Sunday, September 15, 2013

Isi-Isi Penting Agenda Ekonomi Bumiputera DS Najib




Unjuran terkini, setakat 2012, menganggarkan warganegara Malaysia, adalah seramai 27.4 juta orang, yang mana Bumiputera adalah 18.6 juta atau 67.9 peratus.

Sekiranya kaum majoriti Bumiputera tidak dibela dan berasa diri mereka terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan mengecapi keamanan, kestabilan, dan kita tidak mungkin mencapai impian menjadi negara maju yang sejahtera dan sentosa 

Jika sesebuah Kerajaan itu gagal memainkan peranan pro-aktif sebagai pengimbang sosioekonomi secara adil dan saksama, antara mereka yang memiliki dan tidak memiliki, antara pemodal dan pekerja, antara tuan punya tanah dan penyewa, antara pekerja kolar putih dan kolar biru, telah dan sedang membawa malapetaka. 

Model Baru Ekonomi memperkenalkan pendekatan pembangunan secara inklusif berasaskan prinsip pertumbuhan dengan kesaksamaan atau growth with equity, bagi mempastikan semua masyarakat di Malaysia memperoleh manfaat daripada pembangunan ekonomi dan kekayaan negara.

Pendapatan purata bulanan isirumah Bumiputera telah naik daripada 172 ringgit pada tahun 1970an kepada 4,457 ringgit pada tahun 2012 atau hampir 2,500 peratus dalam jangkamasa 42 tahun.

Kadar kemiskinan Bumiputera pula, telah berkurangan daripada 64.8 peratus dalam tahun 1970an kepada 2.2 peratus pada tahun 2012. Pemilikan ekuiti syarikat korporat Bumiputera juga telah meningkat daripada hanya 2.4 peratus dalam tahun 1970an kepada 23.5 peratus pada tahun 2011.

Pada tahun 2012, pendapatan purata bulanan kaum Cina lebih tinggi berbanding Bumiputera pada nisbah 1 kepada 1.43 kali ganda.

Effective control kita ke atas syarikat korporat terkini hanyalah pada sekitar 10 peratus.


MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA

Bagi golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran, Kerajaan akan memperbanyakkan program peningkatan kemahiran bagi menyediakan peluang kedua supaya mereka memperoleh lebih banyak ruang untuk mendapat pekerjaan. 

Golongan graduan Bumiputera yang mengganggur pula, Kerajaan akan menggiatkan lagi program latihan bagi mengatasi masalah kebolehpasaran, agar bersesuaian dengan keperluan industri.

Agensi berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan MARA akan memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah

Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera serta program-program seumpamanya akan diperluaskan. 


MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT

Skim Amanah Saham Bumiputera 2 atau ASB2 akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad, dengan suntikan sebanyak 10 bilion unit saham.

Ekuinas pula akan diberi tanggungjawab untuk mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera. Program tersebut akan ditransformasikan melalui ekuiti dan kepakaran pengurusan, bagi membimbing syarikat-syarikat Bumiputera supaya dapat disenaraikan di Bursa Malaysia.


MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA

Peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad akan diperkukuhkan bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri, terutamanya di lokasi strategik di seluruh negara. 

Ke arah memperkasakan pemilikan aset hartanah, bagi menjana kekayaan Bumiputera, kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA serta Syarikat Perumahan Negara Berhad dan dengan kerjasama Kerajaan-Kerajaan Negeri, akan memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

58 peratus daripada 72 peratus penduduk Malaysia yang menetap di bandar adalah Bumiputera

UDA Corporation akan diperkukuhkan untuk membantu membangun hartanah

GLC dan GLIC yang terlibat dalam perniagaan hartanah untuk memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera


MEMPERHEBAT KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA

Peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB akan diperkuatkan supaya bilangan usahawan Bumiputera yang menerima akan bertambah, termasuk di Sabah dan Sarawak. 

Tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak 300 juta ringgit untuk tempoh lima tahun.

Dana tambahan sejumlah 700 juta ringgit kepada TEKUN Nasional.

Kerajaan akan mengarahkan semua Kementerian dan GLC mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera. Pemilihan vendor mestilah berasaskan meritokrasi di kalangan Bumiputera.

Semua Ketua Pegawai Eksekutif di GLC menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang dianugerahkan kepada vendor.

Kerajaan melalui GLC dan GLIC, akan membangunkan sekumpulan usahawan Bumiputera yang akan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan pembuatan dan perindustrian yang berpotensi dan mempunyai nilai tambah tinggi. 

Unit Kerjasama Awam Swasta atau UKAS akan mengambil inisiatif untuk mengenalpasti secara terpilih mana-mana perkhidmatan Kerajaan yang berdaya maju untuk diswastakan kepada Bumiputera. 

Satu skim pembiayaan baru lagi unik dinamakan sebagai Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau ringkasnya SUPERB akan diperkenalkan. Skim ini bertujuan untuk membantu syarikat start-up. Bagi tujuan itu, dana sebanyak 100 juta ringgit akan diperuntukkan dalam tempoh tiga tahun.

Pemilihan entrepreneur-entrepreneur Bumiputera ini adalah berdasarkan merit dan akan dibuat oleh sekumpulan panel entrepreneur di kalangan mereka yang telah berjaya.


MEMANTAPKAN EKOSISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
Unit-Unit Pembangunan Bumiputera atau UPB akan diwujudkan di semua kementerian.


LAIN-LAIN

Peningkatan enrolmen pelajar Universiti Teknologi MARA ini kepada 250,000 menjelang tahun 2020.

Penubuhan Dana Pendidikan MARA yang berjumlah 1 bilion ringgit bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi.

TERAJU, sebagai sebuah badan yang unggul, ia akan diletakkan langsung di bawah saya sendiri sebagai Perdana Menteri

Institut Keusahawanan Negara atau INSKEN kini, akan diletakkan di bawah seliaan TERAJU. Begitulah juga Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau SUPERB.

Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB akan ditubuhkan bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.

4 comments:

Anonymous said...

Harap2 dapat ditubuhkan UiTM di Temerloh.. dan juga MRSM..

Anonymous said...

DEB,Bank bumiputera malaysia,Tekun,PTPTN,Mara,Uda dll adalah instrumen2 yg gagal dlm mengecapi ekuiti melayu dan bumiputera 60%.Bagaimana hendak memperkasakan Agenda Ekonomi Bumiputera utk mencapai kejayaan, sekiranya drama swasta di ulang tayang semula dgn nafas baru dlm agenda ekonomi bumiputera.Belum masuk bab birokrasi,ketelusan,rasuah dan kekangan yg lain.Pendeposit Bank Islam ramai orang cina.Persoalanya, di mana keupayaan orang melayu dan bumiputera utk bersaing dgn mereka.Sedangkan halangan utama adalah kos hidup dan hutang isi rumah yg tinggi.Ini adalah agenda besar yg melibatkan seluruh masyarakat melayu dan bumiputera.Cuma yg menarik,wakaf koperat.Kuasa membeli kaum melayu dan bumiputera dah berkurangan.Mengapa pula wujud, BR1M di tengah agenda yg besar ini.Itu yg menghairankan dan menjadi kayu ukur keupayaan orang melayu dan bumiputera.Siapa pula yg mampu membeli lambakan hartanah yg mahal dan akan di tambah oleh syrikat pr1ma berhad.Di mana pula peranan syrkt perumahan negara.Dana pendidikan juga wujud,ibarat di sentap dari Dasar pendidikan ngra oleh kmterian pendidikan.Makin celaru hidup kita semua..

Anonymous said...

kalau pinjaman, dana, dibahagikan secara betul mungkin boleh dicapai. tapi ada juga tiris pergi kpd kroni yg tidak layak atau memang dah kaya membuatkan ianya susah nak dicapai.tetapi bumiputera sendiri perlu ada hasrat nak maju. kalau nak harap pada kerajaan ni tak akan kemana. sudah bertahun-tahun, biasanya yg betul memerlukan tak pernah dapat apa2.

usin gampang said...

puak2 lan labik siap ugut pemuda cawangan.kalau tak sokong dia tak dapat peruntukan,tak dapat pinjaman tekun.

fauzi,bazli,nizam pun terlibat.serupa juga dengan bos dia orang,kalau tak sokong dia jadi ketua bahagian,tak dapatlah peruntukan parlimen.

hancurlah umno kalau macam ini.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024