Monday, September 23, 2013

Apa Tengku Azlan Telah Buat Di Parlimen Jerantut?


WZWH bersama Tengku Azlan calon Ketua UMNO Bahagian Jerantut 2013-2017.

Seperti yang dijanjikan WZWH mahu bentang apa Tengku Azlan buat sebagai ahli parlimen Jerantut membabitkan banyak projek yang sedang, akan dan mahu dijalankan.

Untuk WZWH memperincikan secara detail sepanjang 3 penggal Tengku Azlan menjadi ahli parlimen Jerantut kesemua dari A hingga Z adalah tidak cukup dengan hanya satu posting yang ringkas, padat dan tepat.

Seperti yang WZWH katakan Tengku Azlan suka berperanan dibelakang tabir dan low-profile. Dengan network yang ada maka YB Dato' Wan Amizan menjadi agresif mencari projek-projek dan peruntukan-peruntukan untuk Jerantut kerana Tengku Azlan ada dibelakang.

Sebab itu WZWH mahu Tengku Azlan kekal menjadi Ketua Bahagian UMNO Jerantut sepenggal lagi kerana kerjasama yang erat antara Tengku Azlan dan YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan dan juga dengan ADUN Pulau Tawar serta ADUN Damak sangat baik.

WZWH akan menerangkan kepada 90,000 penduduk Jerantut, 25,000 ahli UMNO dan 679 perwakilan UMNO secara bahasa yang mudah difahami.

Beberapa projek-projek yang WZWH mahu terangkan dengan ringkas dan padat yang telah diusahakan oleh Tengku Azlan yang boleh "turning point" ekonomi Jerantut adalah seperti berikut:


  • Projek-projek KKLW
  • Kolej ADTEC
  • Kolej Komuniti
  • Projek Jalan Ulu Tembeling fasa 1, fasa 2,
  • Projek Jalan Jerantut Benta
  • Projek Jalan Jerantut Maran
  • Projek Jalan Jerantut Sg Lembing
  • Pembangunan Pembesaran Kampung DUN Tahan
  • Pembangunan Pembesaran Kampung DUN Damak
  • Pembangunan Pembesaran Kampung dan Felda DUN Pulau Tawar
  • Hospital Polyklinik Jerantut
  • Kompleks Sukan Jerantut
  • ECER-Pembangunan Kuala Tahan
  • Agropolitan Kg Bantal
  • Ladang Getah Felcra, YP, GLC 50,000 ekar DUN Tahan.
  • Projek Kaviar
  • Hidroelektrik Sg Tekai
  • Flyover dan Jalan Lingkaran bandar Jerantut
  • Agropark
  • IKSpark

WZWH terang secara mudah dan ringkas mengenai semua projek-projek tersebut seperti berikut:

Projek-projek KKLW. Sila klik Senarai Projek Pembangunan KKLW Sehingga 29/4/2011. Semua 19 projek bernilai RM243 juta.

Kolej ADTEC RM100 jutaSila klik sini.

Kolej Komuniti RM10 jutaSila klik sini.

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 RM120 juta dan Fasa 2 RM340 jutaSila klik sini.

Projek Memperelok Jalan Jerantut-Benta RM14 jutaSila klik sini.

Projek Memperelok Jalan Jerantut-Maran RM18 jutaSila klik sini.

Projek Jalan Jerantut-Sg Lembing RM600 jutaSila klik sini.

Projek Pembesaran Kampung dan Felda di DUN Tahan, DUN Pulau Tawar dan DUN Damak. WZWH tidak mahu kemukakan jumlah kos projek kesemuanya kerana perlu mendapat pengesahan dari ADUN Tahan, ADUN Pulau Tawar dan ADUN Damak. Semua ini juga hasil hubungan yang baik Tengku Azlan dengan ADUN-ADUN. Sila klik sini.

Projek Hospital Polyklinik Jerantut RM25 jutaSila klik sini.

Kompleks Sukan Jerantut RM7.3 jutaSila klik sini.

Projek ECER Pembangunan Kuala Tahan RM600 jutaSila klik sini.

Projek Agropolitan Kg Bantal RM169 juta. Membabitkan penanaman getah 10,000 ekar. Sila klik sini. Begitu juga ladang Getah Felcra, YP, GLC 50,000 ekar DUN Tahan.

Projek Kaviar RM475 juta. DS Najib mahu Felda melabur RM200 juta bagi peneroka menternak ikan sturgeon bagi pengeluaran kaviar. Sila klik sini dan Sila klik sini.

Projek Hidroelektrik Sungai Tekai RM5.42 bilion. Sila klik sini.

Projek Flyover dan Jalan Lingkaran Bandar Jerantut RM190 jutaSila klik sini.

Projek Agropark- kos projek WZWH tidak dapat sahkan. Sila klik sini.

Projek IKSpark-tanah seluas 200 ekar untuk industri IKS Jerantut hasil usaha DS Najib mahu pelabur Korea, China dan Jepun melabur di Jerantut. Kos projek WZWH tidak dapat sahkan.

Maka kalau dijumlah secara total semua nilai projek-projek samada yang sedang buat, baru nak buat dan akan buat dengan segera bernilai RM8.33 bilion.

Itulah nilai projek-projek yang Tengku Azlan berperanan membawa dengan usahanya secara belakang tabir dan low-profile.

Tengku Azlan adalah aset bagi Jerantut.

Peruntukan-peruntukan dan projek-projek yang mencurah ke Jerantut secara luarbiasa adalah diusaha dan dijayakan oleh ahli politik yang luarbiasa.

WZWH telah bentangkan semua fakta dan angka dengan bahasa yang paling mudah untuk 90,000 penduduk Jerantut mahu faham, 25,000 ahli UMNO mengerti dan 679 perwakilan UMNO boleh mengenal yang mana permata yang sebenar menyinari Jerantut.

WZWH telah menunaikan tanggungjawab WZWH memberi laporan yang sebenar tentang kemajuan dan pembangunan Jerantut.

Terserah untuk 679 perwakilan UMNO Jerantut memilih Ketua Bahagian mana yang mereka mahu bagi penggal 2013-2017.

Apa lagi WZWH mahu cakap untuk meyakinkan para perwakilan semua?

24 comments:

Anonymous said...

Jgn lupa pilih lah anak jati yg berwawasan .yg di sukai oleh orng jerantut....yg lama tu tinggal sejarah aje itu pun kalau nak di kenang

Sayonara said...

Cobaan cium punggung Ku Lan nampaknye~

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Sayonara,

WZWH menyokong Ku Lan ketika beliau tidak menjadi ahli parlimen dan "tidak ada kuasa" seperti kata penyokong calon lawan.

Dalam politik "bila berperang" baru ahli politik tahu siapa penyokong yang benar2 setia dan ikhlas.

Cium punggong itu lebih ditujukan kepada calon yang berpangkat dan berkuasa.

WZWH sokong kepada politik yang WZWH percaya lebih baik untuk Jerantut.

Terima kasih Sayonara.

Anonymous said...

HAHAHA BANYAK PROJEK, PATUT TAK ADA DI JERANTUT, MELOBI PROJEK. TAHNIAH LAH TENGKU. RAKYAT TAHU DAN AMAT TAHU

Anonymous said...

aok tu takdok pendirianlar wey. dulu amanu ni dipimpin golongan perompaklar, kurapbesi, haramjadahlah, firaunlar. ludah kecing berak, karang nok jilat sampai licing. maluler ke urang kampung, takdok sebudur urang amanu ni..

Anonymous said...

Kebun getah masuk GAJAH habis anak getah kena pijak... Tanam 1200 pokok sekarang tinggal 200-300 je.. Aku nak balik tengok kebun pun tawar hati.

tiap tahun hasil tanah kena bayar sedang tanah tak boleh nak usahakan apa apa

tengku azlan atau kerajaan buat apa pada pekebun kecil ni?... Pejam mata rapat rapat.

Anonymous said...

Aku nak tanya kamu Wan, kalau ditakdir Ku Lan tak menjadi MP J'tut adakah projek yg tersebut diatas tidak dibuat....bagi kami projek2 tsb bukanlah 100% inisiatif drp Ku Lan. Lagi pun sebahagian projek tsb merupakan projek cari dan beri makan utk pihak2 tertentu....itu sebab banyak yg terbengkalai dan hanya menjadi gajah putih.

Sebenarnya Wan apa yg aku dan seluruh pendudukJ'tut mahu ialah projek yg boleh menjadi pemangkin kpd pertumbuhan ekonomi penduduk seperti pembinaan sebuahUniversiti termasuk juga keperluan sebuah hospital. Aku rasa YB MatLan llebih layak dipilih menjadi KBhg memangangkan beliau masih fresh dan bersemangat waja selain anak tempatan yg ada jiwa dan raga.

Anonymous said...

aku anak watan. sejak taun 60an zaman pop yeh yeh lagi, jln dri k tembeling ke ulu tembeling via k tahan telah dibuat atas dasar keselamatan. takdok sangku paut lalu dgn wok lan dan wok dompok tu apatah lagi dgn wok jilat tu. benih pun takdok lagi. hah hah...

Zul said...

sy lebih respek jika yb parlimen skang diberi peluang memimpin. baru nmpk perubahan yang dicanang PM

Anonymous said...

Tengku Lan tak buat ape, semua org tahu, kejayaan jerantut skang adalah usaha S/U daerah yang baru, kreatif, inovetif,. harap ke tengku lan...? emmmmm....

Anonymous said...

Anon 12:01, peruntukan-peruntukan yang mencurah-curah ke Jerantut adalah luarbiasa...ianya diusahakan oleh ahli politik yang luar biasa. Walau S/U daerah yang baru cemerlang tapi itu tahap level beliau untuk minta peruntukan-peruntukan yang luar biasa...

Anonymous said...

Maaf sambung Anon 12:01...Walau S/U daerah yang baru cemerlang tapi itu bukan tahap level beliau untuk minta peruntukan-peruntukan yang luar biasa...hanya ahli politik yang luarbiasa boleh menarik banyak peruntukan dan projek ke Jerantut.

Kg. Serama said...

Ciuman Bontot Tengku Lan Terhebat dari Wan Zuri tahniah wan zuri cium la samapi kering...Memang Bodoh Sesiapa yang Memilih tengku Lan..banyak la sumbangan perabis balak dgn bijih bersama beruk dompok..hasil dia org teguk jalan dan air keruh rakyat dapat teguk..Selama di beri peluang batang hidung pun tak nampak..Jerantut berjaya hasil S/U yang bijak tu pun ura2 nak ditukarkan..YB Lan banyak sumbangan dan idea2 untuk rakyat..takut tembelang tengku lan dan dompok pecah hj lan jd mangsa hendak dipancas puak2 beruk UMNGOK...

Anonymous said...

Kg Serama...kas tengok Tengku Lan terbukti banyak bawa projek2 ke Jerantet...YB Lan masih diperingkat idea2..kas tok nampok bukti lagi...

Kg. Serama said...

Yang penting kita kena bg peluang kepada Hj lan untuk membuktikan yang beliau mepunyai visi dan misi beliau untuk menaikan jerantut ke arah masa depan yg lebih baik dan gemilang..Tengku Lan dah jd sejarah x perlu nak huru hara dengan wadah gila kuasa beliau..kita tahu Hj lan x la berduit mcm dia orang yang duk mengerjakan balak dah hasil bumi pahang tp hutang negeri pahang bertimbun2 sedangkan hasil keluar dengan banyak..aku tahu Wan Zuri pun berkenan dengan Hj Lan tp berpura2 menyokong tengku lan..

Anonymous said...

kah sokong tengku lagi..yb lan idea lapok..bab pendidikan dan cikgu sekolah tahu la, bab lain jer cakap mcm budak darjah 6..kah sokong tengu lan..dato wan mizan warrior..genius..2 org ni kena pertahankan semua perwakilan..

Anonymous said...

Untuk memajukan jerantut itu adalah tugas AHLI PARLIMEN..pg lah suruh HJ Lan jumpa PM atau mana2 Menteri minta peruntukkan untuk memajukan jerantut..tugas KETUA UMNO BAHAGIAN adalah utk memantapkan PARTI..ini adalah pertandingan untuk jawatan KETUA BAHAGIAN..kena lah tahu membezakan..Telah terbukti dibawah kepimpinan TENGKU AZLAN umno jerantut xpernah kalah..respek lah sikit..

Anonymous said...

AKU KENAL SANGAT BUDAK KG SERAMA MULUT LONGKANG.DIA MARAH SANGAT TAK DAPAT PROJEK.JADI DIA MEROYAN MEMAKI HAMUN ORANG.INILAH KUALITI PENYOKONG MAT LAN.GAGAL MENTARBIYAHKAN SI MULUT LONGKANG.

Kg Serama said...

siapa yang meroyan..engkau tau ke berapa banyak projek aku ada..dan aku nak tanya berapa banyak projek awak dpt..berapa byk kekayaan awk..kalau kat jerantut nie letak beruk pakai dacing pon blh menang tp kita kena la pilih org tempatan sendiri jgn jd bodoh..sedang DR M sendiri pun cadangkan org muda..org jerantut aje yang nak org monopous..

Anonymous said...

Hj Lan muda ke deme...?????? berckp tu biorlah pasai sikit.. awok nak sokong dia lantok lah ke awok.. Jangan paksa orang lain supaya ikut awok sokong dia.. silap silap awok bukan perwakilan..

Kg Serama said...

muda dr segi idea..yang lain nak projek dgn menghabiskan balak aje..korang x kenal ke aku..aku sentiasa menyokong bos aku..kita dah ada bos baru sokong la pemimpin baru kita..

Anonymous said...

aku frust sb haji lan kerat cikgu halim tahun 1999 dulu..dia jahat..

Anonymous said...

Hj Lan tidak layak jadi Ketua Bahagian kerana dia pengkhianat UMNO sejak pilihanraya 1999 hingga 2008 berkempen ke PAS dan tidak mengundi. ( Ku Lan tak tahu perkara ini, sbb tu dia dilantik ). Cukuplah dia jadi MP aja.

Anonymous said...

sudahlah pencacai ku lan, jangah dok budeklah, ku lan ni orang yang punyai penderian tegas, sebenarnya dia lebih suka hj lan pimpin umno bahagian daripada di pimpin oleh beberapang orang yang dia benar-benar kenal seperti zukarmi, hj nazri, dompok, nordin wahid, mereka ini semua adalah orang yang pentingkan diri sendiri

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024