Friday, March 30, 2012

Kawat NGO Third Force DUN Tahan dan Parlimen Jerantut


Anak-anak kelahiran Hulu Tembeling di sini bergabung di bawah satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Kelab Warisan Anak Tembeling (Kawat).

Presiden Kawat, Wan Abdul Halim Wan Omar berkata, NGO itu menjadi perintis organisasi berdaftar yang menggabungkan anak-anak kelahiran kawasan tersebut sama ada yang tinggal jauh atau dekat.

"Hasrat Kawat adalah untuk memupuk persaudaraan dan salasilah kekeluargaan yang mungkin lupus dalam kalangan generasi hari ini.

"Kawat akan mendekatkan hubungan ahli yang kini sudah berdaftar seramai 2,000 orang untuk melaksanakan pelbagai kegiatan kebajikan sempena musim cuti persekolahan, perayaan dan majlis tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat agung pertama Kawat yang dihadiri oleh anak-anak Hulu Tembeling yang menetap di seluruh negara termasuk Brunei, Indonesia dan Thailand di Rumah Rehat Bandar Jerantut di sini baru-baru ini.

Menurut Wan Abdul Halim, mereka menyasarkan seramai 10,000 ahli yang kini berada di serata tempat termasuk di negara ASEAN dan yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negeri.

"Prospek penubuhan Kawat ini cukup signifikan bagi menubuhkan tabung dana kemiskinan dan membantu kebajikan penduduk Hulu Tembeling khususnya golongan muda melanjutkan pelajaran, memperoleh pekerjaan dan peluang dalam bidang keusahawanan," katanya.

Katanya, Kawat akan menyokong penuh usaha kerajaan negeri dalam apa juga transformasi pembangunan khususnya memperjuangkan kebajikan, ekonomi dan pembinaan modal insan penduduk Hulu Tembeling berasaskan manifestasi kerajaan BN.

Wan Halim merupakan seorang kontraktor dan AJK UMNO Bahagian Pekan tempat DS Najib PM. Beliau sejak akhir-akhir ini kerap balik ke Jerantut terutama Kampung Mat Daling Ulu Tembeling tempat kelahirannya.

Wan Halim bersemangat dan tinggi motivasi mahu membantu sedaramaranya  di Ulu Tembeling atas nasihat DS Najib. Sememangnya sebagai AJK UMNO Bahagian Pekan (Bahagian Perdana Menteri) sudah tentu punya akses dengan DS Najib memudahkan urusan.

WZWH juga berharap Dato' Wan Adnan Wan Mamat EXCO Pahang, merangkap ADUN Tanjung Lumpur dan Ketua Bahagian UMNO Kuantan yang berasal dari Kampung Merting Tembeling Tengah boleh juga turut membantu sedaramara di Tembeling.

WZWH menyokong penuh penubuhan Kawat yang mahu membela nasib anak Ulu Tembeling. Jika Kawat mencapai sasaran 10,000 ahli maka Kawat boleh jadi Third Force DUN Tahan dan Parlimen Jerantut. 

20 comments:

Anonymous said...

Mampos pulok...Dompok, pandai owk wzwh...

Anonymous said...

NGO tu saya sokong tp jangan jadi macam PERKASA pulok...

Anonymous said...

Bila ada NGO's semacam kawat ni lain macam ajer bunyinya. Jika betul2 KAWAT, Oklah ramai bersetuju. Bimbang jika "kawat berduri" @ kerawat semacam juger bunyinyer. Satu lagi bimbang kawat akan bertukar menjadi "kawut" kerana janji2 manis macam janji belia nak diberikan tanah, tapi sayangnya tanah hanya untuk menunggu dikambus.

Anonymous said...

agaknya RM 3 billion anwar tu termasuk dalam jumlah RM 1.03 trillion yang dibawa keluar secara haram keluar negara kot.

Kalau Anwar punya RM 3 Billion, selebihnya itu sape punya?

Anonymous said...

inilah mentaliti lama orang melayu yang selalu tidak suka melihat orang berubah.penuh syak wasangka.

tidak setuju diam aje,jangan dok perlekeh usaha orang lain.

phd tak habis-habis!

Anonymous said...

Bukan apa, jika berubah org lain makan isi depa dok irup kuah atas sebab diperbodohkan itu ajer. Warisan Cina lagi best bertengkar mulut dalam hati pusaka nenek moyang tetap mengalir deras dinaluri...

Anonymous said...

Kawat ditubuhkan betul betul nak hancurkan persaudaraan orang-orang kuala tembeling dengan orang-orang ulu tembeling.persaudaraan yang bergitu lama terjalin akan musnah bergitu saje.lagi pun penubuhan kawat akan meburukan lagi parti umno di dun tahan.

Anonymous said...

Pengerusi kawat boleh mintak duit la pada pru ni nanti.kononya ahlinya akan beri sokongan padu ke y.b calon bn.pada hal ramai ahlinya pembangkang.

Anak Jati Kampung Kuala Tembeling 27020 Jerantut pahang. said...

saudara wzwh.apa yang dikatakan oleh anom 5:59 adalah satu kenyataan yang amat mantap dan betul.penubuAN kawat ni memang ada udang disebalik batu,meraka akan menangguk di air yang keruh pada PRU13 nanti.Calon YB dun tahan sedia lah Duit dalam satu atau duaa lori untuk orang orang kawat ni.kawat ni telah memasang perangkap kepada calon BN untuk kepentingan mereka sendiri.semua ahli-ahli umno di dun tahan anda semua perlu berhati-hati dengan kAWAT.jangan terpedaya dengan Agenda mereka.

Anonymous said...

Salam.
Anon 11:48, anon 6:24, anon 5:59 . Menulis biar dengan fakta, jangan membuta tuli. Kalau anda betul2 Pejuang UMNO tulen, anda tidak akan mengeluarkan kenyataan demikian, melainkan anda berjuang dan melalak untuk kepentingan poket anda sendiri. Runtuhnya UMNO kerana ada pejuang seperti anda. Begitu juga Anak Jati Kampung Kuala Tembeling, anda menulis seolah2 anda tahu semua perkara, termasuk juga tahu melalak. Sebagai Pejuang UMNO tulen, kita tidak sepatutnya takut dan gentar jika kita sudah buat yang terbaik utk rakyat dan parti. Rakyat skrg bukanlah rakyat zaman batu, yang harus digertak dan ditakut2kan. Ramai diantara mereka lebih bijak dari anda. jadi, jangan berpikiran sempit dan berkata2 kononnya anda sangat sayangkan UMNO, sedangkan anda sendiri tidak menyedari bahawa anda telah jadi penghasut dan memecah belahkan UMNO.
Wassalam.

Anonymous said...

Pejuang Umno tuleh "tahi pantat yang terbaik untuk rakyat. Cermin2 dirilah nak cakap tu...

Anonymous said...

Apa-apa pun penubuhan kawat ada agenda disebaliknya.yg kenyang dan kaya masa pru13 nanti adalah bos2 kawat.ahli nya jadi alat.

Anonymous said...

Mentaliti Melayu memang macam tu. tak buleh kata mengata. Dlm UMNO pun ada agenda, cuma boss2 UMNO yg kaya raya, ahli biasa jadi alat juga (kenyataan ada didpn mata). Klu kita tak nmpk juga, mmg buta mata dan buta hati lah kita.

Anonymous said...

inilah sikap bangsa kita, banyak sangat persoalkan perkara-perkara yang negatif, kita tengok apa yang dibuat oleh bangsa lain, mereka akan dudik sama-sama dalam organisasi yang ditubuh tapi mereka boleh berjaya, dan terus maju, orang melayu harus fikir-fikirkan cara yang dilakukan oleh bangsa lain yang maju

Anonymous said...

akuq sukung amat hark en. 2:19 kabo tu. kamiq urang derulug ni bukannye budo amat. gon derilir nun idup senang linang tok ingat ke kamiq derulug ni. gun nork kaye surang2 haje. bile ade urang nok buat pesatuan utk sukung kamiq, gun urang derilir baru nork mengaku kamiq ni sedare gun. belum tingok lagi, gun doh kabo pesatuan tu tok mulek. gun ni budo sebak minum air taik kamiq derulug ni. akuq sukung kerajaan tapi aku tok sukung gun hark sumbung budo tu.

Anonymous said...

kami pemimpin memang tak berminat dengan org-org bangang macam kawat ni.

Anonymous said...

en.10:20. kamiq tu sapeq?. ce ong kabo. ong tuh hark tok bulih jadiq pemimpin sebak suke2 haje kate ke urang lain bangang. budo amat ong ni york. bukok zip seluo ong bagi urang tinguk. mimang larh ong takut urang2 temeling besatu, takut ong tok bulih tipu dimeq doh. tok buncik la kucek seluo ong york.

byong buncit said...

Perut aku memang dah buncit.org dihulu aje yg kebulur.

Unknown said...

Salam name kawas Wan Shaifulizwan bin Wan Hamzan....add kg chebong tmbling tgh...

Unknown said...

Sesungguhnye penubhan kawat ini dapat membantu kt merapatkan hubungan sesama anak2 tembeling...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...