Friday, March 16, 2012

Bila Sakmongkol AK47 Meleper DS Najib di Pekan!



Dalam kod politik Pahang baik yang tersurat dan tersirat baik yang tradisional dan moden ahli politik Pahang sejak beratus tahun dulu punya budaya tidak akan 'meleper' (menyerang sehabis serang) tokoh-tokoh Pahang.

Meleper DS Najib bermakna menyerang tokoh idola Pahang juga bermakna menyentuh maruah:

  • Presiden UMNO
  • Presiden BN
  • PM Malaysia
  • Orang Besar Berempat Pahang-Orang Kaya Indera Syahbandar
Paling daring serangan politik dibuat di Pekan tempat parlimen DS Najib.

DAP telah berjaya dari segi psikologi melemahkan mental UMNO dan BN Pahang dan Malaysia.

WZWH ucap simpati kepada UMNO Bahagian Pekan.

Sakmongkol AK47 adalah seorang ahli politik DAP Pahang yang berani.

Sakmongkol AK47 berjaya membuktikan kesungguhan komitmen dan komited kepada DAP dalam "in trial" kepada komrad DAP.

Sakmongkol AK47 juga menyentuh kepentingan golongan feudal Pahang.

WZWH rasa sedih ini terjadi akhirnya. 

Sakmongkol AK47 yang diberi tittle Dato' oleh KDYMM Sultan Pahang sanggup menghina DS Najib Orang Besar Berempat Orang Kaya Indera Syahbandar Pahang! Tolak tepi Presiden UMNO dan PM Malaysia.

WZWH rasa ini sudah keterlaluan.

Inilah hasilnya liberalisasi politik Pakatan Rakyat.

WZWH mahu orang Pahang bangkit.

WZWH mahu 400,000 UMNO Pahang pertahankan maruah UMNO dengan memenangkan semua kerusi parlimen dan DUN di Pahang. Itu bukti kekuatan UMNO dan BN Pahang.

WZWH mahu sudah sampai masanya kuasa dan pengaruh politik tradisional Pahang kod 1-4-8-16-32 keluar dari gua-gua, keluar dari hutan rimba, keluar dari gunung-ganang, keluar dari sungai tasik, keluar dari desa-desa , keluar dan bangkit mencari susurgalur akarumbi di merata tempat termasuk dibandar-bandar.

Mari kita pertahankan negeri Pahang ini dengan nama-nama nenek moyang kita. Amin.

21 comments:

Anonymous said...

WZWH,

Don't be sad. This is politics and we know this is a dirty game. See what what politics can do to one and all, BIG or small; TUN or mr.;80+ years old or 16 years young; known or unknown; Do unto others what you would want others do unto you.

Anonymous said...

Semakin lama semakin sempit fahaman umno...dan semakin keburukan umno didedah semakin menggunakan sentimen menyeru mempertahan nama nenek moyang...

kalau begitu tak perlula istihar malaysia negara demokrasi...tak perlu ada pilihanraya.lupuskan sistem demokrasi dan gubal perlembagaan agar umno satu2 parti yg memerintah malaysia selamanya2.

apabila umno/bn bebas menggunakan seluruh media awam menyerang pembangkang siang dan malam...tanpa ada ruang sikitpun untuk pembangkang memberi ulasan..

cuma yg ada bagi pembangkang adalah blog2, media cetak berkala dan mengadakan ceramah penerangan di setiap pelosok negara. diruang yg sempit itupun bila ceramah diadakan...umnopun sibuk nak buat ceramah ditempat yg sama..semata2 untuk menganggu ceramah2 pembangkang...diupah golongan samseng 20-30 org membuat kacau...penyokong2 pembangkang yg jauh lebih ramai dari samseng2 kalau ikutkan boleh aja samseng2 itu dibelasah...tapi penyokong pembangkang lebih mengerti akan undang2 dan lebih mengenal erti kesejahteraan berbanding umno/bn..

sentimen raja2 melayu, sentimen melayu, org besar berempat yg dimainkan umno bn adalah hanya menegakkan benang basah...walau pr yg memerintah tak ada satupun yg mengubah sistem perlembagaan negara...contohnya DYMM dipertuan agung sekarang adalah dari Kedah..sebuah negeri yg ditadbir PR...tak adepun raja melayu kedah hilang kelayakan menjadi YDA malaysia...

Bila pengundi pekan tidak mengundi PM Najib adakah itu satu kesalahan disisi undang2 malaysia?

rakyat melihat harta negara dirompak setiap hari oleh pemimpin2 umno..contoh PKFZ...projek lembu negara...royalti minyak..penyerahan hak milik tanah negara (KTM) kepada singapura..perjanjian air dgn singapura...perdagangan minyak sawit ke israel dan beribu2 contoh lain....adakah masih rakyat mahu mempertahankan pemimpin politik umno/bn?...

sekarang umno/bn semakin terdesak apabila byk penyalahgunaan didedahkan..maka tak hairanlan disetiap ceramah PR akan ada gangguan dari samseng2 umno...polis tidak boleh berbuat apa2 kerana polis hanya menurut arahan umno/bn...

seharusnya rakyat wajib didedahkan fakta2 yg betul dan jika perlu menolak pemimpin2/parti yg rasuah...tak kirala orang besar berempatke...orang kaya berlapan ke...atau apa saja...kerana gelaran tu bukan lesen untuk mereka merompak negara dan harta rakyat.....

kita cuma pertahankan pahang dan malaysia atas nama Allah....bukan atas nama orang kaya atau orang besar.

Anonymous said...

WZWH,

1. Soal meleper DNTR tidak timbul.Begitu juga maruah Duli Sultan. Ini adalah soal politik dimana Tuanku is above partisan politik.

2. Bukan UMNO Baru bahagian Pekan tak buat apa-apa. Depa cuba melawan juga. Last minute punya lawan, depa pi buat ceramah sebelah ceramah Dato Sak. Dok berlawan ceramah atau dok ganggu? terpulanglah kepada petafsiran masing-masing.

Dari cerita kawan yang pi survey kedua-dua ceramah itu, jelas sekali yang ramai datang nak dengar dato Sak. Belah UMNO Baru pekan ader le tak sampai 100.

tektik pi ganggu ceramah orang ni stail lama lah. Dulu-dulu UMNO Johor suke stail ini tapi mereka tak pakai dah stail tu. Kat kelantan ini stail 60-70an. UMNO Kelantan dah lama tak pakai tektik ini.

3. yang lebih serius yang perlu difikirkan, dah takde pemimpin yang berwibawa ke nak lawan depa ni. Ini bahagian PM tau. sepatutnya cara lawan mesti hebat. Hujah lawan hujah.

Yang paling nasib baik malam tu, nasib baik UMNO Pekan tak upah budak-budak rempit atau budak-budak samseng pi buat kecoh kat situ macam kat jalan kebun, Klang atau kat sembrong tempohari.
kalau terjadi, hancur lebur maruah dan kredibiliti PM kita.

bat8

nota:

Suka dengan seruan WZWH. Tengok cara hebat tetapi kena tengok apa yang keluar. Minta jangan-jangan la yang menyahut seruan WZWH nanti mat bangla, mat myammar, mat indon, mat kemboja. yang melayu pulak jenis-jenis yang buat ceramah sebelah ceramah dato sak...hancus!

wonder why said...

Apalah WZWH, macam budak kecik membuat cerita dalam Blog.Apakah UMNO, sudah takut, sehingga menggunakkan kedudukan dan gelaran najib untuk mendapat simpati daripada orang umno dan orang2 kampong.Apakah suatu kehinaan kepada Tuanku, untuk menyebarkan keburukan najib kepada Warga Pekan? Apa Umno sudah Lupa yang mereka telanjangkan Raja2 melayu,dan menubuhkan mahkamah untuk bicara salahlaku Raja2 melayu , semasa pindaan Perlembagaan, yang di ketuai Mamak Firuan Kutty? Lihat dulu keburukan UMNO terlebih dahulu sebelum komen orang lain.

Anonymous said...

Wahai orang muda... pelajaran tinggi takkan otak beku.
Lihat sekeliling mu apa yang di lakukan pemimpin UMNO.

Anonymous said...

sisa-sisa feudal sudah tak relevan lagi di zaman moden ini.. bergeraklah ke depan.

nick said...

Careful WZWH, your true bigoted face is showing!!!! Quick, don back the mask of liberal and democratic believer before it's too late! The people of Pahang especially Jerantut is watching!


Nick.

Anonymous said...

WZWH,

Dato Sak dah ulas citer meleper aok.dah baca ke belum. Dato Sak dah jawab isu meleper.

Alangkah elok jika sak menulis dalam bahasa melayu agar ramai orang jantet boleh baca bersama-sama.

Anonymous said...

Salam WZWH,

Dato' Ariff memang pandai orangnya. Itu sebablah baru sepenggal jadi ADUN sudah dapat kawasan balak, kuari dan projek jalan. Tapi sayang cita2 nya nak berbini muda semasa bergelar YB tak dapat. Itu yg dia marah sangat kat Dato Najib tu.
Hehehehe

Anonymous said...

kwn boleh dengar ceramah datuk arif dan umno dlm video tu.
nada suara datuk arif lebih berbentuk penerangan dan lancar tapi ceramah yg belah satu lagi tu aku dengar mcm keling mabuk todi je cakapnya...pas tu ulang benda2 yg sama.
kalau berani duduk la satu pentas dan berhujah.jawab isu MAS, Felda, Lembu, rasuah, cincin dsbnya.tapi najib tak berani.cuma berani upah penyalak2 mengacau ceramah PR.buat provokasi dan sebagainya.

Anonymous said...

Menyerang Najib mungkin bermaksud menyerang Pasukan Bolasepak kot

Pencacai oh pencacai

Anonymous said...

ORG PAHANG DARI SERATA CERUK DAN PELUSUK, CELAH GUA,BALIK BANIR CELAH BUKIT, ATAS GUNUNG SEMUA AKAN KELUAR MENGUNDI PD PRU 13 NI NAK TOLAK UMNO BN HA HA..

Anonymous said...

wzwh, tuan menulis seolah2 rakyat phg maseh di fikiran abad 18, koi kesian kat awok. sebenar nya umno dah lohoiiiiiii. koi baca diri awok lulusa 'u' tapi menulis mcm budak tadika. pastu ajak org lain jadi bodo sama2. umno totok boleh lah.....

Anonymous said...

Salam wzwh, amacam skrg. Kene lebih kritis dan analitikal lg. Spin kene lebih mantap lg. Bagus utk mengasah pemikiran lebih dinamik.

adrianiamri said...

tak tahu ler...

Seruan dah keluar, cabaran dah diberi...

masalahnya tidak disambut-sambut lagi... Sampai bila nak berubah..Masih teknik lama lagi yang digunakan untuk berperang..

berkesan memang betul...BN tetap menang tetapi bergantung kepad rezeki...

1999- BN memang tetapi wujud BA
2004 - BN menang besar
2008 - BN menang tetapi hilang majoriti
2012 - BN menang ....??

Orang muda sudah ke arah US Politic ... Lebih kepada fakta dan telus.. So, gunakan sepenuhnya... Anda kerajaan...Buat seperti Kelantan dan Penang...

Anonymous said...

Aku rasa nasib Najib lepas PRU13 ni sama macam Pak Lah. Kena tendang & tolak ke tepi. Yang tengah tunggu nak tendang dia tu orang-orang UMNO jugak :-)

Anonymous said...

woi anom yang kata ini

"rakyat melihat harta negara dirompak setiap hari oleh pemimpin2 umno..contoh PKFZ...projek lembu negara...royalti minyak..penyerahan hak milik tanah negara (KTM) kepada singapura..perjanjian air dgn singapura...perdagangan minyak sawit ke israel dan beribu2 contoh lain....adakah masih rakyat mahu mempertahankan pemimpin politik umno/bn?..."

WZWH katek ong fitnah.... mana ada macam tu... semua pertimbangan atas analisis ekonomi dan geo tau dan atas nasihat pakar-pakar.

WZWH bakal Guru cemerlang di Pahong. Ajar pandai, bijak berblog dan sayang bini fakta jinjit sayur dan lauk pauk. Ong ada macam tu..sebab ong tak takut mini loh.

Anonymous said...

Salam...,

Asyik2 prujik, asyik2 RM500 juta; prujik juger, asyik2 pembangunan jalan di Ulu Tembeling; Kg. Pagi, Kola Tahan, Kg Sat, Kg Labu, Kola Temeling..., tapi engku pasal balak sapa utung tak cakak pon..., kas kome mendenyer dapet. Tork nyer dapet kemende pon... Satu teori mudah jika engku masih sayangkan OhmNo, mudah ajer... Jangan bagi partai lawan tanding PRU ke 13 nih... Biornyer boikot pon torkper. asaikan menang PRU sepenggal lagi... PRU Ke 14 pulak, carilah helah lain pulork...

Anonymous said...

Salam,Admin

Berhujah guna fakta lah sikit...malaysia ni negara demokasi..rakyat bebas buat pilihan..tak payah nak ugut2...m'sia dah 55 tahun mendeka..

Anonymous said...

Assalam:
Saya pernah menyatakan kpd juak2 UMNO/BN yg pemikiran & mentality serta pendekatan mereka amat jauh terkebelakang berbanding pihak PAS/PKR. Pemimpin UMNO/BN tampil bergaya dgn kereta mewah, rumah besar, isteri yg rambut bergaya seperti sarang tebuan & tudung terapong-apong di awan rambut, namun approach/ strategi yg digunapakai utk mematahkan hujah2 atau dakwaan pihak lawan cukup dangkal dan short-sighted. Kerap kali juga mencapai ke tahap bukan saja menipu tetapi buruk lagi sehingga memperbodohkan rakyat. Tapi buat saya, secara peribadi, saya ketawa melihatkan kebodohan dan kedangkalan hujah2 pimpinan & penyokong UMNO/BN ini. Pertamanya, mereka ini amat bodoh dan buta sekali sehinggakan gagal utk melihat bahawa rakyat kini tidak bodoh dan buta sepertimana yg difikirkan mereka. Kita perlu memahami sikap manusia. Tahap kemarahan seseorang itu apabila dirasakn diperbodohkan jauh mengatasi tahap kemarahan apabila ditipu. Keduanya, hujah2 mereka hanya berkisar di sekitar mainan emosi & sentimen sahaja. Ini amat tidak berkesan kpd young generation because they now belong to a well-informed society. Judgements & evaluations are all based on concrete solid facts. Mere emotional statements will not do. Tetapi itu laa cara UMNO/BN. Tetap dgn kaedah lapok & tidak bermaya mereka. Ketiga, pimpinan tertinggi UMO/BN suka ditipu oleh anak-anak buah mereka sendiri. The irony is, they truly enjoy it. they love to see huge crowd before them at their nonsense talk. They feel proud about having a big crowd cheering and clapping away at their speeches. And you know what is so funny about all this??? They know DAMN WELL that a big chunk of the so called large crowd came from places god-knows-where and, even better, was forced to attend.
The response from UMNO/BN leaders??? PROUD and SATISFIED for having a large crowd before them.
TIDAK KAH MEREKA BERASA MALU TIADA INSAN YG INGIN MENDENGAR KALIMAT2 YG KELUAR DARI MULUT MEREKA? TETAPI APABILA DIFIKIRKAN KEMBALI, APA PERLU BERASA MALUNYA? KERANA KULIT MUKA MASING-MASING BAGAIKAN DITEMPEL KULIT #@*&.

Anonymous said...

Assalam:
saya sentiasa mendoakan agar negara tercinta kita ini akan terselamat daripada pimpinan UMNO/BN kerana mereka ini telah menyimpang jauh dari hasrat murni utk membangunkan negara. mereka lebih pentingkan perut & poket mereka. Segala pembangunan yg kita nikmati ini hanya lah secara kebetulan. Pembangunan yg dirancang semestinya kepentingan peribadi didahulukan. Kepentingan rakyat adalah kedua.
Lihat saja kes NFC. Bunyinya seperti memprjuangkan kepentingan rakyat dlm menyediakan bekalan daging lembu secukupnya dan mungkin juga pada harga yg lebih rendah kerana tidak perlu diimport. akhirnya kita dpt lihat kemana NFC membawa kita. Begitu juga dgn kes MAS, Perwaja Steel, PKFZ dan terkini & masih panas: FELDA & LYNAS. Berbilion2 duit kita dipunah & diagihkan sesama mereka.
Enough is enough. It is time for change. It is time for the rakyat to turn to a new chapter. UMNO/BN is only a trustee entrusted to manage the wealth of our beloved nation. Unfortunately, this trustee CANNOT be trusted. Someone new has to take charge of the nation's wealth before UMNO/BN continues plundering our money again and again.
Let GE13 be that fateful moment.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...