Friday, March 2, 2012

Institut Pemikiran Pahang Maya



Pahang Menjana Transformasi itu tema Konvensyen Ekonomi Pahang 2012. Konvensyen berjaya mencetus resolusi bagi membentuk dasar dan perancangan pengukuhan dan implementasi.

Kita perlukan idea-idea. Perancangan idea melalui perlaksanaan. Belajar melalui feedback dan kesilapan.

Jika Pahang mahu maju 2020 dan seterusnya. Orang Pahang perlu berjiwa besar dan punyai idea-idea besar juga. Bagaimana mahu cuba mencapai mengekalkan pertumbuhan ekonomi GDP Pahang sebanyak 6% selama tempoh 8 tahun lagi adalah cabaran kita semua orang Pahang.

Siapa mahu melahirkan idea-idea, menterjemah dalam bentuk dasar dan tindakan? Itu kerja jabatan-jabatan? Itu kerja Eksekutif MB? Itu kerja kakitangan kerajaan dan ahli politik?

Kita semua berperanan dan bertanggungjawab membantu. individu, parti politik, NGO, korporat, dan semua golongan masyarakat. Semua orang boleh kontribusi. Perkongsian pintar.

Di mana think tank kita? kita tiada organisasi pemikir. Memang ada pemikir dan penasihat samada dari individu, kumpulan, Pegawai Tinggi kerajaan dan ahli politik, korporat dan NGO  tapi tidak secara sistematik.

Walau pun Yayasan Pahang ada klausa yang menyatakan R&D, kajian Sosiobudaya Pahang dan pemikiran namun ianya tidak pernah digerakkan.

Pahang perlu satu organisasi yang boleh dinamakan Institut Pemikiran Pahang. Satu think tank yang boleh memberi input bernas kepada kerajaan Negeri.

Institut Pemikiran Pahang perlu sokongan pemimpin besar. Kerana operasinya memerlukan peruntukan kos tapi hasilnya nanti akan memberi pulangan yang lebih kepada Pahang maju.

Institut Pemikiran Pahang perlu golongan intelek dan cendikiawan. Mereka ini selalunya tidak boleh beri komitmen penuh kerana obligasi dan prioriti yang lebih utama. Sumbangan mereka walau secara part time pun memadai.

Secara holistiknya setiap pemikir dari kerajaan, jabatan kerajaan, korporat, NGO, dan parti politik perlu institusikan pemikiran ini kepada Institut Pemikiran Pahang.

WZWH mengambil inisiatif ini mengerakkan "Institut Pemikiran Pahang Maya"secara virtual kerana free kos cuma kena guna otak berfikir melalui beberapa cetusan pemikiran bagi mengkaji bagaimana Pahang perlu berdepan dan adaptasi dengan menangani dan mengurus perubahan persekitaran tidak menentu.

3 comments:

Anonymous said...

Salam saudara wan ZURIK..sy tartarik dgn laporan Akbar BERITA HARIAN yg mEmetik senarai 40 org terkaya di mlysia Dan 8 org Drpdanya Adalah org mlayu kita..Sukanye sy Skiranya wan ZURIK mmbuat kajian@ pn mmbuat posting tentang snarai 40org trkya JRENTUTpulak...mgkin ini Mrupakan satu loporan yg mnarik mmndangkn blok wan ZURIK adlh blog yg bsifat snTai Dan terbuka dlm mmbicarakan plbgai isu sma Ada ekonomii dan politik..mne la tau dlm rmai2 kut2 rmai org mlyu kita yg sgkut snarai 40 trkaya jrntut.haha

dobit127 said...

agak menarik..

'40 orang Terkaya di Jerantut-WZWH'.

Agak2 boleh ker direalisasikan...
Masalah data atau masalah personal...

Guane bos, leh ker...

dobit127 said...

Rakyat Pahang banyak idea seperti juga pemimpin kita yang idea mencurah2...
Masalahnya, bila kita kemukakan idea, selalu dicantas oleh orang tertentu...
Sebagai contoh, demi pembangunan Pahang keseluruhannya, MB memohon peruntukan sebanyak RM50 bilion untuk keseluruhan projek dalam RMK 11.. tetapi yang diluluskan hanya 10% sahaja RM5 bilion sahaja..
Setiap tahun budget diumumkan memakan belanja sekitar RM240 bilion maknanya darab 5 tahun..lebih kurang RM1.20 trilion digunakan ...
Pahang cuma dapat RM5 bilion jer untuk aspek pembangunan... Aduhh... Tu kerusi selamat BN ni....

Mungkin Pahang patut mencuba proses penswastaan.. Yang lebih kepada 'Guna banyak, bayar lebih'...
Antara projeknya..
1. lebuhraya Karak-Gua Musang
2. PAIP -dah dilaksanakan..
3. Bandar Baru Bentong
4. Bandar Baru Kuala Tahan
5. Projek Komuter KL-Jengka- Kuantan
6. Monorel Kuantan- Indera Mahkota
7. Stadium Bola Sepak Gambang (Bandar Sukan)
8. Perbadanan Hasil Tanah Pahang
9. Projek Agro Pahang, Maran
10.Projek Hidro Pahang..
11. Projek Hasil Air Pahang, Rompin

ini cadangan sahaja... Cakap banyak pon tidak berguna jika cadangan hanya ditulis sahaja.. bagaimana nak laksanakan kesemua itu jika permintaan peruntukan hanya diluluskan RM5 bilion sahaja dalam 5 tahun?..

Ada caranya.. Yang penting semua pihak pemerintah terutamanya kerajaan kena komited dan kena berkorban demi kelangsungan masa depan...
Banyak projek mega dah terbukti berjaya pada akhirnya walaupon mendapat tentangan hebat pada awalnya...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024