Sunday, September 29, 2013

Betul Ke Pahang Mahu Jadi Negeri Buddha terbesar Dunia???!!!


Ada syarikat dakwa mahu buat satu kompleks besar Buddha dan lain-lain agama di atas tanah kerajaan seluas lebih 500 ekar di Gambang, Pahang bernilai RM10 bilion.

Konsep ini dinamakan 'spiritual tourism' kononnya disokong oleh kerajaan -1Malaysia Spritual Tourism.

Kalau betul maka Pahang boleh jadi negeri Budhha terbesar dunia dengan berbagai tokong, bangunan keagamaan, kompleks dsb boleh mencecah RM60 bilion.

Sila klik dan baca:


Putrajaya Melalui Menteri Pelancongan DS Nazri Aziz tidak tahu menahu projek ini.

Pegawai Pelancongan Pahang pun tidak tahu menahu projek ini.

Kerajaan Negeri Pahang tidak pernah dengar projek ini walaupun jika projek ini dibuat atas tanah persendirian.

Dipercayai keseluruhan projek ini tidak lebih hanyalah satu projek mengaut duit rakyat dengan cara mengeksploitasikan sentimen keagamaan menggunakan modus operandi ala MLM. Sila klik sini.

WZWH rasa Kerajaan Negeri Pahang perlu buat statement bagi menghindar segala kekeliruan.

Memang WZWH tidak nafikan negeri Pahang ini memang mempunyai environment semulajadi yang sangat sesuai dengan Spiritual Tourism. Ada banyak beribu-ribu gua yang boleh dijadikan tempat bertapa dan ibadat.

Namun kerajaan sudah membina sekian banyak masjid dan surau di negeri Pahang. WZWH tidak fikir MAIP bersetuju dengan pembinaan mega monumen patung-patung di negeri Pahang.

5 comments:

Anonymous said...

Semoga projek ini dibatalkan segera! Kenapa Pahang? Tak cukup dengan Casino?? Semoga bumi Pahang bukan bumi yang dilaknatiNya kemudian nanti..

Anonymous said...

Hebat sahabat ana lakukan provokasi menjelang AGM UMNO.
En Wan,
Tauhid rububiyah ialah pentauhidan bahawa Allah maha esa dan tiada apa2 yg boleh disekutukan dgnnya. Manakala tauhid hululiyah merupakan pengtauhidan keatas sistem yg Allah bawa dan tunjuk melalui rasulnya SAW. Orang Melayu UMNO tiada masalah dalam bab tauhid rububiyah namun kecelaruan timbul dalam bab tauhid huluhiyah. Mereka ragu2 utk menerima sistem yg Allah SWT anjurkan..
Jadi pimpinan serta ahli agama UMNO sepatutnya memberi tumpuan dlm bab kesesatan aqidah yg berkaitan tauhid hululiyah ini..

Anonymous said...

ini projek HARAMJADDDOH.

Anonymous said...

Bagus benarlah tuh. Rakyat Pahang dinafikan pemilikan tanah hatta tapak rumah sekangkang kera pun. Patung Buddha pada asasnya didirikan, maka akan adalah patung2 lain disekelilingnya. Belajarlah dari kesah Nabi Ibrahim a.s, sehingga patung induk disangkukan dengan sebilah kapak bahawa patung itulah yang memusnahkan patung2 lain. Ingat di Pahang, apa yang ada pengisian, jika ia berlaku pada awalnya sebagai tempat kunjungan pelawat2, dibimbangi akan terlekat. Wanauzubillah...

Banir baru muncul tapi kali ini dengan reda tidak lagi mengutuk dan kritik yang menyakitkan hati.

Anonymous said...

Nampak sangat orng atas makan gaji buta..semua xtahu..sampaikn orng 2 kapir nk tukar syiar negeri dari agma resmi islam jadi negeri kapir ..puak2 ni
masih x tau...kalau betul2 berlaku pimpinan negara akn tanggung dosa ini sampai mati..dn kiamat.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024