Saturday, November 20, 2010

Kota Gelanggi dan Padang Kangsa


Dulu Padang Kangsa ada ramai pahlawan dan pemimpin yang seperti kawanan kerbau dalam gambar di Paya Kangsa.


Sekarang Padang Kangsa hanya ada pemimpin yang hanya pentingkan agenda peribadi sendiri seperti gambar seekor kerbau tunggal di Paya Kangsa.

Kota Gelanggi adalah sebuah kerajaan yang tua. Mengikut Dr. W. Linehan, "A History of Pahang" (1936) bahawa Kota Gelanggi dulu bergelar Gelang Kiu (Ganggayu) dalam bahasa Thai bererti "Treasure house of Jewels" dalam bahasa Inggeris.

Tun Abdul Razak pernah memberitahu pemberita selepas pembukaan rasmi PPTR, Sungai Tekam pada 3 Februari 1972 bahawa kerajaan yang tertua di negeri Pahang ialah Kerajaan Gelang Kiu yang sekarang sebagai Kota Gelanggi. Kota Gelanggi terletak sekitar 25km dari bandar Jerantut.

Kawasan Padang Kangsa termasuklah kampung-kampung seperti Bandar, Perian, Kampung Masjid, Pulau Tawar, dan Telok dipanggil sebagai 'Gelombang Tujuh'. Dikatakan Padang Kangsa sebagai base sokongan kepada Kota Gelanggi.

Kerajaan Ganggayu pernah dikalahkan oleh angkatan tentera Raja Suran. Ganggayu dikatakan sebuah negara besar, berkota batu hitam. Sejarah Melayu memperlihatkan pertembungan antara rakyat Keling dan rakyat Siam. Rakyat Keling merupakan tentera Raja Suran manakala rakyat Siam adalah tentera Raja Culan di Ganggayu.

Tentera Siam Ganggayu melawan tentera Keling Raja Suran seperti ditulis oleh Tun Seri Lanang dalam Sejarah Melayu menunjukkan bahawa aktifnya peranan Siam di negeri-negeri Semenanjung. Ahli sejarah menamakan Raja Suran sebagai Rajendra Chola 1 yang menyeberangi Selat Melaka menuju Gangga Negara, Beruas.

Sesudah itu beliau meneruskan ekspedisinya hingga ke Ganggayu (Gelang Kiu) pada tahun 1025. Raja Suran akhirnya mengahwini Puteri Onang Kio anak perempuan Raja Culan.

Kota Gelanggi dikatakan sebagai "tempat itu sangat cantik dan peliknya" apabila pemerintah Pahang, Bendahara Seri Wak Raja Wan Ahmad melakukan lawatan dengan sambutan oleh Imam Perang Indera Gajah di Pulau Tawar (Hikayat Pahang).

Bendahara Wan Ahmad dikatakan tertarik dengan cerita legenda dikatakan terdapat seorang perempuan yang sangat cantik di Kota Gelanggi. Ini memperlihatkan bagaimana Kota Gelanggi dikenal dan pemerintah ketika itu begitu kagum terhadap legenda kota tersebut.

Ini dapat dihubungkan dengan peranan kawasan ini semenjak zaman purba hingga ke zaman "pelarian" Maharaja Dewa Sura (Gabenor Siam) dikejar angkatan Melaka pada abad ke 15. Ia menjadi laluan rentas ke Jeram Koi mungkin setelah dirasakan tidak mampu bertahan atau bersembunyi di Kota Gelanggi yang telah diketahui oleh angkatan Melaka.

Kemudian setelah Maharaja Dewa Sura ditangkap, Sultan Mansur Syah telah mengahwini Puteri Wanang Seri anak perempuan Maharaja Dewa Sura. Hasilnya melahirkan Raja Muhammad yang telah menikam hingga mati anak Tun Perak kerana tersepak bola raga terkena tanjak Raja Muhammad. Raja Muhammad ini dihantar ke Pahang menjadi raja Pahang dengan gelaran Sultan Muhammad Shah I (1470-1475).

Kota Gelanggi juga menjadi tempat perlindungan dan tempat "beramal" bagi para pahlawan zaman menentang perluasan kuasa Inggeris di Pahang seperti Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau.

Tamadun persekitaran yang mungkin belum pernah ditimbulkan setakat ini ialah kewujudan "negara" Kangsa Indera. Kangsa Indera mungkin merupakan sebuah "negara" atau pusat tamadun yang terletak dalam mukim Pulau Tawar, Jerantut sama seperti Kota Gelanggi. Antara kedua-dua "negara' Gelanggi dan Kangsa Indera mungkin bersifat gandingan persahabatan dalam menegakkan daulat masing-masing.

Kota Gelanggi dan Kangsa Indera juga dikaitkan mempunyai hubungan dengan kewujudan Tamadun di sekitar pesisiran Sungai Tembeling yang pernah diperkatakan oleh Chau Ju-Kua,  pengembara dan ahli sejarah China (1225) merujuk kepada negara Tan-ma-ling di Semenanjung Tanah Melayu.
The Lost City of Kota Gelanggi.

4 comments:

Anonymous said...

Sudah lah budok zuri, kau jangan nak perli pemimpin pulau tawar ku itu. Cuba kau banding dgn urag awok tu, di mana kedudukan nya, asyik memungkau je......janji senu janji sini....habuk puntak ade.

Sudah lah zurik.......zurik.

Anonymous said...

Salam Anon 12:15,
Woit...cerita kerbau pun sensitif juga ke? kah kah kah...Camna Anon boleh baca halus mesej WZWH. Gua tabik sama lu he he he...

Anonymous said...

awk hina dr shukri dan anggap dia sebagai seekor kerbau? apa bulak dengan wan amizan tu? kerbau pendek? hehehe 2-2- nya sama saja..woit!! jangan awak ulang lagi posting begini, kas benci

Sebuah Istana Cerita said...

Salam

Maaf lambat terjumpa artikel ini. Saya keliru baca artikel berkenaan Kota Gelanggi tulisan saudara ini kerana saudara mengandaikan Kota Gelanggi yang terdapat di Jerantut sekarang ini adalah tapak yang sama dengan kerajaan tua yang bernama Ganggayu/Klangkiu.

Saya tidak yakin andaian itu benar. Alasannya kerana terdapat juga tapak lain yang disebut-sebut lokasi tepat Kota Ganggayu/Klangkiu itu iaitu di Hulu Sungai Johor sekarang. Malah dalam Hikayat Sejarah Melayu juga dengan jelas disebut kota Ganggayu terletak di Hulu Sungai Johor. Malah menurut kitab hikayat itu, kesan tinggalan kota itu masih dapat dijejak sehingga kitab itu ditulis.

Saya secara peribadi lebih percaya kewujudan Kota Ganggayu di Hulu Sungai Johor dalam daerah Kota Tinggi, Johor berdasarkan bukti-bukti berikut.

1. Lokasinya di Hulu Sungai Johor tercatat dalam kitab manuskrip Melayu lama secara jelas.

2. Nama Ganggayu/Klangkiu bila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud (Perbendaharaan) Permata, sesuai pula dengan perkataan Arab yang bermakna Jauhar. Asal usul nama negeri Johor sendiri dari kata Jauhar yang bermaksud permata.

3. Ganggayu dikatakan cabang pemerintahan Kerajaan Siam di Selatan Semenanjung. Dalam Hikayat Sejarah Melayu juga mengisahkan Parameswara sebelum menjelajah ke Muar dan Melaka untuk membuka negeri telah terlebih dulu singgah di Temasik. Di sana, beliau dikatakan membunuh wakil kerajaan Siam. Tentunya lebih logik jika Ganggayu itu berada di Hulu Sungai Johor kerana lokasinya lebih dekat dengan Temasik (Singapura sekarang) berbanding lokasi menurut tafsiran saudara di Jerantut.

4. Terdapat satu tanah rancangan felda yang terletak tak jauh dari tapak yang diduga Kota Ganggayu/Klangkiu itu. Ia dinamakan Felda Linggiu. Dari namanya sendiri sudah ada pertalian.

5. YAB Datuk Rais Yatim juga pernah menegaskan Ganggayu yang disebut dalam Hikayat Sejarah Melayu itu bukan Kota Gelanggi yang ada di daerah Jerantut sekarang.

Tapi tak mengapalah, di manapun ia, Sejarah negara tetap warisan kita yang harus terus digali sampai sekarang.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024