Friday, November 12, 2010

Projek Silang Jerantut: isu, masalah dan penyelesaian

Gambar ahli-ahli politik UMNO Jerantut yang berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.

Orang politik Jerantut selalu bercakap projek silang dulu. Juga pegawai kerajaan DO, ADO dan penghulu. Tidak ketinggalan Ahli Majlis Daerah Jerantut.

Dalam Negeri Pahang ada dua daerah yang orang politik pakar tentang istilah projek silang iaitu Daerah Raub dan Jerantut. Orang UMNO Jerantut selalu cakap projek silang dalam mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut terutama perwakilan. Perwakilan kata UMNO melalui wakil rakyat tidak dapat mempertahankan beberapa bidang tanah di bandar Jerantut kerana terpaksa kerajaan negeri bagi kepada pemaju kerana projek silang.

Apa ini projek silang? Menurut blog Hulu Tembeling...
  • PROJEK SILANG DI KAMPUNG JAYA :- Silang bermakna pemaju membanggunkan sesatu kawasan baik untuk perumahan atau lain lain pembangunan,segala urusan membangunkan kawasan tersebut semau di uruskan oleh pehak pemaju,setelah siap pembinaan,pemaju akan menyerahkan kepada kerajaan untuk di agihkan kepada penduduk yang layak dan yang tak layak tetapi di fikirkan layak? Semua kos di kira berapa jumlahnya dan pehak kerajaan di kehandaki membayar,tak kira didalam bentuk wang ke ?, bentuk tanah ke,janji apabila di kira jumlah yang di terima oleh pemaju mestilah sama dengan nilai kos yang di keluarkan ? 
  • Sebagi, contoh katakan nilai projek tersebut melebehi rm12 juta, maka pehak kerajaan tepaksa membayar tunai rm12 juta, adakah kerajaan mampu membayar tunai ?, jika mempu mengapa agensi kerajaan negeri tidak berminat untuk melaksanakannya, atau dii tender secara terbuka ?. di sini lah yang menjadi tanda tanya ? 
  • Jika kerajaan mahu membayar balik kos membangunkan kawasan perumahan itu denagn tukar dengan tanah kerajaan,, berapa ribu hektar tanah kerajaan yang seharusnya di korbankan ?. seluruh tanah kerajaan yang maseh berbaki lagi di dalam bandar jika di berikan kepada pemaju,saya rasa masih tidak mencukupi jika di bandingkan dengan kos yang di keluarkan oleh pemaju, kata mereka ?, bukan di sini sahaja masaalahnya, di Raub pun sama?, pemaju baru tolak tanah dah mintak ganti tanah di kawasan lain. 
  • Jadi berapa banyak kah jumlah tanah di dalam bandar dan di luar bandar,di bukit dan bermacam lagi yang kita harus korbankan ,dengan kesalahan keputusan yang telah di buat oleh pemimpin pimimpin ?. 
  • Adakah keputusan yang telah dibuat oleh pemimpin pemimpin memberi menafaat kepada majoriti rakyat ?. rumah pun mahal juga,kedai yang di bina oleh pemaju tak mampu dibeli oleh ramai peniaga melayu hatta menyewa se kali pun, " JADI APA KAH FAEDAAH YANG DI NIKMATI OLEH RAKYAT DENGAN PROJEK SILANG TERSEBUT ". Bandar nampak membangun tapi siapa yang untung,siapa yang dapat berniaga ? yang pentingnya KOCEK SIAPA YANG PENUH SELAIN DARI PEMAJU TERSEBUT? YANG BERGELAR DATO YANG MEMPUNYAI PENGARUH YANG AMAT KUAT DAN DI SEGANI OLEH PEMIMPIN PEMIMPIN DAN KAKI TANGAN KERAJAAN YANG MEMPUNYAI KUASA.

Mungkin orang UMNO Jerantut masih ingat bila pagi PM datang merasmikan mesyuarat UMNO bahagian Jerantut hari itu ( Sabtu 3/7/2010), tiba-tiba orang gempar orang Cina ramai buat bantahan beramai-ramai berpiket di luar dewan. Macam-macam tulisan minta PM selesai. Sibuklah polis suruh orang Cina berpiket bersurai jangan buat kacau.

Orang cina dari kampung Ulu Par dengan Sungai Lekok buat bantahan pasal pemaju Jerantut sukat ke tanah mereka lebih kurang 400 ekar. Tanah tu dah jadi kebun sawit, getah tapi mohon tak lulus lagi. Mereka sudah lama makan hasil. Ada yang yang dah dapat TOL, lesen , permit dan macam-macam lagi. Orang Cina ini ahli MCA.

Melalui Chin Kaw ketua kampung Sungai Par Ulu dan Wong Tiak Sang, ketua kampung Sungai Lekok katanya tanah itu telah diluluskan sebagai balasan projek bersilang. Dulu kerajaan setuju pemaju Jerantut itu buat rumah kos rendah dengan modal sendiri 240 unit. Dengan nilai bila siap 240 unit itu lebih kurang RM7 juta. Dengan RM7 juta ni pemaju itu boleh minta dimana saja tanah lain sebagai ganti modal pemaju buat rumah tu. 

Pemaju itu minta ganti tanah. Habis tanah-tanah sekitar bandar Jerantut ini di pelannya. Kuarters JKR, Kuarter lama Polis, tapak Resthouse Jerantut, Lata Meraung 1360 ekar, Bukit Batu Satu 25 ekar, Padang Saujana 15 ekar, Tanah Taman depan Bank CIMB 3 ekar. Lagi di Raub dan ada berbelas permohonan tanah ganti. Bila kerajaan kira-kira rugi, kerajaan bagi ke pemaju itu sajalah menjual rumah itu. Untunglah pemaju itu. Rumah pemaju jual, tanah dah banyak bagi ke pemaju. Depan Bank CIMB itu kedai dua tingkat harga sampai RM600,000 satu. Sekali ganda mahal dari harga di Kuantan dengan Kuala Lumpur. Orang Melayu tidak mampu nak beli. Cuba kita kira RM600,000 x 50 buah, tidak ke RM30 juta? Padahal modal membuatnya jurutera kira paling tinggi RM7.5 juta. 

Inilah masalah politik Jerantut kerana bukan saja orang Melayu marah kerana tanah strategik di tengah bandar Jerantut tidak dapat dipertahankan malah orang Cina yang setia dengan BN pun marah tanah mereka mahu diambil.

Siapa yang bersalah? Mula-mula kerajaan negeri sendiri yang tidak mengkaji kira-kira untung rugi projek silang merugikan kerajaan dan rakyat. Kerajaan negeri tidak mengkaji "agreement" projek silang merugikan kerajaan.

Kedua kesilapan MB di dalam mempercayai EXCO-EXCO dengan menyokong cadangan projek silang Jerantut.

Ketiga EXCO dan wakil rakyat yang terlibat yang lebih ingin menyelesaikan masalah peribadi terlebih dulu tanpa berfikir kepentingan negeri dan rakyat Jerantut.

Keempat pegawai kerajaan DO, ADO, Majlis Daerah dan Ahli Majlis Daerah termasuk penghulu. Tidak ada yang berfikir mengenai kepentingan rakyat Jerantut.

Kelima akhirnya rakyat Jerantut akan menyalahkan UMNO yang gagal mengawal dan bertindak terhadap isu projek silang ini.

Apa penyelesaiannya? Negeri Pahang adalah negeri yang berundang-undang. Kerajaan negeri mahu tidak mahu perlu tunai "agreement" dengan pemaju.

Tapi pastikan tanah yang diberi bukan tanah yang telah diusahakan oleh rakyat. Dan jangan diulangi kesilapan projek silang ini.

Sekarang berbalik dengan sebidang tanah yang ingin dimajukan oleh satu syarikat lagi di bandar Jerantut. Stesyen bas mahu dipindahkan, disediakan dengan bangunan-bangunan kedai. Ada orang politik mahu berpiket. Pemaju itu( kumpulan lain) sudah pening. Cadangan yang dicadangkan di atas sebidang tanah yang telah diluluskan kepada pemaju itu telah bermula pada tahun 2001. Sudah tentu pemaju itu sudah pening kepala kerana sekarang tahun 2010 tidak selesai.

WZWH dengar cerita MB mahu menyelesaikan masalah ini hujung tahun ini. Kita dengarlah apa keputusannya nanti.

9 comments:

chenerong ular said...

Salam WZWH, kita lihat lah apa yang akan di buat oleh MB untuk menyelesaikan masaalah yang di hadapi. Tapi, untuk makluman saudara banyak masaalah yang pincang yang dilakukan oleh penjawat awam, yb yb di dalam pengetahuan MB, tetapi sampai sekarang terus menjadi amalan.

contohnya saham felcra, tanah pertanian, tanah tapak rumah di pinggir bandar dan di dalam bandar?, buta ke mata semua pemimpin pemimpin untuk melihat gulungan mana yang kerap kali memperolehinya?. ini tidak ? gulungan pemimpin dan penjawat awam yang mempunyai kuasa berpakat mengagihkan sesama sendiri dan kroni tertentu sahaja bila ada tanah kosong, saham felcra dan sebagainya. sampai bila rakyat harus di tipu ?

fikir fikirkan lah...............

SPU said...
This comment has been removed by the author.
SPU said...

Salam WZ,
Saya cuma nak komen mengenai blog. Biarlah ianya lebih mesra pengguna. Oleh kerana komen di blog ini tidak perlu di-approve-kan, maka saya cadangkan untuk mengubahnya menjadi lebih mesra. Pergi ke Dashboard - kemudian ke - Setting - lihat di Comments, lihat di Comment for placement dan pilih (pop-up window) serta lihat di Show word verification for comments? - dan pilih (NO),
Itu hanya cadangan saya ~ SPU

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam SPU,
Terima kasih. WZWH sudah ikut cadangan SPU supaya mengubah komen menjadi lebih mesra.

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & Sema2...,

Projek Silang Jerantut: isu, masalah dan penyelesaian

Seperti yang tuan sediakan, kalau distatsuskan seperti berikut membawa makna berbeza;

Cross multiply, cross examination, cross junction dan cross country. Ini jelas siapa handal, kuat, pintar dia akan berjaya. Ada siknifikan tersendiri, samada mewujudan projek silang mendatangkan keuntungan semua pihak atau levity kepada masyarakat atau tersalah perncangan. Rata2 masyarakat pedalaman bermegah bila melihat kemajuan khususnya bandar Jerantut berbanding 40 – 50 tahun lalu. Ingat, apabila balik ke pedalaman, kalau mencanggah dengan motor boat (sungai) di musim kemarau dari pekan Kuala Tembeling hingga ke Kg. Gusai, be Love My Darling (Kg. Mat Daling) sudah sampai masanya masyarakat untuk membuat pilihan yang lain, 12, 13 jam atau lebih baru sampai. Tempoh 50 tahun selepas pru pertama, MP dan ADUN bertukar ganti ada kalah dan menang dan ada yang mati kerana takdir sebab kalah dalam pru. Pemimpin masih tak nampak jalan ke Ulu Tembeling, yang mereka nampak hanyalah ikan sungai. Itupun dah terhad, zaman ayah, tok, aki dulu, itulah pekerjaan menjual ikan boleh pelihara anak, bini, cucu, tapi sekarang larangan menagkap ikan pulak... Ini pun pemimpin tak boleh selesaikan masalah... Memangpun puak2 tu tak buat kerja ikhlas, ini jelas beberapa orang kampong sudah sukat tanah yang luasnya sekangkang kera, dua tiga tahun dulu, tapi sampai sekarang jembalang tanah di Jerantaut masih tak boleh nak lulus lagi.

Pang5 Banir... selalu ingatkan diri, jangan hanya Ah Tip Paw, Ah Lee Pat boleh dapat tanah dibandar2, banir makin lama makin serpih .

Anonymous said...

dah banyak org2 politik ni buat kerosakan d pahang, tgklah apa dah jd pada ank syarikat negeri pahang,hidup segan mati x mau

Anonymous said...

dah banyak org2 politik ni buat kerosakan d pahang, tgklah apa dah jd pada ank syarikat negeri pahang,hidup segan mati x mau

MATA ANGIN said...

PROJEK SILANG INI ADALAH SATU PROJEK TANGAN BERSILANG MENGAMBIL DUIT CINA

MALAPETAKA SI DOMPOK said...

dr shukri yg buat keje mengambil duit cina tu... habis lah org melayu jtut. dapat duit bayar hutang klinik. tu lah kelebihan si pendek dr shukri tu.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024