Thursday, March 1, 2012

Happy Birthday Ketua UMNO Bahagian Kuantan

Dato' Wan Adnan Wan Mamat bersedia memotong kek hari jadi yang ke 52 dengan sebilah pedang. Kelihatan YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan, Wan Salehu Pegawai Khas ADUN Tanjung Lumpur, Dato' Hamid Mandela Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuantan dan Dato' Sufian SETPOL PM meraikan majlis hari jadi Dato' Wan Adnan.

Majlis hari jadi sederhana itu diraikan oleh AJK UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuantan. Dato' Abu Jimi Ketua Pemuda Pahang, Dato' Suhaimi Ketua Pemuda Indera Mahkota, Dato' Sufian Ketua Pemuda Kuantan dan Dato' Wan Amizan Ketua Pemuda Jerantut turut hadir.



















Hadirin di Majlis Hari Jadi YB Dato Wan Adnan bin Wan Mamat berdoa minta Allah memberkati panjang umur dan murah rezeki kepada Dato' Wan Adnan.

Tidak terlambat untuk WZWH mengucapkan Selamat Hari Jadi Happy Birthday kepada ayahanda Dato' Wan Adnan Wan Mamat ADUN Tanjung Lumpur merangkap EXCO Pahang dan Ketua UMNO Bahagian Kuantan.

Anakanda WZWH berdoa kepada Allah SWT semoga ayahanda Dato' Wan Adnan panjang umur, murah rezeki dan bersemangat berkhidmat dengan masyarakat di DUN Tanjung Lumpur dan parlimen Kuantan dengan lebih cekap, berkesan dan cemerlang.

Anakanda WZWH berharap Ayahanda Dato' Wan Adnan bekerja dengan lebih kuat lagi dengan jentera UMNO dan BN Kuantan bagi memenangkan semua parlimen dan DUN di parlimen Kuantan.

Anakanda WZWH percaya dan yakin dengan pengalaman politik dan pengaruh ayahanda Dato' Wan Adnan bukan saja parlimen Kuantan boleh diambil kembali malah parlimen Indera Mahkota dan DUN Beserah mesti rampas kembali pada PRU 13.

Ayahanda Dato' Wan Adnan bertuah kerana diberi peluang memimpin Bahagian Kuantan iatu ibu negeri dan pusat tamadun Pahang. Pulihkan kembali maruah Negeri Pahang dengan merampas kembali parlimen Kuantan dan Indera Mahkota serta DUN Beserah.

Ayuh orang UMNO dan BN Kuantan dan Indera Mahkota bangkitlah berjuanglah ambil kembali hak dan maruah tradisi. 

2 comments:

Anonymous said...

Parlimen dan Adun seluruh malaysia bukan hak pada mana2 parti samada umno/bn atau pr

itu adalah hak para pengundi menentukan siapa yg boleh dipercayai untuk menjadi wakil mereka dalam parlimen/DUN. Si pencuri, penipu, penyanggak dan pengkhianat tidak akan mendapat tempat di hati pengundi...

Anonymous said...

Tak tau lah Zuri, aok ni tahu persepsi org sekarang,banyak kita kena faham psikologi. Kena pandai cita skit bro

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...