Saturday, September 28, 2013

Kerja Kuat Tengku Azlan 6 Bulan Sebelum PRU 13 Sungguh Terpuji...Memang Patut Menjadi Ketua UMNO Bahagian Jerantut Lagi!


Tengku Azlan calon Ketua UMNO Bahagian Jerantut 2013-2017 nampak lebih macho, muda dan bertenaga pilihan orang muda UMNO Jerantut.

Walau Tengku Azlan @ Ku Lan sering bercakap beliau tidak mahu menjadi ahli parlimen Jerantut kerana mahu beri peluang orang muda...tapi 6 bulan sebelum PRU 13 beliau selalu kerap turun ke Jerantut.

Lebih-Lebih 3 bulan terakhir sebelum PRU banyak program beliau hadiri.

Bila ditanya kenapa Ku Lan jadi semakin rajin...jawab beliau," saya mahu pastikan calon yang mengantikan tempat saya beroleh kemenangan...saya masih Ketua UMNO Bahagian Jerantut."

Walau WZWH pada mulanya tidak percaya...mungkin Ku Lan mahu bertanding lagi tapi bila WZWH imbas kembali kerja kuat Ku Lan 6 bulan sebelum PRU 13 sungguh terpuji...memang patut Ku Lan menjadi Ketua UMNO Bahagian Jerantut lagi.

Biarlah ahli parlimen menjaga orang ramai dan Ku Lan menjaga orang UMNO. Beragih-agihlah tugas baru cekap dan berkesan buat kerja BN dan parti.

Lagi pun ahli parlimen Jerantut bertaraf biasa tidak menjadi Menteri atau Timbalan Menteri tidak memerlukannya menjadi Ketua Bahagian.

Dulu DS Najib semasa mula-mula menjadi ahli parlimen Pekan tidak terus bertanding Ketua UMNO Bahagian Pekan. Bila sudah lama dan Tun Khalil Yaakob pindah ke Bahagian Paya Besar baru DS Najib ambil Ketua UMNO Bahagian.

DS Nazri Aziz 4 penggal jadi ahli parlimen dan Menteri pun dulu tidak pegang Ketua UMNO Bahagian.

Begitu juga DS Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah Menteri Kewangan hanya Bendahari UMNO Bahagian sahaja.

Ini ahli parlimen Jerantut yang sebelum PRU 13 tidak sampai setahun jagung dilantik Ketua Penerangan oleh Ku Lan bila sudah jadi ahli parlimen mahu bertanding Ketua UMNO Bahagian Jerantut mahu mencabar kedudukan Ku Lan.

Kena respek sikitlah Ku Lan!

Sepanjang kepimpinan Ku Lan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerantut sejak PRU 1999, Jerantut tidak pernah kalah parlimen dan 3 DUN. Ini bermakna kepimpinan Ku Lan sungguh cekap dan berkesan.

UMNO Jerantut padu. Baik Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri serta cawangan-cawangan mantap sebab itu PAS dan PKR kempunan tidak boleh menang di Jerantut.

Sekarang bila Ku Lan kata mahu mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, WZWH lihat Ku Lan makin serious he means business. Beliau sering turun padang ke Jerantut berjumpa seramai perwakilan yang boleh.

Ramai calon AJK UMNO Bahagian yang bertanding seramai 71 orang itu pun tidak buat macam itu kerja keras Ku Lan.

Serious...WZWH lihat Ku Lan bersungguh-sungguh mempertahankan jawatannya. Ku Lan berkerja politik macam orang muda sungguh bertenaga.

Dalam posting ini WZWH mahu mengimbas kembali kerja kuat Ku Lan 3 bulan sebelum PRU 13 iaitu ketika Program Kas Sayang Jerantut berjalan....

Karnival Parlimen Jerantut siri 16-17 Februari 2013 benar-benar menGOGER bandar Jerantut. Banyak betul program dan sambutan meriah dari rakyat Jerantut.

Weekend ini sungguh meletihkan WZWH. Itulah...bila Tengku Azlan (Ku Lan) ahli parlimen Jerantut dan Wan Amizan ADUN Tahan kerja kuat politik buat WZWH jadi semput ikut.

Ku Lan cakap tidak mahu bertanding tapi makin minggu makin kuat kerja dibantu oleh Wan Amizan sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.

Karnival Rakyat 1Malaysia Parlimen Jerantut selama sebulan dan plus lagi beberapa minggu sebelum PRU 13 adalah idea Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dengan menggunakan jentera pemuda, belia yang dinamakan tentera-tentera semut BN Jerantut.

Organisasi macam semut. Kerja macam semut. Tapi tidak mati sebab tiada gula! Walau dimana ada gula pasti semut menggerumun. Tapi bukan gula tujuan utama. Oleh kerana sayang kepada kerajaan BN maka tentera-tentera semut bekerja kuat tanpa gula...

Tag utama Kas Sayang Jerantut.

WZWH paparkan foto-foto sebagai pengantar bicara program-program 16 Februari 2013.


Ku Lan berucap di program bersama belia dan beliawanis parlimen Jerantut di dewan Adtec Jerantut.


Ku Lan mahu para belia dan beliawanis membina negara menyokong kerajaan BN kekal memerintah.


Kejohanan ping pong di dewan SMK Temin.


Kejohanan futsal parlimen Jerantut di gelanggang futsal Taman LKNP.


Kejohanan tarik tali di padang Bomba Jerantut.


Kejohanan sepak takraw di dewan SRJK Cina Jerantut.


Kejohanan bola jaring di padang hoki Jerantut.


Kejohanan badminton di dewan SMK Padang Saujana.


Kejohanan bola tampar di dewan Cure and Care Jerantut.


Kejohanan bola sepak 9 sebelah di padang SMK Inderapura.


Ku Lan memberi sepatah dua kata kepada anak-anak muda Jerantut.


Ku Lan menyaksikan kejohanan bola sepak 9 sebelah.


Wan Amizan mengucapkan terima kasih atas kehadiran 3000 pengundi muda 'first time voters' dan 5000 pengundi muda ke Program Mesra Pengundi Muda-Makan Malam dan Majlis Penyampaian Hadiah Karnival Sukan BN Pilihan Orang Muda Parlimen Jerantut.

Wan Amizan mengistiharkan Ku Lan sebagai Bapa Pembangunan Orang Muda Jerantut. Ku lan banyak memberi peluang kepada orang muda Jerantut baik dalam kepimpinan politik dan pentadbiran Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Jerantut.

Selama 15 tahun Ku Lan memimpin parlimen Jerantut ramai tokoh-tokoh muda mendapat dato'ship. WZWH rasa dalam Pahang, daerah Jerantut merupakan ramai pemimpin-pemimpin muda telah diberi bintang darjah kebesaran Dato'. Ini satu penganugerahan dan pengiktirafan serta pendedahan exposure kepada pemimpin-pemimpin muda Jerantut untuk meningkat naik.


Ku Lan bergambar bersama pemenang kejohanan.


Pandangan kehadiran pengundi muda di tengah khemah besar.


Pandangan belah kiri khemah besar.


Pandangan sisi kanan khemah besar. Perhatikan ada banyak lagi khemah-khemah kecil. Ramai orang muda dibawah khemah itu.


Artis jemputan dari Kuala Lumpur dan jemputan khas dari Kanada memberi persembahan.

18 comments:

Anonymous said...

Kesian ke cikgu lan berimej Islamik tp kena kutuk kerana lawan tokey...

Anonymous said...

Aok ingat Hj Lan baik sangat, kenapa bersara awal? ......ada kes!......kemana dibelanjakan duit pilihanraya 1.1 juta yg diberi pdnya?.. sepatutnya duit ini diagihkan kpd bilik gerakan caw serta jentera pilihanraya....selepas menang beli kereta baru dan hantar anak bercuti keluar negara.... nampak sangat tidak amanah dan menyeleweng. Tak layak jadi ketua parti...duk ajalah MP tu...

Anonymous said...

pandailah ong buat fitnah ye, rasalah sana esok. nak bertanding, bertanding aje la,nak sokong, sokong ajelah, jangan tabur fitnah, tunjukkan bukti weh, lapor SPRM ke, jangan dok buat pedoah....jadi-jadilah

Anonymous said...

Hj Lan tidak layak jadi Ketua Bahagian kerana dia pengkhianat UMNO sejak pilihanraya 1999 hingga 2008 berkempen ke PAS dan tidak mengundi. ( Ku Lan tak tahu perkara ini, sbb tu dia dilantik ). Cukuplah dia jadi MP aja.

Anonymous said...

aku tak pilih hj lan..dia kerat cikgu halim dulu..pengkhianat umno..

Anonymous said...

aku frust sb haji lan kerat cikgu halim tahun 1999 dulu..dia jahat..

Anonymous said...

Sedapmya puak2 mangkok tandas ni fitnah cik gu lan...itu ajelah mentaliti deme...klau dah ada bukti sgnt pergilah report kat sprm..jenis bodoh x blh di ajar..cerdik x blh di ikut

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salan ANON-ANON SEMUA... WZWH yang ada background Akauntan dan belajar Audit ingin menegaskan duit peruntukan pilihanraya TIDAK ADA AUDIT. Tidak ada apa-apa kes yang boleh dibawa...soal ahli UMNO mahu soal kemana peruntukan duit itu soal lain. Duit peruntukan itu diberi kepada calon...itu rezeki Hj Lan lah.

dobit127 said...

kawan sokong... so, sudah tiba masanya NGO pon kena audit....

Anonymous said...

Hey pak din baca ni apa macam bacanye, alif min nun waw, alif tendang way ;;; sarkis!!! orang tua2 kena kurung belajar dgn "ghimau" nak dapat, kena tipu setiap kali perhimpunan. c&p }-

Anonymous said...

aku tak pecaya cakap mangkok-mangkok tandas selagi belum ada bukti. Masa arwah cg.halim bertanding dulu mankok tandas- mankok tandas nilah mengerat arwah cg. halim dituduhnya hj. lan yang mengerat cg.halim.Kesian Hj. Lan. Begitulah nasib jika dah mendapat jawatan yang direbut ramai.Moga Allah dan orang jerantut dan perwakilan bersama hj. lan untuk bersama bekerja untuk jerantut.

Anonymous said...

Tuan admin adakah peruntukan diberi kepada calon parlimen secara tunai? sy rasa agak mustahil dengan amount yg besar. offcouse melalui umno bahagian. so that mean witdrawal must under adknowledge by ketua setiausaha n bendahari bahagian. hem who are they?

Anonymous said...

Tanya Dato' Nan la dia yang bagi cash calon kesukaan dia...calon malaikat..hehehehehe

Anonymous said...

Minta jugak Hj Lan jawab ke mana pergi nya duit RM 1.1 Juta yang sepatutnya digunakan untuk PRU13.. .Dia yang jadi CALON duit diserahkan kepada dia...Berapa kali jumpa MB dan berjumpa PM di pekan waktu PRU...Ada cawangan yang dapat RM500 dan ada cawangan yang tak dapat langsung... Mohon Ahli Parlimen buat penjelasan jangan nak menyalahkan orang sahaja...!!

Anonymous said...

duit Umno tidak perlu dipertikaikan kerana itu bukan duit calon.Peruntukan Umno adalah untuk umno memenangkan parti dan calon dan sudah maklum lagi jelas peruntukan umno telah di agihkan dengan jelas kepada jentera semasa pilihanraya dulu dan ahli-ahli umno sudah jelas perkara itu. Yng menjadi kemusykilan ialah peruntukan yang disalurkan kepada calon.Berani kerana benar takut kerana salah.

Anonymous said...

Melalui ungkapan dan kata2 sahabat saya diblog ini nyatalah UMNO menang pilihanraya bukan kerana kekuatannya tetapi kerana ada unsur rasuah dlm PRU...
Adakah parti jenis ini untuk mentadbir duit2 cukai yg aku impakan kpd kerajaan utk mentadbir negara?

Anonymous said...

kuat ke bende ke, kerja pilihanraya pun tak buat, tak tolong calon-calon bertanding, kekuatan DUN itu terletak pada wakil rakyat DUN yang menjaga kawasan masing-masing, nak kata dia kuat, mesyuarat tindakan daerah pun tak datang dok wakil ke dollah kicap, hj rosidi, patutnya mesyuarat tu lah tempat untuk berbincang dan merancang pembangunan di daerah ini, turun sekali sekala ke cawangan dah kata kuat, lebih baik berilah peluang kepada anak tempatan yang dah tentu bersemangat membangunan tempat sendiri, masalahnya sekarang cikgu lan tu bukan melawan tetapi ku lan sendiri bercakap di rumahnya di kl beritahu cikgu lan kata ketua bahagian tu memang patut untuk ahli parlimen, masalahnya sekarang yang jadi masalah kerana 'cakap ta

Anonymous said...

kuat ke bende ke, kerja pilihanraya pun tak buat, tak tolong calon-calon bertanding, kekuatan DUN itu terletak pada wakil rakyat DUN yang menjaga kawasan masing-masing, nak kata dia kuat, mesyuarat tindakan daerah pun tak datang dok wakil ke dollah kicap, hj rosidi, patutnya mesyuarat tu lah tempat untuk berbincang dan merancang pembangunan di daerah ini, turun sekali sekala ke cawangan dah kata kuat, lebih baik berilah peluang kepada anak tempatan yang dah tentu bersemangat membangunan tempat sendiri, masalahnya sekarang cikgu lan tu bukan melawan tetapi ku lan sendiri bercakap di rumahnya di kl beritahu cikgu lan kata ketua bahagian tu memang patut untuk ahli parlimen, masalahnya sekarang 'cakap tak serupa bikin' kerana hasutan langau-langau kiri kanan yang berkepentingan

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024