Monday, September 16, 2013

"Aku Wasiatkan Kepada Anak Cucu Aku Tanam Abu Mayat Di Sebelah Jirat Moyang Sitiawan..."


Chin Peng masih lagi mahu berpolemik dari dulu hingga kini....

Chin Peng-Lelaki Komunis Terakhir yang sejak awal 1940an bercita-cita mahu menjadi pemimpin Malaya dan negarawan tidak kesampaian kerana ideologi yang dianuti tidak diterima oleh majoriti rakyat Malaysia.

Ideologi yang ganas menggunakan elemen terroris menghuruharakan Malaya dari tahun 1948 hingga 1960. Banyak harta benda dan jiwa rakyat, kaum pemodal, askar dan polis melayang.

Sebab itu pada 2008, cubaan bekas pemimpin komunis ini untuk mendapatkan perisytiharan dibenarkan masuk dan hidup di Malaysia terhalang selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memintanya mengemukakan dokumen kelahiran dan kewarganegaraan untuk membuktikan dirinya warganegara Malaysia sebelum dia boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia.

Pada 2009, Chin Peng menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya, Sitiawan di Perak. Tetapi dia juga berkata, jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi, dia ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya.

Akhirnya pada awal pagi 16 September 2013 ketika rakyat Malaysia mahu menyambut Hari Pembentukan Malaysia sejak penubuhan pada tahun 1963, Ching Peng, 90 tahun, mati sakit tua di Bangkok.

Jangan heran kalau DAP akan mengetuai hari pengebumian Chin Peng dan dihebohkan rencana-rencana kehebatan Chin Peng oleh suratkhabar The Star.

5 comments:

matcermin said...

Komunis memang tidak diterima di Malaysia ...
Tapi yang hairannya...penjajah dimuliakan dan diingati....
Henry gurney...hugh clifford ....
Rasanya kedua dua nama ini bukan orang malaysia pun.....

Anonymous said...

sekurang-kurangnya dia tak bunuh orang.taklah macam manusia binatang yang kau puja-puja ni.

bapa saudara aku mati dibunuh komunis.kau bawak balik abu chin peng ke malaysia ni.dengan kau sekali aku libas bagi mampus!

Anonymous said...

Henry Gurney memang tak bunuh orang tapi tok nenek beliau bunuh Tok Jangut, sahabat beliau meruntuhkan Daulah Islam Othmanyiah. Kerabat2 beliau memaksa perjanjian Pangkor sehingga Sultan Melayu tiada ada kuasa kecuai dlm bab menjaga adat istiadat Melayu dan sebahagia dzujuk2 syariah Islam. Inikah yg anon 1:49pm banggakan dan sanjungkan...

matcermin said...

Penjajah tak bunuh orang?
Sejarah mana tuan belajar?

usin gampang said...

chin peng bunuh bapak saudara aku!bunuh,tau apa itu bunuh?kau nak sembah mayat chin peng itu kau punya pasal sebab terpengaruh dengan mat sabun bulu mah!pergi bawak balik abu dia.kau sembahyang jenazah untuk dia,kau talkinkan dia.memang dasar bodoh!sejarah dah catit dia bunuh ramai melayu,ramai melayu jadi janda.tapi kau orang mengagungkan dia.memang kau orang ni keturunan komunis malaya.bawak lah balik abu binatang kesayangan kau orang tu.lalu depan aku aku sepak kau orang!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024