YM Tan Sri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Ketua UMNO Bahagian Jerantut.
Malam ini 20 September 2013, di Rest House Jerantut pukul 8.30 malam, YM Tan Sri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Ketua UMNO Bahagian Jerantut akan memberi ucapan amanat kepada kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut dan perwakilan.
Majllis yang akan menghimpunkan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Timbalan Ketua UMNO, Naib Ketua UMNO, pimpinan UMNO cawangan, Pimpinan Wanita, Pimpinan Pemuda, Pimpinan Puteri dan sebahagian besar perwakilan UMNO Bahagian Jerantut.
Ini adalah perkumpulan keluarga UMNO Bahagian Jerantut secara santai di Rest House Jerantut. Tengku Azlan akan menerangkan kepada pimpinan dan perwakilan tentang apa yang WZWH telah nyatakan dalam posting Amanat DS Najib Presiden UMNO
Dalam majlis keluarga UMNO Jerantut itu juga YB Dato' Wan Amizan Wan Razak Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut akan memberi ucapan hala tuju kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut.
Kepada calon-calon yang berminat mahu menyumbangkan khidmat secara sukarela bertanding dalam kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut, kepimpinan Wanita, kepimpinan Pemuda dan kepimpinan Puteri anda semua dijemput hadir bagi mengenali perwakilan dengan lebih rapat dan mesra lagi.
Majlis ini adalah platform kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut yang rasmi.
Dato'-Dato, Tuan-Tuan, Puan-Puan, Encik-Encik dan Cik-Cik semua dalam keluarga UMNO Jerantut dijemput hadir.
27 comments:
Sayang, tau lewat dan program bersama Zahid Hamidi dah dipersetujui, jika tidak pasti akan hadir.... Azam
Jangan risau saudara Azam, Jerantut mencalonkan Zahid Hamidi, Hishamuddin dan Syafie Afdal
Saya sokong Jerantut calonkan Syafie Afdal, apa Jerantut minta semua dapat dari KKLW malah minta sikit dapat banyak. Hidup Syafie Afdal Naib Presiden UMNO.
kenapa perlu amanat? biarkan perwakilan yg memilih siapa yg mereka suka.Itu baru demokrasi. Bukan calon ditentukan oleh bahagian
Secara peribadi sy tolak Hishh..samuddin dan shafie afdal - Azam
malas becara..... demeh je nak susun komeh nyer bior nyeh hangcooo (kawan wok kelabu )
bagi lah makan wok itam tuhhh.... sokong lah dia tehhh rest house pun malas nak mbayorrr (kawan wok kelabu)
tahun ni kita takyah lawan wehhh bagi lah ke demeh je merintoh...bior nyeh hannnccoooo umno jantet nihhh (kawan wok kelabu)
beli lah kain banyok banyok isi penoh kete sampai rosok kete tengoh jalaan ..... takpe bagilah ke demehhh belaka malam n i umum bhg tahyak sape nal lawan wanita bagilah ke kumpulan wok itam tuh... sbb tu buat kat rest house pusing pusing ke demeh belaka (kawan wok kelabu)
kawan sokong dompok
WZWH berkelulusan hebat, tetapi kenapa jadi seorang Guru? Mungkinkah sijil/diploma dan ijazah yang dimilikki dibeli? Jangan marah ye! sekadar bertanya.
Hebat sungguh WZWH "Berpendidikan MBA UUM 2007, BA Hons In Accounting, University of Abertay, Dundee, Scotland, UK 1993, dan Diploma in Education, Institut Perguruan Batu Pahat 2003. 1st year Accounting MCHE Seremban 1989, Pendidikan A-Level , College of Preparatory Uitm Shah Alam 1986-1988, SEMSAS 1981-1985 dan SRK Kuala Tembeling 1975-1980. Pernah menjadi Akauntan, Manager, Director, Pensyarah dan kini Guru. AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut"
hairan sungguh koi, kenapa pilih kerjaya seorang guru DG 41?
bodoh sungguh!ajal maut,jodoh,rezekituhan yang tentukan.serupa lah awok ada stp kenapa kerja peon?awok ingat kementerian tak semak ke kelulusan kaki tangannya?belajar 5 tahun di scotland tak kan ijazah beli.awok tu yang scan sijil stp pada hal ada srp aje.dah kena buang bila boss awok dapat kesan penipuan awok.awok buat janganlah ingat orang pun serupa awak.
wok kelabu akan kalah kerana dia tak setiakawan.wan amizan tolong dia sampai menang tapi dia burukkan wan amizan.dia ingat orang tak tahu.sekarang dia isytihar sokong mat lan.menang nanti dia gerenti mengerjakan mat lan pulak.kau orang tengoklah nanti.baka tak boleh dibela.dia menang kw dulu dia tetap kata bazain yang buat dia menang.kali ni mintaklah bantuan bazain sebab bazain sangat berpengaruh dalam umno jerantut.
dia pernah cakap kat orang yang dia berlakon aje sokong ku lan.bila berlakon akhirnya tembelang pecah juga.
Buat lah apa apa , orang Jerantut.Apa yang Jerantut ada.Murtabak Jerantut pun dah cair dan tak sedap.
Cuba tanya orang Kuala Tembeling
Jambatan dah ada ke tidak
Cuba tanya orang Kampung Baru
Jalan Benta dah siap atau tidak
Cuba tanya orang Ulu Cheka
Hutan kena tebang lagi
Cuba tanya Pulau Tawar
Tempat jin bertendang
Cuba tanya orang Labu
Apa cerita
Satu sen pun tak berguna
cuba tanya diri sendiri,apa sumbangan awak kepada pembngunan negara?
kala anon 8.15 pm tu pemimpin yang boleh bawak peruntukan & projek...
Barulah anon 9.00 am boleh tanya gitu gaya...
Budur punya anonler... kalu doh jadi pemimpin ada prujik ada peruntukan saper2 pun boljh bantu maksud anon tu prujik dan peruntukan tu lepas kemana. Pilih dan lantiklah anon tu jadi pemimpin mungkin dia berhati jujur dan ikhlas.
salam, pagi tadi jam 9.20 pagi , aku menerima panggilan telefon org luar jerantut menyatakan kekesalannya bahawa jerantut bakal menuju kehancuran disebabkan ada puak dalam umno.
walaupun dia org luar jerantut tetapi mendapat info terperinci dari informernya yang tepat mengenai senerio politik umno masa kini
katanya, YAM Tengku memang tidak perlu bertanding dan tidak bertanding tetapi katanya puak lain mahu tengku bertanding utk menggunakan status ISTANA dalam mencari untung mengisi kantong.
puask isi kantung dan puak khidmat tulin bakal berdepan,,
tetapinya puak khidmat bakal tumbang kerana puakisi kantong lebih kuat kerana masing-masing ada matlamat untuk kekayaan daripada khidmat
barisan isi kantung sengaja mahu tengku bertanding sedangkan keadaan di sini tidak memerlukannya
Kalau setakat tengku untuk merapatkan perpaduan di jerantut, apa yg perpaduannya?
perpaduan dlm umno teruk? sedia hancur? itu yg tengku nak jaga? lamanya dari dulu sampai semalam modal perpaduan sering diputarkan, apa citer nya.....tak ada modal lain
sedih, org umno lain mmg mahu umno dan org melayu terus hancur
hairan,siti hajar (datuk) lawan nohelan (datuk) kadang2 geli hati tgk gelagat org gelaran datuk.....mcm perangai tak ada datuk......kadang2 terfikir ramai lagi yg layak dpt datuk , tapi sekadar duduk meja di bank buat keje pun tak cemerlang pun dpt datuk, org keje bank pun tahu level kejenya....tp sebab umno kononnya bakti....setakat mana baktinya....
aku pun malu lah...tgk datuk....keje tak cemerlang di tpt keje sendiri.....dapat datuk......
adusssss.........ada lak yg tak pandai bercakap pun dpt datuk...dlm ucapan berputar2 tpt sama.....
puak berkhidmat dan puak isi kantong.amende khidmatnya?tak nampak lagi khidmatnya membawa sesuatu ke jerantut. kalau setakat gi majlis kahwin kemudian sebarkan dalam facebook,dah lama tok2 penghulu buat keje tu.
hospital apa cerita?setakat mana perkembangannya?balai polis?pusat tahfiz?universiti??? jangan hanya tahu buat janji!
amanat dr tengku lan..pilih la saya sekali lg senang saya nak tebang balak dah habiskan hasil bumi pahang...
patik pertahan kan tengku..budak2 patik pun akan pertahankan tengku..insyaAllah..pahang negara berdaulat..jajahan takluk kdymm taunku sultan..patik pertahankan tengku..
pertahakan apa..menghabiskan balak blh la..jangan pilih la..pilih la hj lan...
Kg Serama,
Buktikan dimana Tg Lan tebang balak dan habiskan hasil bumi Pahang ni, jangan tabur fitnah.... aok ingat Hj Lan baik sangat, kenapa bersara awal? ......ada kes!......kemana dibelanjakan duit pilihanraya 1.1 juta yg diberi pdnya?.. sepatutnya duit ini diagihkan kpd bilik gerakan caw serta jentera pilihanraya....selepas menang beli kereta baru dan hantar anak bercuti keluar negara.... nampak sangat tidak amanah dan menyeleweng. Tak layak jadi ketua parti...duk ajalah MP tu...
org bodoh jer kata tengku lan merompak balak n projek ni..dia tak tahu nilai org..tengku lan kalau tak jadi ketua bahagian pun dia tetap boleh dpt balak..dpt lombong dan dpt projek..sb kedudukan tengku lan sebagai adik tuanku sultan..apa saja yg tengku lan nak boleh dpt..tp tengku lan tak begitu..tengku lan org cerdik..kuasa n keistimewaan tengku lan ini lah yg diperlukan untuk melayu jerantut..kalau tgku lan tak ada dlm.jerantut..lama dah umno hancurnya..berebut kuasa dan kalah pilihanraya..
Post a Comment