Saturday, March 31, 2012

How Anwar Ibrahim Used Money Politics To Achieve POWER?


In history of UMNO no political master like Anwar Ibrahim has used money politics to achieve POWER and his ambition to become PRIME MINISTER.

The legacy Anwar Ibrahim left made UMNO so dirty with his inherited modus operandi of money politics. Many divine UMNO icons crushed upon him when UMNO members worshiped him like prophet.

UMNO must be clean from Anwar Ibrahim's dirty money politics!

Pada tahun 1993, ketika Anwar mengambil alih jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas menyingkirkan Ghafar Baba ramai berpendapat inilah salah satu pemilihan UMNO yang paling terkotor. Sesetengah berpendapat sebanyak RM200 juta telah dibelanjakan untuk menggulingkan Ghaffar – permulaan ‘politik wang’ yang menjadi barah dalam UMNO, ‘budaya hitam’ yang UMNO terpaksa bergelut sampai sekarang.

Dari mana Anwar mendapatkan sumber kewangan tersebut ?

Sebagai Menteri Kewangan, Anwar dikelilingi taikon-taikon Cina yang saling bersaing antara satu sama lain, antaranya Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yiou, Tan Sri Dato Khoo Kay Peng dan Tan Sri Quek Leng Chan.

Khoo Kay Peng adalah pemilik Kwong Lee Bank Berhad yang kemudiannya ditukar nama kepada Malayan United Bank Berhad (MUI Bank).

Pada mulanya, seorang taikon perniagaan Cina, Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun, melalui Berjaya Corporation, telah membuat tawaran untuk membeli bank itu (MUI Bank). Terdapat khabar angin mengatakan bahawa Khoo Kay Peng tidak berminat untuk menjual banknya tetapi ditekan untuk berbuat demikian.

Bisik-bisik politik menyebut pada masa itu Vincent Tan telah diberitahu supaya ‘berundur sebab Anwar mahukan bank itu’. Sebagai hamba yang taat, Vincent Tan berundur untuk memberi ruang kepada Quek Leng Chan mengambil alih bank itu.

Tetapi Vincent Tan tidak berundur dengan tangan kosong. Sebagai pampasan, beliau telah dibenarkan menjalankan ‘cabutan bertuah’ Sports Toto, projek kroni Anwar yang juga rakan tenisnya, S. Nallakaruppan. Cabutan bertuah Sports Toto adalah pendapatan lumayan aliran wang tunai yang mencukupi untuk menampung ‘dana pemilihan’ UMNO. Dikatakan bahawa inilah permulaan hubungan antara Anwar dan Nalla, aliran tunai cabutan bertuah (Sports Toto).

Pada 24 Mac 1997, satu pinjaman bersindiket berjumlah RM420 juta telah diperolehi di bawah lapan orang penama, yang kesemuanya bertindak sebagai ‘calon’ untuk orang-orang tertentu – RM420 juta adalah jumlah pinjaman asal dengan tambahan RM25 juta yang diberikan kepada Faiz Abdullah untuk menampung faedah tertunggak.

Pemberi pinjaman sindiket tersebut adalah Hong Leong Finance, Sime Bank Berhad, BSN Commercial Bank (Malaysia) Berhad dan DCB Bank Berhad.

Manakala pemudahcara pinjaman tersebut adalah Hong Leong Finance Berhad dan HLG Capital Markets Sdn Bhd.

Tujuan pinjaman adalah untuk membeli saham-saham Inchcape Timuran dan Kewangan Bersatu Berhad (KBB) atau Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB)

KBB dimiliki oleh Ishak Ismail, kroni Anwar yang mengawal Idris Hydraulic dan Bendahari Umno Pulau Pinang di mana ketika itu Anwar merupakan pengerusi UMNO negeri itu.

Wang RM420 juta telah diluluskanr tetapi pengambilalihan KBB tidak pernah berlaku. Jadi apa yang berlaku kepada wang tersebut ?

Anwar yang bercita-cita mahu menumbangkan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menyingkirkan Ghaffar Baba terlebih dahulu, jika belanja RM200 juta untuk menumbangkan Ghaffar, maka kos yang lebih besar perlu diperolehi untuk menumbangkan Dr Mahathir.

Hanya dengan ‘wang rakyat’ dan kroni-kroninya merupakan jalan terbaik Anwar menumbangkan Dr Mahathir, maka tidak hairan, Anwar memperkayakan kroni-kroninya termasuk Tong Kooi Ong, Chan Ah Chye, TK Lim, Kamaruddin Jaafar, Ishak Ismail dan lain-lain.

Pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid pada Oktober 1999.

Abdul Murad dalam Akuan Berkanun yang diikrarkan di depan Pesuruhjaya Sumpah di sini pada 26 Oktober 1999 berkata Anwar Ibrahim mengawal 20 Akaun Induk (Master Accounts) yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.

Abdul Murad, membacakan Akuan Berkanun beliau itu pada sidang akhbar yang diadakan di Hotel Grand Olimpic dengan nada kesal mengakui bahawa beliau juga ialah salah seorang kroni yang menguruskan akaun induk milik Anwar.

Bagaimanapun, beliau mendakwa terpaksa melaksanakan arahan-arahan Anwar seperti mengatur pinjaman-pinjaman bank dalam jumlah beratus-ratus juta ringgit untuk kroni-kroni lain walaupun ini bertentangan dengan undang-undang “kerana sebagai Menteri Kewangan dia akan cincang saya jika arahan-arahan tersebut tidak dilaksanakan”.

Beliau juga mengaku memperkenalkan seorang lelaki Cina bernama Tong Kooi Ong juga terlibat dalam memberi bantuan kewangan kepada Anwar.

Tong ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Phileo Allied Berhad, sebuah syarikat yang tersenarai di papan utama BSKL. Phileo Allied Bank berada di bawah kawalan Tong.

Anwar mengarahkan Tong supaya mengambil Shamsidar Taharin dan seorang lagi yang bernama Rahman bekerja dengan banknya.

Shamsidar ialah isteri kepada Azmin Ali, bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar.

Kata Abdul Murad: “Adalah diketahui dengan meluas bahawa Shamsidar dibayar gaji yang tinggi dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu dan pada kebanyakan masa dia tidak perlu pergi bekerja.”

Pengakuan bersumpah itu juga menyebut Anwar mengarahkan Abdul Murad membantu kumpulan bekas Ketua Pengarang Berita Harian, Datuk Nazri Abdullah untuk mengambil alih Kumpulan New Straits Times daripada Renong.

“Saya mendapatkan Kumpulan Hong Leong untuk menstrukturkan urus niaga itu. Saya bercakap dengan Seow Lun Hoo dan Quek Leng Chan dari Hong Leong. Mereka mencadangkan supaya kumpulan Datuk Nazri menggunakan MRCB sebagai saluran untuk mengambil alih saham New Straits Times.

“Saya kemudian bercakap dengan Maybank untuk mengatur pinjaman kepada Nazri bagi membeli MRCB dan satu lagi pinjaman untuk membeli NST.”

Beliau juga telah diarahkan oleh Anwar untuk membantu Faiz Abdullah, seorang penulis teks ucapan Anwar yang juga salah seorang peguam bekas Timbalan Perdana Menteri itu, untuk mendapatkan pinjaman bank berjumlah lebih RM400 juta untuk membeli Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB).

Pada masa itu KUBB dimiliki oleh Idris Hydraulic Berhad. Skim itu melibatkan penggunaan Arus Murni Berhad yang sebelum itu dikenali sebagai Timuran Berhad, sebuah syarikat yang disenaraikan di papan utama BSKL sebagai syarikat pemegang.

“Saya menemui bank-bank berikut untuk membantu mendapatkan pinjaman untuk membeli saham KUBB bernilai lebih RM400 juta: 1. Hong Leong Bank, 2. Hong Leong Finance, 3. Sime Bank, 4. RHB Bank, 5. Southern Bank, 6. BSN Commercial Bank,” katanya.

Kenyataan bersumpah Abdul Murad menyifatkan Faiz “seorang penulis hantu yang bijak dan operator politik untuk Anwar. Beliau juga seorang peguam, bekas wartawan dan bekas pegawai Cawangan Khas polis.”

Friday, March 30, 2012

Kawat NGO Third Force DUN Tahan dan Parlimen Jerantut


Anak-anak kelahiran Hulu Tembeling di sini bergabung di bawah satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Kelab Warisan Anak Tembeling (Kawat).

Presiden Kawat, Wan Abdul Halim Wan Omar berkata, NGO itu menjadi perintis organisasi berdaftar yang menggabungkan anak-anak kelahiran kawasan tersebut sama ada yang tinggal jauh atau dekat.

"Hasrat Kawat adalah untuk memupuk persaudaraan dan salasilah kekeluargaan yang mungkin lupus dalam kalangan generasi hari ini.

"Kawat akan mendekatkan hubungan ahli yang kini sudah berdaftar seramai 2,000 orang untuk melaksanakan pelbagai kegiatan kebajikan sempena musim cuti persekolahan, perayaan dan majlis tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat agung pertama Kawat yang dihadiri oleh anak-anak Hulu Tembeling yang menetap di seluruh negara termasuk Brunei, Indonesia dan Thailand di Rumah Rehat Bandar Jerantut di sini baru-baru ini.

Menurut Wan Abdul Halim, mereka menyasarkan seramai 10,000 ahli yang kini berada di serata tempat termasuk di negara ASEAN dan yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negeri.

"Prospek penubuhan Kawat ini cukup signifikan bagi menubuhkan tabung dana kemiskinan dan membantu kebajikan penduduk Hulu Tembeling khususnya golongan muda melanjutkan pelajaran, memperoleh pekerjaan dan peluang dalam bidang keusahawanan," katanya.

Katanya, Kawat akan menyokong penuh usaha kerajaan negeri dalam apa juga transformasi pembangunan khususnya memperjuangkan kebajikan, ekonomi dan pembinaan modal insan penduduk Hulu Tembeling berasaskan manifestasi kerajaan BN.

Wan Halim merupakan seorang kontraktor dan AJK UMNO Bahagian Pekan tempat DS Najib PM. Beliau sejak akhir-akhir ini kerap balik ke Jerantut terutama Kampung Mat Daling Ulu Tembeling tempat kelahirannya.

Wan Halim bersemangat dan tinggi motivasi mahu membantu sedaramaranya  di Ulu Tembeling atas nasihat DS Najib. Sememangnya sebagai AJK UMNO Bahagian Pekan (Bahagian Perdana Menteri) sudah tentu punya akses dengan DS Najib memudahkan urusan.

WZWH juga berharap Dato' Wan Adnan Wan Mamat EXCO Pahang, merangkap ADUN Tanjung Lumpur dan Ketua Bahagian UMNO Kuantan yang berasal dari Kampung Merting Tembeling Tengah boleh juga turut membantu sedaramara di Tembeling.

WZWH menyokong penuh penubuhan Kawat yang mahu membela nasib anak Ulu Tembeling. Jika Kawat mencapai sasaran 10,000 ahli maka Kawat boleh jadi Third Force DUN Tahan dan Parlimen Jerantut. 

Thursday, March 29, 2012

UMNO Needs Political Process Reengineering (PPR)



Business process reengineering (BPR) began as a private sector technique to help organizations fundamentally rethink how they do their work in order to dramatically improve customer service, cut operational costs, and become world-class competitors. 

A key stimulus for reengineering has been the continuing development and deployment of sophisticated information systems and networks. Leading organizations are becoming bolder in using this technology to support innovative business processes, rather than refining current ways of doing work. 

Not surprisingly, BPR has captured the interest of UMNO, which are faced with an urgent need to reduce costs and improve service to the Malaysian public.

This Political Process Reengineering is designed to help leaders review political process reengineering projects in a Putrajaya and States setting, determine the soundness of these efforts, and identify actions needed to improve the prospects for their success.

The nine major assessment issues in this theory deal with elements considered by experts to be stepping stones to successful PPR. These issues cover a wide range of activities, such as identifying customer needs and performance problems, reassessing strategic goals, defining reengineering opportunities, managing reengineering projects, controlling risks and maximizing benefits, managing organizational changes, and successfully implementing new processes. 

Taken together, the issues in this theory provide a general framework for assessing a reengineering project, from initial strategic planning and goal-setting to post-implementation assessments.

Part A: Assessing the UMNO's Decision to Pursue Reengineering 

Assessment Issue 1: Has UMNO Reassessed Its Mission and Strategic Goals?

Assessment Issue 2: Has UMNO Identified Performance Problems and Set Improvement Goals?

Assessment Issue 3: Should UMNO Engage in Reengineering? 

Part B: Assessing the New Process' Development 

Assessment Issue 4: Is the Reengineering Project Appropriately Managed?

Assessment Issue 5: Has the Project Team Analyzed the Target Process and Developed Feasible Alternatives?

Assessment Issue 6: Has the Project Team Completed a Sound Political Case for Implementing the New Process?

Part C: Assessing Project Implementation and Results

Assessment Issue 7: Is UMNO Following a Comprehensive Implementation Plan?

Assessment Issue 8:  Are UMNO Executives Addressing Change  Management Issues?

Assessment Issue 9:  Is the New Process Achieving the Desired Results?

These questions are posed to UMNO President and Executive Committee members to answer.

Wednesday, March 28, 2012

Kenapa Mahathir Mahu UMNO Letak Calon-Calon Luar @ Paracut?


UMNO perlu sedar PRU hanya boleh dimenangi melalui sokongan rakyat yang majoritinya bukan ahli UMNO.

UMNO perlukan calon-calon yang berbakat dan berkelayakan barulah boleh kerajaan yang berkebolehan.

Mahathir insaf dizaman beliau lagi amalan mencantas ahli UMNO yang berbakat dan berkelayakan sudah menjadi amalan lazim UMNO.

UMNO tidak mampu lagi menyekat golongan profesional dari menyertai UMNO. UMNO nanti tidak akan mempunyai kepimpinan yang cekap dan berkesan.

Mahathir mencadangkan supaya UMNO menimbang meletakkan calon-calon luar @ 'outsider' UMNO pada PRU 13 nanti. Amalan memilih calon-calon hanya dari kepimpinan UMNO Bahagian perlu dilonggarkan.

Banyak dekad UMNO menghalang golongan cerdik pandai dari profesional dan akademik dari menyertai parti sebab itu ramai doktor memilih PAS. Inilah faktor utama kenapa UMNO kekurangan pemimpin-pemimpin berbakat.

Akhirnya ini menyukarkan UMNO untuk mengetengahkan calon-calon 'winnable candidate' dalam PRU.

Di Jerantut umpamanya DS Najib boleh mencuba meletakkan calon-calon luar atau paracut jika difikirkan boleh menang semua parlimen dan 3 DUN di Jerantut.

Ahli UMNO Jerantut cuma ada 19,000 orang manakala pengundi berdaftar adalah 55,000 orang. 

Siapa calon yang bukan dari kepimpinan UMNO Bahagian boleh menarik minat 55,000 pengundi Jerantut?

"Jerantut Kampung Kas" Lagu Tema PRU 13 Sebelum Pengundi Jerantut Mengundi!



Ini lagu orang Jerantut. Lagu ini perlu dihayati oleh 55,000 pengundi Jerantut sebelum mengundi PRU 13. Lagu ini punya mistik dan falsafah sosial politik orang Jerantut. 

WZWH ucap terima kasih  kepada Ikhtiman Ismail pencipta lagu, JKK Kreatif Group penulis lirik dan Arwah Cikgu Awie Lian penyanyi.

Tuesday, March 27, 2012

WZWH Ucap Terimakasih Kepada Anwar Ibrahim Dan Sakmongkol AK47 Kerana Membangkitkan UMNO!



WZWH mengalu-alukan peringatan dan 'wake up call' dari Anwar Ibrahim dan Sakmongkol AK47 kerana membangkitkan semangat juang UMNO.

Hanya orang UMNO lama atau mantan UMNO saja yang mengerti membangkitkan UMNO supaya sedar kekuatan UMNO boleh menguatkan BN dan kembali memerintah 2/3 parlimen.

Anwar Ibrahim  menulis PRU13: Masa Untuk Menilai Semula Prestasi BN  sila klik sini. Manakala Sakmongkol AK47 menulis Mentalqinkan UMNO sila klik sini.

Apa yang dikatakan oleh pemimpin UMNO dan BN tidak cukup. Apa yang sebar melalui media sosial tidak juga boleh buat 3.2 juta ahli UMNO dan 5 juta ahli BN berfikir dengan serious tentang perlunya mempertahan kerajaan BN.

Kemakmuran dan kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara yang dinikmati oleh 28 juta rakyat lebih 50 tahun adalah hasil dari kepimpinan UMNO dan BN yang cekap dan berkesan.

15 juta pengundi berdaftar mahu mempertahankan status quo kedudukan Malaysia ini. 

15 juta pengundi berdaftar tahu 95% ahli parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat tidak memberi perkhidmatan yang memuaskan, kerja banyak berceramah dan bermedia sosial memburukkan kerajaan BN dan menyebarkan cerita-cerita sedap didengar untuk mengulingkan kerajaan BN yang memerintah.

Ahli parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat tidak menyatakan apa vision dan mision mereka mahu buat untuk negara. Yang mereka suka buat ialah menjerit dan melalak kepada rakyat beri mereka menang dalam PRU 13.

WZWH ucap terimakasih kepada Anwar Ibrahim dan Sakmongkol AK47 kerana posting blog yang boleh membuka dan menyedarkan orang UMNO dan BN supaya bangkit dan bersedia untuk kesemua ahli mengundi BN dan berkempen kepada rakyat Malaysia bahawa BN masih lagi relevan dalam politik Malaysia.

Sunday, March 25, 2012

WZWH Jawab Isu tanah Airport Temin, Saham Syarikat Ladang LKPP, Airport Sungai Tiang Jerantut Dan Penyelesaian

 
Impian WZWH mahu upgrade Airport Sungai Tiang Taman Negara Jerantut dan mahu kerajaan bina Airport Temin dekat bandar Jerantut yang telah dicadangkan oleh UMNO pada tahun 1970an. Ini pemandangan Airport Sungai Tiang dari udara.

Isu-isu yang WZWH posting kali ini ialah :

  1. Tanah Cadangan Airport Temin, Jerantut seluas 500 ekar yang tidak direalisasikan oleh kerajaan dan dipajak kepada towkay Cina Jerantut
  2. Saham Syarikat Ladang LKPP Temin yang tinggal janji
  3. Airport Sungai Tiang, Taman Negara Jerantut
Isu-isu ini bermula bila seorang pengkomen blog WZWH memberi komen:

Anonymous said...

Pandai benar En Wan melakukan provokatif terhadap PR. Dgn kehebatan En Wan ini elok En Wan provok diri sendiri agar jadi calon Parlimen atau ADUN Damak...sekurang2nya jika wakil PAS/DAP tak menang kali ini, ada wakil UMNO yg lebih cerdik sikit banding wakil MP/ADUN sedia ada.....Jika En Wan menang, perkara pertama yg En Wan kena selesaikan ialah mengenai isu tanah Temin seluas 500 ekar yg diberi pajak kepada Mr Goh. Isunya ialah; Pertama, atas sebab apa tanah ini diserah kepada taukeh China utk dijadikan ladang sawit sedangkan tanah ini asalnya direserve untuk projek pembangunan daerah (pernah dicadangkan utk jadi lapangan terbang transit ke Tmn Negara). Ke 2, masih ramai rakyat Pahang yg tidak memiliki tanah sedangkan tanah ini berpotensi utk dijadikan tanah berkelompok utk diagih kepada penduduk asal atau sekurang2nya kpd generasi ke dua peneroka tanah Temin ini. 

En Wan, mungkin tak dapat merasai apa2 mengenai kepentingan tanah ini tapi bagi penduduk Temin khususnya yg tidak mendapat saham melalui Ladang LKPP Temin cukup merasa terkilan...saya masih ingat pada tahun 1971 (En Wan masih di alam bayi)saya mengikuti dailog diantara peneroka tanah Temin dgn YAB MB Pahang TS Yahaya di Kg Temin Ulu. Hasil dailog itu maka dipersetujui bahawa tanah lot tapak rumah tepi jalan besar yg diterokai seluas 2 ekar dikecilkan menjadi 0.5 ekar sahaja setiap orang, namun setiap peneroka akan dijanjikan tanah 2 ekar untuk tujuan pertanian. Malangnya janji ini tidak tertunai hingga kini. Sebaliknya tanah 500 ekar yg sepatutnya menjadi milik peneroka Temin terlepas tangan kepada En Goh... En Wan tau tak berapa gross renenue yg En Goh perolehi setahun hasil tanaman sawit iatu kira2 RM3.6 juta setahun (500 x 12 mt/ekar x RM600/mt). Setelah ditolak production cost RM1.2 juta (RM200/mt) maka net prifit kira2 RM2.4 juta setahun. Jika jumlah ini diagihkan kpd penduduk tempatan maka seramai 200 org menikmati pendapatan RM1,000 sebulan. Kalau En Wan berjaya kotakan hajat kami ini..wou En Wan akan dikenang sebagi pemimpin UMNO (1956) tulin yg berjiwa rakyat dan tidak diketogeri sama seperti pemimpin UMNO (baru)yg berjiwa harta benda (puak2 kapitalis)...

Drp: Habib Temin

Seorang lagi pengkomen beri komen berikut:

Anonymous said...

Salam,

Pak Habib Temen,,,,tanah yang dimaksud adalah tanah milik 
Jabatan Penerbangan Negara yang
telah diberimilik pada pertengahan
tahun 70han. 
Orang Melayu Jerantut lalai atau
tak bijak rebut peluang untuk majukan tanah tersebut.Puncanya
nak buat lapangan terbang ,kunun
untuk majukan Jerantut tapi tak
jadi ,sebab tidak ekonomi katanya,,, lepas tu buat satu
lapangan terbang diSungai Tiang
dekat Tamam Negara,,,pun tak jalan,,.
Puak Mca bijak rebut peluang,dia
mohon sewa drp DCA,,,dapat,,,Melayu terlupong!!
Kalau kita hendak balik kena beli
ba;lik drp DCA dengan herga yang
dipersetujui....INI lah akibatnya
kalau Melayu cuma berpolitik saja
siang malam ,tapi tak berusaha
keras melunjakkan ekonomi...Bangsa
yang tidak kuat ekonomi tidak
dihormti

Juga seorang pengkomen menambah komen:

Salam Habib Temin,
Saham Syarikat Ladang LKPP Temin itu tidak dapat ditunaikan janji kerana mantan Pengerusi Syarikat Ladang LKPP Temin telah menjual tanah 700 ekar kepada towkay Cina. Itu cerdiknya mantan ahli parlimen Jerantut Tuan Haji Ahmad Kamaruzaman Baria! 

WZWH jawab:

Terima kasih Habib Temin,
WZWH kena dapat info lanjut dan kaji dari segi implikasi undang-undang.

WZWH pernah tulis posting isu tanah reserve Airport Temin. WZWH mahu kerajaan pertimbangkan bina cadangan Airport Temin itu.

Apa yang WZWH faham tanah 500 ekar itu milik PTG Federal. Maknanya itu hak kerajaan Pusat.

Kerajaan Negeri Pahang tidak boleh ambil balik tanah itu untuk diagihkan kepada penduduk tempatan.

Sebab itu WZWH mahu mengkaji dari implikasi undang-undang jika sekiranya kerajaan Pusat mahu ambilalih kembali tanah yang dipajak kepada Mr Goh itu apa kos undang-undangnya.

Impian WZWH mahu melihat Projek Airport Temin direalisasikan di Jerantut insyallah. 

Ini penyelesaian WZWH:

Tanah cadangan tapak airport Temin seluas 500 ekar itu didaftar dibawah Ketua Pengarah Tanah dan Galian Perseketuan (KPTG) untuk kegunaan Kementerian Pengangkutan (Jabatan Penerbangan Negara) dipajak kepada Mr Goh. Ini boleh dijadi isu politik kerana Menteri yang arah KSU Kementerian Pengangkutan supaya pajak.

Kalau ikut FGO kena tender terbuka untuk pajak tanah  dan keputusan oleh Kementerian Kewangan. Cara nak agih Kementerian Pengangkutan kena serah kepada Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang boleh buat apa saja projek untuk rakyat.

Penduduk tempatan Temin boleh memohon kepada DS Najib PM baru boleh jadi kalau penduduk tempatan Temin Jerantut mahu buat tanah kelompok.

WZWH lebih berminat DS Najib mempertimbangkan membina sebuah airport Temin diatas tanah seluas 500 ekar itu dan juga upgrade Airport Sungai Tiang sebagai airport transit Taman Negara.

WZWH mahu penduduk Jerantut bayangkan bila Jerantut ada dua airport iaitu Airport Temin dan Airport Sungai Tiang yang diupgradekan yang membolehkan pelancong mudah cepat dan segera mengunjungi Taman Negara Jerantut.

Adakah DAP Bersedia Letak Calon Melayu Di DUN Damak, Jerantut?

Barisan NasionalN10 DAMAK
Jumlah Pengundi: 19,412
Peratusan Kaum: M: 56.05% C: 36.71% I: 5.93% L: 1.31%
1. Datuk Lau Lee (BN) (5,674) 
2. Koh Boon Heng (Bebas) (3,295)
3. Mohd. Nor Jaafar (PKR) (5,165)
Majoriti: 509
Jumlah undi: 14,542
Peratus mengundi: 74.91%
Undi rosak: 408
Penyandang: Datuk Lau Lee (BN)
(Majoriti: 2,239 undi)

Parlimen Jerantut ada 3 DUN iaitu DUN Tahan, DUN Pulau Tawar dan DUN Damak.

Pakatan Rakyat pada PRU 13 bersetuju mengagih kerusi parlimen Jerantut seperti berikut:

  • Parlimen Jerantut : PAS
  • DUN Tahan : PKR
  • DUN Pulau Tawar : PAS
  • DUN Damak : DAP

Ramai orang Melayu Jerantut termasuk orang PAS, orang PKR dan orang UMNO minta WZWH tulis posting ini minta pucuk pimpinan tertinggi DAP letak calon Melayu di DUN Damak memandangkan majoriti pengundi DUN Damak ialah pengundi Melayu.

Oleh kerana WZWH adalah blogger rakyat Jerantut maka WZWH berjanji akan menulis dalam blog WZWH.

Orang Melayu Jerantut mahu WZWH sampaikan kepada Dato' Ariff Sabri @ Sakmongkol Ak47 pemimpin DAP Melayu Pahang yang semakin berpengaruh dan popular.

Memandangkan Sakmongkol AK47 yang moyang beliau berasal dari Pulau Tawar dan Tebing Tinggi, Jerantut yang dalam DUN Damak dan Sakmongkol AK47 sebenarnya adalah dari keturunan Mat Kilau pahlawan legenda Pahang maka :

Ini tugas @ assignment Sakmongkol AK47 melanjutkan permintaan orang Melayu Jerantut.

DAP sekarang dalam usaha menarik lebih ramai intelektual Melayu masuk DAP seperti :

  • Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim Timbalan Pengerusi DAP,
  • Zairil Khir Johari Setpol LGE
  • Tengku Zulpuri bin Tengku Puji, Timbalan Pengerusi DAP Raub

Zairil Khir Johari dan pakar strategi DAP Lew Chin Tong dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke ditugaskan menarik golongan profesional muda Melayu masuk DAP.

DAP mahu belajar dan memahami psyche politik Melayu dengan lebih serious. 

Sakmongkol AK47 kemungkinan besar akan bertanding di parlimen Raub atas tiket DAP pada PRU 13 nanti dimana Dato' Dr Ng Yen Yen Menteri MCA dan juga Naib Presiden MCA adalah penyandang 3 penggal parlimen Raub sejak PRU 1999.

Jika DAP benar-benar mahu menjadi parti berbilang kaum bukan parti chauvinis Cina maka DAP perlu buktikan dengan meletakkan calon Melayu di DUN Damak, Jerantut pada PRU 13 nanti.

Bolehkah Sakmongkol AK47 memastikan ini berlaku?


Sakmongkol AK47 pemimpin DAP Pahang.

Saturday, March 24, 2012

YBM Tengku Razaleigh Merasmi Karnival Jerantut



















The most gentlemen, cultured and down to earth politician princes YBM TS Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut and YBM Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang.

Karnival Jerantut 2012 diadakan pada 23 - 31 Mac 2012 sempena tahun melawat Jerantut 2012 . Bertempat di Padang FA Jerantut, pelbagai aktiviti dan program menarik telah dirancang bagi karnival tersebut. 

Malam tadi YBM Tengku Razaleigh @ Ku Li diberi penghormatan merasmi Karnival Jerantut. Dato' Siti Nurhaliza diundang khas menghibur orang Jerantut. Walaupun hujan turun hampir 30,000 rakyat Jerantut tetap hadir.

WZWH tiba lewat dari Kuantan. Selepas berjumpa dengan AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut di bandar lama, WZWH bergegas ke Kopitiam Kopiesatu berdekatan Kolej Komuniti Jerantut untuk bersama dengan Ku Li dan Ku Lan ahli parlimen Jerantut dan pimpinan UMNO Bahagian Jerantut, Wanita , Puteri.

UMNO Jerantut sinonim dengan Ku Li. Dulu semasa Ku Li mencabar Mahathir, UMNO Bahagian Jerantut lah yang pertama mencalonkan Ku Li. Ditambah pula Ku Lan kini ahli parlimen Jerantut yang rapat dengan Ku Li maka hubungan itu bertaut kembali.

WZWH turun Jerantut malam tadi sebagai tanda respek kepada Ku Li sebagai seorang negarawan. Ku Li banyak berjasa kepada UMNO dan negara.

Petronas, PNB, Bank Bumiputera, ASN dan macam-macam lagi. Ku Li anak didik Tun Razak. Dulu Tun Razak letak DS Najib bekerja di Petronas dibawah Ku Li.

Ku Li adalah material PM yang tak menjadi. Orang UMNO ingat bangunan UMNO PWTC yang tersergam indah itu dibina diatas sebidang tanah yang diberi percuma oleh Ku Li.

Ku Li ialah a man of integrity. Pembangkang pun respek Ku Li kerana beliau adalah ahli parlimen yang paling lama berkhidmat hampir 40 tahun.



















Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar dan Dato' Nazri Ngah kusyuk mendengar pandangan politik YBM Tengku Razaleigh. ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan tidak hadir kerana sedang mengerjakan ibadah umrah di tanah suci.

Friday, March 23, 2012

Sakmongkol AK47 Tidak Menari 'Into Lion's Den' Keseorangan, Ada Pemimpin UMNO Pahang Yang menyokongnya!

 

Jika hanya DAP yang memberi arahan politik kepada Ariff Sabri @ Sakmongkol AK47 untuk menari into a lion's den meleper DS Najib di Pekan maka tidak sebegitu motivasi Sakmongkol AK47 berani.

PKR dan PAS tidak seberani begitu. 

Sakmongkol AK47 tahu 'landscape politik Pekan'. Bentuk mukabumi, bukit gunung, paya dan sungai. Sebagai mantan ADUN Pulau Manis dan Ketua Penerangan UMNO Pekan, Sakmongkol AK47 tahu psikologi politik Orang UMNO Pekan.

Sakmongkol AK47 tidak akan turun berceramah politik di Pekan kalau hanya setakat dorongan DAP. Sakmongkol AK47 pasti mendapat sokongan dan golongan pemimpin-pemimpin UMNO Pahang yang mahu Sakmongkol AK47 menari selincah begitu.

Sakmongkol AK47 tidak menari "into Lion's Den keseorangan. Ada pemimpin UMNO Pahang yang menyokongnya!

Ada pemimpin UMNO Pahang yang bertepuk tangan bila Sakmongkol AK47 berani berbuat begitu.

Ada orang UMNO Pekan sendiri yang tidak berpuas hati dengan DS Najib!

Tidak ada pemimpin-pemimpin UMNO Pekan dan Pahang yang berani secara terbuka mempertahan  bos mereka DS Najib!

Tidak ada pemimpin-pemimpin UMNO Pahang yang buat kenyataan politik membalun Sakmongkol AK47.

Siapa pemimpin UMNO Pahang dan orang UMNO Pahang yang berkonspirasi dengan Sakmongkol AK47 ini? 

Mendiamkan diri dan tidak respon adalah Strategi Terbaru Pemimpin UMNO Pahang.

Mungkin "Memaki" strategi lapuk berdiamkan diri lebih baik!

DS Najib perlu studi strategi baru pemimpin-pemimpin UMNO Pahang ini.

Luahan hati DS Najib mengenai 'kawan sejati'...


Najib berkata beliau tidak kisah 'hilang kawan' mereka yang merasa kecil hati semata-mata kerana kehendak politik dan kepentingan peribadi mereka tidak dapat dipenuhi.

Katanya beliau mempunyai sebilangan kawan baik yang bersedia untuk mengetepikan agenda politik dan peribadi.

Bagaimanapun, beliau mengakui ada juga yang mempunyai kepentingan dan matlamat dalam politik.

“Katakanlah, seorang wakil rakyat itu tidak diingini, saya perlu mendengar rakyat.Tetapi apa yang diamati, saya akan dipersalahkan sedangkan rakyat yang tidak mahu mereka,"ujarnya.

Katanya hajat pentabiranya ialah membawa Malaysia melangkah ke depan.

Apapun Perdana Menteri berkata untuk membolehkan matlamat itu tercapai BN harus memenangi pilihanraya umum akan datang

Thursday, March 22, 2012

Bila Orang Cina kata 'Oracle of Syed Putra' Pungkor!

 


Ariff Sabri @ Sakmongkol AK47 selalu obses dengan figura 'Oracle of Syed Putra' dalam setiap posting blognya. 'Oracle of Syed Putra' dikatakan suara Daim Zainuddin.

Kepada Sakmongkol AK47 dan penyokong DAP kata-kata 'Oracle of Syed Putra' itu ibarat "God sent mantra of truth". Mereka perlukan motivasi dengan membaca posting cerita 'Oracle of Syed Putra'.


"He said the Chinese voters should realise that Malaysia, being a multiracial country, cannot afford any risk of political instability.

Chinese voters should look at things from the Malaysian perspectives as all issues are Malaysian issues.

The electorate must know that no government is perfect, and the longer the government stays, the more mistakes it makes, and the Pakatan is no exception.

The Chinese voters should vote in the interest of the country and not based on sentiments, which is a very dangerous move.

Some 80% of the Chinese voters have already decided to support the Pakatan, ignoring all the efforts of the BN. The bottomline is, they support the opposition.

"To me, this is an emotional decision. You cannot say, 'no matter whether you (the government) are good or no good, all I want is to topple you'."


Orang Cina tidak happy dengan 'Oracle of Syed Putra'. 'Oracle of Syed Putra' pungkor!

If not, Sakmongkol AK47 might want to declare the position of Oracle of Syed Putra vacant. Perhaps Sakmongkol might want to look for a more reliable Sifu of Petaling Street for his least skewed political vision. Who can introduce him to the learned non-racial sifu?

P/S : Pungkor is Jerantut slang meaning a liar.

Tuesday, March 20, 2012

Penentu PRU 13: Najib Atau Anwar?, Fenomena DAP Dan Suara Orang Muda

 

Ahli politik veteran seperti Daim banyak kira-kira politiknya mencongak bakal keputusan PRU. Kadir Sheikh Fadzir dan Ku Li mula melihat peluang. Mahathir risau dengan teori 'regime change'.

Fenomena DAP menarik minat orang Cina buat MCA bimbang. MCA tidak yakin dalam 50 kerusi parlimen hanya 10 boleh menang.

Semua itu buat Najib kata payah hendak dapat 2/3 majoriti memadai dapat simple majoriti.

Ahli politik tidak perlu pening kepala memikirkannya.

Penentu adalah suara orang muda yang berumur 21 hingga 35 tahun yang mewakili hampir 70% pengundi.

Orang muda mudah fikir kepada siapa mahu beri negara ini mentadbir 5 tahun lagi?

Orang muda mahu Najib atau Anwar?

Orang muda tahu BN tetap pertaruhkan Najib.

Orang muda tidak pasti samada PR mahu mempertaruhkan Anwar? Calon alternatif lain tidak nampak bayangnya.

Najib lebih menarik minat orang muda. Anwar terlalu jauh generation gapnya dengan orang muda.

Penampilan Najib menarik dan meyakinkan.

Orang muda yakin dengan Najib.

Ini bermakna orang muda memilih BN. BN pilihan orang muda.

Sungguh simple orang muda memilih tidak perlu Najib pening kepala dengan pandangan ahli politik veteran.

Tapi calon-calon parlimen dan DUN kena ramai datang dari orang muda juga lah baru tally dengan kehendak dan hasrat orang muda:

BN Pilihan Orang Muda

Monday, March 19, 2012

WZWH Jawab Kenapa Sakmongkol AK47 Tidak Memahami Falsafah Politik Pahang

 

Sakmongkol AK47 buat pertama kali dalam posting terbaru sila klik sini, telah memperlihatkan satu pemikiran baru politik terutama buat orang Pahang. Walaupun dulu Pak Sako dan Ibrahim Yaakob pernah menyuarakannya namun generasi baru Pahang sudah lupa.

WZWH ucap terimakasih dan bangga kerana Sakmongkol AK47 mengaku beliau adalah blogger yang moyangnya turun dari Kelantan dan menetap di Jerantut sama tempat dengan WZWH.

Moyangnya yang menetap di Tebing Tinggi manakala WZWH berasal dari Lembah Tembeling. Orang Tebing Tinggi tidak begitu memahami dan menghayati politik tradisional Pahang seperti orang Tembeling. Inilah budaya yang diamalkan oleh majoriti ahli politik dari Tebing Tinggi hingga sekarang ini. WZWH tidak mahu diskus panjang lebar isu ini kerana ini isu Jerantut.


Bila kita orang Pahang mahu berpolitik di Pahang kena tahu realiti politik Pahang. Maka WZWH dedikasikan posting ini menjawab kenapa Sakmongkol AK47 tidak memahami falsafah politik Pahang semoga penjelasan teori politik WZWH ini boleh memberi sedikit cahaya kepada hala tuju demi kepentingan masing-masing.

Hayatilah teori politik Istana, Parti Politik dan Kuasa....

Bila orang PAS berguling di jalan raya cuba halang kereta Raja Muda Perak jelas ancaman kepada institusi raja bukan dari UMNO tetapi dari Pakatan Rakyat yang menghasut rakyat biasa.

Perpecahan masyarakat Melayu dimastermind oleh Anwar Ibrahim telah mencabar kekuasaan Istana dan UMNO. Politik Malaysia adalah hubungan kuasa antara Istana, UMNO dan rakyat.

Tidak ramai rakyat yang tahu pengaruh Raja-Raja Melayu terhadap politik negara kerana ianya topik yang dilupakan tidak dibincangkan. 

Pembangunan politik institusi Raja Melayu jika diperhalusi dari rentetan sejarah:

  • Zaman British: Raja Melayu hilang kuasa tapi kekal prestij
  • Zaman Jepun: Raja Melayu hilang kuasa dan prestij
  • Zaman merdeka: Elit Melayu mengembalikan prestij Raja Melayu
  • Sumbangan British ialah memodenkan institusi Raja Melayu kepada Raja Berperlembagaan.
  • Sumbangan Jepun ialah Melayu Elit baru telah mengambil peranan kepimpinan Melayu dari Raja Melayu dengan mengekalkan prestij Raja Melayu.

Terdapat perhubungan yang kompleks antara saingan dan kuasa antara UMNO dan Raja Melayu.

Jepun bertanggungjawab menghapuskan aura,mistik, kehebatan, dan authoriti (kedaulatan) Raja-Raja Melayu. Selepas tahun 1945, Elit Melayu sudah tidak takut dan kurang taksub kepada Raja Melayu kerana Jepun telah membuktikan Raja-Raja Melayu tidak berkuasa, tidak berupaya melindungi diri mereka sendiri apa lagi mahu mempertahankan rakyat.

Elit Melayu sedar bahawa Raja-Raja Melayu bergantung kepada 'goodwill' siapa yang berkuasa.

Jepun sebenarnya banyak mengubah orang Melayu. Melalui pendidikan, ramai anak-anak Melayu dihantar ke sekolah, maktab perguruan, sekolah kepimpinan (kurenjo). Jepun telah melahirkan 'Melayu Baru'. Ini yang buat sikap British dan Raja Melayu berubah terhadap Elit Melayu Baru selepas kekalahan Jepun.

Elit Melayu Baru inilah UMNO yang mengangkat Raja dari sembilan Raja menjadi sepuluh dengan Yang DiPertuan Agong dipilih dikalangan sembilan Raja Melayu.

Namun terdapat sengketa kuasa antara Raja-Raja Melayu dan UMNO dalam mendefinasi peranan de facto dan de jure raja berperlembagaan.

  • 1946- Raja Melayu, UMNO dan rakyat mempertahankan hak Raja Melayu.
  • 1948-1951 UMNO adalah kuasa Elit Melayu Baru dan Raja Melayu dinobatkan.
  • 1951-1955 rundingan kemerdekaan UMNO berkuasa.
  • 1983-1984 dan 1993-1994 UMNO melalui Mahathir menguasai Raja Melayu.
  • 2008 UMNO lemah dan Raja Melayu semakin kuat. UMNO perlukan Raja Melayu.
Untuk perbandingan, Raja Berperlembagaan model Westminster menekan peranan Raja tidak politik tetapi Raja Perlembagaan Malaysia ada sedikit reserves the ultimate extra-constitutional power to interpret, intervene, reject or direct a course of action in affairs of state.

Sebenarnya Malaysia masih lagi mengamalkan 'feudalism'. Raja Berperlembagaan hanya atas kertas sahaja. Setakat mana itu terpulang kepada UMNO dan Raja Melayu menentukannya melalui rundingan.

Bagaimana Pakatan Rakyat mahu menyaingi UMNO dan Barisan Nasional? Itu adalah soalan yang menarik untuk dibincangkan. Pakatan Rakyat perlu guna:

  • Idea universal sejagat
  • Islam dan agama

Masalahnya idea universal sejagat ini belum difahami dan dimergerti oleh majoriti rakyat Malaysia. DAP dan PKR tercari-cari apa nilai universal sejagat sesuai dengan rakyat Malaysia.

PAS pula hala tuju Islamnya samada secara addin atau ideologi nampak tidak keruan kerana tidak jelas apa Islam mahu dibawa. PAS sebenarnya sudah keliru bila bicara kuasa Putrajaya.

UMNO dan Raja-Raja Melayu sangat berpengalaman dan arif tentang Istana, parti politik dan kuasa.

UMNO tidak 'perfect'. UMNO ada cacat celanya tapi UMNO masih berfungsi di Pahang dan Malaysia.

Sakmongkol AK47 sebenarnya kalau dibaca dari ratusan posting sangat mencintai UMNO namun rasa marahnya kepada DS Najib buat beliau berperang dengan UMNO.

PRU 11 Sakmongkol AK47 bertanding mewakili UMNO dan BN di DUN Pulau Manis dalam parlimen Pekan menang hampir 5000 majoriti. Satu pencapaian yang sangat baik. Namun Sakmongkol 'direhatkan' pada PRU 12 atas sebab-sebab yang WZWH tidak tahu hanya DS Najib dan MB Pahang tahu.

WZWH bersimpati dengan Sakmongkol AK47 dan Pahang perlu mengkaji "polisi wakil rakyat satu penggal" adakah baik dan buruk dari segi jangka panjang.

Kegagalan menangani "seorang Sakmongkol AK47" maka inilah hasil yang UMNO Bahagian Pekan dapat sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan secara mudah.

WZWH pun tidak tahu ada berapa "Sakmongkol AK47" lagi terhasil pada PRU 13 nanti jika "polisi wakil rakyat satu penggal" diguna pakai.

Beruntunglah wakil rakyat-wakil rakyat Pahang yang dapat bertanding banyak penggal!

Sunday, March 18, 2012

DAP Mahu Sultan Pahang Campurtangan Isu Lynas Bila Kempen Gagal Diterima Majoriti Rakyat Pahang

 
DAP members are loyal subjects to the King. (Before Pakatan Rakyat enter Putrajaya perhaps!)

DAP sedar kempen anti Lynas di Pahang gagal mendapat sokongan majoriti rakyat Pahang dan isu Lynas tidak menpengaruhi pengundi di seluruh negara.

Sakmongkol Ak47 pemimpin Melayu DAP yang makin meningkat populariti dan karisma dikalangan ahli DAP menulis dalam posting terbaru blognya....

"Now allow me to answer an article from a fellow blogger who I thought can muster a little bit more analytical substance. Alas, he has shown himself to be just another party apparatchik.

My critical assessment of Najib and UMNO was taken as criticisms to
1) Najib the PM
2) Najib the UMNO President
3) Najib – one of the 4 chieftains at the Pahang Royal Court.

My criticism was also taken to be an attack to the Pahang Royalty. As I had received my Datoship from HRH the Sultan of Pahang, accordingly because I assailed one of HRH’s 4 chieftains, my action is taken as an attack to the Sultan himself.

I am as loyal a subject to HRH the Sultan of Pahang as any other UMNO dumbasses. Even DAP members are loyal subjects to the King. The King is King to all Malaysians and not King only to UMNO people".

Maka atas sebab "spirit respect to HRH the Sultan of Pahang", Karpal Singh, Pengerusi DAP mahu Sultan Pahang campur tangan demi kepentingan rakyat Pahang kononnya. Sila baca sini.

Sultan Pahang dinasihati oleh "Orang Tua Beta" iaitu DSD Adnan Yaakob MB Pahang.

Sultan Pahang juga 'indirectly' dinasihati oleh DS Najib Tun Razak PM Malaysia yang juga seorang rakyat Pahang dan memegang title Orang Besar Berempat Orang Kaya Indera Syahbandar.

Kedua PM dan MB Pahang ini mendapat pandangan dari pakar-pakar termasuk dari dalam dan luar negara.

PM dan MB Pahang adalah dari "the current government of today".

Karpal Singh atas motif politik mahu Sultan Pahang campur tangan isu anti Lynas sedangkan isu Lynas bukan hanya isu tempatan tapi isu yang dimainkan oleh kuasa-kuasa besar dunia baik ekonomi dan militari kerana kegunaan "rare earth" dalam industri berteknologi tinggi. Sila baca sini.

Deng Xiaoping tokoh pembaharuan ekonomi China quote "Jika negara Timur Tengah kaya dengan minyak, China ada banyak 'rare earth'". Sebab itu China bina banyak kilang 'rare earth' kerana kepentingan strategik masa depan China.

Apa DAP fikir tentang kepentingan strategik masa depan Malaysia?

Mungkin Sakmongkol AK47 boleh menjelas dan menerangkannya dalam ceramah akan datang!

Sembang Kedai Kopi Rakyat Bersama "The Great Leader Of Jerantut"

Sembang Kedai Kopi adalah salah satu aktiviti santai dan tidak formal YBM TS Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut.

Biasanya dalam sehari ada 3 atau 4 program dalam lawatan kerja YBM Tengku Azlan @ Ku Lan dalam parlimen Jerantut mesti ada program Sembang Kedai Kopi bersama rakyat setempat.

Kali ini pada 16/3/2012 bertempat di Kuala Tembeling DUN Tahan program itu diadakan. WZWH hadir bersama kerana ini tempat WZWH.

Sembang Kedai Kopi adalah program bertemu rakyat yang santai dan tidak formal. Rakyat boleh mengemukan sebarang masalah dan pemimpin boleh menyampaikan maklumat dan progres pembangunan terkini.

Walaupun pengumpulan orang kampung secara kelompok kecil ianya adalah satu kaedah yang cekap dan berkesan. Pemimpin boleh mesra dengan rakyat. Rakyat boleh mengenali pemimpin secara lebih dekat.



















Ketibaan YBM Tengku Azlan the great leader of Jerantut.



















Rakyat yang mendengar ucapan pemimpin.



















Rakyat Jerantut masih mahu kepimpinan YBM Tengku Azlan kekal di parlimen Jerantut.



















Tahniah Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut, Dato' Mohd Zukarmi Abu Bakar yang baru dapat Dato'. Itulah di Jerantut ini siapa yang berkerja dengan setia dan ikhlas dengan "the great leader of Jerantut" mudah dapat Dato'. Ada lebih 20 pengikut sudah dapat Dato'! 



















The great leader of Jerantut, Ku Lan bersama panglima-panglima yang setia dan gagah berani iaitu YB ADUN Tahan, Dato' Haji Nazri Ngah dan Dato' Ghazali Hamzah.



















Bila ADUN Tahan berucap maka keluarlah peruntukan berterbangan. Antaranya saham Felcra Kampung Sepial mahu diupgradekan. Kemungkinan besar peserta akan dapat durian runtuh. Loji air Kampung Kuala Sat Ulu Tembeling bernilai RM18 juta dalam masa 3 bulan lagi akan ditendar setelah diluluskan oleh Menteri KKLW dan diperakui oleh MB Pahang.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...