Wednesday, March 28, 2012

Kenapa Mahathir Mahu UMNO Letak Calon-Calon Luar @ Paracut?


UMNO perlu sedar PRU hanya boleh dimenangi melalui sokongan rakyat yang majoritinya bukan ahli UMNO.

UMNO perlukan calon-calon yang berbakat dan berkelayakan barulah boleh kerajaan yang berkebolehan.

Mahathir insaf dizaman beliau lagi amalan mencantas ahli UMNO yang berbakat dan berkelayakan sudah menjadi amalan lazim UMNO.

UMNO tidak mampu lagi menyekat golongan profesional dari menyertai UMNO. UMNO nanti tidak akan mempunyai kepimpinan yang cekap dan berkesan.

Mahathir mencadangkan supaya UMNO menimbang meletakkan calon-calon luar @ 'outsider' UMNO pada PRU 13 nanti. Amalan memilih calon-calon hanya dari kepimpinan UMNO Bahagian perlu dilonggarkan.

Banyak dekad UMNO menghalang golongan cerdik pandai dari profesional dan akademik dari menyertai parti sebab itu ramai doktor memilih PAS. Inilah faktor utama kenapa UMNO kekurangan pemimpin-pemimpin berbakat.

Akhirnya ini menyukarkan UMNO untuk mengetengahkan calon-calon 'winnable candidate' dalam PRU.

Di Jerantut umpamanya DS Najib boleh mencuba meletakkan calon-calon luar atau paracut jika difikirkan boleh menang semua parlimen dan 3 DUN di Jerantut.

Ahli UMNO Jerantut cuma ada 19,000 orang manakala pengundi berdaftar adalah 55,000 orang. 

Siapa calon yang bukan dari kepimpinan UMNO Bahagian boleh menarik minat 55,000 pengundi Jerantut?

10 comments:

Anonymous said...

WZWH! anda memang tidak layak jadi orang Jerantut!!! engkau nak pusing pemikiran orang Jerantut suruh teria orang luar jadi YB.
Engkau ni lupe ingatan ke? sebab orang luar la Jerantut ni Daif! Ahli Parlimen kita sebab tiada semangat sayangkan Jerantut la sebab tu dia biarkan orang Jerantut ni menderita!!
sudahlah! elok2 aku suka baca blog engkau terus tawar hati aku!!! engkau pergi berambus la dari Jerantut ni!!!

Anonymous said...

la..bodonye penulis ni.Mainan politik orang dah nampak.

Anonymous said...

Setahu kas lah, ahli Parlimen Jerantut sebelum ini dan semasa hampir semua di import dari luar...yg kas tau anak trmpatan cuma Dato' Wan. Antara sebab mengapa UMNO tidak mencalunkan anak Jerantut kerana; 1) Tak ramai cerdik pandai warga J'tut yg menyertai UMNO, 2)Pimpinan UMNO J'tut bodo2 belaka dan selalu jadi pak turut...ikut apa saja kata2 pimpinan tertinggi, senang cerita macam lalang...3) Pimpinan UMNO suka gaduh sama sendiri...4) Ramai golongan agamawan dan profisional J'tut yg sama ada menjadi ahli PAS atau berpindah parti masuk PAS termasuk kas sendiri yg dah keluar parti semejak 1988 lagi...

Anonymous said...

kesian jrantut punya ler besar tapi takde org yang berkebolehan..pe kata wzwh je yang jadi calon nanti.

Anonymous said...

WZ patut jadi calon kali ni..nanti kawan SMS kat PM untuk upkan nama WZ kali ni..

Anonymous said...

lawak lah!! wzwh jadi calon haha.

Anonymous said...

Bekas PM patut sedar benda ni lama dah. Mengambil org yg kurang berpendidikan agama dan professional menjadi calon.

kebanyakkan calon BN terutamanya Umno itu di lantik dari ketua atau berjawatan dalam bahagian dsbnya. Ikhlas aku kata mereka2 ini dari awal di gula2kan dengan pelbagai projek/kontrak. Samada dari kontrak kecil seperti potong rumput tepi jalan hinggala ke projek besar2. Sebahagian besar pemimpin umno lebih kearah 'kebendaan/materialistik' contohnya balak, ada juga kawasan milik umno, tanah umno, projek umno dsbnya.Kalu tengok perhimpunan agong umno, tak segan2 para pemidato umno menggesa kerajaan memperuntukan projek2 khas untuk pemimpin2 umno.

Tidak hairanla jika kita lihat pemimpin2 umno semuanya kaya raya. Anak shaja boleh ada kereta Porche, mercedes dan mewah berfoya2..apatah lagi emaknya? mampu bershopping2 ratusan ribu malah berjuta...sudah tentu pemimpin umno itu akan bekerja untuk 'duit' siang dan mlm..halal atau haram...
Duit syarikat atau rakyat...

Jika perjuangan sebegini, siapa sahaja boleh naik samada mereka berpelajaran atau tidak. Janji fulus...

Jerantut ramai yg lebih berkaliber untuk jadi pemimpin...asalkan berpendidikan dan beragama. berjuang dgn ikhlas tanpa 'ada udang di sebalik batu'...misalannya WZWH sendiri...

tapi org2 mcm ni payah nak naik dalam umno....

Anonymous said...

Setuju kawe dengan aok. Nok kate haronm kawe tok taw!!!. Gamoknyer kalar ader dua bungkusan satu berisi daging "b.b." dan satu lagi berisi "r$$$$h" yang nilainya sama disisi Islam, hok aok kate tuh mane satu deme amik gamoknyer!!!

Anonymous said...

Becakap boleh la..cube deme bela orang dulu tengok gone gayenya..nikang asal orang tu beniage je deme cop org tu beduit.maka hok yang kenai baik mari minta peruntukan sikit nak buat program.kadang-kadang bukan adun pun,baru takat ajk bahagian.tu yang orang umno.kalau hok yang bukan umno pulok,bile deme meniaga je mula tok menyokong kerajaan konon sebab tanpa kerajaan deme pun boleh hidup.kalau begitu kira bagus da ramai yang meniaga ni di jerantut membela balik orang melayu walaupun mungkin Dari kelompok kenalan mereka saja sekurangnya makin ramai terbela.kalau

Anonymous said...

Letak la sapa pun...aku tetap undi ABU

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...