Barisan panel bengkel sektor Utiliti dan Tenaga Hijau.
Konvensyen Ekonomi Pahang telah menyelitkan satu bengkel Utiliti dan Tenaga Hijau. WZWH adalah peserta bengkel Utiliti dan Tenaga Hijau.
Barisan panel terdiri dari MD TNB, CEO PAIP (korporat JBA), SEDA dan EXCO Pahang.
Para peserta bengkel Utiliti dan Tenaga Hijau.
Resolusi bengkel Utiliti dan Tenaga Hijau yang diumumkan oleh MB Pahang semasa sesi pengulungan konvensyen telah menyatakan hasrat Kerajaan Negeri Pahang bersedia meneroka sumber tenaga dari hidro dan solar.
Semasa berbengkel WZWH telah menyatakan pandangan WZWH bahawa menyedari:
- Malaysia bergantung tenaga elektrik dari sumber gas 64%, arangbatu 25% dan hidro 8%. Kapasiti elektrik negara sebanyak 24 MW. Malaysia tidak mahu terlalu bergantung kepada sumber gas.
- Asia berkembang pesat pertumbuhan elektrik dari tenaga nuklear
- Di Asia Timur dan Selatan terdapat 112 loji nuklear beroperasi, 37 dalam pembinaan, 84 dalam perancangan. Banyak lagi loji dicadang.
- Pertumbuhan pesat loji nuklear di China, Jepun, Korea Selatan dan India.
- Negara serantau Taiwan, Vietnam, Filipina, Indonesia, Thailand, Bangladesah dan Sri Langka pun serious dengan program loji nuklear.
Apa akan berlaku pada masa akan datang bila dunia menghadapi krisis minyak? Dimana kedudukan Malaysia bila semua negara Asia dan rantau ini sudah bersedia berdepan krisis post-carbon?
Industri Malaysia akan semakin kurang daya saing (less competitiveness) bila negara lain boleh mengeluarkan tenaga yang lebih murah.
'Peak oil' ialah idea pada satu titik dunia akan mengeluarkan minyak paling optimun. Selepas titik ini, minyak yang dikeluarkan berkurangan maka manusia terpaksa guna kurang minyak. Ramai saintis dan Kerajaan perihatin kepada apa yang akan berlaku bila minyak kurang di pasaran.
Idea ini telah perkenalkan pada tahun 1950an dan 1960an oleh M.K. Hubbert. Beliau berkata graf pengeluaran minyak seperti lengkuk loceng ( Hubbert's Curve ). Hubbert meramalkan Amerika Syarikat akan sampai 'peak oil' pada awal tahun 1970an. Sememangnya Amerika Syarikat mencapai 'peak oil' pada awal tahun 1970an.
Tidak berapa pasti bila 'peak oil' dunia akan terjadi. Ramai saintis bersetuju ianya akan berlaku diantara tahun 2010 hingga 2020. Juga terdapat konsep 'peak' arangbatu, gas asli, air, kayu, dan banyak sumber asli lain.
Dunia kita selepas 2080...mungkinkah kita mengharungi tamadun tanpa minyak? Adakah ini bermakna berakhirnya tamadun dunia.
Bolehkah Pahang bergantung kepada sumber tenaga hidro dan solar secara cekap dan berkesan selamanya?
Sila baca posting-posting WZWH berkenaan teori 'peak oil', zaman minyak sudah habis, dan kehancuran tamadun seperti dibawah:
3 comments:
Salam WZWH & MUT...,
Semalam YAB DS Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia yang dikasihi telah menyatakan sisa bahan dari lynas diarahkan buang "jauh" dari tapak lynas. Apa ertinya ini?... Bukan masalah tekanan politik, tapi memikirkan masalah keselamatan dan kerimasan rakyat/penduduk. Terima kasih YAB DSN atas keperihatin, kerana bukan sahaja dilihat tidak nampak melulu dengan keegoan sesetengah pihak yang merasakan "dialah yang paling cerdik tak boleh nak ditegur".
Cuma satu sahaja, jika bahan sisa/buangan itu dah diketagorikan berbahaya kepada keselamatan/kesihatan, dihasilkan dari kilang tersebut, nampaknya teori sains yang dipelajari selama ini masih belum mencukupi. Kemana pula arahnya nak dibuangkan?... Jawabnya dikawasan Ulu Temblinglah paling selamat dan sebelum itu boleh di "gondolkan semua" balak yang masih tingal "lalau"... Fikir2lah bersama...
Banir...
setuju anon 12.22pm
Solar adalah satu teknologi yang amat sesuai dilaksanakan di Malaysia..
Sayangnya kosnya terlalu tinggi menjadikan tidak ekonomik buat masa sekarang.. Kawan pon hairan kenapa tidak ekonomik? Padahal Malaysia adalah pengeluaran ketiga terbesar panel solar dunia?..
Sepatutnya barang2 ni diberikan pengecualiaan cukai oleh pengilang malah diberi pula insentif lagi ... Barulah teknologi ini boleh berkembang.. So, rakyat pula boleh jual tenaga elektrik kepada TNB..
Secara tidak langsung meningkatkan kembali ekonomi dengan wang hanya mengalir dalam negara..Tidak perlu membeli arang batu, dan gas boleh dijual ke luar negara lebih banyak..Tidak perlu mengorbankan hutan untuk proses hidroelektrik lagi yang juga memakan belanja berbilion ringgit..
Fikirkan dan warkan kepada pihak terlibat..
Satu lagi projek biomass.. boleh dibahaskan...
Post a Comment