Friday, September 13, 2013

21 September 2013 Pendaftaran Calon-Calon UMNO Jerantut Melibatkan Bahagian, Wanita, Pemuda Dan Puteri



Pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut yang mahu menawarkan diri berkhidmat secara sukarela dalam kepimpinan melibatkan Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri dijemput mendaftarkan diri pada 21 September 2013 di Pejabat UMNO Bahagian Jerantut.

Wakil Badan Perhubungan UMNO Pahang akan turut serta membantu Urusetia Pendaftaran.

Borang pendaftaran calon pemilihan UMNO boleh diambil secara percuma bermula hari ini (14 Sept) hingga 20 Sept bermula jam 8 pagi – 5 ptg.

Bagi jawatan di peringkat pusat diambil di Ibu Pejabat UMNO, KL manakala jawatan di peringkat bahagian diambil di pejabat UMNO bahagian masing-masing.

Calon-calon jangan lupa membawa sekeping foto dan salinan kad pengenalan disamping setiap calon menyediakan seorang pencadang dan seorang penyokong.

Hebahkan berita ini kepada semua ahli UMNO Jerantut yang berjumlah 25,000 mana-mana yang berminat mahu menjadi pemimpin dan AJK dari jawatan Ketua UMNO Bahagian hinggalah ke pemeriksa kira-kira.

Juga bagi Ketua dan AJK sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

Mari ahli UMNO Jerantut kita berkhidmat untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Kita bertanding secara keluarga.

Menang kalah adat pertandingan.

Yang Menang jangan menyisihkan yang kalah.

Yang Kalah jangan meminggir diri dan memulau.

Biduk lalu kiambang bertaut

1 comment:

Anonymous said...

http://uragdrrulug.blogspot.com/2013/09/persidangan-umno-cawangan-kuala-tahan.html

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024