WZWH suka study sejarah family. Bila kita mengkaji dengan dalam...banyak yang kita mahu tahu. Nak cerita family Pahang pun WZWH tak larat...banyak sangat apa lagi berkait dengan Johor yang lagi complicated.
WZWH mahu tahu ceritanya....walaupun subjek ini Raja-Raja Temenggong Johor adalah taboo bagi Johor. Bagi WZWH family is family...tinggalkan politik yang memecahbelahkan dan menyakitkan tinggalan legasi sejarah.
Bila bicara sejarah tentang Johor, Pahang dan Terengganu, WZWH selalu merujuk kepada Tun Habib Abdul Majid Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana (Bendahara Johor Ke-19, 1688-1697)
(Bapa keturunan Kesultanan Johor, Pahang &Terengganu).
Dari Tun Habib Abdul Majid melahirkan Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah yang menjadi Sultan Johor setelah mangkat Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
Dari Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah yang mangkat dibunuh di Kuala Pahang pada 21 November 1721 ketika sedang solat di atas kapal oleh utusan Raja Kecil dari Siak yang mengaku anak kepada Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
Dari Sultan Abdul Jalil melahirkan:
- Tun Abdul Hamid-mati terbunuh bersama ayahanda di Kuala Pahang.
- Tun Abbas-ini jalur Pahang menjadi Bendahara Pahang.
- Tun Husain-ini jalur Terengganu menjadi Bendahara Terenggganu.
- Tun Muhammad Tahir-ini jalur Pahang menjadi Dato’ Temenggong Sri Maharaja
- Tengku Raja Sulaiman-ini jalur Johor menjadi Sultan Johor dan Pahang dan jajahan takluk.
- Tengku Raja Abdul Rahman-ini jalur Riau menjadi Sultan ‘Abdu’l Karim
- Ada 6 orang puteri Sultan Abdul Jalil lagi...
Sebab itu keturunan Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah yang tua dan senior-senior ramai di Pahang.
Adik bongsu Sultan Abdul Jalil iaitu Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Zainal Abidin memerintah Terengganu.
Itu sebab kenapa Tun Habib Abdul Majid Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana (Bendahara Johor Ke-19, 1688-1697) adalah (Bapa keturunan Kesultanan Johor, Pahang &Terengganu).
Berbalik kepada posting Raja-Raja Temenggong Muar apa kaitan dengan Johor dan Pahang.
Tun Habib Abdul Majid Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana Johor ada 4 beradik:
1) Y.M. Sri Paduka Tun Muhammad bin Tun Mat ‘Ali, Dato’ Bendahara Sri Maharaja 1673-1677.
1) Y.M. Sri Paduka Tun Muhammad bin Tun Mat ‘Ali, Dato’ Bendahara Sri Maharaja 1673-1677.
2) DATO’ PASIR DIRAJA TUN SAYID JAFFAR
(dikurniakan Negeri Muar) (Pantai Layang, 1674-1707)
(Dinasti Raja-Raja Temenggong Muar)
3) Tun Habib Abdul Majid Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana
(Bendahara Johor Ke-19, 1688-1697)
(Bapa keturunan Kesultanan Johor, Pahang &Terengganu)
4) Puteri Marhum Bakal berkahwin dengan Al-Marhum Kota Tinggi (Sultan Johor Ke-9, Sultan Ibrahim Shah 1). Puteri Marhum Bakal adalah bonda kepada Sultan Mahmud Shah II (Raja Johor Ke-10) (Sultan Mahmud Mangkat DiJulang 1699).
Ini bermakna Sultan Mahmud Mangkat Dijulang adalah anak saudara kepada Tun Habib Abdul Majid
dan Raja Temenggong Muar-Tun Sayid Jaffar.
Ini juga bermakna Sultan Mahmud Mangkat Dijulang adalah sepupu Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah yang mangkat dibunuh di Kuala Pahang.
Raja Kecil dari Siak (Minangkabau) kalau betul mengaku anak kepada Sultan Mahmud Mangkat Dijulang itu bererti dia telah membunuh ayah saudara sepupu.
Dalam politik dulu-dulu kerana taktha pemerintahan boleh bunuh-menbunuh sesama family!
Keluarga 3 beradik ini iaitu Tun Sayid Jaafar, Tun Habib Abdul Majid dan Puteri Marhum Bakal adalah selain berketurunan Bendahara Johor Lama juga berasal dari keturunan...sila klik sini.
...seorang kaum Hashim yang bernama Sayyid Idrus yang turun dari Hadramaut ke negeri Acheh tempatnya bernama Kampung Pasir hingga beberapa tahun tinggal di sana maka diambil oleh Sultan Acheh dijadikan menantunya, beristerilah ia dengan kebangsinya anak Sultan Acheh itu. Tidak beberapa lama antaranya hamillah isterinya itu hingga berputera akan seorang anak laki-laki dinamakan ayahandanya Sayyid Zainal Abidin. Maka apakala besarlah Sayyid Zainal Abidin itu lalu bermohon kepada ayahandanya hendak pergi ke Tanah Johor Lama dan diperkenankan oleh ayahandanya permintaannya itu lalu pergi ke Johor Lama. Maka sampailah ia dengan selamatnya. Tidak beberapa lama antaranya diambillah oleh al-Marhum Kota Tinggi dikahwinkan dengan kebangsinya.
Maka dengan tiada berapa lamanya hamillah isterinya itu. Apakala sampai nasabnya lalu berputeralah ia seorang anak laki-laki dinamakan ayahandanya Maharaja Seri Diraja...
Ok, bila Sultan Johor iaitu Al-Marhum Kota Tinggi (Sultan Johor Ke-9, Sultan Ibrahim Shah 1) mahu berkahwin dengan Puteri Marhum Bakal telah mengurniakan Muar kepada Tun Sayid Jaafar sebagai mas kahwin kerana mengahwini saudara perempuannya.
Maka Tun Sayid Jaafar pun mengasaskan Dinasti Raja-Raja Temenggong Muar. Berikut adalah salasilah keturunan Raja-Raja Temenggong Muar sila klik sini.
Kemudian berlaku konflik antara keturunan Raja-Raja Temenggong Muar dengan Maharaja Abu Bakar @ Che Wan Abu Bakar-Sultan Johor kerana berebut Muar mengakibatkan Perang Saudara Jementah pada 1879.
Oleh kerana British sokong Maharaja Abu Bakar maka Maharaja Abu Bakar telah berjaya mengambil Muar dengan paksaan dan Institusi Raja-Raja Temenggong Muar dimansuhkan pada 1902.
Sama juga dengan kes di Pahang bila Maharaja Abu Bakar mahu ambil Endau dan Mersing dari Pahang dengan alasan Bapa Mertua iaitu Bendahara Pahang Tun Mutahir telah kurnia kepadanya.
Maka marahlah Wan Ahmad yang baru menang Perang Saudara Pahang menjadi Sultan Pahang yang pertama berkata," aku perang macam nak mampus kau senang-senang ambil negeri aku!!!". Kalau ikut Wan Ahmad mahu saja berperang dengan Johor.
Lagi sekali British masuk campur memujuk Wan Ahmad apa lagi Maharaja Abu Bakar untung senalo dapat Endau dan Mersing. Walaubagaimanapun Pulau Tioman diserahkan oleh Johor kepada Pahang.
Kemudian untuk settle hubungan antara Johor dan Pahang maka berlaku perkahwinan antara anak Raja Johor dengan anak Raja Pahang. Selesai...tak mahu gaduh lagi.
Dimana keturunan Raja-Raja Temenggong Muar sekarang?...ramai masih di Muar dan Segamat serta berselerak ke Johor. Ada yang menjadi ahli parlimen Pagoh...Timbalan Perdana Menteri...
6 comments:
Pengisian yg bagus. Teruskan usahamu. Jgn citer merepek repek cam kasino genting ada kat dlm border selangor..buat koi marah jer. Kalo citer elok2 camni..koi suka.
Ha ha ha..
Yang Wan Zurik cakak pasai kasino genting dalam border Selangor to bete'. Orang kerja genting cakak, kalo PAS memerintah Pahang dan tutup pusat judi Genting. Dema aleh Meja judi aje kat belah Selangor . Sebak Bukit Genting tu dah jadi sempadan Pahang Selangor ..ha ha ha.
Masih ada lagi dan hidup low profile..org muar lama pun ramai igt lg kat sultan yg berhak..tp sebab kuasa campurtangan asing,melayu dibawah..dtg lah muar jumpa dorg no hal la..sultan skrg pun takda la terlalu bugis,sebab bugis ialah sebelah moyang perempuan,bukan moyang lelaki..jd lagi ramai keturunan bugis 5 saudara yg lagi pekat terutama belah lelaki atau yg kawin memang bugis seterusnya..sultan johor kturunan skrg dah campur aduk kawin org putih jd bugis luntur..Kerabat selangor lebih bugis..
Kak sultan yg berhak masih idup ke skrg?
Seronok sy bc info psl sultan johor ni
Bapa mertua saya keturunan raja temenggong muar dan masih menerima pencen temenggong sehingga hari ini.
beta akan bangunkan balik temenggung muar....cucu sultan ali iskandar muazzam shah...3
Post a Comment