Friday, March 23, 2012

Sakmongkol AK47 Tidak Menari 'Into Lion's Den' Keseorangan, Ada Pemimpin UMNO Pahang Yang menyokongnya!

 

Jika hanya DAP yang memberi arahan politik kepada Ariff Sabri @ Sakmongkol AK47 untuk menari into a lion's den meleper DS Najib di Pekan maka tidak sebegitu motivasi Sakmongkol AK47 berani.

PKR dan PAS tidak seberani begitu. 

Sakmongkol AK47 tahu 'landscape politik Pekan'. Bentuk mukabumi, bukit gunung, paya dan sungai. Sebagai mantan ADUN Pulau Manis dan Ketua Penerangan UMNO Pekan, Sakmongkol AK47 tahu psikologi politik Orang UMNO Pekan.

Sakmongkol AK47 tidak akan turun berceramah politik di Pekan kalau hanya setakat dorongan DAP. Sakmongkol AK47 pasti mendapat sokongan dan golongan pemimpin-pemimpin UMNO Pahang yang mahu Sakmongkol AK47 menari selincah begitu.

Sakmongkol AK47 tidak menari "into Lion's Den keseorangan. Ada pemimpin UMNO Pahang yang menyokongnya!

Ada pemimpin UMNO Pahang yang bertepuk tangan bila Sakmongkol AK47 berani berbuat begitu.

Ada orang UMNO Pekan sendiri yang tidak berpuas hati dengan DS Najib!

Tidak ada pemimpin-pemimpin UMNO Pekan dan Pahang yang berani secara terbuka mempertahan  bos mereka DS Najib!

Tidak ada pemimpin-pemimpin UMNO Pahang yang buat kenyataan politik membalun Sakmongkol AK47.

Siapa pemimpin UMNO Pahang dan orang UMNO Pahang yang berkonspirasi dengan Sakmongkol AK47 ini? 

Mendiamkan diri dan tidak respon adalah Strategi Terbaru Pemimpin UMNO Pahang.

Mungkin "Memaki" strategi lapuk berdiamkan diri lebih baik!

DS Najib perlu studi strategi baru pemimpin-pemimpin UMNO Pahang ini.

Luahan hati DS Najib mengenai 'kawan sejati'...


Najib berkata beliau tidak kisah 'hilang kawan' mereka yang merasa kecil hati semata-mata kerana kehendak politik dan kepentingan peribadi mereka tidak dapat dipenuhi.

Katanya beliau mempunyai sebilangan kawan baik yang bersedia untuk mengetepikan agenda politik dan peribadi.

Bagaimanapun, beliau mengakui ada juga yang mempunyai kepentingan dan matlamat dalam politik.

“Katakanlah, seorang wakil rakyat itu tidak diingini, saya perlu mendengar rakyat.Tetapi apa yang diamati, saya akan dipersalahkan sedangkan rakyat yang tidak mahu mereka,"ujarnya.

Katanya hajat pentabiranya ialah membawa Malaysia melangkah ke depan.

Apapun Perdana Menteri berkata untuk membolehkan matlamat itu tercapai BN harus memenangi pilihanraya umum akan datang

9 comments:

Anonymous said...

1. Semmg nya menjadi tanggung jawab WZWH utk mempertahankan hak walau pun hati itu berbelah bahagi.
2. Saya menghurmati gelangang bicara AK47 dan WZWH yg bersopan dan berteka teki serta tidak keterlaluan menghentam peribadi.
3. WZWH tahu bahawa ketidak-setujuan rakyat/ahli UMNO atau pemimpin UMNO adalah disebabkan 'Dasar' dan penyalahgunaan kuasa yg menjadi persoalan. Kepincangan pengurusan dan penyalah-gunaan kuasa menjadi tema perbualan harian rakyat.
4. UMNO hanya mampu memainkan ‘isu mengenang budi’, perkauman serta menyerang peribadi pembangkang untuk menutup kepincangan kepimpinan Najib.
5. Sebagai seorg yg setia kepada pimimpin, kadang kadang akal kehilangan hujah untuk berpetah bagi menutup ‘tahi yg busuk’ , mana mungkim benang yg basah boleh ditegakkan.Keadaan serba salah ini dikongsi ber sama oleh kebanyakan ahli UMNO dan juga pemimpin Pahang yg merasa kecewa dgn pimpinan Najib.
6. Kebanyakan rakyat kini tidak taksub pada pemimpin. Tanpa AK47/Anwar/LGE/LKS/TGNA/ TGHA, kebykkan rakyat tetap tidak meyokong UMNO disebab 'DASAR' ini yg mana rakyat telah di tipu lebih 50 tahun.

Mohd Saaya

Anonymous said...

wzwh mempersoalkan kenapa ada org umno yg tidak mempertahankan DS Najib malah berseronok (katanya bertepuk tangan) bila Datuk Arif mendedahkan 'rahsia' DS Najib

kwn bukan org umno pekan tapi kwn boleh agak kenapa begitu...
jawapan kwn adalah politik sekarang makin matang...adalah satu kesilapan bagi wzwh masih menganggap semua ahli umno itu wajib patut dan mempertahankan pemimpin mereka dalam apa cara sekalipun walaupun terbukti ada kesilapan. Ini tidak betul...mana yg betul perlu disokong dan kalau ada yg salah perlu di tentang...bukan mengkhianati pemimpin jika membantah apa yg salah...

bukan ahli umno yg bersalah tidak mempertahankan najib...kerana najib sendiri tidak pernah untuk mempertahankan dirinya...jgnla najib jadi 'pengecut' untuk mempertahankan diri dari serangan2 yg ditimbulkan datuk arif.dan janganla hanya mengharapkan simpati dari ahli2 untuk mempertahankan beliau..
sebagai contoh isu lembu nfc..najib tidak pernah untuk bertindak mempertahankan dirinya dgn membetulkan keadaan...cuma diarahkan sharizat buat pengumuman letak jawatan menteri..itu cuma drama..tapi sharizat terus dikekalkan ketua wanita..maka wanita umno itu mendapat jolokan 'wanita umno L****'sepatutnya direhatkan sharizat itu dan beri peluang pada org lain menerajui wanita.sekurang2nya wanita umno keseluruhan tidak mendapat jolokan buruk itu..tapi Najib tidak pernah terfikir untuk membersihkan nama dia dan wanita umno dan ahli2 umno semua...tidak pernah untuk mencabar pembangkang untuk berdebat demi mempertahankan nama beliau dan ahli umno keseluruhan..perlakuan ini menyebabkan ahli umno sendiri tidak tahu bagaimana harus mempertahankan pemimpin/calon mereka lagi...adakah itu kesalahan ahli2 umno yg tidak dapat mempertahankan pemimpin mereka?

Ungkapan beliau yg dipetik oleh wzwh mengatakan bahawa wakil rakyat itu ditolak oleh rakyat bukannya beliau..bagi aku jika ungkapan itu ditujukan pada datuk arif..aku rasa ungkapan najib itu tidak betul....
datuk arif menang dengan undi rakyat....jadi kenapa najib berkata rakyat yg tidak ingin dan menolak datuk arif?....yg menolak datuk arif itu adalah beliau sendiri dan pemimpin umno pahang.bukannya rakyat..kenapa?....biar datuk arif yg jelaskan sendiri...

Anonymous said...

Salam...,

Sebenarnya tuan2 dan koncu2 ketandusan info. Bukan disebabkan keberanian seseorang menongkah arus, sebaliknya rakan ditangan sebagai musuh dalaman sebagai penyebab. Salah satu keberanian kawan menjadi lawan angkara pilih bulu sebelumnya sebagai pertama. Kedua cas keting. Ketiga akibat pemberian projek yang tak terkawal. Sepatunya perkara ini sebagai fakta, lihat pada kelayakan seseorang. Musuh dari kawan rela "rebah" digelanggang sendiri apabila bertempur. Itu falsafah politik. Sedikit untuk renungan. GE 13 semakin hampir. Relakah semua berkorban. Berkorban untuk apa dan siap?...

Banir...

Anonymous said...

WZ jangan bimbang orang ulu tembeling akan tetap sokong UMNO. Orang Pekanni kawan tak boleh kata lagi sebab Pekan sekarang ni dah membangun dan maju, jadi pusat industri dan ada universiti. Sejarah pilihanraya lepas menunjukkan yg orang bandar akan sokong PR.

Anonymous said...

Mohd saaya aka anon 6:18 & anon ke dua dan seterusnya...haha..bukan 'ketandusan kata-kata nk mpertahankn pemimpin' tp anda yg dulu kurang mmbaca smpi hri ni pn kurang berfakta,sudahnya ye je kate kawan2 d kedai kopi yg mburukkanpemimpin dan hati yg tidak berilmu juga faktor pndorong anda bgitu...dulu konon harap masuk umno sbb senang dpt mntak bende bkn sbb nk bjuang..ilmu umno pn bnyk tak tahu apalgi mtlamat pjuangan..apbila dtg nya ict & ledakan mklumat yg makin pantas,baru tahu bnyk benda dan dek kerana ceteknya asas sblm ni,maka salah la parti dan pemimpin...hihi melayu melayu..kamu dahulu yg mninggalkan ilmu,hari ini kamu tetcicir dan jadi orang yg tak bersyukur...bagus la melayu...

Anonymous said...

Salam...,

Ha ha ha, satu ulasan fakta sgt baik. Sayangnya terlebih bersyukur kerana UhmNo tapi bukan kerana Allah SWT. Sepatutnya kita letak disitu, kemudian berterima kasih kerana ada orang yang melihat kejujuran atau sebaliknya. Jika nurani ikhlas terhadap UhmNo berapa lama hendak bertahan. Jika ikhlas kepada Allah, jika mengadaikannya suatu hari nanti Allah akan mmemberikan ketentuan diatas kehendakNya.

Banir...

Anonymous said...

Banir...
Ini bukan bersyukur berlebih-lebihan..selepas besukur pada ALLAH la cerite nya kat sini...sebab sifat sukor tu kena banyak kali dan selalu maksed anon atas tu...

Ekp/S.pasir tambang/g.k said...

salam WZWH...aku nak cerita sedikit faktor sejarah Umno jerantut yang mana WZWH patut tahu.Untuk pengetahuan WZWH sebenarnya Ku Li bukanlah calon pertama yang dicalon kan dijerantut.parlimen yang pertama mencalon ku li adalah kuala lipis.aku ni bukannya pandai sangat tapi tau juga sejarah Umno jerantut sikit2.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Eks-S. Pasir Tambang-GS,
Terimakasih bagi fakta. UMNO Kuala Lipis pertama kemudian diikuti UMNO Jerantut.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...