jerantut kerana atas rasa kasih dan sayang mahu berkhidmat kepada UMNO Jerantut buat penggal yang akhir.

WZWH percaya dan yakin 679 perwakilan UMNO Bahagian Jerantut tidak zalim dan tidak akan melupakan sumbangan Tengku Azlan kepada UMNO dan BN Jerantut begitu sahaja.

Dengan Tengku Azlan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerantut 2013-2017 ianya tidak menjejaskan lansung kedudukan Hj Nazlan Idris sebagai ahli parlimen Jerantut 2013-2018.

YB Hj Nazlan Idris tetap ahli parlimen Jerantut dan berkhidmat kepada 90,000 penduduk Jerantut dari berbagai bangsa.

Ku Lan mahu UMNO dan BN parlimen Jerantut yang kuat. Mengimbas kembali maka WZWH flashbackkan...

Tengku Azlan Mahu UMNO dan BN Parlimen Jerantut Yang Kuat


















Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut adalah ahli politik yang pertama menyatakan kepada DS Najib bahawa beliau mahu berundur beri peluang kepada orang muda yang berwibawa.

Berucap di hadapan 1500 Jalinan Rakyat (JR) Wanita UMNO Jerantut di dewan Adtec Jerantut, beliau menegaskan pemimpin yang berumur 60an ke atas wajar berundur dari menjadi ahli parlimen. Dalam pengundi muda membentuk 40% maka pemimpin-pemimpin muda wajar ditonjolkan.

Selama 3 penggal (15 tahun) Tengku Azlan telah berkhidmat dengan parlimen Jerantut. Beliau banyak memberi peruntukan kepada Wanita UMNO kerana sayap inilah tulang belakang BN yang banyak jasanya sejak lebih 50 tahun dulu.

Tengku Azlan lebih mesra dikenali dengan Ku Lan mahu UMNO dan BN parlimen Jerantut yang kuat bersatupadu dan insyallah menang parlimen dan 3 DUN pada PRU 13 nanti.



















1500 JR Wanita UMNO Jerantut bersemangat tinggi mengibarkan placard I love PM.



















I love PM bernaksud ahli UMNO dan BN sayang kepada negara, Pahang dan Jerantut. Sayang bermaksud dengar cakap PM supaya UMNO dan BN kuat bersatupadu. Pembangkang tidak boleh melemah dan menumbangkan BN.



Autoshow Karnival Parlimen Jerantut di Mat Kilau Court.



















Mat Kilau Court adalah lebih kurang Sepang Circuit gayanya...



















Bila Tengku Azlan berundur, maka Wan Amizan sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Ketua Pemuda UMNO Jerantut dan EXCO Pemuda UMNO Malaysia adalah calon potensi parlimen Jerantut PRU 13.

Pemimpin tertinggi UMNO boleh mempertimbangkan beliau jika mahu menghargai kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut. Kebolehan dan gerak kerja politik Wan Amizan sudah terbukti dengan trek rekod yang baik dan membanggakan.

Latar belakang anak peneroka Felda Jengka 12 dan berasal dari kampung tradisional adalah kelebihan kerana terdapat 16 kawasan Felda di parlimen Jerantut dengan beratus-ratus kampung tradisional.

Hubungan beliau yang rapat dengan pemimpin-pemimpin komuniti Cina Jerantut turut memberi banyak kelebihan.

Dari segi membawa peruntukan beratus juta ke DUN Tahan hinggalah dari segi menjaga parti dan sayap-sayap parti. Kalau beliau diberi peluang sebagai calon ahli parlimen Jerantut PRU 13 sudah tentu lebih banyak peluang pembangunan boleh beliau usahakan.




















Hampir 5000 pengundi Jerantut khusuk mendengar ucapan Tengku Azlan.



















Pelancaran Karnival Rakyat 1Malaysia Parlimen Jerantut dirasmikan oleh Tengku Azlan.




















Suasana meriah dan ceria di Jerantut sewaktu pelancaran Karnival Parlimen Jerantut.
.


















Pemenang autoshow Karnival Parlimen Jerantut.



















Wan Amizan memberi taklimat kepada kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut mengenai Karnival Rakyat 1Malaysia Parlimen Jerantut di Rest House Jerantut.


Kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut yang hadir.


DSD Adnan Yaakob MB Pahang menghadiri sambutan tahun baru Cina di Jerantut.


MB Pahang bersama pemimpin perniagaan Cina Jerantut, Tengku Azlan dan Wan Amizan dan DO Jerantut bersedia untuk mengaul 'Yee Sang".


Pertunjukan ketuk 24 gendang Cina oleh Persatuan Cina Jerantut.



















MB Pahang berucap dalam bahasa mudah dan diterjemah oleh Lau Lee ADUN Damak.

Secara ringkas MB Pahang bercakap mengenai kestabilan politik, kemakmuran ekonomi negara yang perlu dipertahankan, Apa DS Najib sebagai PM buat untuk negara. Apa kerajaan buat untuk mempermudahkan kehidupan.

BN tetap menjaga kepentingan dan hak kaum Cina. Apa harapan MB Pahang mahu pengundi Cina Jerantut mengundi BN.



















Pertunjukan bunga api dengan berbagai variasi dan corak selama sepuluh minit.



















Demikianlah bagaimana Tengku Azlan restrategize menguatkan UMNO Jerantut mempertahankan parlimen dan 3 DUN PRU 13.

26 comments:

Anonymous said...

Semoga kemenangan milik Hj Lan..

Anonymous said...

Insyaallah hj lan menang...

Anonymous said...

kekuatan DUN adalah kekuatan ADUN kawasan itu sendiri yang sentiasa turun padang, sudah menjadi tradisi di jerantut ini setiap mereka yang memegang tanpok sebagai Ahli Parlimen maka Ketua Bahagian itu mesti diberikan kepadanya, kenapa sekarang tradisi itu mesti dipecahkan..., berilah kepada Ahli Parlimen supaya beliau punyai kuasa dalam parti bagi memudahkan beliau membawa pembangunan dan membawa perubahan di Jerantut ini....

Anonymous said...

Bukan apa sebab rugilah "pulus". Hey mambang, mambang, mambang, mambang, ... "pulus". Tok bomoh, nakhoda, kelasi, perambat kami ker?. Tidak tok bomoh nak kira "pulus"

Anonymous said...

MB Pahang berucap dalam bahasa mudah dan diterjemah oleh Lau Lee ADUN Damak.

- tiada kata secantik bahasa;

BN tetap menjaga kepentingan dan hak kaum Cina. Apa harapan MB Pahang mahu pengundi Cina Jerantut mengundi BN.

- tiada gambar secantik lukisan;

anak tembeling said...

kuasa patut diimbangi, menang bukan menang semua dan kalah jangan kalah semua.... hj lan AP Ku Lan Ket Bahagian... adil dn saksama

Anonymous said...

Anak Tembeling adalah ahli UMNO Jerantet yang matang, bijaksana dan berhemah. Semoga majoriti perwakilan UMNO Jerantet berfikiran seperti saudara/saudari.

Anonymous said...

Mengapa tidak d kekalkan dengan Ketua Bahagian yang lamerr,,,bagi larh peluang utuk pengal terakhir,,dan jgan terlalu cepat melatah dan terlalu yakin,,,

Anonymous said...

yahhh mat Lan matnyerr d niee,, cepat amat nk berkuasa,,dah larrhh masa mesyrat cawangan d lantik cik gu jerr memantau mesyarat cawangan,,his d nieeee ,,tak derr org lain nok d lantik,,mat nyerrr org lain bodorrr kerrrrr,,,,cik gu jerr yg cerdikkk,,,

Anonymous said...

macam mana nak buat kerja kalau bantuan kena sekat.. projek ketua bahagian yg peganag goner hj lan nak bergerak...penting dia pegang ketua bahagian

Anonymous said...

insyallah ahli pilih HJ nazlan.

Anonymous said...

Kawan saya S/U politik Menteri tanya saya kenapa Wan Amizan tak tanding parlimen. Bukankah dia bekas pegawai PTD di EPU dan graduate dalam bidang ekonomi dari Universiti Oxford serta dapat Master in Development Economics di Harvard....kini sedang siapkan tesis PhD melalaui program External dengan University of London...saya tanya...siapa bagitau...dia kata Wan Amian sendiri...sya jawap...betullah tu...nak buat macamana...orang Jerantut tak suka orang cerdik pandai. Patut Wan Amian jadi Ketua Bahagian...sebagai Alumni Oxford dia boleh bantu anak Jerantut melanjutkan pelajaran ke Oxford

Anonymous said...

Anom 2.05pm..

Bantuan apa yang kena sekat tu...dan projek apa yang ketua bahagian pegang ?....setahu saya setiap YB-YB, ADUN & AP adalah wakil rakyat dan kerajaan ada menyalurkan peruntukan kpd mereka untuk rakyat. Ketua bahagian adalah ketua parti & kerajaan tidak boleh memberi apa-apa peruntukan pun kpd pertubuhan politik. Skrg ni pemberian barangan 1 AZAM pun melalui AP. Janganlah nak memperbodohkan orang dgn perkara yang tak logik ni.....nampak sangat fitnahnya...n kebodohannya....


Anonymous said...

WZWH memang bijak dalam soal kipas lipas...... semuga berjaya..

Anonymous said...

komen 3:32 PM paling best,
ha2. bodek paling sinis

Anonymous said...

Tau tak bahagian mana ada peruntukan yg ade peruntukan adalah Parlimen. Faham ke tidak. Bercakap tu biarlah nampak berilmu sikit.

Anonymous said...

duit kempen 1 jutasemasa pilihan raya yg di peruntukkan kepada parlimanyg dimaksudkan.. taksampai kepada hj nazlan katanya.. takkan diatipu... siapa amabil???

Anonymous said...

Siapa sebenarya penguasa umno jerantut skrg kas tak paham? Tengku Lan atau Hj. Nazri?

Anonymous said...

lagi banyak baca tulisan wzwh ni makin menyampah koi ke tg lan.

Anonymous said...

hj lan patut lawan timbalan..bagi tengku jadim ketua bahagian..dato wan jd naib..baru mantap..silap la lawan tengku.punah ranah hj lan lepas ni..ahli parlimen sepenggal la jawabnya..

Anonymous said...

mintak semua perwakilan sedar bahawa yang bertanding ketua Bahagian kali ini adalah YB Hj Nazlan Idris,Ahli Parlimen Jerantut, beliau adalah anak tempatan Jerantut, kita beri mandat kepada beliau supaya beliau punyai kekuatan untuk membangunkan Jerantut yang sudah lama terbiar angkara penyandangnya adalah orang luar, dikatakan mesyuarat tindakan daerah yang peranannya adalah merancang untuk membawa pembangunan di daerah ini, ketua bahagian jarang hadir, kebanyaannya diwakilkan sahaja, disinipun kita sudah nampak jelas bahawa beliau tidak ada sensitiviti untuk membangunkan daerah ini..

Anonymous said...

t pun nasib baik tengku lan tak pecat hj lan jadi penerangan..kalau peca, naya jer..tengku lan org baik..sangat berkuasa..yg tak baik ialah pengikut tengku lan..tu yang perlu di ubah..bukan tenku lan..

Anonymous said...

sekarang dikhabarkan group ku lan telah mengagihkan duit rm500 seorang di kawasan felda, ambik jangan tak ambik, orang nak perabiskan duit peruntukan semasa pilihanraya yang dikatakan tak diturunkan kepada calon Ahli Parlimen, undi?????,group team B lah - Hj Nazlan, Dr Shukri, Mustafa Md Arof...., ubah jgn tak ubah - ini kalilah.

Anonymous said...

hj lan cakap hal budak sekolah boleh lah..hal lain kalau bercakap mcm budak darjah 6..nak itu nak ini..tapi pengetahuan tak ada..itu lah yang aku nampak..tengku lan ada kuasa..tak kerja pun tak apa sb kita nak kuasa dia tu..janji timbalan yg kuat kerja..sesuai sgt dato wan jadi timbalan..naib bagi la dato mat jaafar..org kuat n kepercayaan mb..harap perwakilan celik mata..jgn sedap cakap jer, tapi kena tahu apa yg dicakap..

Anonymous said...

mustafa tu budak sgt lagi..bg la penggal depan..suh belajar lagi..akan datang ni ok lah..

sijil beli said...

kawan awak s/u politik sape..dompok spm pon tak pass..sijil2 beli mana laku..nak bertanding parlimen ape..ckp pun tunggang langgang...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024