Sunday, September 29, 2013

Dahagi @ Mutiny Pemberontakan Di Kapal UMNO Bahagian Jerantut

Dahagi @ Mutiny merupakan suatu konspirasi dalam kalangan ahli sesebuah kelompok (biasanya pasukan tentera, anak-anak kapal atau orang awam) yang secara terbuka menentang, menukar atau menumbangkan pihak berkuasa yang berada di atas mereka.

Istilah ini sering digunakan pemberontakan antara anggota tentera terhadap pihak atasan mereka dan istilah ini juga kadang-kala digunakan bagi mana-mana jenis pemberontakan terhadap pihak berkuasa. Ketika Zaman Penemuan, dahagi secara khususnya bermaksud pemberontakan terbuka terhadap seorang kapten kapal.

Most countries still punish mutiny with particularly harsh penalties, sometimes even the death penalty

Dahagi @ Mutiny pemberontakan sedang berlaku di kapal UMNO Bahagian Jerantut...


Mereka yang tidak menghormati Ku Lan sebagai Ketua UMNO Bahagian mahu memberontak mencabar lalu mencari perahu kecil buat mengajak sebahagian kecil perwakilan join mereka. Ombak badai yang ganas di lautan luas akan menenggelamkan mereka yang ingkar...

Ini yang sebenarnya berlaku dalam krisis kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut.

Sungguh ironi AJK-AJK yang dilantik oleh Ku Lan tidak setia dan tidak mengenang budi serta tidak bersyukur di atas kedudukan dan tempat yang diberi.

Bila mencabar Ku Lan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerantut yang masih lagi gagah dan sihat memimpin UMNO Bahagian Jerantut dengan amat baik sekali maka naiklah semangat anak Raja Pahang mempertahankan maruah.

Yang sebenarnya....



Tapi mereka mengambarkan secara perang psikologi kepada semua para perwakilan UMNO Bahagian Jerantut yang kedudukannya...


Photo: INI MUNGKIN KAPAL RAKYAT MARHAEN .....

Mungkinkah ini kapal barisan transformasi yang menjadi saingan kapal 3 jutawan yang sedang 'bermaharajalela' masa ini. Kapal ini mungkin dipinjamkan untuk bukan sahaja pemimpin2 'miskin' tetapi juga untuk rakyat marhaen yang dipinggirkan atau ditinggalkan oleh kapal mewah tersebut.

Rakyat boleh naik kapal ini bila2 masa untuk berjumpa YB2 Parlimen dan DUN serta barisan pimpinannya. Rakyat yang turun naik kapal ini tidak dikenakan sebarang bayaran dengan kata lain PERCUMA. Kapal ini juga tidak membawa wang untuk diagih2kan kepada para perwakilan yang akan belayar bersama. Ini adalah kerana kapal ini tidak mengamalkan amalan rasuah malah akan memerangi pengamal2 rasuah.

Walaupun 'miskin' tetapi barisan pimpinan kapal ini tetap berjuang habis2an. Berjuang dengan nawaitu yang bersih demi untuk membersihkan panji perjuangan orang Melayu iaitu UMNO dari dikotori terus2an oleh gejala rasuah yang dilaknat oleh Allah. Barisan pimpinan kapal ini tidak mahu kapal ini belayar di lautan api neraka dan mengheret para perwakilan mengisi neraka yang maha azab.

Nescaya Allah akan memberkati perjuangan yang berlandaskan ajaran Islam dengan menolak dan membenci amalan rasuah yang telah mencacatkan maruah dan harga diri panji2 perjuangan orang Melayu. Wahai perwakilan2 yang tentunya beragama Islam, ketahuilah bahawa menerima rasuah itu adalah haram, perbuatan keji dan dilaknat Allah. Jauhilah amalan rasuah dan hindarilah diri dari bergelumang dengan sumber2 yang haram sebagai nafkah kepada anak bini yang akan disuap mulut mereka dengan makanan dan minuman yang haram.

Marilah kita sama2 bersatu padu menyokong barisan pimpinan UMNO yang cuba membawa pembaharuan di dalam UMNO iaitu mahu membersihkan UMNO dari amalan rasuah dan pimpinan yang turun padang menziarahi dan membela nasib rakyat. Ayuh!!!! Marilah sama2 kita berikan undi kepada barisan pimpinan YB Haji Lan, Dr. Shukri dan Mustaffa Maarof serta barisan AJK yang menawarkan diri untuk menerajui UMNO Bahagian Jerantut dalam pemilihan pada 19 Oktober 2013 nanti.

Mereka kata kononnya membawa 'kapal marhein'.



Yang ini mereka katakan adalah kapal Ku Lan dikenali 'Kapal Mewah Tiga Jutawan'!!!

Ekekekekekeekekekkekkekekeke....begitulah dahagi @ mutiny pemberontakan di kapal UMNO Bahagian Jerantut.

26 comments:

Anonymous said...

Lupa daratan. sedangkan dulu berikrar seandainya terpilih menjadi calon parlimen & menang PRU tetap mahukan Ku Lan kekal menjadi ketua bahagian. Tapi bila dah dpt pangkat & kedudukan lupa segala janji. Lupa sapa yg menaikan & memberi dia kedudukan dalam bahagian. Sapa yg tamak skrg..????

bRA said...

Syabas wzwh, 100% abang BH sokong posting ini. Memang sangat wajar untuk menyedarkan semua pihak.

bR said...

Syabas wzwh, 100% abang BH sokong posting ini. Memang sangat wajar untuk menyedarkan semua pihak.

bR said...

Syabas wzwh, 100% abang BH sokong posting ini. Memang sangat wajar untuk menyedarkan semua pihak.

bR said...

Syabas wzwh, 100% abang BH sokong posting ini. Memang sangat wajar untuk menyedarkan semua pihak.

bR said...

Syabas wzwh, 100% abang BH sokong posting ini. Memang sangat wajar untuk menyedarkan semua pihak.

bRAVEhEART said...

TQ Bro WZWH, satu posting yg sangat menarik yang dapat membuka fikiran ahli UMNO Jerantut serta pemerhati politik Jerantut, bahawa lupa diri itu benar, tidak mengenang budi juga benar.... Melayu mudah lupa.....

Anonymous said...

setia di belakang hj lan!

Anonymous said...

Ye lah....setia di belakang Hj Lan bila kawan tu tumbang nanti aok lari dulu...hahahahahaha...

Anonymous said...

Baguslah setia dibelakang orang yg tak mengenang budi dan bersyukur.Hebat sungguh rupanya sifat Hj Lan sebagai AP yg kononnya sebagai AP malaikat

Anonymous said...

Doh nk habisbdoh gamok duit bski pru13 dulu yang perhubungan beri tapi tsk di salurkn masa pru dulu. Mas ne di gunskan oleh mst lsn. Jangan pandang pada singkok tinggi. Tspi panang lah apa yang telah dia buat masa masa lslu

Anonymous said...

sama lah jugak dengan adun pulau tawar kononnya tak nak bertanding apa apa jawatan kali ni tapi sudahnya berlawan jugak. bukan nak kata lah menang PRU pun sebab pengundi sayangkan BN. kalau ikutkan orang dah menyampah. lepas menang senyap. dekat dekat pemilihan lah baru muncul.

Anonymous said...

Calon2 dlm kapal marhein masa dlm umno buat apa ye. yang jadi ketua penerangan apa lah yang dia buat goyang kaki je. Calon naib ketua lak dapat jawatan naib ketua pemuda letak jawatan malah jadi AJK bahagian mesyuarat JK Bahagian tak pernah hadir. Jawatan nak sangat selama ni tp kerja habuk pun tak de. Ada yg diserah tanggungjawab suruh n arah lak orang lain buat. Tak tahu buat kerja lah tu. Inilah calon2 kapal marhein yg dibanggakan.

Anonymous said...

Brsyukur kpd Allah swt. Btrimakasih kpd yang jujur. Tapi jika tak jujur camne heh...

Anonymous said...

Yosok Turkey.....biarkan si LUNCAI dengan labu2nya........saya tetap taat setia kepada dato sri diraja daulat tuanku

Anonymous said...

Allahu Akhbar...

Anonymous said...


Kalau dah yakin menang dan disayangi ramai maka apa perlunya Dato Nazri menyorong di bawah meja di sebuah restoran mamak di Jerantut sekitar pukul 10 pagi hari Sabtu yg lepas? Ingat, Tuhan nampak apa yg Dato buat!

Anonymous said...

katanya duit pd parlimen di tahan oleh golongan ttt.. sebab tu mereka memberontak... insya Allah tengku lan akan kalah...

Anonymous said...

Anom 5.09 pm.

Duit untuk Calon AP di beri kpd diri calon itu sendiri.....macamana boleh di tahan oleh golongan ttt. Kalau dah disimpan untuk kegunaan diri sendiri jangalah nak fitnah kata orang tahan.....penipu & tamak haloba.



Anonymous said...

orang jerantut suka pada orang agama.. budaya konsert menyanyi patut takde dah dalam umno... insya Allah us lan kalahkan ku lan.. kome buat solat hajat demi perubahan jerantut... takkan deme boleh lawan keputusan Allah

Pemerhati jarakjauh politik jerantut said...

marilah kita semua pengundi jerantut yang sayangkan hj Nazlan sama-sama bersolat hajat semoga kemenangan berpihak kepada beliau.Kami sukakan ke arah ke agamaan.Hiburan hanya membawa kelekaan semata2.Sedikit pun tiada bekalan di akhirat kelak.Masuk kampung keluar kampung bawa hiburan bukan masanya lagi.dulu lain sekarang lain.amin.allah huakabar...takbir.

Anonymous said...

Pemerahati Jarak Jauh..... Sokong 110%

Anonymous said...

benar, tapi pelik cikgu nazri org surau, bina surau, tapi sokong orang karaoke... kekalahan pasti bg ku lan... hj lan senndiri mengadu tentang duit parlimen x sampai pada kitaorg..

Anonymous said...

kalau hj lan dikatakan tak kuat, kenapa kerja merasuah ahli perwakilan dilakukan, adakah duit pilihanraya itu masih banyak lagi.., masih nakkan kuasa sanggup menabur duit, Allah tahu apa yang dilakukan..., ingatlah perasuah dan penerima akan menerima balasan yang setmpal.

Anonymous said...

leper hj lan..

Anonymous said...

tenku lan bg menang..haji nadzri kalah pun tak pa..yg penting tengku lan menang..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024